Sunday, June 21, 2015

Ke hadapan




Mungkin saja dia tidak sedar yang dia telah curi hati awak.
Mungkin saja 'hint' yang awak tunjukkan pada dia tentang perasaan awak, masih belum mencukupi.
Mungkin saja dia tidak ditakdirkan untuk berada dalam hidup awak seperti awak harapkan.

Jadi, kita move on, boleh?

Saturday, June 20, 2015

Stick & Stones -Teaser-



********************************

"Jatuh cinta bukan dalam kawalan I, Amily." Adam memandang wanita di hadapannya.

Amily tarik senyum senget. "Jadi, sebab itu you berikan I bunga dan hadiah mahal setiap minggu?"

Adam tarik nafas.


"Are you telling me that you had fall for me, now?" Amily bersuara lagi.

Adam telan air liur, tidak tahu sama ada mahu mengiyakan atau menafikan soalan yang keluar dari mulut isterinya.

"Maybe you should try harder than this, sayang," ucap Amily sebelum melangkah ke arah pintu. Baru saja dia memulakan langkah pertama, lengannya telah direntap kasar oleh Adam.

"Don't do this," rayu Adam. "I could tell you thousand of reasons why I love you."

Amily senyum sinis. "Love don't need reasons." Pegangan Adam dirungkaikan.

Adam mengeluh.

"I told you, falling in love wasn't in our deal," bisik Amily ke telinga Adam. "I see you soon, sayang." Seusai ucap itu Amily berlalu pergi.

Dan Adam kembali melepaskan keluhan.

********************************


Reenapple: Since tak boleh up full part, so up teaser je lah.



Thursday, June 18, 2015

Teknologi




Kadang kadang aku rasa teknologi ni menjarakkan hubungan, bukan mendekatkan hubungan seperti yang diuar uarkan. 

Contoh 1: Kau jumpa member kau yang dah lama tak jumpa. But at the end, your meeting is like nothing. You've wasted you time seeing them. Sebab masing-masing asyik hadap telefon memasing. Kau yang ada banyak topik nak bercakap  pun jadi pendiam bila tengok dia asyik menghadap telefon. Mood nak bercakap hilang. Heh

Mungkin aku setuju dengan Dhagi masa first time kitaorang jumpa. Dia suggest handphone disimpan dalam beg and there should be no phone on the table while both of us having conversation. 

Oh, anyway, selamat berpuasa. :)

Regards,
Reen. 



Tuesday, June 9, 2015

Stick & Stones #37



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36]



Adam Joshua melangkah masuk banglo mewah di hadapannya. Termasuk waktu ini, sudah cukup 36 jam Amily Katrina mendiamkan diri dengannya. Wanita itu langsung tidak mahu bercakap dengannya. Tengoklah apa yang berlaku pagi tadi, nyaris-nyaris saja dia terlepas menaiki kereta yang telah menunggu mereka. Amily langsung tidak mengejutkannya dari tidur. Mujur saja Daniel menghubunginya, kalau tidak, sah-sah Amily terpaksa menantinya lebih lama. 

“So, mana satu bilik I?” Kedengaran suara Amily. 

Adam menoleh ke arah isterinya. Air liur ditelan tapi dia tidak bersuara. Tiba-tiba saja dia berasa janggal dengan situasi sekarang ini. Baginya mungkin lebih baik AMily mengamuk dan bersikap dingin padanya dari melayannya seperti biasa. Sungguh, rasa bersalah diatas kejadian di bilik hotel dua hari lepas makin bertambah. 

“I’m asking you.” Amily bersuara lagi. Kakinya melangkah ke arah Adam. 

“Pick any room you like.”

Amily senyum. “Are we gonna share the room?”

Adam diam. Dia tidak tahu jawapan pada soalan Amily itu. 

“You cakap kita sedang berbulan madu pada Anna, mungkin kita patut guna biik yang sama?”

Adam telan air liur. Bagaimana Amily tahu wanita semalam itu bernama Anna? “How’d you know…”

“Her name?” Amily mencelah. Dia ukir senyuman sinis. “Itu perkara senang bagi I, sayang.”

Adam mengeluh kasar. 

“You tak nak tanya apa yang I buat pada dia?”

Sekali lagi Adam telan air liur. Dia cuak. Harapnya Amily tidak mengapa-apakan Anna. Anna tidak bersalah pun dalam kejadian hari itu. Kejadian dua hari lepas hanyalah satu salah faham. Dan dia pasti Amily tak akan mahu percaya.”Do not hurt her. She’s innocent.” Risau Adam sudah mula bertambah. 

Amily senyum sinis. “Is that so? Did she means something to you?”

“She doesn’t know the truth, Amily. It was a misunderstanding” Ucap Adam dengan sedikit bengang. 

Sekali lagi Amily senyum sinis. Lelaki di hadapannya ini beria-ia mahu pertahankan perempuan tak tahu malu itu. Dan dia tak akan terima sebarang penjelasan dari mulut Adam. Baginya penjelasan Adam adalah satu alasan palsu semata-mata. “Kalau you bagitahu hal sebenar sekalipun, semuanya sudah terlambat. I dah buat apa yang I nak buat pada perempuan itu.”

