Saturday, October 31, 2015

Stick & Stones #48






[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47]


Maya memandang wanita cantik di hadapannya dengan senyuman kelat. Dari tadi dia cuba untuk memulakan perbualan tapi dia akhirnya mendiamkan diri seperti mana wanita di hadapannya ini.

“Kenapa you nak jumpa I?” Amily memulakan perbualan. Rasanya, lebih baik dia yang bersuara dahulu. Menanti Maya Ariana bersuara seperti menunggu kucing bertanduk saja. 

Maya telan air liur. “I hutang you satu penjelasan, Amily.”


“Which is?” Soal Amily, berpura-pura tidak mengerti. Dia pasti tujuan Maya mahu bertemunya ada kaitan dengan Adam. 

Maya tarik nafas. Dia teringatkan apa yang Delaila beritahu padanya tiga hari lepas tentang bagaimana isteri bekas kekasihnya salah faham pada lelaki itu. “I dan Adam tak ada apa-apa hubungan.”

“Is that so?” Soal Amily lagi sebelum menghirup Jus Epal di hadapannya. 

Maya mengeluh sebelum angguk kepala. “It’s the truth, Amily. I dan Adam memang tak ada apa-apa hubungan.”

“Kalau you dan dia tak ada apa-apa hubungan, kenapa you perlu jumpa dia?”

Maya telan air liur. Dia tahu dia yang bersalah sebab masih bertemu Adam yang telah berkahwin itu. “I just need someone to talk.”

“Dan you pilih Adam diantara kawan-kawan you yang ramai itu?”

“Adam is the closest friends of me and Ed.”

Amily senyum sinis. “Atau you mahu Adam semula?”

Maya memandang Amily dengan riak terkejut. Tidak sangka Amily sanggup mengeluarkan soalan sedemikian padanya. “I tinggalkan Adam untuk bersama Edrian. Dan tak mungkin I akan mahukan dia lagi.”

Amily senyum sinis lagi. “You pasti you tak menyesal serahkan Adam pada I? don’t you remember our last meeting?”

Maya angguk. Dia pernah bertemu Amily sebelum Adam dan Amily berkahwin. Dia meminta Amily menjaga Adam sebaik-baiknya. 

“Dari cara you cakap pada I waktu itu, I pasti you berat hati untuk serahkan Adam pada I.”

Maya mengeluh lagi. “I felt guilty. I hurt him and I leave him to someone else.”

“Jadi, you menyesal serahkan Adam pada I?”

Maya geleng kepala. 

“Jadi, apa yang you mahu sebenarnya? Jangan bazirkan masa I, Maya,’ Amily bersuara dingin. Sedikit bengang dengan Maya.

“I nak minta maaf sebab selalu jumpa Adam waktu Edrian tidak sedarkan diri dulu. Tapi I dan dia tak ada apa-apa hubungan yang istimewa. I cuma anggap dia sebagai kawan saja.”

“Can I trust you?”

Maya mengeluh. Betullah kata Delaila. Bukan senang untuk meyakinkan Amily Katrina. “I swear with my own life, Amily.”

Amily telan air liur. Jikalau Maya sanggup bersumpah bagai, jadi itu bermakna Adam telah jelaskan hal yang sebenar padanya. Cuma dia saja yang tidak mahu percaya lelaki itu.

“He really loves you, Amily. His eyes tell everything how he deeply in love with you when he told me that he loves you.” Tambah Maya lagi.

Sekali lagi Amily telan air liur. 

“I tahu kita cintakan lelaki yang sama. Maksud I, I pernah cintakan Adam tapi itu dulu. Dan I sedikitpun tidak pernah menyesal melihat dia bahagia dengan you.” Maya bersuara lagi.

“Did he tell you the truth?” Amily bersuara.

“Maksud you?” Maya kerut dahi.

“Sebab utama I berkahwin dengan dia. I loves his money more than himself.”

Maya telan air liur. Adakah apa yang didengarnya itu adalah satu fakta? “You love him not because of money, Amily. I tahu itu.”

“Macam mana you pasti tentang itu?” Amily senyum sinis.

“The way you sulking with him. The way you misunderstood about me and him.”

Amily telan air liur. Senyuman sinis dimatikan. Matanya memandang Maya. “Don’t you ever heard this, Maya?”

Maya pandang Amily. Menanti ayat seterusnya yang keluar dari mulut Amily.

“If you are wearing a mask, you would never be happy. If you aren’t wearing a mask, you never can be survive”

Maya kerut dahi. Tidak memahami ayat yang didengarnya sebentar tadi.

“Mungkin you patut tanamkan ini dalam kepala you yang I kahwin dengan Adam hanya sebab duit sahaja.” Tambah Amily lagi.

“You… what?” Soal Maya sedikit terkejut. 

Amily bangun. “You heard me, Maya.” Seusai meletakkan not 50 di atas meja, dia berlalu pergi, meninggalkan Maya seorang di situ.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiga hari kemudian… 

Amily memandang Doktor Elena di hadapannya. Dia sebenarnya tidak sabar untuk mengetahui hasil pemeriksaan kesihatannya. Dia harap dia akan mendengar berita yang baik apabila wanita di hadapannya mengukirkan senyuman padanya. Aneh, Doktor Elena mengukirkan senyuman tapi tidak pula mahu jelaskan keputusan kesihatannya. 

“How’s the result?” Soal Amily tidak sabar. Dia mahu tahu kenapa dengannya kebelakangan ini. Kenapa dia selalu saja pening dan tidak bermaya sedangkan dia sudah mengambil vitamin dan juga makanan yang berkhasiat. 

Doktor Elena tersenyum lagi. “It’s a good news, Amily.” 

“Which is?” Amily tidak puas hati. 

Doktor Elena tarik nafas sebelum mengukirkan senyuman lagi. “You are pregnant, dear.” 

“I’m… what?” Soal AMily dengan riak terkejut. Adakah dia salah dengar? Atau sahabat Mama ini hanya mahu bergurau dengannya saja? 

“You heard me, Amily. You are pregnant. It’s been two months.” Ucap Doktor Elena dengan tenang. 

Amily geleng. Dia tak mahu percaya itu. “Auntie cuma tipu I je, bukan?” 

