Saturday, April 30, 2016

3 Tahun : #4



Adam mengukirkan senyuman memandang kedua-dua lelaki yang baru tiba itu. Tangan dijabat mesra kedua-duanya. 

“Lama gila tak jumpa kau…” ucap Hazwan sedikit riang. Kamal yang mengambil tempat bersebelahan Adam hanya menganggukkan kepala, bersetuju dengan Hazwan.

Adam senyum saja. “Lama juga tak jumpa korang. How’s your life?”

Hazwan sengih. “Aku macam biasa je.”

“Orang bahagia… “ usik Kamal. 

“So, bila nak kahwin?” Soal Adam dalam nada bergurau.

Hazwan ketawa. “Too early to think about it. Lagipun, kita orang baru kenal je.”

Adam hanya tersenyum. “So, korang nak minum apa? Aku belanja.”

“Wow… ada orang nak belanja. Suka .. suka… terima kasih,” usik Hazwan sebelum memanggil pelayan. Selesai memesan minuman, Hazwan kembali memandang Adam dan Kamal yang sedang rancak berbual.

“So, Adam…” Hazwan kembali bersuara.

Adam memandang Hazwan. 

“Kau apa cerita? Lama kau menghilang. Facebook pun kau deactive. Susah tahu nak contact kau.”Hazwan membebel.

Adam senyum lagi. “Kamal tak bagitahu kau?” soalnya sambil memandang Kamal di sebelahnya.

Kamal hanya jungkit bahu memandang Hazwan di hadapannya.

“Dia cuma bagitahu yang kau pergi sambung belajar kat luar Negara,” balas Hazwan malas. Teh Ais dihirupnya. 

Betullah tu. 3 tahun aku kat US.”

“And?” Soal Hazwan tidak puas hati dengan jawapan Adam yang ringkas itu. Dia mahu tahu lebih lanjut lagi. 

Adam geleng. “That’s all Wan. Itu je.”

Hazwan mengeluh kecewa. “Aku ingatkan ada la kau cerita kau jumpa awek hot kat sana ke, atau apa –apa je lah.”

Adam ketawa. Hazwan masih tidak berubah perangainya. “Aku dengar kau gaduh dengan Ain?”

Hazwan mengeluh lagi. Kali ini dia senyum kelat. Dipandang Kamal yang sedang senyum kambing padanya. “Kau ni kan Mal, semua kau nak cerita, kan?”

Kamal ketawa. “Ada orang tanya perkembangan terkini, so aku ceritalah yang itu.” 

“Yelah… tapi takkanlah itu pun kau nak cerita,” Hazwan tidak puas hati.

Kamal dan Adam hanya ketawa. Mengalahkan budak kecil je Hazwan ni.

“So, kau dah berbaik dengan dia?” Soal Adam.

Hazwan angguk. “Salah faham je pun. Aku je yang terlebih emo. Apa-apa pun, keadaan dah back to normal.”

“Tapi tak semua kan?” celah Kamal.

Hazwan senyum kelat. Benar apa yang dikatakan oleh Kamal itu. Selepas insiden itu, keadaan tidak menjadi seperti dulu. Dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan Sarah berbanding Ain. Dan Ain, entah benar atau tidak firasatnya ini, gadis itu seolah-olah mahu menjauhkan diri darinya saja. Setiap kali dia mengajak untuk berjumpa, berbagai-bagai alasan Ain akan diterimanya. Sibuklah. Itulah. Inilah. Berbeza betul sewaktu dia dan Sarah bukan kekasih. 

“Don’t worry Wan. Everything will be fine.” Pujuk Kamal, seolah-olah memahami apa yang difikirkan oleh sahabatnya itu.

Hazwan senyum palsu. “So, Adam. Kau tak jumpa Ain lagi?”

Giliran Adam pula senyum kelat. Tidak tahu bagaimana dia mahu jawab ini. “Aku tak pasti kalau yang aku nampak kat airport hari tu, dikira berjumpa dia. Dia pandang aku. Tapi sekejap je. After that, dia blah. Aku rasa dia ingatkan dia tersalah orang.” Adam cuba mengimbau kembali kejadian yang berlaku beberapa minggu lepas. 

