Sunday, April 24, 2016

3 Tahun: #3



Sudi tak awak meluangkan masa awak untuk makan ice cream dengan saya?” 

Lelaki di hadapan Ain mengeluarkan soalan. Ain hanya ketawa. Kelakar betul.“Kau dah kenapa?”

Lelaki itu jungkit bahu. “Aku baru je nak buat scene romantic dengan kau.”

Ain mencebik. “Save it for someone who will appreciate it.” Mata Ain kembali menghadap helaian kertas di hadapannya. By hook or by crook, tutorial Bab 2 subjek Financial Accounting and Reporting 3 harus disiapkan hari ini. Tidaklah dia tergesa-gesa hadir ke kelas lusa nanti. Puan Zarina terkenal dengan sikap punctuality. Dan dia tidak mahu carry mark-nya berkurang kerana terlewat satu minit menghantar tugasan. 

“Kau tak hargai?” Lelaki di hadapannya kembali bersuara, kedengaran sedikit nada merajuk.

Ain tarik nafas. “Do I have to?” Dia pandang lelaki itu.

Lelaki itu angguk. 

“Why?” Soal Ain lagi.

“Nothing. Buatlah kerja kau. Tapi kau tak nak makan ice cream dengan aku lepas ni?”

Ain jatuhkan pen di tangannya. Dipandang Adam dengan rasa hairan. “Kau ajak aku keluar ke?”

Adam ketawa kecil. “Kau baru sedar yang aku ajak kau keluar?”

Ain mencebik sebelum kepala digeleng. 

Susahkan nak tarik perhatian kau.” Ayat itu terkeluar dari mulut Adam dan sekali lagi Ain mencebik. 

“I’m sorry.” Ucap Ain dengan rasa kesal.

Adam senyum sebelum kepala digeleng. “Don’t say sorry when it’s not your mistake, Ain.”

Ain mengeluh. Sedikit rasa bersalah membuatkan kawannya ini berkecil hati. “Aku ingatkan ajakan kau nak makan ice cream tu just a joke. Aku ingatkan kau tengah praktis nak ajak budak perempuan di meja belakang aku ini.” Dari tadi lagi Ain sedar budak perempuan yang duduk tidak jauh dari mereka, asyik memerhatikan Adam. 

Adam kerut dahi. Dia menoleh ke hadapan, melihat gadis yang dimaksudkan sahabatnya. Gadis berambut panjang itu terus saja menundukkan wajahnya saat pandangan mata mereka bertaut. Adam hanya tersenyum saja melihat situasi itu. Matanya kemudian kembali memandang Ain yang sedang memandangnya dengan senyuman.

“Mungkin dia pandang orang lain?” Adam cuba membuat andaian.

Ain geleng. “Nope. Dia tengok kau. Dari saat kita masuk library sehinggalah sekarang. Even masa kita kat rak buku tadi, mata dia tak berkelip tengok kau.” usik Ain. Dia akui bahawasanya Adam punya rupa yang akan membuatkan mana-mana gadis memandangnya berkali-kali.

“Jadi, maksudnya?” Adam berpura-pura tidak memahami.

“You are a good looking guy.”

Adam senyum. “Kau baru puji aku?”

Ain jungkit bahu sebelum kembali memandang helaian kertas di hadapannya. Masing-masing kembali mendiamkan diri. Di saat Ain kembali untuk bersuara, Adam sudah tiada di hadapannya. Ain menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat Adam namun tiada, sehinggalah dia menyedari kelibat Adam yang entah bila muncul di sebelah gadis yang mereka cakapkan tadi.

“Adam…” Ain memanggil. Tetapi lelaki itu hanya memandangnya dengan senyuman. Ain bangun, cuba mendekati Adam tapi entah mengapa semakin dia melangkah, semakin dia merasakan jarak dia dan Adam makin jauh. Dan lelaki itu hanya tersenyum saja memandangnya.

Ain buka mata. Dia telan air liur. Rupanya semua itu hanyalah mimpi saja. Mindanya kembali memutarkan apa yang dimimpikannya tadi. Aneh dan hairan. Sebelum ini mana pernah dia mimpikan Adam. Dan tiba-tiba saja lelaki itu muncul dalam mimpinya. 

Ain bangun sebelum duduk berteleku di birai katil. Peluh di dahi dikesat dengan lemah. Dia mengeluh. Dia teringatkan Adam lagi. Sejak Kamal memberitahunya tentang kepulangan Adam, sejak itulah hatinya menjadi tidak menentu. 

