Wednesday, April 20, 2016

3 Tahun #2


Ain mengeluh. Sudah berapa kali dia tuturkan kata maaf pada lelaki di hadapannya tapi Hazwan langsung tidak mahu terima. Pandang muka dia pun, Hazwan tak mahu. Hina sangatkah Ain di mata Hazwan?

Kamal yang dari tadi menjadi saksi pada kata-kata maaf Ain hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap Hazwan yang tidak matang itu. Mengalahkan anak kecil bila merajuk. Terkejut juga apabila dimaklumkan Hazwan tentang pergaduhannya dengan Ain. Siapa yang tidak risau jika persahabatan yang dibina hampir 7 tahun itu mahu hancur dek salah faham kecil saja.

Kamal, Hazwan dan Ain adalah sahabat karib sejak zaman belajar U mereka. Tidak juga dilupakan pada Adam, Nadia dan ramai lagi. Mereka adalah kenalan Ain sejak belajar di UUM. Ain adalah manusia yang suka mengekalkan persahabatan. Tapi dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Kamal dan juga Hazwan, mendengar kisah Hazwan tentang Miss Dark yang tidak diketahui asal-usulnya.

Siapa Miss Dark itu? Miss Dark mungkin patut dikategorikan sebagai crush Hazwan di alam maya. Entah bagaimana Hazwan mengenali blog Miss Dark. Dan Ain juga tidak tahu bagaimana Hazwan jatuh cinta pada seseorang yang langsung tidak tahu diketahui identitinya. Jantina Miss Dark pun diragui.

Berjuta kali Ain mengutuk Miss Dark pada Hazwan. Mengatakan Miss Dark berkemungkinan adalah seorang lelaki berbanding andaian Hazwan yang mengatakan Miss Dark adalah seorang perempuan. Ain juga mengatakan Miss Dark berkemungkinan juga tidak seperti yang digambarkan melalui penulisannya. 

Selalu juga Ain mengutuk Miss Dark di hadapan Hazwan tapi walau bagaimana sekalipun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Hazwan tak akan mahu percaya setiap andaian negative tentang Miss Dark. 

“Aku minta maaf.” Sekali lagi Ain menuturkan ayat yang sama tapi kali ini bernada bosan, tidak serius dan jujur seperti tadi. Bosan sebenarnya meminta maaf pada lelaki yang ego seperti Hazwan. Sia-sia saja Kamal aturkan pertemuan petang ini. 

“Aku tak nak terima kata maaf kau. Kesalahan kau tak patut dimaafkan,” ucap Hazwan angkuh.

Ain mengeluh. Begitu juga Kamal.

“Wan…” tegur Kamal. “Takkanlah sebab perempuan yang kau baru kenal, kau nak marah Ain macam ni? Kau kenal Ain dulu, bro,” tangan Kamal diletakkan ke bahu Hazwan, sebagai pujukan tapi itu ditepis lelaki itu.

Dia patut bagitahu aku hal sebenar. Buat aku macam manusia bodoh bercerita itu bercerita ini pada dia. Sudahlah dia kutuk kawan sendiri. Dan kau boleh defend perempuan ni lagi?” marah Hazwan. Ain di hadapannya langsung dia tidak pandang. Berlagak Ain tidak wujud di hadapannya lagi baik. 

Ain mengeluh lagi dan lagi. Dia pasti perbincangan ini tak akan ke mana. Hazwan dengan sikap keras kepalanya dan dia dengan sikap egonya. Masing-masing tidak mahu mengalah. 

“Aku tak boleh terima penipuan dia,” tambah Hazwan lagi.

Kamal mengeluh. “Ain tentu ada sebab kenapa dia buat begitu, kan Ain?” Dipandang Ain yang sedang menghirup Neslo kegemarannya dengan tenang. Haih, Ain ni tak ada rasa bersalah ke?

Aku tak ada sebab kenapa aku buat macam tu,” balas Ain selamba.

Kamal mengeluh mendengar jawapan Ain. Ain ni satu! Janganlah ditambah bara ke dalam api yang sedang marak ni oi!

“See!” Hazwan tinggikan suara. “Dia tak ada rasa bersalah pun.”

“Sekurangnya dia dah minta maaf,” balas Kamal.

Kalau dengan minta maaf semua perkara akan selesai, kenapa perlu ada undang-undang dan polis?” Ain mencelah tiba-tiba. Sekadar mahu menjengkelkan Hazwan. Balas dendam pada kejadian hari itu.

“Ain…” tegur Kamal dengan mata yang dibesarkan.

