Saturday, May 7, 2016

3 Tahun : #7


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6]


Sedang asyik Ain berbual dengan Kartini, pembantu rumah di ruang tamu, kedengaran bunyi hon kereta. 

“Siapa tu? Umi dah balik ke?” Soal Ain pada Kartini.

Kartini mengerling jam dinding. “Ibu belum bisa pulang waktu gini,” ucap Kartini dalam loghat Indonesianya. 

Ain jenguk ke luar tingkap. Dia telan air liur melihat kelibat yang hadir. Terus dia berlari ke pintu. Dia perhatikan saja pemilik kereta berwarna hitam itu keluar dari kereta. 

“Hazwan?” Soal Ain, masih lagi tidak percaya.

Hazwan ukirkan senyuman sebelum menanggalkan cermin mata hitamnya. “Hi!” Tangan diangkat, persis seorang selebriti. 

“How on earth kau kat sini?” Soal Ain masih hairan. 

“Aku ada hal kat Baling. Kebetulan kau cakap kau ada kat Sungai Petani, so, aku datang melawat kau. Susah tahu nak cari rumah kau. Berpusing-pusing aku cari.”

“Patut kau suruh aku send location je,” bidas Ain. 

“Kalau aku buat macam tu,tak surprise lah weh.”

Ain mencebik. 

“Kau tak nak pelawa aku naik ke? Aku haus ni.” Ucap Hazwan dalam nada meraih simpati yang dibuat-buat.

Ain ketawa. Dia lupa itu. “Naiklah.”

Hazwan angguk sebelum menuruti langkah Ain ke ruang tamu. Diperhati kiri dan kanannya. “Kau seorang je?”

Ain geleng. “Taklah. Aku dengan Kak Nini. Dia kat dapur, buatkan air untuk kau.”

Hazwan angguk. “Umi kau?”

“Umi aku kat sekolah lagi. Kejap lagi dia balik lah.”

Hazwan kerut dahi. “Umi kau mengajar jugak hari Ahad? Kelas tambahan ke?”

“Sini Kedah, babe. Bukan macam kat KL.”

Hazwan tampar dahi sebelum tersengih macam kerang busuk. Lupa pula dia Ahad di Kuala Lumpur tidak sama dengan Ahad di Kedah. “Aku lupa.”

Ain mencebik. “Nak buat macam mana, orang KL macam kau apa pun tak tahu. Entah entah Kambing pun tak pernah jumpa.” tempelak Ain. 

Giliran Hazwan pula mencebik. Selang beberapa saat kemudian, kelibat Kartini muncul dengan dulang berisikan minuman dan sedikit kuih muih. Seusai menghidangkan minuman pada tetamu, terus Kartini kembali ke dapur, menyudahkan kerjanya yang tertangguh dek berbual dengan anak majikannya itu. 

“Berapa lama kau bercuti?” soal Hazwan seusai menghirup jus oren. Sedikit lega tekaknya yang kering tadi. 

Seminggu. Kau? Berapa lama kat Baling?”

“Ikut perkiraan, seminggu. Tapi disebabkan kerja aku siap awal. So, aku available untuk 3 hari. Nak pergi jenjalan tak?”

Ain kerut dahi. “Nak pergi mana?”

“Sintok? Reminscing the memories?” 

Ain ketawa kecil. “Nak buat apa? Kita dah tak ada pas pelajar dah weh.”

Hazwan tersenyum. “Aku ada sepupu belajar kat UUM. Kita buat-buat lah melawat dia.”

Ain ketawa lagi. “Tak nak aku. Baik aku pergi tempat lain.”

Hazwan senyum. Dia kembali menghirup jus oren di hadapannya. 

“So…” Ain kembali bersuara. “How’s Sarah?” niat hati memang Ain tak nak bertanya tentang Sarah. Tapi sebab dia tidak selesa dengan rasa janggal dengan suasana sepi bersama Hazwan, Ain buat-buat ambil berat tentang hubungan Hazwan dan Sarah.