Ain bangun, dikerling jam loceng di sebelahnya. Baru pukul 4 pagi. Akhirnya dia turun ke katil sebelum melangkah ke bilik air. Harus dilakukan sesuatu untuk hilangkan keresahannya. 


$$$$$$$$$$$$


10 minit sudah berlalu dari waktu yang dijanjikan. Ain mengeluh. Tertanya-tanya sama ada Hazwan akan muncul atau tidak. Atau lelaki itu sengaja mahu membalas dendam padanya?

5 minit kemudian, kelibat Hazwan muncul. Ain mahupun Hazwan tidak mengukirkan senyuman. Kedua-dua mereka berwajah serius dan berdiam diri. Hanya bersuara tatkala pelayan mengambil pesanan mereka. 

“So, kenapa kau nak jumpa aku?” Ain memulakan perbualan. Tertanya-tanya juga tujuan Hazwan mahu bertemu dengannya. Adakah disebabkan hal Miss Dark itu?

Hazwan tarik nafas. Sebulan selepas insiden itu, dia mendiamkan diri. Tidak langsung menghubungi Ain. Walaupun Kamal yang tinggal bersamanya juga dia tidak hiraukan. Kamal berkali-kali menasihatinya supaya memafkan Ain Umaira itu. Dia perlukan masa untuk menghadam penipuan gadis di hadapannya. Sehingga ke hari ini, dia langsung tidak menjumpai sebab mengapa Ain menipunya tentang identity Miss Dark yang sebenar. Tentang Sarah sebagai Miss Dark. Dan alasan pertama yang dikemukakan oleh Sarah tentang Ain Umaira punya perasaan padanya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akalnya. 

Kalau betul Ain menyimpan perasaan padanya, tentu gadis itu sudah meluahkannya. Atau Ain punya kepakaran menyembunyikan perasaan cinta padanya?

I need to know the truth, Ain.”

Ain tarik senyum senget. Sudah mengagak itu yang Hazwan mahu bincangkan. Kalau bukan tentang Miss Dark, apa lagi lelaki itu mahu berjumpanya. Bukankah alasan utama mengapa lelaki itu selalu mengajaknya berjumpa dahulu adalah disebabkan blogger misteri itu.

“Kau dah tahu hal sebenar, buat apa kau mahu dengar penipuan dari aku lagi? This case is already closed, Wan,” balas Ain dingin. 

Hazwan mengeluh. Dia tahu itu. 

“And then, kau mahu jumpa aku,.. adakah kau dah maafkan aku?” Soal Ain lagi. 

Hazwan telan air liur. Tidak tahu jawapan pada soalan gadis di hadapannya ini. “Kau rasa?” 

Ain jungkit bahu. Dia kembali menghirup Iced Latte di hadapannya. 

“Kalau aku dah boleh like status Facebook kau, then I’m already forgiving you.”

Ain kerut dahi. Tak masuk akal betul cara Hazwan ni. Ingat mereka masih remaja lagi ke apa? Bila gaduh, senyap kat Facebook sebulan dua. Lepas tu, mulalah sesi meng-post di wall masing-masing dengan ayat sinis. 

“Kau ingat kita ni masih di zaman UUM ke apa?” soal Ain sinis. 

Hazwan ketawa kecil. Bahu dijungkit. “Maybe. Except aku lupa nak post kat wall kau dengan ayat-ayat yang boleh buat kau bengang. Selepas tu keadaan kembali macam biasa bukan?”

Ain gelak. Kelakar bila ingat kembali zaman tidak matang mereka. Tapi itu semua sudah menjadi kenangan. Keadaan sudah berubah, tidak seperti dahulu. Masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Cuma satu bulan sekali, mereka akan cuba untuk menghabiskan masa bersama-sama. Ataupun hanya dia dan Hazwan saja yang akan bertemu janji, mendengar kisah Hazwan tentang Miss Dark. 

Hazwan telan air liur. Walau berat, dia terpaksa luahkan. “I am sorry for the thing that I said to you that day. Kau anggap je lah aku tengah emo masa tu.” 

“Adakah kau ikhlas?” usik Ain.

“Ain, kalau aku tak ikhlas, aku tak bazirkan masa aku untuk jumpa kau.”

“Kalau kau rasa perjumpaan kita ni bazirkan masa kau saja, kau boleh balik. I can pay your drinks,” ucap Ain sinis. Sedikit sentap dengan ayat Hazwan. 

Hazwan mengeluh. Sedikit rasa bersalah menaikkan kemarahan gadis di hadapannya. Ain Umaira jarang marah. Tapi bila gadis itu marah, boleh sebulan tak layan dia. Merajuk kononnya.