Doktor Elena senyum lagi sambil kepala digeleng. Dihulurkan kertas di tangannya pada wanita muda di hadapannya. “Amily baca sendiri keputusan ini.” 

Amily membaca satu persatu baris ayat pada kertas di tangannya. Apa yang didengarnya sebentar tadi dengan apa yang dibacanya ketika ini, sedikitpun tiada beza. Tapi itu bukan berita baik. Itu adalah berita buruk baginya. Mungkin. 

“Congratulations,” Suara Doktor Elena mematikan lamunan Amily. 

Amily mengeluh. “Macam mana itu boleh berlaku?” Soalan itu lebih kepada dirinya sendiri. Dia pasti dia telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak hamil dalam masa yang terdekat ini. Dan begitu juga Adam, dipaksa lelaki itu melakukan hal yang sama. 

Doktor Elena kerut dahi mendengar soalan Amily. “Amily memang tak tahu atau berpura-pura tidak tahu?” usiknya. 

Amily tarik nafas. “I means, I know how that happen. It’s just I take precautions….” 

Doktor Elena angguk. “Kebanyakan langkah pencegahan yang you ambil tak semestinya berkesan, Amily.” 

Amily mengeluh lagi. Bagaimana dia mahu hadapi ini. “Ada sesiapa lagi yang tahu hal ini?” 

Doktor Elena geleng kepala. 

“That’s good. I nak auntie rahsiakan ini dari semua lebih-lebih lagi dari Adam. Tell nobody please.” 

Doktor Elena senyum lagi sambil angguk kepala. Dia tahu kenapa Amily memintanya lakukan itu. tentu wanita itu mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya. 

“I have to go,” Amily bangun. 

Doktor Elena angguk sambil matanya memerhati saja kelibat Amily hilang di balik daun pintu. 

Di luar pintu bilik Doktor Elena, Amily melepaskan keluhan. Bagaimana dia mahu hadapi ini. Sejujurnya, dia masih belum bersedia untuk hadapi apa yang dia terpaksa hadapi saat ini. Mungkin, dia tidak mahu bayi yang bakal membesar dalam rahimnya sekarang ini. 

“Amily?” Tiba-tiba kedengaran suara wanita. 

Amily menoleh. Rupanya Jessica. Dia tidak membalas sapaan Jessica. 

“It’s really suprising seeing you here,” ucap Jessica lagi dengan tidak ikhlas. 

Amily masih tidak memberi respon pada ayat Jessica. Dia jengkel dengan wanita itu. 

“Apa yang kau buat kat sini? Kau sakit apa?” Jessica bersuara lagi. 

Amily tarik senyum senget. “Aku rasa itu bukan urusan kau, Jess.” 

Jessica tunjuk riak jengkel. Berlagak gila Amily Katrina ini. Dia berharap Amily ditimpa sakit yang bakal menamatkan riwayat hidupnya. “Harapnya kau tidak menerima khabar buruk tentang kesihatan kau.” 

“Jangan risau. Sebelum aku mati, kau yang akan mati dulu, Jess,” ucap Amily sinis. Dia kemudian berlalu pergi. 

Jessica mendengus. Sakit hati betul dengan ayat Amily itu. Ah, dia walau macam mana sekalipun harus mencari sebab dan tujuan Amily Katrina berada di sini. Dia pasti Amily tak sewenangnya akan datang ke sini jikalau tiada apa-apa masalah. 

Reenapple: Harap Amily tak lakukan sesuatu yang bukan-bukan. 




Stick & Stones #47



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#47]

Adam tarik nafas sebelum memulas tombol di hadapannya. Dia sedikit terkejut saat melihat kelibat isterinya sudah menantinya di hadapan pintu. Wanita itu memeluk tubuh sambil menunjukkan riak bengang.

“Apa yang you buat kat sini?” soal Amily dingin sebelum melangkah ke arah ruang tamu.

Adam menuruti langkah isterinya. “I have the key, remember?”

“Tapi you tak ada hak untuk datang sini.”

“I’m still your husband.”

AMily senyum sinis sebelum tangannya menukar siaran televisyen. Nasib baik ada kamera di pintu masuk, jadi dia boleh tahu siapa yang berada di pintu aparmentnya.

Adam mengeluh sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya. “Let’s go home.

Amily pandang Adam. “This is my home, sayang.”

Adam geleng. “Our home.”

Amily telan air liur. Jujur, dia bukannya merajuk tapi dia risau jika tiba-tiba saja dia akan berhadapan dengan wanita itu sekali lagi. Jika tiba-tiba saja wanita itu berada di rumahnya dan Adam.

“Papa…” Adam bersuara lagi. “Dah bagitahu I semuanya.”

Amily mengeluh. Jujur, dia tidak mahu ingat siapa dia yang dulu. Amily Katrina yang dulu sudah tiada. Amily Katrina yang selalu dibuli sudah tiada. Dan jujur, dia lagi suka dirinya yang baru ini.

“I didn’t know you’ve hurt so much that you never be old AMily again,” tambah Adam lagi.

“There is never old Amily. I memang macam ni sejak dulu lagi,” Amily pandang Adam dengan berang. Dia tak mahu lelaki itu mengunkit kisah silamnya.

Adam senyum. Dia menyelak helaian rambut Amily yang terjuntai di dahi. “Stop wearing mask, sayang.”

“If you don’t wear mask, you can’t never survive.”

Adam tarik nafas. Dia tahu dan faham kenapa Amily menjadi Amily yang sekarang. Tapi dia tidak kisah siapa jua Amily. Dia mencintai wanita itu dengan sepenuh hati. “Let’s get home, please?”

Amily pandang Adam. “Why would I?”

“Because I miss you.” Jawab Adam dengan senyuman.

Amily telan air liur. DIa juga merindui lelaki itu tapi dia ego untuk mengakui itu.

“Did you receive my flower everyday?” Soal Adam lagi.

“Kalau betul you rindukan I, you patut pujuk I dua minggu yang lalu, bukan hari ini.” Sengaja Amily ucapkan ayat itu, mahu menguji lelaki di hadapannya ini.

Adam senyum lagi. “You are busy. Tapi I selalu tinggalkan pesanan pada PA you.”

Amily mencebik. Apa yang baru didengarnya itu adalah satu fakta. Alex akan memaklumkannya itu setiap kali suaminya menghubunginya.