Sejujurnya, dia sedikit terkilan dengan layanan Ain waktu itu. Harapnya gadis itu akan menuju ke arahnya dan bertegur sapa tapi semua itu tidak menjadi reality. Terfikir juga dia, apa silapnya sehinggakan dirinya dilayan sebegitu. Dan untuk tidak mahu membebankan dirinya, dia berfikiran positif, mengandaikan Ain tidak pasti itu adalah dirinya. 

Kamal memandang Adam dengan riak terkejut. Tidak pula Ain ceritakan padanya tentang ini. Atau Ain lupa? 

“Kau kenapa, Mal?” Soal Hazwan apabila menyedari riak Kamal.

Ain tak ada ceritakan pada aku pun. Masa aku beritahu dia tentang kepulangan kau, dia cuma diam. No respond at all.” Kamal kembali mengingati reaksi Ain saat dia memaklumkan tentang Adam.

Adam tersenyum. Masih lagi cuba berfikiran positif. “Mungkin dia sibuk? Tambah lagi dengan kes gaduh dengan Hazwan?”

Kamal angguk kepala. Ada benar apa yang dikatakan Adam. 

“Ain masih marahkan kau lagi ke?” Entah mengapa soalan itu yang keluar dari mulut Hazwan. 

Adam dan Kamal kerut dahi. 

“Maksud kau?” soal Kamal hairan.

Hazwan jungkit bahu. Matanya memandang Adam. “Hanya Adam saja yang tahu kenapa. Bukankah begitu, Adam?”

Adam telan air lur. 

“Korang ni ada rahsia ke?” Soal Kamal. Tidak selesa dengan sunyi yang tiba-tiba saja melanda dua sahabatnya ini. 

Hazwan ketawa kecil. “Tak adalah. Aku saja nak buat Adam suspen sikit. Gertak gertak sikit. Haha.”

“Wan… nasib baik aku sayang kau, kalau tak mahunya aku cepuk kau dengan sudu ni kan.” Kamal buat-buat marah.

Hazwan dan Adam hanya ketawa saja.

“So, bila kau nak jumpa dia?” soal Kamal setelah ketawa mereka terhenti.

“Dia nak ke jumpa aku?” Soalan Adam itu lebih kepada dirinya sendiri. Mahukah Ain bertemu dengannya setelah insiden di lapangan terbang hari tu? “Dia dah ada someone special?”

Kamal jungkit bahu. Matanya memandang Hazwan.

“Kenapa kau tengok aku, Mal? Aku tak ada ada hubungan lebih dari seorang kawan dengan Ain.”

Kamal ketawa. “Bukanlah. Ain kan banyak habiskan masa dengan kau. Takkan dia tak ceritakan apa-apa pada kau?”

Hazwan geleng kepala. “Kalau dia ada cerita sekalipun, Aku tak boleh bagitahu. That’s private and confidential.” Usik Hazwan.

Adam senyum melihat telatah Hazwan. “Jadi, kau selalu lepak dengan Ain?”

Hazwan telan air liur. “Could be said liket that,” balas Hazwan dingin. Entah kenapa dia tidak selesa dengan soalan yang dilemparkan padanya tadi. Seolah-olah Adam cuba mengorek sesuatu.

“Kau perlukan pertolongan aku?” Soal Kamal lagi pada Adam.

Adam senyum sebelum geleng kepala. “Let it be Mal. Just follow the flow. Satu hari nanti aku akan muncul depan dia walau macam mana sekalipun dia mengelak.”

“So, Wan… apa cerita dengan Miss Dark kau?” Soal Adam pada Hazwan. “Aku dah dengar dari mulut Kamal, tapi aku nak dengar dari mulut kau pulak.”

Hazwan senyum hambar. Dia memulakan cerita tentang kekasihnya pada Adam. 

Dan Adam hanya mendengar dengan penuh perhatian. Ada satu perkara yang bermain di mindanya tatkala Hazwan membuka kisah blogger Miss Dark.


Reenapple: Hurm, agaknya apa yang Adam tahu tentang Miss Dark ya?




2 comments:

  1. bagusnya adam tu.. nk dengar dr kedua belah pihak. nak tahu apa adam kenal rapat dgn miss dark

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.