Wednesday, May 11, 2016

3 Tahun #8


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7]


Beberapa minggu kemudian,

Ain Umaira mendengus tatkala mendengar permintaan yang tidak masuk akal yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya. Angin sepoo-sepoi bahasa di Tasik Titiwangsa petang ini pun tak mampu menghilangkan amarah Ain pada Fikri Haziqullah di hadapannya ini. 

“Come on la, Ain. Benda yang dah lepas biarkan je. Buat apa you nak ungkit lagi hal itu. I tahu apa yang I dah buat dulu memang tak patut tapi bagi la I peluang lagi. Ini last. I janji takkan buat you macam tu lagi,” janji Fikri pada Ain.

Dan Ain hanya tersenyum jengkel mendengar janji-janji palsu Fikri. Janji-janji itu jugak yang pernah diucapkan 7 tahun yang lepas. Janji-janji itu juga yang dimungkiri 7 tahun yang lalu. 

Kau tak faham bahasa ke? Aku tak akan bagi peluang pada kau. Never!” Ain peluk tubuh. Entah kenapa dia bersetuju mahu bertemu dengan lelaki tak guna. Katanya Fikri, ada hal penting yang harus dibincangkan. Ain terpaksa bersetuju saja lebih-lebih lagi bila Fikri menghantar SMS berbaur ugutan, mahu menghebohkan kisah silam mereka di pejabat. Dajal betul lelaki bernama Fikri itu. Fikri tahu mendesak saja. Pernahkah lelaki itu terfikir akan hati dan perasaan perempuan perempuan yang pernah dilukainya itu?

“Everybody deserve second chance, Ain,” Pujuk Fikri lagi.

“Of course everybody deserved second chance, but my everybody exclude you!”

“I dah minta maaf. Kenapa kita tak boleh jadi macam dulu?”

Ain senyum sinis. “Kalau dengan minta maaf semua perkara akan selesai, jadi kenapa polis dan undang-undang dicipta?

Fikir telan air liur. Dia tidak tahu jawapan pada soalan Ain itu. Ain di hadapanya ini bukan lagi Ain yang pernah dia kenali. Gadis itu sudah banyak berubah. 

“I dah minta maaf. You nak suruh I buat apa, I sanggup buat apa-apa selagi you setuju untuk kembali dalam hidup I,” pujuk Fikri lagi. 

Ain geleng kepala. Tubuhnya dipeluk. Dia tak akan terpedaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut seorang sweet talker macam Fikri ni.

“Kau memang gila kan,” Ain bersuara. “Kau minta aku maafkan kau, aku maafkan kau. Tapi nak jadi macam dulu, that’s impossible. Nak kawan dengan kau pun aku rasa macam annoying gila. Apatah lagi nak hadap muka kau.”

Fikri telan air liur. 

“Kau… cakap sayang aku. Tapi kenapa kau buat aku macam tu dulu? Kenapa kau baru cari aku? Kenapa tak cari aku 7 tahun yang lepas? You had ruined our friendship, did you know that? Penyesalan aku yang paling terbesar adalah terima kau lebih dari seorang kawan. We should stick as friends kalaulah aku tahu niat kau yang sebenarnya.” Tambah Ain lagi. Meluahkan apa yang terbuku di hati.

Fikri terdiam. Dia tiada jawapan untuk soalan-soalan Ain.

“Kau tak boleh jawab soalan-soalan aku?” Soal Ain lagi. Sekadar mahu menguji kesabaran lelaki itu. 

Fikri mengeluh. Kenapa susah sangat untuk menawan semula hati bekas teman wanitanya yang ini? Pertemuan semula dengan Ain Umaira membuatkan dia terkejut dengan perubahan bekas teman wanitanya itu. Tiada lagi Ain Umaira yang selekeh. Gadis itu berubah menjadi cantik. Ditambah lagi dengan jawatan yang bergaji lumayan yang dipegang oleh Ain. Itu adalah sebab-sebab mengapa dia mahu mendampingi semula Ain Umaira itu.

Tapi walau fizikalnya Ain berubah tapi tidak perangainya. Gadis itu masih lagi degil dan ego. Tetap tidak mahu berganjak dari keputusannya. Sudah berkali-kali dipujuk Ain tapi gadis itu masih dengan keputusannya. 

Apa-apa pun Fikri tidak kisah dengan kedegilan atau keegoan Ain. Baginya hati perempuan seperti kerak nasi saja. Lama-lama akan jadi lembut. Lama kelamaan Ain akan cair dengan pujuk rayunya. Tak ada perempuan yang tak akan cair dengan ayat-ayat manisnya, dengan pujuk rayu dari seorang lelaki yang punya rupa sepertinya. Tapi, Ain kadang-kadang menguji kesabaran Fikri, namun disebabkan ingin menawan hati Ain, Fikri tidak kisah. Sudah berapa kali dia abaikan panggilan dari Diana, kekasihnya yang keberapa entah. Semuanya disebabkan Ain.

“I minta maaf…” sekali lagi Fikri tuturkan kata maaf yang tidak ikhlas itu. 

Ain senyum sinis. “Kau nak letakkan aku mangsa penipuan kau yang keberapa ni? Kau ingat aku tak tahu tujuan kau buat semua ni? Bilamasa aku layan kau elok-elok, kau tipu aku hidup-hidup. Dan bukan setakat aku je yang kau tipu. Aku tak tahu berapa ribu perempuan yang dah kau tipu, permainkan perasaan. Tapi aku takkan masuk dalam perangkap kau lagi.”

