Saturday, April 16, 2016

3 Tahun #1



Hazwan Haris menanti Ain Umaira di kawasan parkir kereta basement di bangunan Ain bekerja. 30 minit menanti tidaklah mampu menghilangkan rasa amarah yang dari tadi menghurunginya. Marahnya pada Ain Umaira hampir saja mampu membuatkan sebuah gunung berapi meletus. Tidak dia menyangka sahabat baiknya ini sanggup merahsiakan hal yang sedemikian rupa. Mengapa dan kenapa Ain bertindak sedemikian, tidak dia tahu. Yang pasti, hari ini dia harus selesaikan segalanya. Meminta penjelasan dari gadis itu.

Jam di pergelangan tangan di kerling sekali lagi. Hampir pukul 7.00 petang. Banyak lot parkir di kawasan tu kosong. Yang kelihatan hanyalah beberapa buah kereta. Salah satunya adalah Honda Jazz Merah milik Ain. Toyota Vios Hitam miliknya diparkir di sebelah kereta Ain.

“Hazwan?” kedengaran suara perempuan. Hazwan menoleh. Ain! Bersama seorang perempuan. Tapi Hazwan tidak penduli siapa perempuan di sebelah Ain. Yang harus dia pendulikan saat ini adalah amarahnya dan penjelasan yang dinginkan dari gadis itu. 

Seusai Ain memasukkan barang-barang di tangannya ke dalam kereta, terus Hazwan bersuara. “Kenapa kau tipu aku?”

Ain kerut dahi. “Tipu kau?”

Hazwan mendengus. “Just stop acting, Ain!” Nada suara hampir ditinggikan. “Sebelum aku ceritakan pada kau siapa dia, kau dah tahu siapa Miss Dark tu kan?”

Ain telan air liur. Miss Dark? Adakah Hazwan telah mengetahui kebenaran siapa blogger dengan nama Miss Dark? 

Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Cuba mencari kekuatan untuk meneruskan perbualan yang dia tahu lambat laun akan bertukar menjadi perbalahan melihatkan wajah tegang Hazwan Haris di hadapannya ini. Sudahlah dia penat dengan kerja yang berlambak hari ini. Penat menghadap dokumen-dokumen akaun yang entah apa-apa ditambah dengan penat yang bakal tiba dek ssituasi sekarang ini. 

“Kau dah tahu siapa Miss Dark? Congratulations then! “ ucap Ain jengkel. Sejujurnya dia sedikit jengkel dengan cara Hazwan bercakap dengannya. 

Hazwan angguk kepala. “Yes, aku tahu! Aku tak sangka perangai kau macam ni. Aku ingatkan kita kawan. But you are just so selfish, Ain!” Hazwan meninggikan suara.

Selfish? Apa yang kau merepek ni? Apa kaitan dengan Miss Dark pula?”

Hazwan mendengus. Ain ni buat-buat tak faham atau betul-betul tak faham? “Miss Dark tu adalah seseorang yang dekat dengan kau, bukan?”

“Aku tak faham.” 

“Sudahlah menipu, Ain!” Hazwan tinggikan suara. “Dari awal lagi, sebelum aku bagitahu kau tentang Miss Dark, kau dah tahu siapa dia.”

“Siapa?” 

Hazwan mendengus. “Sarah! Kau dah tahu yang Miss Dark tu Sarah. Sarah dah ceritakan semuanya pada aku. Dia dah mengaku pada aku.”

“Sarah?” Ain sedikit terkejut. Dipandang Nadia. Gadis itu gelengkan kepala. Entah apa isyarat Nadia, Ain langsung tidak faham. 

“Yes, Sarah! Masih ingat dia? Kawan kau di tempat kerja lama kau? You ex-housemate?” balas Hazwan. 

Ain mengeluh. Air liur ditelan. Pahit! “Dan kau percaya dia? ”

“Yes! Sebab kalau tunggu kau jelaskan hal sebenar, sampai ke tua aku tak akan tahu hal sebenar. Yang Sarah sebenarnya adalah Miss Dark. How could you do this to me, Ain?” kali ini nada Hazwan kedengaran kecewa. 

