Wednesday, May 4, 2016

3 Tahun : #6


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5]

Ain menghempaskan tubuhnya ke katil. Beg di tangannya dilempar entah ke mana. Siling putih di atasnya dipandang dengan rasa kosong. Perjumpaan yang tidak dijangka petang tadi membuatkannya resah. 

Dia banyak mendiamkan diri tadi. Hanya menjawab soalan yang ditanya saja. Entah mengapa lidahnya kelu untuk bersuara di hadapan Adam. Dia hanya membiarkan Kamal saja yang berbual dengan Adam. Dan bila Kamal mengusiknya, Adam akan menyebelahinya. 

Wajah Adam dia tidak berani untuk pandang lama-lama walaupun sebenarnya wajah itu yang ditunggunya selama ini. Wajah itulah yang dia rindu selama ini. Walaupun, hal sebenarnya, banyak soalan untuk ditanyakan pada lelaki itu. 

Tapi Ain berlagak biasa. Berlagak tiada apa-apa berlaku walhal dalam hatinya waktu itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Mungkin saja dia yang bodoh, menanti Adam selama 3 tahun ini. Mungkin saja dia bertepuk sebelah tangan. Tapi bertepuk sebelah tangan kah, jika selama ini sebelum Adam luahkan padanya, dia langsung tidak pernah punya perasaan pada Adam Hakimi itu. Lelaki itu yang mula mula meluahkan perasaan padanya dan kini, semuanya kelihatan kabur baginya.

Minda Ain kembali memutarkan insiden di lapangan terbang itu, seminggu sebelum Kamal memaklumkan padanya tentang kepulangan Adam. Fikirannya melayangkan bayangan Adam mendukung budak perempuan kecil sekitar umur 1 tahun, dan di sisi lelaki itu ada wanita cantik berjalan seiring dengan Adam dan masing-masing kelihatan gembira. Adam tersenyum, begitu juga wanita itu.

Adam telah berkahwin? Mahu saja dia soalkan itu pada lelaki itu tadi tapi lidahnya kelu untuk bersuara. 

Ain mengeluh. Sedikit menyesal kerana berpegang pada janji lelaki itu. Ah, lelaki! Mana pernah berpegang pada kata-katanya.

Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Ain menoleh, wajah Mira muncul di balik daun pintu. Teman serumahnya itu mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di hujung katil. Ain bangun, memandang Mira.

“Kau okay?” Soal Mira.

Ain angguk. “Of course I am. Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu?”

“Kamal call, dia a little bit risau dengan kau. Dia cakap kau diam je tadi.”

“Aku penat je.” Ain bohong.

Kau ada masalah ke? If anything, bagitahu aku. Mana yang aku boleh tolong, aku tolong.”

Ain geleng lagi. “Mira, aku okay je la. Jangan risau sangat.”

“Aku risau. Dan berminggu-minggu kau macam ni. Balik kerja terus terperap dalam bilik. Ajak keluar, kau tak nak.”

“Aku penat. Nak tidur awal.” Sekali lagi Ain berbohong

Mira pandang Ain. Dia tahu Ain sedang menyembunyikan sesuatu. Ain Umaira yang dikenalinya seorang perahsia. Terlalu banyak rahsia yang Ain simpan. 

“By the way, aku balik kampung this weekend. Aku cuti seminggu.” Ain bersuara lagi. Nampaknya semuanya masuk akal kenapa hatinya tiba-tiba saja mahu balik kampung. Mungkin itu adalah petanda dari DIA tentang apa yang berlaku sekarang ini. DIA tahu dia akan berada dalam keliru. 

“Kedah?”

Ain angguk. “Yelah, kampung aku kat Kedah, kat mana lagi.”

Mira tersengih. Tidak patut dia tanyakan soalan itu. “Tiba-tiba je kau nak balik kampung. Something happened?”

Ain geleng. “Aku rindu Umi aku je, itu yang nak balik.”

Mira angguk. “Nanti kau bawa balik apa-apa yang patut.”

Ain ketawa. “Baik, bos!”

Mira ketawa. “Nanti kirim salam kat Umi kau.” sejurus ucap itu, Mira keluar dari bilik Ain.

Dan Ain kembali melepaskan keluhan. Harapnya di kampung nanti, dia boleh hilangkan segala keresahan yang melandanya ini.

$$$$$$$$$$$$$$$


Puan Khalilah tersenyum saat Honda Jazz Merah tiba di halaman rumahnya. Senyuman makin melebar saat anak gadis kesayanganya keluar dari kereta. 

“Assalamualaikum Umi,” kedengaran suara Ain di muka pintu.

“Waalaikumusallam,” jawab Puan Khalilah sebelum melangkah ke arah Ain yang baru tiba di ruang tamu itu. Tubuhnya dipeluk seerat yang mungkin.