“I akan lindungi you.” Adam bersuara lagi. DIa memeluk isterinya. “I takkan benarkan sesiapa buat you menangis lagi. I promise that, sayang.”

Amily mengeluh. Dia menolak tubuh suaminya itu. Adam telan air liur. Sedikit terkesima dengan tindakan isterinya. 

“I tak nak balik.” Ucap Amily dingin sebelum bangun. Belum sempat dia melangkah, Adam terlebih dahlu menarik tangannya, membuatkannya jatuh terduduk ke atas paha lelaki itu.

“I didn’t ask you to leave,” Adam ukirkan senyuman.

“Let me go. Or else…” Ayat Amily tergantung di situ saat pingangnya dirangkul erat oleh Adam. DIa telan air liur sambil memandang Adam yang sedang mengukirkan senyuman padanya. 

“I miss you,” bisik Adam ke telinga Amily.

Amily mengeluh sebelum menolak kasar tubuh Adam. Dia tiada mood untuk mengikuti kemahuan Adam sekarang ini. 

Adam pula mengeluh. Dia bangun, mengejar Amily yang baru saja memulakan langkah ke bilik. Lengan Amily direntap, membuatkan wanita itu memandangnya. “Please…”

“You khianati I, Adam. I tak pernah lupakan itu.”

“That’s before I knew the truth. Futhermore, she still your mother.”

Amily tarik nafas. “You cakap you takkan biarkan sesiapa buat I menangis lagi dan sekarang you berada di pihak perempuan itu?”

“I’m on your side, sayang.”

Amily diam. tidak memberi respon ayat Adam. Entahkan benar atau tidak dia tak mahu ambil tahu. Yang dia peduli sekarang ini adalah makluman baru yang diterima dari Bryan beberapa hari yang lepas. “Dan I juga tahu yang you masih bertemu Maya.”

Adam mengeluh lagi. Dia, walau macam mana sekalipun tak akan mampu menyembunyikan fakta dari isterinya. “I just meet her as friend only.”

“You buat I keliru, Adam. Do you really love me or you just want to have revenge on me only?”

Adam telan air liur. “I do really love you.”

“Prove it!”

Adam geleng. “Kalau I buktikan pada you, you akan percaya?” Adam mengeluh lagi dan lagi. Dia pasti apa jua yang dia lakukan sekarang ini untuk buktikan kejujurannya, isterinya itu tidak akan mahu percaya.

Amily telan air liur. Dia pandang Adam lama. Tidak tahu sama dia mahu mengiyakan atau menafikan. Dia keliru. “I need you…” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, Adam telah memotong niatnya.

“I need you too.”

Amily mengeluh. Bukan itu yang dia mahu katakan. “I need you to leave.”

Giliran Adam mengeluh. “Amily…” Dia mendekatkan diri ke arah isterinya tapi wanita itu mengundurkan diri.

“Please,” rayu Amily. Bukan niatnya untuk menghalau Adam tapi dia memerlukan masa untuk bertenang. Segala yang terjadi saat ini membuatkan emosinya lemah. Entah bila dia tahu beremosi.

Adam angguk dengan berat hati. “Take your times as much as you want, sayang. But I want you to know that, no matter what I choose you. I will love you.” Pipi Amily dicium sebelum melangkah keluar. 

Dan Amily melepaskan keluhan. Dan air matanya jatuh tanpa dipinta. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily memandang Arissa yang sedang mengukirkan senyuman padanya. “How’s Lia? Is she already asleep?” Soal Amily tentang anak buahnya yang baru berusia dua bulan itu.

Arissa angguk. “She’s sleeping.” Dia baru saja menidurkan anak sulungnya itu di bilik. “Amily macam mana?” Arissa mengeluarkan soalan dengan senyuman.

“Maksud Along?”

Arissa senyum lagi. “Masih merajuk dengan Adam?”

Amily senyum hambar. Entah. Dia sendiri tidak tahu siapa yang merajuk sekarang ini. Dia ataupun Adam. Sejak insiden di apartmennya hari itu, Adam langsung tidak menghubunginya tapi lelaki itu akan memastikan dia akan menerima sejambak bunga setiap hari.

“Percayalah, Adam dan Maya tak ada apa-apa hubungan. Mereka cuma kawan saja.”

“Did he told you that?”

Arissa angguk. “Edrian told me that also.”

Amily mengeluh. “I bukannya marah dia pergi jumpa Maya, Along. I just disappointed he lied to me.”

“Along tahu, Amily.”

“Dan I dah tak merajuk dengan dia,” tambah Amily lagi.

Arissa angguk. Dia mahu bertanya tentang Katrina Wilson tapi dia risau jika itu akan membuatkan adik iparnya bersedih. Selepas mendengar cerita sepenuhnya dari Adam, barulah dia tahu kenapa AMily punya personality sebegitu. Wanita itu dikecewakan oleh orang yang dia paling sayang.

“Believe me that he loves you very much, Amily.”

Amily telan air liur. Bukan Arissa saja yang tuturkan ayat itu tapi Mama dan Papa juga mengeluarkan ayat yang sama di saat dia bertemu mereka berbincang tentang Katrina Wilson itu. Apa jua yang Adam lakukan hanyalah untuk menolong Katrina Wilson saja tanpa mengetahui niat sebenar wanita itu. Lelaki itu tidak bersalah.

“You love him too, right?” Arissa bersuara lagi.

Amily mengeluh. Cintakan Adam? Mungkin. Tapi dia tidak faham mengapa dengan dirinya kebelakangan ini. Bukankah dia adalah seorang wanita tidak punya perasaan. Jadi, kenapa dia mahu merajuk dan berkecil hati dengan suaminya itu? 

“Amily?” Arissa bersuara lagi. Sedikit hairan dengan diam wanita ini. Sejak kebelakangan ini Amily lebih banyak mendiamkan diri. Dan wanita itu kelihatan tidak bermaya. Takkanlah terganggu oleh Katrina Wilson itu?

AMily tersedar. Dia mengerling jam di tangannya. Sekejap lagi dia ada temu janji dengan seseorang. “I have to go, Along.” Dia bangun.

Arissa angguk.

