Monday, May 23, 2016

3 Tahun #10

[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9]

Sarah Amalina memandang gadis di hadapannya dengan wajah yang harapnya mampu meraih simpati. Namun usahanya sia-sia saja, Ain langsung tidak mahu bertolak ansur dengannya. Susah sangatkah untuk tunaikan permintaannya yang ini?

“Tolonglah aku, Ain. Please…” sekali lagi Sarah memujuk Ain ini. Hanya Ain saja yang dapat menolongnya. Menolongnya mengukuhkan lagi pembohongannya. 

Demi meneruskan pembohongannya, Sarah sanggup menebalkan muka, bertemu Ain di Kuala Lumpur. Sarah tidak tahu apa lagi alasan yang harus dia ciptakan pada Hazwan Haris itu. Teman lelakinya itu asyik bertanya itu dan ini tentang blog Miss Dark. Mengapa tiada entri terbaru, mengapa itu, mengapa ini. Dan semuanya Sarah tidak mampu menjawab dengan penuh keyakinan.

Ain Umaira hanya tersenyum sinis pada gadis di hadapannya ini. Sedarkah Sarah dengan siapa dia sedang bercakap sekarang ini? “Kenapa aku perlu tolong kau?”

Sarah mengeluh. Dia tahu Ain tentunya tidak akan mahu tolongnya lagi selepas apa yang dilakukan pada gadis itu dulu. 

Aku tak mahu hilang Hazwan…” dengan lemah Sarah ucapkan ayat itu. Dia tidak mahu kehilangan Hazwan. Berbulan-bulan dipujuk Hazwan agar menerima cintanya tapi lelaki itu tetap juga mahu menerimanya tidak lebih dari seorang kawan. Dan dengan itu dia tidak sewenangnya mahu membiarkan lelaki itu pergi dari hidupnya.

Sarah sendiri tidak tahu mengapa dia tertarik pada Hazwan saat pertama kali mereka dipertemukan. Dan Ain menjadi penyebab perkenalan dia dan Hazwan. Bekas teman serumahnya itu, membawanya bertemu sahabat-sahabat Ain dari UUM di satu hari itu. 

Dan pertemuan pertama kali dengan Hazwan membuatkan Sarah tertarik pada lelaki itu. Rupa yang menarik ditambah pandai berjenaka, membuatkan Sarah menyenangi lelaki itu. 

Dan kau sanggup biarkan aku hilang benda yang aku sayang?” soal Ain sinis. Sarah tak pernah berubah. Masih pentingkan diri seperti dahulu. Ain tahu tentang perasaan Sarah pada Hazwan. Dia juga tahu tentang rejection Hazwan pada cinta Sarah. 

Sarah telan air liur. Dia sedar apa yang dia lakukan ini. Dan dia sedikitpun tidak kisah jika Ain kehilangan sesuatu, yang penting niatnya harus dicapai. 

“Bukan salah aku kalau dia sukakan Miss Dark.”tambah Ain sekali lagi, dengan nada sinis.

Sarah ketap gigi. Sedikit berang dengan Ain Umaira ini. Sarah tahu siapa sebenarnya Miss Dark itu. Bahkan dia pernah melihat sendiri Miss Dark menaip entry di blog pada waktu malam. Mungkin dia tidak membaca keseluruhan blog itu, tapi dia tahu siapa sebenarnya Miss Dark itu. Gadis di hadapannya ini sebenarnya adalah Miss Dark itu. 

Dan bukan salah aku juga bila Hazwan sendiri ceritakan pada aku tentang perasaannya pada Miss Dark,” balas Sarah, sedikit bengang. 

Tapi itu tak membuatkan kau ada hak untuk mengaku kau tu Miss Dark.”

“Kau yang tak nak ambil tindakan dulu, Ain.”

Ain senyum sinis lagi. “Why would I? Bukan aku yang suka Hazwan, Sarah.”

Sarah mendengus. “Whatever it is, Ain. Hazwan believes me. He believes that I’m Miss Dark.

“Jadi, kalau Hazwan sudah percaya yang kau adalah Miss Dark, buat apa kau nak blog aku lagi?”

Sarah mengeluh. Disaat dia mengaku pada Hazwan tentang dirinya sebagai Miss Dark, pelbagai soalan yang dilemparkan Hazwan. Lelaki itu pada mulanya tidak mempercayainya langsung dan mujur, dia pernah membaca blog Miss Dark, walau tidak semua entri yang pernah di post.

Dan di saat Hazwan mula yakin dengan identitinya sebagai Miss Dark, lelaki itu sekali lagi bertanya tentang Ain Umaira. Mengapa Ain langsung tidak mahu jelaskan hal sebenar. Dan disebabkan risau penipuannya akan terbongkar, dicipta sekali lagi pembohongan, mengatakan Ain punya perasaan pada Hazwan, sebab utama Ain rahsiakan identity Miss Dark.

