Monday, May 2, 2016

3 Tahun : #5


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4]

Samsung Galaxy S6 milik Ain mendendangkan lagu. Ain perhatikan skrin telefon bimbitnya. Tertera nombor yang tidak dikenalinya. Mahu dikatakan nombor Hazwan, dia sudah save semula nombor lelaki itu dalam contactnya. Jadi, siapa pula ini?

“Hello…” Ain bersuara setelah menekan butang jawab. 

“Hai… sayang.” Kedengaran suara lelaki. 

Ain kerut dahi. “Siapa ni?”

Lelaki itu ketawa. “Betul-betul tak ingat atau buat-buat tak ingat?”

Ain kerut dahi lagi. “Kau siapa?” kali ini nada kasar digunakan. Tertanya-tanya siapa lelaki yang menghubunginya ini. Takkanlah Adam? Tapi sejak bila lelaki itu tahu memanggilnya sayang? Aneh!

“It’s me, Fikri?”

Ain telan air liur. Bagaimana Fikri tahu nombornya yang terbaru? Tentu seseorang di tempat kerjanya yang beritahu. Sudah lama dia mahu larikan diri dari bekas teman lelakinya itu tapi walau macam mana sekalipun dia cuba mengelak, tentu ada tujuan yang memaksakan dirinya bertemu dengan lelaki itu. Inilah padahnya bekerja satu tempat dengan Fikri. 

Manalah dia tahu Fikri adalah pekerja baru di tempat dia bekerja. Mujur mereka tidak sama department. Kalau tak, tidak tahulah bagaimana dia mahu menghadapinya. Tapi nasib baik sebulan yang lepas, Fikri ditukarkan ke cawangan di Perak. Hidupnya sedikit aman. 

Kau nak apa?” Soal Ain kasar. 

“I nak jumpa you, boleh?” jawab Fikri.

Ain mendengus. “Untuk apa?”

“Ada banyak perkara yang I nak bincangkan.”

“Kalau ia berkaitan dengan hal kerja, jumpa di office je lah, esok.” Jawab Ain kasar. Kalau bukan sebab kerja, memang dia tak akan menghadap lelaki tak guna ini. Argh, kenapalah perlu latihan induksi pekerja baru harus dilakukan di HQ, Kuala Lumpur. 

Ini bukan hal kerja. Hal kita.”

Ain ketawa sinis. “FYI, dah tak ada hal kita. Aku dah tak ada apa-apa nak cakap dengan kau.” Talian dimatikan.

Ain mengeluh. Entah apa helah Fikri kali ini. Kisah mereka sudah tamat 5 tahun yang lepas saat Fikri menduakannya. Ah, perempuan mana yang sanggup diduakan, di tigakan dan seterusnya dengan cara dikhianati dan ditipu. Fikri mahu hubungan mereka seperti dulu. Ain mahu saja ketawa saat lelaki tak guna itu mengeluarkan permintaan itu.

Telefon Ain berbunyi sekali lagi tapi Ain abaikan saja. Dia tahu itu adalah Fikri. Lelaki itu tak akan pernah mengalah. Panggilan kali ketiga, Ain jawab.

Kau nak apa lagi?” Soal Ain kasar. 

Amboi Cik Ain, kasarnya.” Kedengaran suara lelaki. 

Ain kerut dahi. Dipandang skrin telefonnya. Dia telan air liur saat nama Kamal tertera di skrin. Malu!

Kamal… sorry. Kenapa?”

“Kau free tak esok?” ajak Kamal.

“Free. Kenapa?”

“Jom lepak? Ada hal aku nak bincang dengan kau.”

“Hal apa?” Ain kerut dahi lagi. Kedengaran serius saja suara lelaki ini.

Nanti aku bagitahu kau. Tempat biasa?”

“Okay. See you.” Talian dimatikan. 

$$$$$$$$$$$$



Selesai memakirkan kereta di lot parkir, Ain terus ke restoran tempat dia dan Kamal selalu lepak. Lelaki itu mengukirkan senyuman saat terlihat kelibatnya.

So, what’s the occasion? Apa hal kau call? Bunyi macam urgent je?” nada Ain kedengaran sedikit bengang. Kunci kereta diletakkan di atas meja secara kasar saat mengambil tempat berhadapan Kamal. 

Kamal kerut dahi tapi masih mengukirkan senyuman. Hairan dengan tingkah laku Ain hari ini. Hairan dengan wajah tegang Ain Umaira hari ini. “Wooo… what’s wrong? Apehal kau moody semacam ni?”

“Nothing,” jawab Ain malas.

Siapa yang buat kau marah ni?” soal Kamal lagi. Tak puas hati dengan jawapan Ain. 