Hazwan telan air liur. Hampir-hampir saja dia lupa pada teman wanitanya saat hatinya mahu dia bertemu Ain. “She’s fine.. Tak semua, aku boleh cerita, Ain.”

“Okay. Keep your secret then.” Ucap Ain dalam nada sedikit kecewa.

“Kau dah jumpa Adam?” Soal Hazwan tiba-tiba.

Ain telan air liur. Perit pula mendengar nama Adam dari mulut Hazwan. “Dah.”

“How it’s going?” 

Ain mengeluh. Dia sebenarnya malas untuk ingat apa yang berlaku hari itu. Jika diberi peluang sekali lagi, dia mahu banyak bicara dengan Adam, bukan mendiamkan diri seperti hari itu. Di saat Ain mahu buka mulut, kedengaran sekali lagi bunyi hon kereta. Ain bangun dan jenguk ke luar. Dia ukirkan senyuman.

“Umi aku…” ujar Ain was-was. Kereta siapa pula di belakang Honda Civic Hitam milik Puan Khalilah?

“Umi kau ada bawa balik siapa tu?” soal Hazwan saat terpandangkan seorang lelaki keluar dari kereta yang tak dikenali itu. 

Ain jungkit bahu. Dia terus menuju ke arah pintu. Kelihatan Puan Khalilah mengukirkan senyuman.

“Siapa tu Umi?” Soal Ain dengan rasa curiga. Lelaki asing yang kelihatan muda itu mengukirkan senyuman padanya tapi Ain tidak membalas. 

Lelaki yang Umi ceritakan hari itu.” Balas Puan Khalilah.

Ain mengeluh. Dia memandang Hazwan yang masih berada di sofa. 

“Ada orang datang ke?” Soal Puan Khalilah sambil memandang Toyota Vios Hitam.

Ain angguk. “Hazwan. Dia baru je sampai. Umi tak bagitahu pun dia nak datang hari ini.”

“Umi bagitahu Ain kan sebelum ni? Ain lupa tu,” balas Puan Khalilah sebelum mempelawa tetamu yang baru tiba itu ke ruang tamu.

Hazwan pandang Ain, meminta penjelasan tentang tetamu yang muncul di ruang tamu bersamanya ini. Tapi gadis itu hanya gelengkan kepala saja. Entah apa isyarat Ain itu, Hazwan langsung tak faham. Walau dihimpit rasa hairan dan janggal, Hazwan tetap juga bersalam dengan lelaki yang baru saja mengambil tempat berhadapannya. 

Ain, pergi minta Nini buatkan air.” Arah Puan Khalilah.

Ain angguk sebelum menghilangkan diri ke dapur. Selang beberapa minit kemudian, dia kembali ke ruang tamu, menghidangkan minuman kepada tetamu sebelum mengambil tempat di sebelah Puan Khalilah. Nasib baik dia pakai baju sopan hari ini. T-shirt dan skirt labuh. Dia sebenarnya baru saja pulang dari shopping di AmanJaya Mall pagi tadi bersama Kak Nini. Dia mengerling ke arah Hazwan yang tentunya sedang dilanda kebingungan. Tak apalah. Nanti Ain jelaskan pada Hazwan nanti. 

“Inilah anak mak cik, Ain.” Puan Khalilah tersenyum meleret memandang anak gadisnya.

Hazwan kerut dahi. Nampaknya dia tahu situasi yang sedang berlaku ini. Dia tahan ketawa melihat wajah tidak selesa Ain. 

“Ain… ini Luqman. Anak cikgu sekolah Umi yang baru balik dari Mesir.”

Ain tersenyum mengangguk. Sempat juga dia mengerling ke arah Hazwan yang sedang menahan ketawa. Haih, Hazwan ni.

“Dan ini siapa?” Soal Luqman pada lelaki di hadapannya. 

“Ini Hazwan.” Ain toleh ke arah Hazwan, mengharapkan lelaki itu akan berkata sesuatu.

“Kitaorang kenal masa UUM dulu.” Jawab Hazwan dalam nada ramah yang dibuat-buat.

Luqman kerut dahi. “UUM? Awak dari university tempatan?” Kali ini soalan ditujukan pada Ain.