He keeps asking about that blog, kenapa tiada entri terbaru,” ucap Sarah jujur. “Sebab itu aku minta kau berikan saja blog kau pada aku.” Sarah terpaksa berbuat sebegitu, demi meneruskan penipuannya dan menutup lubang-lubang pembohongannya. 

Jadi, kau rasa kau mampu jadi Miss Dark?” 

“Yes. Aku cuma perlu tulis apa yang aku rasa, bukan?”

Ain geleng kepala dengan senyuman sinis di bibirnya. “Semua orang boleh menulis, tapi tak semua mampu menulis dengan jiwa.”

Sarah telan air liur. dia tahu itu. Dia terfikirkan juga apa yang harus dia tulis di blog Miss Dark nanti sekiranya Ain bersetuju untuk menyerahkan blog itu padanya. Risau jika penulisannya nanti akan disoal oleh Hazwan. Dan dia pasti entrinya itu nanti tidak sama dengan apa yang Ain Umaira pernah tulis. 

“Ain, please. Ini kali terakhir aku mintak tolong kau. Lepas ini, aku tak akan ganggu hidup kau lagi.” 

Ain mengeluh. “Beritahu Hazwan hal yang sebenar, Sarah. Dia akan faham.”

Sarah geleng kepala. Mana mungkin dia akan jelaskan hal yang sebenar pada lelaki itu. Hazwan Haris pantang orang menipunya. Tengoklah bagaimana reaksi lelaki itu saat Ain menipu tentang Miss Dark, mujur Hazwan masih mahu berkawan dengan Ain. Dan kalau dia yang menipu Hazwan, Sarah yakin Hazwan sah-sah akan tinggalkannya. Mungkin saja lelaki itu akan membencinya seumur hidup.

Dia akan tinggalkan aku, Ain. Kau mahu lihat kawan kau sengsara?”

Ain kerut dahi. “Pernah kau terfikir perasaan aku, saat kau buat semua tu?”

Sarah telan air liur. “Aku… minta maaf, Ain” Kedengaran tidak ikhlas kata maaf Sarah pada pendengaran Ain.

Dan aku minta maaf juga, Sarah. Aku tak boleh tolong kau lagi. Blog tu ibarat nyawa aku.”

Sarah hanya mampu tunduk, mendengar ayat Ain. Dia tahu jawapan Ain tapi dia juga tak mahu kehilangan Hazwan. Susah payah dia meraih cinta Hazwan dan dia sanggup korbankan apa saja asalkan Hazwan di sisinya. Hatta persahabatannya dengan Ain.

“Please Ain, please…” Sarah merayu lagi. 

Ain geleng. “Sarah, just tell him the truth. Itu saja jalannya.”

Sarah mendengus. Benci mendengar penyelesaian yang tak masuk akal dari Ain. “Dan biarkan Hazwan tinggalkan aku supaya dia boleh pergi pada kau? Dan lepas tu korang berdua boleh gelakkan aku, begitu?”

Ain mengeluh kasar. Kesabarannya pun tiada had lagi. Silap hari bulan boleh dia maki Sarah Amalina ini di hadapan orang ramai. 

“Kalau aku nak, dah lama aku buat macam tu, Sarah. Dah lama aku bagitahu Hazwan hal sebenar, tapi aku tak. Dan sekarang kau tuduh aku nak rampas Hazwan dari kau? Funny!” 

Sarah telan air liur. Dia tahu Ain hanya anggap Hazwan tidak lebih dari seorang kawan. Begitu juga Hazwan. 

“Maaf, aku bukan nak mengunkit. Kau kenal Hazwan dari aku. Dan aku kenal Hazwan lagi lama dari kau. I know him better than you,” tambah Ain geram.

Sarah mengeluh. Dia tahu fakta itu. “Aku tahu, Ain. Tapi aku rasa tercabar setiap kali dia asyik bercakap tentang Miss Dark je. Selalu tanya aku kenapa aku tak update entri baru, kenapa itu, kenapa ini. Aku dah penat nak menipu dia.”

Ain diam. Tiada reaksi pada ayat Sarah. Dalam hatinya saat itu sedang mentertawakan Sarah disebabkan penipuannya. Itulah, siapa suruh menipu. Bagitahu Hazwan hal sebenar tak salah.

Tapi aku nak kau tahu, aku takkan sama sekali jelaskan hal sebenar pada Hazwan. Aku takkan lakukan itu walaupun itu saja pilihan yang aku ada.”