“Kiss Lia for me, Along,” ucap Amily dengan senyuman sebelum melangkah keluar dari rumah Arissa.


Reenapple: Hurmmm , tiba-tiba je Amily pandai merajuk. 





Thursday, October 29, 2015

Stick & Stones #46



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45]

Adam tarik nafas, cuba menghilangkan rasa gelisah berhadapan dengan ayah mertuanya. Lelaki itu dari tadi mendiamkan diri saat dia tiba. 

“Adam tahu kenapa Ayah mahu jumpa Adam?” Encik Zafrul bersuara.

Adam angguk lemah. Tentunya ia berkaitan hal perkahwinannya. Mungkin juga ia berkaitan dengan kejadian yang berlaku dua minggu yang lepas, hal yang berkaitan dengan Katrina Wilson. 

Encik Zafrul mengeluh. Dia memandang menantunya. Tidak tahu dari mana mahu mulakan penceritaannya. Sejak dia mengetahui bekas isterinya bertemu anak mereka dia menjadi tidak keruan. Atau dalam erti kata lain, dia risau. Risau pada Amily. Dia bertemu Amily beberapa hari lepas sebelum wanita itu berangkat ke luar negara atas urusan kerja, tapi Amily sedikitpun tidak mahu bercakap tentang ibunya. 

“Adam ada berhubung dengan Amily?”

Adam geleng lemah. Bukan dia tidak mahu menghubungi isterinya tapi Amily sedikitpun tidak mahu menjawab panggilannya. Jikalau panggilannya dijawab, sah-sah pembantu peribadi Amily yang menjawab. Bukan saja Amily tidak menjawab panggilannya bahkan isterinya itu tidak pulang ke Villa mereka untuk dua minggu ini. Tapi dia tahu di mana Amily berada. Wanita itu berada di apartment. Dia rasakan mungkin lebih baik AMily menenangkan dirinya dahulu sebelum dia memujuk isterinya itu. 

Encik Zafrul tersenyum kelat. Dia tahu itu. Anak sulungnya itu sedang menenangkan fikirannya. “Adam tentu kenal Katrina Wilson?”

Adam angguk.

“And you know who is she to me and Amily?”

Sekali lagi Adam angguk. “Puan Katrina ceritakan semuanya.”

Encik Zafrul angguk. Tapi dia pasti bekas isterinya tidak menceritakan semuanya. Mungkin juga Katrina tidak menceritakan hal sebenar. 

“Why Amily hate her so much?” Giliran Adam mengeluarkan soalan. Dia mahu tahu kenapa Amily Katrina begitu benci pada ibu kandungnya. 

Encik Zafrul telan air liur. Akhirnya dia memulakan penceritaannya. Cerita sebab mengapa Amily begitu membenci ibu kandungnya. Dan siapa Amily Katrina sebelum ini.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1


Puan Katrina mengukirkan senyuman palsu melihat lelaki di hadapannya. Jus epal dihirup sambil matanya memandang sinis lelaki itu. “Kenapa you nak jumpa I?”

Encik Zafrul mengeluh. Tidak tahu apa yang dia harus lakukan pada bekas isterinya ini. “I was told that you met Amily. Why?”

Puan Katrina senyum sinis. “I tak ada hak untuk bagitahu you kenapa I jumpa dia.”

Encik Zafrul mendengus. “Stop hurting her, Kat.”

Sekali lagi Puan Katrina senyum sinis. Tentu AMily sudah memaklumkan hal itu pada Papa kesayangannya. “Why should I do that?”

“Amily is your daughter!” ucap Encik Zafrul berang. Katrina Wilson, walau macam mana sekalipun, tak akan pernah berubah. 

“She never thought me as her mother, Zaf.”

“That’s because you never thought her as you daughter.”

Puan Katrina telan air liur. Sedikit sentap dengan apa yang didengarnya. “I wasn’t ready to have her at that time.”

“That wasn’t an excuse, Kat.” Encik Zafrul geleng kepala. Dia tak akan pernah terima sebarang alasan dari bekas isterinya. Wanita di hadapannya licik. 

Puan Katrina tarik nafas. Dipandang bekas suami di hadapannya. “She wasn’t like that before.”

“She is like that since we divorced.” Ucap Encik Zafrul kesal. Dia tahu AMily memberontak, mengamuk dan tidak puas hati sejak dia dan bekas isterinya bercerai. Memanglah anaknya itu tidak menyalahkannya 100% tapi dia terkesima tatkala AMily bukan lagi Amily yang dulu. 

Amily Katrina dahulu bukanlah seperti sekarang. Anaknya itu suatu ketika adalah seorang yang happy go lucky. Suka tersenyum dan tidak pernah bangkang pada setiap arahannya. 

Semuanya bermula selepas Amily pulang dari Australia 10 tahun yang lalu. Ketika itu dia sudah berkahwin dengan Sara dan Lydia berumur 10 tahun ketika itu. Walaupun Amily tidak memberitahu sebab mengapa dia memilih Australia sebagai destinasi percutiannya tapi dia tahu Amily mahu bertemu ibu kandungnya. Dia dan bekas isterinya bercerai ketika Amily berusia 12 tahun. Dan Katrina Wilson mungkin adalah sebab utama kepada penceraian mereka dahulu. Bekas isterinya itu yang beria-ia mahu bercerai dan sanggup menyerahkan hak penjagaan Amily sepenuhnya padanya. Atau dalam erti kata lain, bekas isterinya tidak mahu anak mereka.

“Jadi, boleh I cakap you adalah penyebab kepada perubahan dia? Penyebab kenapa dia layan I macam tu?” Puan Katrina bersuara lagi.

Encik Zafrul tersenyum sinis. “Kalau you lupa, siapa yang beria-ia mahu bercerai? Siapa yang mula-mula tidak mahu mengaku AMily Katrina adalah anak kita?”

Puan Katrina telan air liur. Sah-sah bekas suaminya ini ssedang mengunkit perihal yang berlaku 17 tahun yang lalu. 

“Apa lagi yang you mahu dari dia, Kat?” Soal Encik Zafrul lagi. “Could you stop hurting her?”

“I’m not hurting her. I cuma nak dia mengaku yang I ini adalah ibunya, bukannya Sarah.”

