Friday, April 15, 2016

3 Tahun : Prolog



Ain Umairah sedang berbual dengan sahabatnya, menanti ketibaan pesawat MH2612 jikalau mengikut jadual penerbangan adalah dalam satu jam lagi. Dalam rancak berbual, matanya terpandang kelibat seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Apa yang keluar dari mulut Emma ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ain langsung tidak mengambil peduli apa yang dicakapkan Emma itu. Matanya masih pada kelibat lelaki yang baru saja melangkah keluar dari balai ketibaan. 

“Ain?” kedengaran suara Emma. “Something happened?”

“Yeah?” Ain cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia kembali memandang Emma di hadapannya. Iced Latte di hadapannya dihirup dalam keadaan terpaksa. “Nothing. I cuma, you tahu… tak cukup tidur.” Ain bohong. Ya Allah jantungnya berdegup laju. 

Emma ketawa kecil. Ada-ada saja sahabatnya ini. Jam tangan dikerling. Masih tinggal 45 minit lagi waktu untuk dia melangkah ke balai pelepasan. “Balik ni, you terus tidur tau. Jangan merayap…” pesan Emma persis seorang ibu.

Ain ketawa. Kelakar pula mendengar arahan Emma. “I will do that.”

Emma tersenyum. “I pergi dulu. If anything bagitahu I.” ucap Emma sebelum bangun. Dipeluk erat sahabatnya itu sebelum berjalan ke balai pelepasan. 

Setelah Emma hilang dari pandangan matanya, Ain cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah balai ketibaan, mencari-cari kelibat lelaki yang dilihatnya sebentar tadi. Namun tiada. Dia mengeluh. Mungkin dia berhalusinasi. Kepenatan semalam masih terasa. Tak mungkin lelaki itu akan berada di sini. Kalau ada, tentu akan dimaklumkan padanya. Tapi, adakah itu akan terjadi?

Di saat kakinya mula melangkah ke arah pintu keluar lapangan terbang itu, sekali lagi matanya menangkap kelibat lelaki itu. Air liur ditelan. Matanya asyik memandang lelaki itu. Diikutkan hati, dia mahu saja berlari ke arah lelaki itu, namun niatnya dibatalkan saat lelaki itu mendukung seorang anak kecil yang berjalan menghampirinya. Dan ditambah lagi dengan kelibat seorang wanita di sebelah lelaki itu.

Adakah itu isteri lelaki itu? Adakah itu anak lelaki itu? Adakah lelaki itu telah berkahwin tanpa pengetahuannya? Soalan-soalan itu bermain di fikiran Ain. 

Mata Ain masih pada lelaki itu. Masih lagi memandang keluarga bahagia itu. Sedikit sebanyak hatinya kecewa. Senyuman kelat diukir. Dan entah bagaimana, matanya bertemu mata lelaki itu. Pandangan mereka bertaut. 

Sepi. Masa kelihatan bergerak perlahan. Ain pandang lelaki itu. Lelaki itu pandang Ain, Tapi tiada sapaan mahupun senyuman keluar dari mulut mereka. Semuanya kelihatan janggal. 

10 saat berkeadaan begitu, Ain akhirnya mengalihkan pandangan. Keluhan dilepaskan. Waktu itu juga Samsung Galaxy S6 miliknya mendendangkan lagu. Panggilan dijawab sambil kakinya dihayunkan ke arah kawasan parkir. Dia langsung tidak menghiraukan pandangan lelaki itu lagi.



Reenapple: Sebenarnya  ini adalah e-novel first yang aku tulis di tahun 2011. But then I re write again dengan perubahan pada jalan cerita. Harap ini dapat jadi versi cetak after Kedua. Ekhem. After all, enjoy reading this. :) 





No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.