“Ya Allah, rindunya Umi,” ucap Ain setelah pelukan dileraikan.

Umi pun rindu Ain juga,” balas Puan Khalilah dengan senyuman. “Balik seorang je?”

Ain angguk. “Umi nak suruh siapa balik dengan Ain?”

“Biasa Ain balik dengan Nadia ataupun Mira.” Puan Khalilah tersenyum. “Harapnya kali ini Ain balik dengan bakal menantu Umi ke?”

Ain ketawa. Puan Khalilah ni ada-ada saja. “Next time Ain balik, Ain bawak calon menantu Umi.”

Puan Khalilah ketawa. “Hari ni Umi masak favorite Ain,” balas Puan Khalilah lembut. 

“Tom Yam? Ini yang buat Ain sayang Umi lebih ni.” Sekali lagi dipeluk erat Puan Khalilah.

“Hai, bila Umi masak Tom Yam, baru nak sayang Umi?” ucap Puan Khalilah dengan nada bergurau.

Ain ketawa lagi. “Ain dah sayang kat Umi sejak Ain dalam perut Umi.”

Puan Khalilah mengukirkan senyuman. Ain Umaira satu-satunya permata hatinya dengan bekas suami pertamanya. Sejak suami keduanya, meninggal dunia, dia tidak berkahwin lagi. Baginya, biarlah dia menyendiri dari menghabiskan sisa hidupnya dengan lelaki yang salah. Pengalaman yang lalu banyak mengajarnya. 

“Opah mana, Umi?” Soalan Ain mematikan lamunan Puan Khalilah. 

“Opah mana?” Soal Ain sekali lagi. Tertanya-tanya mana nenek saudaranya itu. Kebiasaannya wanita berusia 70 an itu akan berada di anjung rumah. 

Dia dah tinggal kat rumah Pak Busu kamu.”

“Jadi, Umi tinggal seorang je la, skang ni?” soal Ain risau.

“Apa pula risau. Kak Nini kamu tu ada.” Balas Puan Khalilah sambil menunjukkan ke arah dapur. Pembantu rumahnya itu sedang mengemas di dapur. “Sekali-sekala Mak Ngah kamu datang.”

Ain kerut dahi. “Mak cik?”

Puan Khalilah senyum kelat. “Apa yang Ain merepek ni? Buat apa Mak Cik nak datang?” Puan Khalilah cuba menyembunyikan resahnya.

“Bulan lepas Mak Ngah bagitahu yang perempuan tu datang rumah. Dia nak apa lagi? Nak cari bala?”

“Ain, tak baik cakap macam tu. Walau apa pun, dia ibu Ain juga,” tegur Puan Khalilah. Tak mahu Ain menyimpan dendam pada bekas madunya itu. 

“Dia bukan ibu Ain. Suami dia dah lama mati. Umi dah tak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia. Lagipun Umi dan arwah Ayah dah lama bercerai. Dah tak ada kaitan lagi. Buat apa dia nak muncul lagi?” marah Ain. 

Bengang juga bila diingatkan pada bekas ibu tirinya itu. Tak habis-habis mahu menuntut harta Puan Khalilah yang katanya adalah harta arwah suaminya. Ayah mana pernah hulurkan apa-apa sumber kewangan pada mereka. Mungkin dia rasakan tidak rapat dengan arwah Ayahnya adalah sesuatu yang baik. 

Arwah Encik Rahim dan Puan Khalilah bercerai ketika dia berusia 15 bulan. Punca utama penceraian adalah disebabkan status Puan Khalilah sebagai isteri kedua. Ketika rahsia Puan Khalilah sebagai isteri kedua Encik Rahim tersebar, saban hari isteri pertama Encik Rahim datang menemui wanita itu, menghulurkan kata-kata kesat. 15 bulan selepas melahirkan Ain Umaira, Puan Khalilah meminta cerai. 4 tahun menjanda, Puan Khalilah berkahwin sekali lagi, namun di saat usia perkahwinan menginjak kepada 20 tahun, suami kedua wanita itu meninggal dunia akibat kemalangan. 

Ain, walau apa sekali pun, anak-anak dia tetap adik beradik Ain juga.”

Ain mendengus. Benci bila Puan Khalilah ingatkan dia pada fakta itu. “Kalau diaorang tak mengaku Ain ni adik beradik diorang, buat apa Ain nak mengaku diorang tu adik beradik Ain,” 

Puan Khalilah geleng. Tak ada apa-apa yang boleh ubah pendirian anak gadisnya ini. 

Dah lah Umi. Ain lapar. Jom makan?” 

Puan Khalilah angguk. Dituruti langkah anaknya ke dapur. 

$$$$$$$$$$$$

Selesai makan malam….