I’m sorry. Dan ya, aku ikhlas dengan maaf aku. Just stop asking question that doesn’t make sense, please.”

“Okay,” ucap Ain malas. 

I need to know the truth, Ain.” Sekali lagi Hazwan menuturkan ayat yang sama. By hook or by crook dia harus dengar penjelasan dari mulut Ain. Dan kali ini dia pasti dia tidak akan mengamuk seperti hari itu.

“Aku tak ada apa-apa yang nak dibagitahu. Kau dah tahu semuanya.” Ucap Ain tenang. 

Hazwan geleng. “Kenapa kau tak mahu beritahu aku yang Sarah tu Miss Dark?”

“Kalau andaian pertama kau yang aku suka kau, you get it wrong, Wan.”

Hazwan telan air liur. Dia tahu itu. Tak mungkin Ain akan sukanya lebih dari seorang kawan. “Then?”

Ain mengeluh. Tidak tahu alasan apa lagi yang harus dia ciptakan untuk buatkan Hazwan berhenti bertanyakan tentang sesuatu yang dia tidak suka. “Okay. Aku bagitahu kau hal sebenar. But promise you won’t get mad on me?” Ain pandang Hazwan.

Hazwan angguk.

“First reason… kau cakap kau tak suka Sarah. Kau tetap pada Miss Dark yang bagi kau dialah perempuan yang sempurna. Aku dah banyak kali bagitau kau, dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna. Kalau aku bagitahu siapa Miss Dark tu, kau akan percaya aku?”

Hazwan telan air liur. Ada benar jugak apa yang dikatakan Ain. Walau Ain beritahu tentang perihal Sarah sebagai Miss Dark, sah-sah dia tak akan mahu percaya. Sarah bukan perempuan yang boleh dia suka lebih dari seorang kawan. Cantik tapi hatinya tidak terpaut langsung pada kecantikan gadis itu. Mungkin disebabkan cintanya waktu itu hanyalah pada Miss Dark.

“Your reason is acceptable, Ain.”

Ain mendengus. “Dan kau masih nak tahu hal sebenar lagi?”

Hazwan geleng. Apa jua ayat yang bakal terkeluar dari mulut Ain selepas ini bakal membuatkan dia dihimpit rasa bersalah lagi dan dia tak mahu alami itu lagi. Rasa bersalah pada Ain. 

“That’s great. Aku dah tak ada apa-apa nak dicakapkan.”

Hazwan sneyum. “So, case is closed.” 

“Jadi, kau dah boleh balik,” ucap Ain tenang.

Hazwan kerut dahi. “Kau halau aku?”

Ain geleng kepala. “Taklah, kau nak jumpa aku sebab hal itu je kan? So, you get your explanation, and you can leave. Dan aku rasa kau pun tak nak bazirkan masa kau dengan aku lagi. Kau dah ada Sarah.”

Hazwan ketawa kecil. “Kau cemburu?” 

“Nope. Aku cuma penat.”

“Kau penat emosi atau penat fizikal?”

Ain diam. Tidak tahu yang mana satu harus dijawab. 

“Kau penat emosi? Kau fikir tentang Adam?”

Ain telan air liur lagi. Hazwan dah tahu hal sebenar?

Taklah. Buat apa aku nak fikir tentang dia.”

“Kau boleh tipu sesiapa Ain, tapi bukan diri kau. Sesibuk macam mana kau, tentu kadang-kadang Adam ,kau terfikir. Kan?”

“Wan, please…” Ain merayu.

Hazwan senyum kelat. “I’m just telling the truth.”

Ain senyum kelat. Ya, apa yang keluar dari mulut Hazwan adalah satu fakta. Lebih-lebih lagi apabila Kamal memaklumkan tentang Adam. Dia antara mahu percaya atau tidak dengan apa yang didengarnya atau dengan apa yang dilihatnya hari itu di lapangan terbang. 

“Aku kena pergi. Kena ambik adik aku kat kolej. Kau tak nak balik lagi?”

“Nak baliklah ni.” Ucap Ain malas. Dia bangun. 

“Aku belanja.” Ujar Hazwan lagi.

Ain senyum. Seusai mengucapkan terima kasih pada Hazwan, dia bergerak ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari restoran. Tanpa Ain mahupun Hazwan sedar, gerak geri mereka diperhatikan oleh sepasang mata yang berada tidak jauh dari tempat mereka. 


Reenapple: Siapa ya, yang sedang perhatikan Ain & Hazwan?


2 comments:

  1. Citer nih penuh saspens lah sis. Adam kot yg mngintai diorang

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.