“Selepas apa yang you lakukan pada dia, you harap dia akan panggil you Mommy lagi?”

Puan Katrina mengeluh. DIa tahu dia bersalah. Mungkin dia keterlaluan atas apa yang berlaku 10 tahun yang lalu. Manalah dia tahu yang Amily akan datang ke Australia semata-mata untuk bertemu dengannya.Dia masih ingat wajah gadis itu disaat dia berpura-pura tidak mengenalinya. Dan dia sedikit pun tidak menyesal memperlakukan Amily Katrina sedemikian rupa. “You never told me about her wedding before.” Dia mengubah topic perbualan

“I hantarkan kad jemputan pada you, bukan? Tapi you tak datang.”

Puan Katrina telan air liur. Dia sengaja tidak mahu datang. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan, jika dia muncul di majlis perkahwinan anak sulungnya itu. “Do they love each other? Atau you kahwinkan anak kita untuk kepentingan perniagaan you?”

Giliran Encik Zafrul telan air liur. “sekurangnya I cuba untuk membahagiakan anak kita.”

“Tapi you patut bincang dulu dengan I tentang bakal suami anak kita. I juga ada hak ke atas perkahwinan Amily.”

Encik Zafrul senyum sinis. “Dulu, you tak anggap Amily tu anak you dan sekarang you nak cakap tentang hak you ke atas Amily?”

“I’m still her mother no matter what.” Balas Puan Katrina angkuh.

Encik Zafrul mengeluh. Berbincang dengan bekas isterinya tak akan pernah selesai. Tak akan pernah mencapai kata sepakat. “You never change, didn’t you? Apa yang you tahu hanyalah diri you saja. You dah ada keluarga you sendiri dan I harap you jauhkan diri dari Amily. She’s not your daughter anymore since the day you left her.” Encik Zafrul bangun, meninggalkan Puan Katrina dengan rasa bengang.

Puan Katrina mengeluh. Dia bengang dan dalam masa yang sama menyesal


Reenapple: Jadi, dah tahu dari mana Amily dapat perangai selfish itu. Ahaaa



Stick & Stones #45




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44]

Amily Katrina mengerling jam di tangannya. Masih ada lagi 3 minit sebelum waktu dijanjikan tiba. Dia menanti Adam sebenarnya. Lelaki itu, melalui pembantu peribadinya memaklumkan mahu bertemunya hari ini. Sejujurnya, rajuknya sudah hilang tapi lelaki itu pula yang sibuk dengan kerjanya. 

Tiba-tiba kedengaran suara wanita menyapanya. Amily mendongak. Dia telan air liur melihat wanita berpakaian jenama mewah di hadapannya. Dia bangun, bersiap-siap untuk beredar sebelum ayat wanita itu mematikan langkahnya. 

“Can we talk?” Puan Katrina memandang Amily. Dia tahu betapa wanita muda di hadapannya mahu mengelak darinya. 

Amily telan air liur. tidak tahu apa yang dia harus buat. Sama ada dia beredar saja ataupun kembali duduk dan cuba untuk menghadapi perbualan yang bakal tiba. Akhirnya dia kembali duduk dengan rela. 

“Thanks,”ucap Puan Katrina sebelum mengambil tempat berhadapan Amily. 

Amily tarik nafas. Dia rasakan janggal berhadapan dengan wanita separuh abad di hadapannya. “I was told to meet Adam here.” Amily memulakan perbualan. Nada dingin digunakan. 

Jujur, dia sedikitpun tidak menyukai wanita di hadapannya ini. Tidak pada saat kali pertama mereka bertemu dulu.

Puan Katrina mengukirkan senyuman. “I’m using him to get to you.”

Amily senyum sinis. “Stay away from him.”

Puan Katrina senyum lagi. Anak muda di hadapannya sudah banyak berubah. “It’s not wrong for me to get to know my own son in law.”

Amily telan air liur. Tapi dia senyum sinis. “He’s not your son in law.”

Puan Katrina tarik nafas. “He’s married to my daughter, and that’s make him officialy my son in law, Amily.”

Amily senyum sinis. Jujur, dia jengkel dengan ayat yang baru didengarnya tadi. Tapi dia tidak membalas ayat itu. Dia mendiamkan diri sambil menunjukkan riak sinis. 

“You have changed a lot. Mommy nyaris-nyaris tak kenal Amily.” Sekali lagi Puan Katrina bersuara. Tidak selesa dengan diam wanita muda di hadapannya. 

Sekali lagi Amily telan air liur. Dia diam. Dia benci panggilan Mommy yang digunakan oleh wanita di hadapannya. “Apa yang you nak?”

Puan Katrina senyum. “I’m just wanna meet my daughter.”

Amily senyum senget. “So, have you meet your daughter?” Soal Amily sinis. dia tidak memandang wanita di hadapannya. 

“She’s in front of me right now.”

Amily senyum sinis lagi. Dia memandang Puan Katrina di hadapannya. “Let me tell you the truth. First, I’m not your daughter. Second, Adam is not your son in law. Third, you are not my mother.” Ucapnya sedikit bengang.

Puan Katrina telan air liur. 

“And forth…” Amily bersuara lagi. “I came here to meet Adam not meeting you.”

Puan Katrina mengeluh. Sedikit terkesima dengan ayat wanita muda di hadapannya. “Amily…” Puan Katrina tarik nafas, cuba mengatur ayatnya. “Mommy…”

You are not my mother. Jangan pernah bahasakan diri you Mommy. Sebab I cuma ada 1 Mommy dan dia adalah ibu mertua I.”

Sekali lagi Puan Katrina telan air liur. Dia tahu apa yang berlaku di saat ini adalah kesilapan masa lalunya. Dia yang mengabaikan anak hasil dari perkahwinan pertamanya. Bukan saja dia mengabaikan wanita muda di hadapannya, malah dia juga menghulurkan kata-kata yang dia pasti Amily tak pernah lupa.

“Could you you give me …” belum sempat Puan Katrina menghabiskan ayatnya, Amily sekali lagi memotong.

“Another chance?” Amily senyum sinis. “You dah lupa apa yang you pernah cakap pada I sepuluh tahun yang lalu?”

Puan Katrina mengeluh kasar. “I’m still your mother. And you have to accept that!” ucapnya sedikit bengang.