Ain tunjuk muka tidak puas hati dengan soalan yang dilontarkan padanya. 

Ya, Ain belajar di UUM dulu. Mak Cik tak nak dia belajar jauh-jauh. Itu yang ke UUM tu,” balas Puan Khalilah, menjawab bagi pihak anak gadisnya.

Luqman angguk tanda faham. “Kiranya anak Mak la ni? Kalau dapat sambung belajar ke luar Negara, cerah masa depan.”

Ain senyum palsu. Entah kenapa dia tidak selesa dengan Luqman ini. Memanglah, kalau sekali pandang sejuk hati tengok wajah jernih Luqman. Tapi bila dua kali pandang, Ain dah boleh lihat riak tidak enak pada wajah Luqman. Mesti Luqman pun tak berkenan dengan dia. Bagus! Ain pun tak berkenan dengan dia. 

Kalau diukur dari segi alim, cara bercakap Luqman, sah-sah Puan Khalilah akan bagi markah lulus tapi tidak Ain. Entah kenapa hatinya langsung tidak berdebar-debar bila pandang Luqman. Ain teringatkan saat dia berhadapan dengan Adam hari itu. Debarnya mengalahkan tsunami. Lagipun, lirikan mata Luqman tu seperti ada maksud tersirat. 

“Bro…” Hazwan tiba-tiba mencelah. Dia memandang Ain dan Puan Khalilah bergilir-gilir, meminta kebenaran sebelum memandang lelaki di hadapannya. “Tak kisah la graduate dari local university atau tak, sekuranganya ada academic qualification. Zaman sekarang ni, tak kisahlah graduate dari local atau overseas universities, if you had the qualification for that position, you will be hired.”

Ain kerling ke arah Hazwan. Tadi Ain nak marah Hazwan. Tapi tak jadi nak marah setelah mendengar ayat Hazwan yang masuk akal. Saat ini Ain bersyukur Hazwan ada di sisinya saat ini, Kalau tidak, tak tahulah dia macam mana mahu menjawab soalan angkuh Luqman itu.

Luqman mendengus. Sedikit tidak puas hati dengan apa yang didengarnya tadi. Hatinya mengutuk Hazwan. Menyibuk je!

“Ain kerja kat mana?” Soal Luqman lagi tanpa menghiraukan ayat Hazwan. 

“Kuala Lumpur.” Balas Ain acuh tak acuh.

“Jauh.” Ucap Luqman pendek. “Saya kerja kat Alor Setar ni je.”

“So? Saya tak ada tanya pun Encik Luqman kerja kat mana. Kalau saya kerja jauh dari Encik Luqman, dah kenapa?” Sengaja Ain keluarkan soalan sedemikian. 

Puan Khalilah menjegilkan matanya. Hazwan hanya menahan senyum. “Ain…” tegur Puan Khalilah.

Luqman telan air liur. “So, kat UUM dulu, Ain ambik jurusan apa?”

Ain ambik Accounting. Suka sangat dengan Accounting dia tu. Masa tingkatan 4 dulu, suruh dia ambik jurusan Sains Tulen tak nak. Nak juga ambik Perdagangan.” Tiba-tiba saja Puan Khalilah mencelah. Risau kalau Ain menjawab dengan nada sinis macam tadi.

Sama macam dengan saudara ni?” Mata Luqman ke arah Hazwan.

Hazwan angguk. 

Kenapa form 4 dulu, tak ambil Sains Tulen? Lagi cerah masa depan.”

“Saya tak suka subject Sains. I don’t like biology, physic subject.” Ucap Ain jengkel.

Puan Khalilah telan air liur. Ini bila Ain Umaira dah mula speaking, itu tandanya anak gadisnya itu dah bengang.

So Accounting gave bright future?” Alang-alang gadis di hadapannya dah mula berbahasa Inggeris, dia apa lagi. 

“Did Medical gave bright future too?” Ain tidak menjawab soalan Luqman.

“Yes.” Jawab Luqman dengan yakin.