“Aku…” belum sempat Ain menyudahkan ayatnya, Hazwan kembali bersuara.

Sarah ceritakan semuanya. Dia cakap kau ada perasaan pada aku. Sebab tu kau berlagak tak tahu siapa Miss Dark itu. Kau memang manusia yang sangat pentingkan diri sendiri. Kawan sendiri kau sanggup kutuk. How on earth, there still people like you?”

“Tapi encik…” Nadia tiba-tiba saja bersuara. Entah mengapa dia dapat rasakan dia patut perbetulkan sesuatu walau Ain tidak mahu jelaskan hal sebenar. 

“Nadia… no.” Ain pandang Nadia. 

Nadia mengeluh. Dia angguk. Dia kembali mendiamkan diri dan kembali memandang situasi tegang di hadapannya ini. 

Ain genggam tangan kanannya dengan seerat yang mungkin disaat Hazwan memaklumkan tentang penipuan yang disumbatkan oleh Sarah ke dalam otak Hazwan. Kalaulah Sarah berada di hadapannya saat ini, sah-sah tangan kanannya akan dilayangkan kepada muka Sarah. 

“Jadi, kau dah tahu yang Sarah itu adalah Miss Dark?” ucap Ain dengan sinis. Cuba menyembunyikan rasa kecewa yang bersarang dalam hatinya saat ini. 

Nadia memegang tangan Ain. Tangan gadis itu sejuk. Nadia tahu Ain sedang menahan marah.

Hazwan memandang Ain. Cuba mengamati riak gadis di hadapannya ini. Namun riak sinis saja yang dia dapat lihat. 

“Aku ucapkan tahniah pada kau walau aku rasa what the hell aku nak ada perasaan pada kau. Itu adalah fakta yang tidak betul. I never have feeling on you,” sambung Ain.

“Glad to hear that,” celah Hazwan sinis. 

Ain tarik senyum senget. “I really really really want to congrats to you. Congratulations for discovering Sarah is Miss Dark eventhought I think it’s all full of lies.”

“Full of lies?” Hazwan ukir senyuman sinis. “I think you are the one who is full of lies, Ain. You are hypocrite.”

“I am a hypocrite,” Ain mengiyakan saja kenyataan Hazwan. Mahu lihat apa lagi perkataan yang mahu dilemparkan padanya. “But whoever I am, it has nothing to do with you. Wan.”

“It is. Siapa kau, bukan masalah aku. Yang menjadi masalah adalah bagaimana Adam boleh jatuh suka pada kau? You are not that pretty to steal his attention.”

Ain telan air liur. Entah mengapa hatinya makin sakit saat nama Adam disebut. “Hal aku dan Adam bukan urusan kau.”

Hazwan senyum sinis lagi. “Aku harap bila Adam muncul semula, dia tahu dan sedar siapa kau sebenar. You already show me your true colour, Ain.” Seusai mengucapkan ayat terakhir, Hazwan masuk ke dalam keretanya, menghidupkan enjin dan beredar di situ.

Ain mengeluh kecewa. Tangan dikepal lagi. Diikutkan hati marahnya tadi, mahu saja dia layangkan satu penumbuk tepat ke arah wajah kacak Hazwan. 

“Ain…” Nadia yang dari tadi mendiamkan diri, kembali bersuara. “Mungkin kau patut…”belum sempat Nadia habiskan ayatnya, Ain geleng kepala.

“Aku penat. Jom balik.” Ucap Ain dengan lagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dan hanya diantara Ain dan Nadia saja yang tahu siapa sebenarnya Miss Dark.


Reenapple: Meet Ain, Hazwan & Adam (coming sooon muncul) :P



2 comments:

  1. Waaaa. Mcm best je. Tapi saya pun rsa penumbuk je muka hazwan tuh. Haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Hazwan tu agak 'garang' orangnya.

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.