“Ain…” tegur Puan Khalilah. Hairan dengan anak gadisnya yang kadang-kadang akan tersenyum menghadap telefon. Televisyen dipasang tapi mata Ain bukan ke arah TV, tapi menghadap telefon. 

“Kenapa Umi?”

“Ain mesej dengan siapa? Senyum bukan kemain lagi.”

Ain ketawa. “Dengan Hazwan. Dia buat kelakar.”

Puan Khalilah tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelah anak kesayangan itu. “Hazwan tu kawan Ain masa belajar kat UUM dulu?”

Ain angguk.

“Dia single lagi?” Soal Puan Khalilah. Rambut panjang Ain diusap dengan penuh kasih sayang.

Ain senyum kambing. “Dia dah ada girlfriend la Umi.”

“Sebelum dia ada girlfriend, tak pula Ain usha dia,” usik Puan Khalilah.

Ain ketawa. “Apalah Umi ni. Kitaorang kawan je. Umi jangan fikir lebih-lebih.”

Puan Khalilah senyum. “Habis, bila Ain nak carikan Umi menantu?”

Ain telan air liur. Dia mengeluh. Tak ada isu lain yang akan diungkitkan Puan Khalilah setiap kali dia pulang ke kampung.

“Umi… kalau Umi carikan je lah?”

Puan Khalilah senyum lebar. Itu jawapan yang dinantikan oleh anak tunggalnya ini. 

“Ini yang Umi tunggu dari mulut Ain ni.”

Ain kerut dahi. Apa Puan Khalilah cakapkan ni? “Umi dah ada calon ke?”

Puan Khalilah angguk dengan senyuman. 

Ain telan air liur. Ini yang dia tidak mahu dengar. Lelaki mana entah yang Puan Khalilah carikan. Harapnya bukan cadangan Mak Nab jiran sebelah. “Siapa? Harap dia perangai macam Papa.”

Puan Khalilah senyum. Dia tahu Ain mahu mencari suami seperti arwah suami keduanya. Arwah Encik Firdaus menjaga Ain ibarat anaknya sendiri. 

“Anak cikgu kat sekolah Umi. Umi dah jumpa budak tu. Ada rupa. Peribadi pun baik. Dia baru balik dari Mesir.”

“Ustaz?” Ain jegilkan mata. “Umi ni. Anak Umi tak adalah ustazah sangat. Tak payah nak cari yang persis ustaz sangat.”

Puan Khalilah gelak. “Budak tu baik, Ain. Sejuk mata Umi tengok dia. Bertuah siapa yang dapat dia. ”

Ain buat muka tidak puas hati. Mahu kata TIDAK, nanti berkecil hati pula Puan Khalilah ni. 

Lagipun, balik dari Mesir tak semestinya dia ustaz, Ain. Dia doktor. Baru habis pengajian.”

Ain mengeluh. “Umi…”

“Cuba kenal dia dulu. Kalau tak kawan je, boleh?

Ain gigit bibir. 

Lusa dia nak datang. “

“What? Umi…” Ain besarkan matanya.

“Alah, baru sesi kenal je dulu,” pujuk Puan Khalilah. 

“Okay.” Nak tak nak Ain terpaksa bersetuju.

Jawapan Ain itu disambut dengan senyuman Puan Khalilah. Ain mengeluh lagi setelah Puan Khalilah beredar ke dapur. 

Bunyi noti WhatssApp kedengaran lagi. Ain terlupa membalas WhatssApp Hazwan. 

Kau dah tidur ke?

Ain segera membalas pesanan itu.

Taklah. Borak dengan Umi aku. Lupa nak balas.

Kau memang. Entah-entah alasan tak nak reply WhatssApp aku. Jenis manusia macam kau yang tak suka menaip kat telefon ni bukan boleh dipercayai.

Ain ketap gigi. Berang pula dengan ayat Hazwan.

At least aku balas WhatssApp kau. Kalau kau tak nak percaya pergi layan awek kau tu.

30 minit menanti balasan Hazwan, Ain mencebik. Sah-sah lelaki itu sentap dengannya bila dah tak balas WhatssApp-nya yang itu. 

Baru saja Ain tutup televisyen, sekali lagi bunyi noti WhatssApp. Dari Hazwan.

Bagi aku alamat kau.

Ain kerut dahi. Buat apa Hazwan mahu alamat rumahnya. Takkanlah sahabatnya ini mahu datang?

Nak buat apa?

Bagi je.

Ain geleng kepala sebelum tangannya laju saja menaip alamat rumahnya. 

Thank you. Nanti kau hampar karpet merah sambut kedatangan aku.

Ain mencebik. WhatssApp Hazwan dibiarkan tanpa balasan. Dia mahu tidur. Otaknya hari ini penat memikirkan tentang Adam dan calon menantu Umi itu.


Reenapple: Sebenarnya Reen pun kompius nak jadikan Hazwan atau Adam hero. Haha


3 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.