“You nak cakap apa, cakap but I takkan mengalah. I akan pastikan you jadi milik I semula.”ucap Fikri dalam keadaan cuba mengawal marah. Sentap juga dengan ayat yang keluar dari mulut Ain. Berbisa betul.

“Kau ingat kau handsome sangat ke? Muka macam kau tu berlambak je kat pasar malam. Mungkinlah berlambak perempuan yang akan cair dengan sweet talk kau. tapi bukan aku. Aku bukan jenis yang akan jilat balik ludahnya. 

Fikri mengeluh. Panas juga telinganya mendengar ayat berbisa Ain Umaira ini. Ain masih rumit seperti dulu. Kebanyakan perempuan yang dikenalinya, mudah dia handle ibarat makan kacang je tapi Ain, memang sukar. Itu sebab utama kenapa dia mencari perempuan lain dulu. Nasib baik dia tak sama university dengan Ain, jadi bolehlah dia pasang lebih.

Dan disebabkan kerumitan Ain jugak lah, dia abaikan gadis itu. Jarang berhubung. Dan sampai ke hari ini dia tidak tahu bagaimana Ain Umaira mengetahui kisah hubungannya dengan perempuan-perempuan yang lain. Masih dia ingat malam Ain menghantar SMS meminta perpisahan, dia tidak memberi respon. Baginya ketika itu, bunga bukan sekuntum. Ada berlambak lagi perempuan cantik di luar sana. 

“I tak tahu nak cakap apa,” ucap Fikri lemah. Tapi dia masih belum menyerah kalah. 

That’s good,” ucap Ain jengkel. Ain akhirnya berniat untuk beredar tapi baru saja satu langkah, Fikri menghalang laluannya. Lelaki itu kembali menghadapanya. Ain mendengus.

Perbualan kita belum habis lagi, sayang,”

Ain menoleh ke arah lain. Geli dan dalam masa sama menyampah mendengar ayat Fikri. 

“Apa lagi kau nak?”

“You cakap you dah tak suka I. Tapi kenapa you sanggup jumpa I hari ini?”

Ain senyum jengkel. “You really want to know this?”

Fikri angguk.

“Aku nak selesaikan semuanya. Nak kau faham yang aku dah tak berminat dengan kau.Dan harap sangat ini adalah kali terakhir aku jumpa kau. Oh.. kalau nak diikutkan hati aku, memang aku tak nak jumpa kau. Tapi sebab fikir kau jenis manusia yang tak faham bahasa, so here I am.”

“Atau you masih ada perasaan pada I lagi?” soal Fikri tanpa ambil penduli ayat kasar Ain. “Kalau betul you dah tak ada perasaan kat I, why you still single? You harap I kembali pada you?” tambah Fikri lagi. 

Ain geleng kepala. Bebal betul lelaki tak guna depan dia ni. Mahu saja dia beri Fikri satu tumbukan ke muka. “Just stop dreaming, please,” ucap Ain dalam nada jengkel.

Fikri ukirkan senyuman saja. Dia perhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan seorang lelaki dalam perjalanan ke tempat dia berdiri sekarang ini. Dia kerut dahi saat lelaki itu berhenti di sebelah Ain. Siapa lelaki ini?

Ain hanya mampu telan air liur. Terkejut. Apa yang lelaki ini buat kat sini?

“Assalamualaikum, maaf menganggu,” ucap lelaki itu dengan sopan. 

Fikri masih kerut dahi. Tertanya-tanya siapa lelaki ini. Mahu saja dia marah lelaki tidak dikenali itu sebab kacau daun. “Kau siapa? Apa kau nak?”

Lelaki itu mengukirkan senyuman. “Kau tak kenal aku. Tapi aku tahu tentang kau.”

Ain hanya mendiamkan diri. Padahal hatinya dah cuak. Mintak-mintak tak ada apa-apa yang buruk berlaku. 

“Kalau kau tak kenal aku, sila berambus,” marah Fikri. 

“Maaf, aku tak berniat nak kacau daun,” balas lelaki itu sambil matanya ke arah Ain yang masih kaku. “Tapi Ain dah tak ada apa-apa hubungan dengan kau. So, kau boleh stop kacau hidup dia.” 

Fikri mendengus. Mahu saja dia mengamuk. Tapi dia sabar. “Kau sebenarnya siapa? Macam mana kau kenal Ain?” Nada suara Fikri Haziqqulah semakin tinggi. Matanya dikerling ke arah Ain yang masih mendiamkan diri. Haih, teman lelaki Ain ke?

“Someone in Ain’s life,” dengan selamba lelaki itu tuturkan ayat itu. 

Ain memandang lelaki itu dengan riak terkejut. Begitu juga dengan Fikri. 

“Gila!” Fikri meradang.

Lelaki itu senyum sinis. “Aku tak gila. Yang gila adalah kau. Tinggalkan Ain macam tu lepas tu ada hati nak suruh Ain kembali ke sisi kau.”

Fikri mendengus berang. Dia mahu bersuara tapi ayatnya itu dipotong oleh lelaki biadap di hadapannya ini. 

“Dahlah, aku tak nak bazirkan masa kau.” tambah lelaki itu sebelum menarik tangan Ain.

Ain meronta minta dilepaskan tapi apabila melihat pandangan tegas Adam itu, dia menurut saja. Fikri ditinggalkan sendirian dalam keadaan termangu-mangu. 


Reenapple:  Adam ada pesaing baru kah?




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.