Ain mencebik. 

“Bazir masa aku je,” Hazwan mendengus sebelum bangun dan meninggalkan kedua-dua Kamal dan Ain dengan rasa marah.

“Biarkan dia…” ucap Ain apabila dia sedar Kamal mahu bangun dan mengejar Hazwan. 

“You shouldn’t said that, Ain,” tegur Kamal sebelum kembali duduk. Merasakan taktiknya untuk mendamaikan Ain dan Hazwan tidak mendatangkan hasil. Sia-sia saja meminta untuk berjumpa Ain dan Hazwan di hujung minggu tanpa memaklumkan kehadiran Ain pada Hazwan dan kehadiran Hazwan pada Ain. 

Ingatkan taktiknya hampir saja berjaya apabila Ain mula-mula minta maaf. Salah satu sifat yang dia segani tentang Ain adalah sifat Ain yang mengakui kesalahan. Walau betapa besar ego Ain, jikalau Ain merasakan dia bersalah, gadis itu akan menuturkan kata maaf terlebih dahulu walau kesalahan itu bukan ada kena mengena dengan Ain. 

“Aku tahu salah aku. Mungkin Hazwan yang terlebih emo. But everything will be fine, right?” Ain senyum kelat. Dia sendiri tidak tahu sama ada keadaan akan menjadi seperti dulu atau tidak. Melihatkan reaksi Hazwan tadi, kemungkinan untuk berjaya adalah 20% sahaja.

“What if everything will not be like before?” soal Kamal, sekadar mahu menguji Ain.

Ain senyum. “Kita move on je lah.”

“Tapi aku tak nak friendship yang kita bina ni hancur hanya disebabkan perempuan yang bernama Miss Dark tu.”

“Kalau dah takdir, tak ada apa yang kita boleh lakukan.”

Kamal tersenyum. Salah satu lagi sikap Ain yang dia gemari, adalah sikap ‘redha’ Ain. 

“Tapi kau tak nak kehilangan dia bukan?” Kamal cuba menguji lagi.

Ain jungkit bahu. Dia tiada jawapan untuk soalan Kamal. “2 3 minggu nanti dia okey la tu.”

Kamal senyum. “Aku ingat lagi kisah yang kau tipu dia cakap kau nak kahwin dengan pilihan family kau.”

Ain ketawa. “Dia siap marah aku lagi. Cakap aku bazir masa dia. Cakap kat aku, jangan kecik hati atau marah kalau lepas ni dia dah tak layan aku.”

“Tapi lepas tu kau mengadu kat aku dengan nangis-nangis.”

Ain senyum kelat. “Aku sayang kawan-kawan aku. Tapi kalau diorang nak keluar dari hidup aku, I’m fine with it. It might hurts, but I will be okay after that.”

Kamal senyum lagi. Kepala diangguk bersetuju. “Ain, boleh aku tanya kau sesuatu?”

Ain angguk kepala. “Apa dia?”

“Boleh aku tahu kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau rahsiakan dari Hazwan.”

Ain telan air liur lagi. Neslo di hadapannya di hirup sekali lagi. “Kenapa kau mahu tahu?”

Kamal jungkit bahu sambil senyum. 

Ain ketawa. Sepertinya dia dapat mengagak apa yang bermain di fikiran Kamal. “Aku tak suka Hazwan lebih dari seorang kawan macam kau fikir.”

“Really?”

“Yes,” ucap Ain sebelum ketawa lagi.

Kamal angguk. “Tapi ada satu hal yang aku musykil.”

“Apa?”

“Sarah dan Miss Dark.”

“Maksud kau?” Ain kerut dahi. 

“Aku tak rasa Sarah tu Miss Dark.”

“Maksud kau?”

Kamal jungkit bahu. “Kau kenal Sarah lebih dari aku kenal. Tapi ini cuma pandangan aku. Perangai Sarah tak sama seperti yang Hazwan gambarkan. Atau lebih tepat penulisan Miss Dark dan peribadi Sarah tiada persamaan langsung.”

Ain senyum. Nampaknya otak peguam Kamal sudah mula berfungsi. “Kau baru jumpa dia 1 kali je kot.”

Kamal geleng kepala. “3 kali. 1 kali waktu dia teman kau hantar barang ke rumah sewa baru kau. kali kedua ketika dia ada seminar di sini dan kali ketiga ketika dia bagi alasan datang sini sebab abang dia dapat baby baru.”

“Kuat juga daya ingatan kau.” usik Ain.

Kamal gelak. “Makanlah kismis setiap hari.”