Amily bangun. “You bukan Mommy I lagi sejak you cakap I bukan anak you. I harap you ingat itu, Puan Katrina.” Dia menoleh ke belakang, bersiap-siap untuk beredar tapi ayat yang dilontarkan padannya membuatkan langkahnya terhenti.

Of course, you are not my daughter. My daughter doesn’t know how to be rude. She is not mean like you. Dan satu lagi, you tak layak untuk jadi anak I.”

Amily mengeluh. Dia tidak hiraukan ayat ‘kejam’ yang didengarnya sebentar tadi. Dia kembali meneruskan langkahnya ke pintu keluar. Dia tak mahu ingat ayat ‘kejam’ yang hampir saja membuatkan dia menangis. Hatinya seperti dihiris dengan benda tajam. Sakit dan pedih. 

$$$$$$$$$$$$$$$$




Adam sedang asyik membelek helaian dokumen di hadapannya tatkala dia dikejutkan dengan kehadiran Amily yang melangkah masuk tanpa mengetuk pintu. Dia pandang isterinya dengan riak terkejut. Muka wanita itu kemerahan, seolah-olah baru saja keluar dari sauna. Atau Amily sedang menahan marah padanya?

“Tuan…” ucap Tasha dengan rasa gerun. Itu adalah kali pertama dia melihat isteri majikannya berperangai sebegitu. Kebiasannya Puan Amily Katrina bersikap mesra tapi tidak hari ini. Wajah wanita itu kelihatan terganggu.

“Leave us, Tasha,” arah Adam pada setiausahanya. “I nak you batalkan semua temu janji I hari ini. Dan hubungi Daniel.”

Tasha angguk kepala sebelum melangkah keluar.

Nafas Amily turun naik menahan marah. Jujur, dia mahu marah pada kejadian tadi tapi dia tak mampu luahkan itu.

“Kenapa you buat macam tu?” Soal Amily sedikit bengang

Adam mengeluh. Sah-sah Amily sedang bercakap tentang pertemuan dengan Katrina Wilson. “She want to meet you.”

Amily senyum sinis. Dia tahu kenapa perempuan itu mahu bertemu dengannya. Wanita itu mahu lukakan hatinya sekali lagi. Mahu tinggalkan sekali lagi kesan parut pada hatinya setelah 10 tahun tidak lakukan itu. “You ada pilihan untuk tak tunaikan permintaan dia, bukan?”

“She’s your mother, Amily.” Pada permulaannya, Adam hairan kenapa Puan Katrina meminta mahu berjumpa Amily secara peribadi. Jadi, diminta Daniel menyiasat perkaitan wanita itu dan isterinya. Dan jujur, dia terkejut saat mengetahui siapa Puan Katrina dalam hidup Amily dan ayah mertuanya.

Amily telan air liur. Jadi, Adam telah tahu hal sebenar? “She’s not my mother!” jerit Amily. Sampai mati dia takan lagi menganggap Katrina Wilson itu ibunya. Lebih lebih lagi dengan apa yang berlaku tadi. Wanita itu yang meninggalkannya. Dan wanita itu juga yang melukakannya. Wanita itu yang membuatkan dia menjadi Amily yang sekarang. Semuanya salah Katrina Wilson.

Adam tarik nafas. “I nak you bertenang dulu dan kita akan bincang apa jua perkara yang you nak bincangkan,” ucap Adam dengan rasa risau melihat Amily berperangai sebegini.

Amily geleng. “How could you do this to me?” 

“I cuma nak tolong you dan Mommy.”

Amily tarik senyuman senget. “Oh, sekarang you dah panggil dia Mommy?”

“She still your mother, AMily.” Adam pandang isterinya. Hairan dan aneh kenapa isterinya mahu mengamuk sehingga begini rupa. 

Amily geleng kepala. Dia tak akan terima kenyataan itu. Sampai mati dia tak akan mahu anggap Puan Katrina Wilson itu ibu kandungnya. “I just have only one mother and her name is Sara.”

Adam mengeluh lagi. “Amily…” Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Jika dia silap cakap, Amily akan bertambah mengamuk padanya. Dan jujur, ini adalah kali pertama dia melihat sisi isterinya yang ini.

Amily geleng. Dia tak mahu mendengar penjelasan lelaki di hadapnnya. Tidak dia sangka Adam sanggup mengkhianatinya. Adam sanggup lukakan dia sebegini rupa. “You had makes me hate you more than before.” Seusai ucap itu, Amily melangkah keluar. 

Dan Adam mengeluh kasar. Wajahnya diraut. Jujur, dia sedikit hairan. Apa sebenarnya yang telah berlaku sehinggakan isterinya itu mengamuk sebegini rupa? Dan dia pasti, dia hampir saja lihat Amily menangis. Mata wanita itu merah, seolah-olah mahu menangis. Tapi belum sempat dia melangkah ke arah isterinya itu, Amily telah keluar.

Dia meluru keluar. Nasibnya baik Amily masih berada di hadapan lif. Tapi baru saja dia menjerit, memanggil nama wanita itu, pintu lif terbuka dan Amily meluru masuk dan dia juga bergegas berlari masuk ke dalam lif.

“Amily…” Adam bersuara. Mujur, dalam lif ini hanya dia dan Amily saja. Amily tidak mahu memandangnya. Wanita itu menoleh ke arah lain. AKhirnya dia memusingkan tubuh wanita itu menghadapnya. Dia telan air liur melihat keadaan isterinya itu. Amily menangis?

What exactly happen?” Adam bersuara lagi. Dia cuba mengesat air mata isterinya tapi wanita itu menepis tangannya. “Tell me the truth, what exactly happen.”

Amily diam. Dia tak mahu bercakap tentang hal tadi. Tak, dia tak mahu ingat sedikitpun tentang apa yang berlaku tadi. Beberapa seketika kemudian, pintu lif terbuka. “Get out,” arah Amily lemah.

Adam telan air liur. Mahu atau tidak dia keluar?

“Get out, please,” rayu Amily. Kali ini air matanya jatuh tapi dia cepat-cepat kesat.

Adam angguk lemah sebelum melangkah. Dia berdiri saja di hadapan lif sehingga pintu lif tertutup. Dia mahu tahu apa yang berlaku tapi pada siapa dia harus tanyakan?

