Wednesday, July 29, 2015

Lelaki Idaman.




Kalau ditanya apakah ciri ciri lelaki idaman para gadis, sah-sah ada yang akan jawab "Lelaki idaman saya mestilah macam hero drama Korea, romantic, faham perempuan, sanggup apa saja untuk wanita kesayangannya and blab la bla.

And yes, I used to be one of those girls. Itu adalah sebelum hati aku diluka begitu teruk sekali. Mungkin yang tidak berada di tempat aku akan berkata, “You should move on.”

Actually, I did that. It’s been two years since that tragedy. And I’m living my life peacefully without memory of ‘him.

Dan sejak itulah juga aku dah tak boleh tulis sesuatu yang manis, romantic dan etc. Aku hapuskan watak lelaki idaman aku. Aku hapuskan semuanya tentang ‘dia’.  Mungkin saja aku sembunyikan ‘dia’ di satu sudut dalam minda aku.

Tulisan aku kebanyakan bukan lagi pada imaginasi cinta yang manis. Sebab bagi aku, life ain’t a fairy tale. There’s no prince charming. There’s no such guy like in a novel. Aku juga tidak lagi membaca kisah novel yang sweet, yang lovey dovey.  Otak aku akan menghadap sesuatu yang logic dari segi akal, sesuatu yang aku rasakan masuk akal. Dan bila aku baca babak babak manis yang aku rasakan tersangat tidak relevan, aku akan henti baca babak itu dan belek pada bab lain.

Kadang-kadang bila bercakap tentang soal cinta, dan soal relationship dengan kawan yang berlainan jantina, aku seolah-olah adalah manusia yang pertama kali dihadap dengan topic perbualan sedemikian. Seolah-olah minda aku kosong.

Aku pernah jatuh cinta. Kebanyakannya adalah sebelah pihak. Sama ada pihak satu lagi tahu atau tidak, aku tetap rasa ia adalah sesuatu yang bodoh. Bagi aku.

Katanya seorang kawan lelaki, “When you are truly fall in love, you will become stupid and brave enough to take any kind of risk.”

Cinta tidak bodoh. Tapi manusia akan jadi bodoh hanya kerana cinta. I guess I had to agree with  him.

Hurmm… aku pun tak tahu kenapa aku nak merepek tentang ini lagi. But one thing I will always know,  there is no such thing like a prince charming.  Percayalah bila korang berada di usia atau di tempat aku, korang akan sedar, watak lelaki idaman seperti hero novel hanyalah wujud dalam imaginasi korang saja. Sebab jodoh korang bukanlah seorang yang sempurna, tapi dia akan sempurnakan hidup korang.

Reenapple: Next entry, Secret #18