Ain senyum sinis. “Pandangan masing-masing. Siapa saya nak pertikaikan kerjaya yang Encik Luqman pilih.”

Luqman telan air liur lagi. Dia sudah kehabisan kata-kata. Otaknya ligat mencari soalan lagi. Dia terpandangkan Hazwan. “So, Ain dengan kawan Ain ni dah berapa lama kenal?”

Ain dan Hazwan kerut dahi. Masing-masing memandang satu sama lain. Ain kemudian senyum, dia dapat idea baru. “Ada saya cakap yang dia ni kawan saya?”

Puan Khalilah kelihatan cuak. Harapnya Ain Umaira tidak bercakap yang bukan-bukan. Hazwan di sebelahnya kelihatan tidak tenang. 

“Jadi?” Soal Luqman, mahu tahu hal sebenar. “Awak dan dia bukan kawan?”

Ain angguk. “Kitaorang more than a friend.” Balas Ain bersahaja. 

Hazwan membesarkan matanya. Dia salah dengarkah? Dilihat Puan Khalilah, wanita berusia 55 tahun itu juga menunjukkan reaksi yang sama. 

Luqman mengeluh. “I don’t know that.”

“Ain Umaira…” kali ini Puan Khalilah bersuara. “Tak baik menipu.” Puan Khalilah tahu Ain sengaja mempergunakan Hazwan. 

Ain mencebik. “Hazwan datang nak jumpa Umi.” Ain tak berani pandang Hazwan. Nantilah dia ceritakan pada Hazwan.

Luqman bangun. “Kalau macam tu, saya balik dululah, Mak Cik.” Ucap Luqman pada Puan Khalilah. “Dah lewat ni. Saya shift malam hari ini.” Sengaja Luqman mencari alasan.

Puan Khalilah angguk sebelum menemani Luqman ke luar. Seusai kereta Luqman hilang dari halaman rumah, terus saja dia kembali ke ruang tamu. Dilihatnya Ain sedang berbual dengan Hazwan. Gembira betul Ain.

“Ain dah kenapa?” Puan Khalilah buat-buat marah. Dia mengambil tempat di sebelah Ain.

“Ain tak suka lelaki tu. Berlagak bukan kemahen. Mentang-mentang lah jurusan dari oversea university.”

Puan Khalilah tersenyum hambar. Dia setuju jugak dengan ayat Ain. “Apa-apa pun tak baik menipu. Kasihan dengan Hazwan. “

Hazwan hanya mampu tersengih. “Saya tak ada apa-apa masalah pun mak cik.”

“Hazwan okay je. Umi je yang risau entah pape.”

Puan Khalilah geleng kepala. Dipandang Hazwan. “Hazwan makan sini, nanti?”

Ain kerut dahi. “Umi ni, dia dah nak balik dah pun.”

“Kau halau aku ke Ain?” Hazwan buat-buat bengang.

Ain mencebik. Jujur, dia pula tidak selesa dengan kehadiran Hazwan. Risau jika mulut lelaki itu keluar cerita yang bukan-bukan lebih lebih lagi tentang Adam.

“Ain Umaira…” Puan Khalilah geleng kepala. “Tak baik layan tetamu macam tu.”

Ain mecebik. “Makan la kat sini, Wan. Aku masak nanti,” pelawa Ain dengan tidak ikhlas. 

Hazwan ketawa. “Kau masak? Like seriously?”

Ain mencebik lagi.

Umi nak solat dulu. Borak lah dulu dengan Hazwan ni.” Ucap Puan Khalilah sebelum bangun, beredar ke biliknya. Sempat dia mengerling ke arah dua anak muda yang sedang bergurau senda itu. Puan Khalilah ukirkan senyuman. Seperti ada sesuatu yang Ain sorokkan darinya. Sesuatu yang bikin dirinya tersenyum.


Reenapple: Ain ni ada hati kat Hazwan ke ? 



3 comments:

  1. Pada pndapat ain, ain keliru sbenarnya. Dia sukakan adam lah. Hanya ain je yg tahu. Cehh. Brangan jdi ain sat. Tapi my name is ain too. Kekekeke.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.