Reenapple: So, persoalan tentang siapa Puan Katrina dah terjawab. 


Wednesday, October 28, 2015

Stick & Stones #44




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43]

Amily buka mata saat cahaya matahari tepat tepat terkena wajahnya. Nak tak nak dia terpaksa buka mata. Dia bangun sebelum memandang keadaan sekeliling. Dahinya diurut perlahan. Dia sedikit pening.

Tertanya-tanya di mana dia berada di saat ini. Dia mengeluh saat menyedari di balik selimut yang sedang menyelimuti tubuhnya adalah tubuhnya tanpa seurat benang. Dia telan air liur apabila teringatkan Zachary. Adakah dia dan Zachary…. Sekali lagi Amily mengeluh. 

Akhirnya dia mencapai tuala yang dilipat kemas yang terhampar di hujung katil. Baik betul Zachary lakukan itu. Dia kemudian turun dari katil dan melangkah ke arah bilik air. 

30 minit kemudian, dia melangkah keluar dari bilik air dengan berkemban. Dia melangkah ke bilik pakaian yang berada tidak jauh dari situ. Jujur, kalau diikutkan, dia belum pernah melawat bilik tidur Zachary. Beberapa helai Kemeja putih tergantung dengan kemas. Dia senyum sinis tatkala menyedari beberapa helai pakaian wanita tergantung di satu sudut di bilik pakaian itu. Sah-sah itu adalah milik teman wanita Zachary. Dia mencapai satu pakaian yang tergantung di atu sudut di bilik pakaian itu. Dia tak mahu penduli sama ada pemilik pakaian itu akan mengamuk atau tidak melihat dia ‘meminjam’ pakaiannya. Yang penting , dia harus keluar dengan berpakaian lengkap. Dan yang aneh, pakaian dalam wanita juga turut kelihatan di dalam salah satu laci. Tentunya wanita ini adalah seseorang yang istimewa bagi Zachary. Dia menyarungkan kesemua pakaian yang dicapainya di situ sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Di saat dia tiba di ruang tamu dia telan air liur melihat kelibat lelaki di meja makan. Andaiannya mengenai Zachary semuanya hilang entah ke mana tatkala melihat lelaki di hadapanya. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya. 

“Morning, sayang,” sapa Adam sebelum meletakkan iPad atas meja. Dia memandang isterinya dengan senyuman. “Have a seat.”

Amily telan air liur tapi dia tetap menuruti arahan Adam. Dia memandang keadaan sekeliling. Sejujurnya, dia langsung tidak mengingati tempat ini. 

“Have a good sleep?” Adam bersuara sebelum menuangkan coklat panas ke dalam mug di hadapan Amily.

“How on earth I’m here?”

Adam senyum senget. Dia pandang isterinya. “Don’t you remember what happen last night?”

“I was with Zack.” Belum sempat Amily menuturkan ayat seterusnya Adam telah mencelah. 

“Yes, you were with him. You were drunk.” Ucap Adam dengan nada mendatar.

Amily mengeluh. “Jadi, bagaimana I berada dengan you sekarang ni?”

Adam mengeluh kasar. “Let’ say I fight with Zack to have you.”

“You what?” Amily pamer riak terkejut. Dia pandang Adam. Dan bila diperhati wajah lelaki itu lebih lama, baru dia sedar ada lebam di hujung bibir lelaki itu.

You heard me, sayang. I tumbuk bekas teman lelaki you. You boleh tanya Bryan. Dia saksi pada kejadian itu.”

Amily diam, tidak meberi respon. Mug berisikan coklat panas dicapai sebelum dihirup. Macaron di hadapannya dicapai pula. Jujur, dia lapar. 

Anymore question?” Adam bersuara lagi. Dia pasti isterinya punya pelbagai soalan. 

“Yes, I am.” Amily memandang Adam. “Where are we exactly?”

“This is my apartment.” Adam menghirup coklat panas di hadapannya sebelum memandang isterinya. “You pernah berada di sini. Don’t you remember?”

Amily telan air liur. Dia lupa itu. “But there’s women’s clothes in your wardrobe.”

“It’s yours. Does the size fit you?”

Amily mengeluh. Dia lupa dia tinggalkan beberapa helai pakaiannya di sini. Sangkaannya Adam telah membungkuskan semua pakaiannya di sini untuk dibawa pergi ke Villa yang mereka duduki sekarang ini. “Kenapa pakaian I masih ada di sini?”

Adam senyum. “Anggap saja, I lupa untuk kemaskan ini.”

Amily senyum senget. “Jadi, kenapa kita berada di sini? Kenapa kita tidak berada di rumah KITA?”

“I tak larat untuk pandu lagi. It was middle of night.”

Amily angguk. “Dan.. you ambil kesempatan atas I? I woke up without single clothes.”

Adam senyum lebar. “You seduce me first.”

Amily telan air liur. Dia tahu dia akan bertindak di luar kawalan jika dia mabuk dan dia sedikitpun tidak akan ingat apa yang berlaku jika berada dalam keadaan mabuk. “And?”

“We have our night. You were being wild last night.”

“You buat I rasa macam nak gigit you.”

“Then do it,” balas Adam dengan senyuman gatal. “You nak gigit bahagian mana? Atas atau bawah?”

Amily mendengus. Adam ketawa. 

“And I want to say sorry of what happen yesterday.” Adam bersuara lagi. “I tak patut tipu you tapi I dan Maya cuma kawan dan ia tak lebih dari itu. I swear.” Tangan diangkat, memberi ikrar sumpah.

“Adakah you bagitahu I semua ini sebab you risau I akan apa-apa kan wanita kesayangan you?”

Adam mengeluh. Kepala digeleng. “I told you, I choose you.”

“Tapi you jadi milik dia dulu sebelum jadi milik I.” ucap Amily sinis. 

Sekali lagi Adam mengeluh. “I’m sorry. I tak patut cakap macam tu. Tapi I dan Maya memang tak ada apa-apa.”

Amily mengeluh. Kata maaf Adam langsung tidak diambil peduli. 

“Dan I tak nak you jumpa Zack lagi,” Adam bersuara lagi. “I tak suka you jumpa dia lagi.”

“Adakah you…” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, Adam telah mencelah.