Ain tarik senyum senget. “Kau dengan keputusan kau, dan aku dengan keputusan aku.”

Sarah mendengus. Dipandang Ain dengan rasa tidak puas hati. “Berapa yang kau nak? Aku sanggup bayar asalkan kau sanggup bagi aku blog picisan kau tu. Kalau kau tak mahu beri sekalipun, sila bersara. Just quit from blogging!”

Ain ketap gigi. Merasa terhina diperlakukan sebegitu. “Kau ingat aku perempuan materialistic? Just only aku bukan anak orang berada macam kau, kau tak patut hina aku.”

“Kau yang degil, Ain. Blog kau cuma blog picisan je, tak menarik pun bagi aku. Aku sendiri tak tahu kenapa Hazwan boleh jatuh suka.” Sarah sebenarnya tidak sedar apa yang dia katakan ini. Dia dalam keadaan marah. Marah dengan kedegilan Ain Umaira. 

Ain diam. Sedikit berkecil hati dengan ayat Sarah tapi dia tidak memberi respons.

Aku dah tak sanggup nak teruskan penipuan ni. Kau faham tak?” tambah Sarah lagi. Kali ini nada tinggi digunakan, membuatkan mata-mata memandangnya.

Ain mengeluh. Dia simpati pada Sarah. Tapi dia juga tak mahu serahkan benda yang dia sayang pada Sarah. 

“Kau tak nak bagi aku blog tu, it’s okay. Tapi sila bersara. Dan aku boleh hidup tenang. And then aku tak akan kacau hidup kau lagi. Kita masih boleh jadi kawan macam biasa,” ucap Sarah lagi. Kali ini dia menggunakan nada seperti biasa. 

“I’m stick with my decision, Sarah,” balas Ain lemah.

Sarah tarik nafas sedalamnya. Bengang! “Kau selfish Ain! Sampai bila-bila aku takkan beritahu Hazwan yang Miss Dark yang sebenar adalah kau!”

Ain senyum hambar. “That’s good. Aku pun tak harap dia tahu Miss Dark itu aku. Just stick with the lies that you had created.”ucap Ain sinis. “ Dan aku tak nak terlibat dalam penipuan kau. If anything, kau tanggung sendiri. Jangan salahkan aku kalau aku tulis sesuatu yang menimbulkan syak wasangka pada Hazwan.” 

“Kau bukan lagi kawan aku, Ain.” Ucap Sarah tegas sebelum bangun danmeninggalkan Ain sendirian di restoran itu. Dia sedikit pun tidak menyesal memutuskan persahabatannya. Ain yang degil, bukan dia. 

Ain melepaskan keluhan. Hatinya sedikit sebak dengan ayat Sarah. Sedikit terkilan dengan keputusan Sarah yang mahu memutuskan persahabatan mereka hanya disebabkan Hazwan. Tapi kalau itu yang terbaik untuk mereka, Ain hanya mampu menerimanya dengan redha saja. Neslo Ais di hadapannya dihirup dengan lagak tenang yang dibuat-buat sehinggalah ada satu suara menyapanya. 

“Ain?”

Ain menoleh. Dia telan air liur melihat Kamal sedang memandangnya. Ain hanya mampu senyum kelat. “Kau buat apa kat sini?”

Kamal pandang Ain. Dia senyum kelat. “Aku lepak dengan sepupu aku tadi. Aku nampak kau dengan Sarah dan…” Ayat Kamal tergantung di situ.

Ain telan air liur lagi. Tentu Kamal sudah mendengar segala-galanya.

“Kau Miss Dark?” Soal Kamal. Dari tadi lagi dia mencuri dengar perbualan Ain dan Sarah. Terkejut saat mengetahui rahsia sebenar siapa Miss Dark. Dan waktu itu, barulah dia faham mengapa Ain merahsiakan identity Miss Dark. 

Ain mengeluh sebelum tersenyum hambar. “Tell nobody, please.”

Kamal diam, tidak memberi reaksi pada ayat Ain. Terbit simpati pada Ain. Dan dia tidak tahu sama ada mahu menuruti permintaan Ain atau tidak. 

“Kamal?” Ain bersuara lagi, memandang Kamal yang tidak beriak. 

Kamal mengeluh sebelum angguk kepala. Dia lihat Ain tersenyum kelat. Mata gadis itu sudah mula berkaca. 



5 comments:

  1. Eeee. Sarah nih mmg jahat lerr. Kawan tak kenang budi pulak tuh. Errghh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. She is. Jangan cari kawan macam dia tau. :P

      Delete
  2. Replies
    1. me too. macam nak hempuk kepala dia.

      Delete
  3. Wey sarah ni psiko kut gile la xsedar ke apa dia ckp

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.