Ain mengeluh. Dia teringatkan perbualan telefon tengahari tadi. Perbualan yang membuatkan dia bengang. Bukan sedikit dia bengang, tapi banyak. Nasib baik dia tak menjerit pada pemanggil itu. 20 minit perbualan telefon dengan Sarah membuatkan hatinya membara. Permintaan Sarah itu tersangat melampau baginya. Mana mungkin dia akan berhenti melakukan apa yang disukanya. Mana mungkin dia akan serahkan barang kesukaan pada seseorang yang telah mengkhianatinya. 

“Ain?” Suara Kamal mematikan lamunan Ain. Dia cepat-cepat tersedar. “Is everything okay?” Soal Kamal lagi. 

Ain angguk. Terpaksa menipu. “Sorry. Aku teringatkan hal kat tempat kerja. Lots of work.”

Kamal ketawa. “No wonder. Sebab tu aku ajak kau lepak. Mira cakap kau asyik memerap dalam bilik sejak dua menjak ni. Aku nak release tension kau.”

Macam mana kau tahu aku tengah tension?” Ain kerut dahi.

Mira buat andaian. Kau jadi pendiam. Ada masalah? Nak ceritakan pada aku?”

Ain geleng. “Hal kerja je. Hazwan mana? Kenapa dia tak join kita?”

“Hazwan ada hal.” Kamal bohong. 

“Oh,” nada Ain kedengaran sedikit kecewa. “Kenapa kau nak jumpa aku? Kau kata ada hal nak bincang. What it is?”

Kamal mengukirkan senyuman. 

“Kenapa kau senyum?” Ain hairan.

Kamal senyum lagi. “Nothing. Cuma dah lama tak nampak kau.”

“Poyo! Ada good news?

Kamal angguk. Masih dengan senyuman di bibirnya.

“Kau dan Mira nak kahwin? Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Illahi,” usik Ain. 

Kamal ketawa. “Tak ada benda lain kau nak fikir ya? By the way, aku tunggu kau kahwin dulu. Deal?”

Ain geleng. “Kau kena kahwin dulu dari aku, baru aku kahwin. Itupun kalau aku ada calon. Haha.” Ain gelak kecil.

Kamal senyum. “Aku make sure kau dah ada calon sebelum aku kahwin.”

“Kau dah ada calon untuk aku?” soal Ain, sedikit hairan. Kamal ni betul-betul serius atau hanya bergurau saja?

“Kau rasa?” 

Ain ketawa. “Tak ada la tu. Mana ada orang nak kat aku. Aku tak cantik. Tak lemah lembut. Aku ego. Pentingkan diri. Tak itu. Tak ini.” Tiba-tiba saja Ain teringatkan ayat Hazwan hari itu. 

Kamal senyum kelat. “Ain… dalam dunia ni, ALLAH dah jadikan manusia sebaik-baik kejadian. Tak ada yang hodoh. Semuanya cantik. Kalau kita cakap tak cantik, itu pandangan mata masing-masing. Macam kau pernah cakap dulu, cantik ikut citarasa masing-masing. Everything happens for reasons. Remember that?”

Ain hanya tersenyum mendengar ulasan Kamal. Jawapan yang sama pernah diberi pada Adam saat lelaki itu bertanyakan definisi cantik, kacak mengikut pandangannya. Masih dia ingat reaksi Adam pada definisinya ketika itu. Lelaki itu hanya memandangnya dengan senyuman saja. Mungkin jawapannya kedengaran seperti kebudak-budakan. 

Ah, nampaknya dia kembali mengingati kisah-kisah lalu. Lebih-lebih lagi saat Kamal memaklumkan kepulangan Adam. Nama yang hampir dilupainya. Nama yang langsung tidak terkeluar dari mulutnya sejak 3 tahun yang lalu.

I like your tazkirah,” puji Ain. “Tapi sejak bila kau tukar kerjaya ni?” usik Ain. 

Kamal ketawa. “I’m telling the truth, Ain.”

Ain hanya tersenyum saja. Minuman yang dipesan akhirnya tiba. Ain mencapai Neslo Ais kegemarannya, menghirupnya dengan penuh nikmat sebelum diganggu satu suara.

“Assalamualaikum,” kedengaran suara lelaki memberi salam. 

“Waalaikumusaalam,” jawab Kamal sambil matanya memandang Ain yang masih kaku. 

Ain telan air liur melihat gerangan yang memberi salam itu. Dipandang atas hingga bawah lelaki itu. Bahkan saat lelaki itu mengambil tempat berhadapannya, Ain masih kaku. Speechless dengan situasi ini. 

“Ain Umaira…” lelaki itu bersuara lagi.

“Adam Hakimi.”

Adam mengukirkan senyuman tapi tidak Ain. Semuanya kelihatan janggal. Bagi Ain!

Reenapple: Adam is back. Hurmm 





2 comments:

  1. Yeahhh. I like it. Tapi i pening sape hero sbenarnya? Hehehe

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.