“Yes, I am jealous.”

“I will stop seeing him if you stop seeing her.”

Adam telan air liur. “Amily…”

“Apa yang you rasa waktu lihat I dan Zack, itulah perasaan yang I alami bila lihat you dan Maya. I tak kisah kalau you nak jumpa dia, tapi kenapa you perlu tipu I?”

I tak nak you fikir bukan-bukan.”

“Jadi you buat I makin fikir yang bukan-bukan tentang Maya dan you.”

Adam mengeluh. “Maya is my history. And she will stay as my history.”

“Then what about me? Are you gonna make me your history too?”

Adam mengeluh lagi. “I choose you, Amily.”

“I’m very disappointed.” Amily bersuara lagi sebelum beredar. Dan Adam kembali melepaskan keluhan. Dia harus memujuk isterinya. Dan dia pasti itu tidaklah semudah memujuk Maya dulu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 



Adam mengukirkan senyuman melihat kad perkahwinan yang baru saja diserahkan padanya. “Congratulations, Laila.” Ucap Adam dengan senyuman. 

Delaila senyum. “Thanks. And Jeff said Hi to you.”

Adam angguk sebelum menghirup kopi hitam di hadapannya. 

“Macam mana you dan Amily?” Soal Delaila. Kali terakhir dia mengetahui tentang Adam dan Amily, kedua-duanya sudah berbaik. Sudah menjalani hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. 

“Everything seems fine.” Adam berbohong. Untul hal yang sebenarnya, Amily masih lagi bersikap dingin dengannya. Dan dia sudah kehabisan untuk memujuk isterinya. Bekas kekasihnya dulu senang saja dipujuk, hanya berikan bunga dan menuturkan kata maaf, semuanya akan kembali seperti biasa. Tapi Amily, isterinya itu tidak mudah tertarik dengan barangan mahal yang dibelinya. Semua yang dilakukan untuk memujuk wanita itu sia-sia sahaja. 

Delaila mengukirkan senyuman. “Am I gonna hear a good news soon?”

Adam kerut dahi. “Means?”

“Adam junior?”

Adam ketawa kecil. Dia jungkit bahu. “Maybe it’s hard to have that at this moment.”

Giliran Delaila pula kerut dahi. “Maksud you?”

Adam mengeluh. Benar, dia mahukan anak tapi Amily tidak mahu. Akan ada berbagai bagai alasan diberikan oleh isterinya setiap kali diutarakan hal itu. Atau dalam erti kata lain, wanita itu belum bersedia untuk menjadi seorang ibu. 

Adam senyum kelat. 

“What’s with that smile?” Delaila mengesyaki sesuatu yang tidak baik melihatkan senyuman kelat sahabatnya itu. 

Adam mengeluh. “Amily is sulking with me.” 

“Because?” Dia pasti Amily tak akan sewenangnya merajuk. Dan dia pasti rajuk Amily tidak sama dengan rajuk Maya. 

Adam mengeluh. “I lied to her.”

Delaila senyum hambar. “That’s terrible.”

Adam mengeluh lagi. “She found out I’m seeing Maya.”

Delaila telan air liur. Dia tahu Adam tentunya tidak bermaksud untuk merahsiakan perjumpaannya dengan Maya. Dan dia juga tahu kenapa Adam bertemu Maya. Dia tahu apa yang berlaku terhadap Edrian. 

I tak nak dia fikir bukan-bukan.” Adam bersuara lagi. 

“I know.” Balas Delaila dengan senyuman. “Dan macam mana you pujuk dia?”

Adam jungkit bahu. Segala hasil untuk isterinya selalu saja gagal. “You tahu Amily macam mana. She’s different any other girl.”

“Do you need my help?” Delaila sekadar menunjukkan rasa simpatinya. Dia pasti, jika Adam tidak berjaya memujuk Amily apatah pagi pertolongannya nanti tak akan memberi kesan apa-apa. Semuanya akan sia-sia saja. 

Adam geleng dengan senyuman. “I can handle this. I pasti dia merajuk tak lama.”

“Is that so? I harap dia tak merajuk lebih dari tiga hari,” Delaila senyum.

Adam telan air liur. Kalaulah Delaila tahu yang Amily bersikap dingin dengannya lebih dari 7 hari, tentu wanita itu akan mentertawakannya. Baru saja dia mahu bersuara, tiba-tiba saja telefon Delaila berbunyi. Adam perhatikan saja gerak geri Delaila yang sedang menjawab panggilan. Dia pasti pemanggil adalah Jeffri melihatkan riak gembira di wajah Delaila.

5 minit kemudian, Delaila menamatkan panggilan. Dia memandang Adam dengan senyuman.

“You have to go?” Adam membuat andaian. 

Delaila senyum sambil angguk. “I dah janji dengan Jeff nak tengok baju perkahwinan kami.”

Adam angguk.”It’s okay. I pay the bill.”

Delaila senyum sebelum bangun. “Thanks. I harap you dapat pujuk Amily.” Ucapnya sebelum beredar.

Adam mengeluh sebelum menghirup kopi di hadapannya. Dikerling telefon pintarnya di atas meja, tiada langsung panggilan ataupun mesej dari isterinya. Apa-apa hal, pembantu peribadi isterinya yang akan menghubunginya, memaklumkan sekiranya isterinya pulang lambat. Jujur, dia tidak tahu berapa lama lagi Amily akan merajuk dengannya. Dia rindu wanita itu sebenarnya. Dia rindukan belaian dan senyuman Amily. Dan mungkin juga dia rindu sikap manja Amily.

Dia akhirnya mengankat tangan, memanggil pelayan. Sebelum pelayan tiba di mejanya, tiba-tiba saja dia dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita. Dia pandang wanita itu dari atas.

“Hai…” sapa Puan Katrina sebelum melabuhkan punggung. Dia memandang anak muda di hadapannya dengan senyuman. 

“Mrs Wilson,” sapa Adam sedikt kelat. 

Puan Katrina mengukirkan senyuman. “I need your help.”

Adam kerut dahi. “Which is?”

Puan Katrina senyum lagi. Dan dia memulakan ceritanya. Memaklumkan apa yang dia mahu dari anak muda di hadapannya. 

Reenapple: Harap Adam cepat cepat pujuk AMily.