“Kau bukannya kenal Sarah pun. Aku tak kenal dia sangat. Lagipun menjadi blogger dan seseorang di dunia reality adalah sesuatu yang berbeza. 

Kamal kerut dahi. Sedikit tidak menerima pandangan Ain.” If you said so. Tapi aku tetap tak percaya yang Sarah itu adalah Miss Dark.”

Ain mengeluh. Sukar untuk membuat Kamal percaya selagi tiada bukti yang kukuh. “Let it be Mal. Whatever it is, it has nothing to do with us. Lagipun Sarah dah lama sukakan Hazwan. Cuma Hazwan saja yang ego. Dan sekarang, dia dah tahu siapa Miss Dark.”

Tapi… waktu Sarah confess pada Hazwan dulu, Hazwan reject dan mahu menjadi kawan saja.”

“Itu hal lama Mal. Sekarang dah berubah.”

Kamal mengeluh. Walau macam mana sekalipun, dia memang tidak dapat menerima fakta yang Sarah adalah blogger misteri itu. Walaupun dia tahu Sarah sudah lama punya perasaan pada Hazwan tapi fakta yang baru didengarnya ini seakan tidak masuk akal. 

It’s true, Ain. Tapi aku tetap rasa ada sesuatu yang tak kena.”

Ain geleng kepala. “Mal… buat apa kau nak fikir hal mereka. Just let it be.”

“No, Ain. Ada banyak persoalan yang bermain dalam kepala otak aku. I’m a lawyer. I need to have proof before accept the fact.”

Ain geleng kepala lagi. Skema betul sahabatnya yang ini. “Okay. Apa soalan kau?”

Kamal senyum. “Macam mana Sarah tahu tentang Hazwan suka Miss Dark?”

“Mungkin saja Hazwan bagitahu sendiri Sarah tentang Miss Dark?”

Kamal angguk kepala. Tidak pula dia terfikir akan jawapan yang senang ini. 

Your second question?” Soal Ain, sekadar usikan.

Kamal ketawa. “ Okay, this would be the last question about Miss Dark. “

“Apa dia?”

Kamal kerut dahi sebelum bersuara. “Kau cakap Sarah tu adalah manusia yang akan cuba dapatkan sesuatu selagi benda tu tak menjadi milik orang lain. Tapi…. Apa yang aku baca di blog Miss Dark, she seems a girl that easily give up once she knew she’s not qualified with whatever she want.”

“Kau baca juga blog perempuan tu?”

Kamal angguk kepala dengan senyuman. “Hazwan yang paksa aku baca. To be honest, I like her topic of writing. But not as much as Hazwan. Aku cuma baca sekali je.”

Ain telan air liur. Dia diam. Tidak tahu apa yang harus dia cakapkan lagi. Risau jika dia akan terlepas cakap yang mungkin membawa kepada perkara sebenar, 

“Ain?” Soal Kamal. Hairan dengan diam Ain. “Something happened?”

Ain geleng. “Aku cuma lapar. Just drop this topic please?”

Kamal mengeluh. “Okay. Tapi aku tetap takkan ubah pendapat aku.”

“Okay.” Ucap Ain pendek sebelum menjamah kuey teow goreng yang baru tiba di meja mereka. 

Kamal pandang Ain. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang Ain mahu sorokkan darinya. “Actually Ain, kau nak lindungi siapa sebenarnya?”

Ain tersedak. Dia pandang Kamal. “Lindungi siapa? Aku tak faham.”

Kamal senyum dengan pandangan ingin tahu. “Aku ingatkan kau tahu siapa sebenarnya Miss Dark itu?”

“Kau cakap nak drop this topic?” ucap Ain dengan nada merajuk yang dibuat-buat.

Kamal ketawa. “I’m sorry. Makanlah. Nanti kau gastrik, aku juga yang susah.”

Ain mencebik. Dia kemudian kembali menikmati makanan di hadapannya. Harapnya selepas ini tiada lagi ayat Kamal yang mengejutkannya lagi. 

Kamal hanya senyum sebelum dia tiba-tiba saja teringatkan sesuatu. “By the way, Ain… I have good news for you.”

“Which is?” soal Ain tidak berminat. Matanya masih menghadap Kuey Teow Goreng di hadapannya. 

“Adam dah balik Malaysia.”

Ain telan air liur. Dipandang Kamal. Harapnya lelaki itu hanya bergurau atau dia salah dengar tapi kelihatan apa yang didengarnya itu adalah satu fakta. Apa yang harus dia buat?

Reenapple: Siapa Adam itu ya?

3 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.