“You are just kidding, right?” Soal Adam dengan rasa cuak. Sungguh, kali ini dia harap Amily hanya menipunya saja. Dia harap Amily hanya mahu menakutkannya seperti biasa. 

Amily geleng dengan senyuman jahat di bibir.“I just giving her a lesson. A lesson that she will remember for entire her life, not to mess with me again.”

“What you had done to her?” Adam mendekatkan diri ke arah Amily yang masih tersenyum sinis memandangnya. “What you had done to her, Amily?” Nada suaranya ditinggikan. 

“Apa kata you tanya Daniel? Dia tahu semuanya.”

“You… what?” Adam kerut dahi. Daniel mengkhianatinya?

“Daniel ada waktu I upah seseorang untuk langgar perempuan tu. I rasa dia selamatkan Anna dari maut, mungkin.”

Adam telan air liur. Amily ini berkata benarkah? Dan kalau benar apa yang dikatakan oleh Amily, makanya Anna telah mengalami kesusahan hanya disebabkan satu salah faham. Dan dia juga pasti apa jua ayat yang keluar dari mulutnya, Amily tak akan mahu percaya. 

Ah, kejap. Buat apa dia mahu penduli tentang apa yang Amily mahu fikirkan tentang kejadian semalam? Buat apa dia mahu risaukan jika Amily melakukan sesuatu yang jahat pada Anna? Dia bukannya rapat dengan Anna apatah lagi mengenali wanita itu. Semuanya hanya salah faham saja. 

“You memang tak nak kongsi bilik dengan I?” Amily bersuara lagi. Dia tak mahu penduli reaksi wajah Adam saat dikhabarkan tentang apa yang berlaku pada perempuan tak tahu malu itu. Padan muka! 

Adam diam. 

“Kalau you ubah fikiran, I akan berada di bilik itu,” Amily melangkah ke arah bilik di belakang Adam.

Adam masih mendiamkan diri. 

“I’ll see you at dinner tonight,” ucap Amily lagi sebelum melangkah masuk bersama-sama bagasinya. 

Adam mengeluh. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Adam mengerutkan dahi saat terpandangkan kelibat Amily berada di dapur. Bukanlah dia hairan dengan kelibat Amily tapi yang menghairankannya adalah keadaan wanita itu. Amily menyarungkan apron di tubuhnya dan wanita itu sedang memegang senduk, mengacau sesuatu. Dia salah tengokkah? Adakah dia sedang bermimpi?

“Hai, sayang,” sapa Amily saat melihat kelibat Adam di dapur. Satu mangkuk dicapai sebelum dia menuangkan sos yang dimasaknya tadi ke dalam mangkuk tersebut. 

Adam diam. Dia tidak membalas sapaan Amily. 

“Now our dinner is ready,” Amily bersuara lagi seusai selesai menghidangkan makanan. Apron ditubuhnya ditanggalkan sebelum mengambil tempat di meja makan. Dia memandang Adam yang masih lagi berdiri, memerhatikannya. “Aren’t you joining our dinner?”

Adam tarik nafas sebelum mengambil tempat berhadapan Amily. Dia memerhatikan stik daging di hadapannya. Dari bau saja sudah tahu kelazatan stik di hadapannya. Dia memandang Amily. “How’d you…”

“Get the ingredients?” Amily mencelah. “Semuanya dah ada dalam peti ais.”

Adam mengeluh lagi. Bukan itu yang dia mahu tanya sebenarnya.

“Let’s eat,” Amily bersuara lagi. Stik di hadapannya dipotong tanpa menunggu Adam. Jujur, dia lapar.

Dan Adam turut memotong stik daging di hadapannya tanpa bersuara. Baru saja suapan pertama, dia puji dalam hati kelazatan stik daging di hadapannya. Dan dalam masa yang sama, dia dihimpit persoalan tentang Amily dan kepakaran wanita dalam memasak.

Makan malam yang berlangsung selama 30 minit itu berlalu tanpa sebarang suara, tanpa sebarang perbualan diantara Adam dan Amily. Dan selesai saja makan malam, Amily terus menghadap sinki, mengemas dan mencuci apa yang patut dan Adam masih berada di dapur, memerhatikan gerak geri Amily. Dia sebenarnya masih bingung dengan apa yang berlaku. Bagaimana wanita seperti Amily tahu memasak? Dia rasakan tak mungkin Amily yang mempunyai personality ‘gelap’ tahu memasak.

Selesai mengemas dapur, Amily melangkah ke arah Adam yang sedang termenung di kaunter dapur. Satu mug kopi diletakkan di hadapan lelaki itu. Dia mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di berhadapan Adam Joshua.

Adam tersentak. Dia baru saja tersedar kelibat Amily di hadapannya. Entah bila isterinya ini selesai mengemas dapur, dia tidak tahu. Dia asyik memikirkan sesuatu. Sesuatu yang diberitahu Daniel padanya tadi. Tidak sangka Amily benar-benar punya niat untuk membunuh Anna, mujur saja Daniel berada di situ. Atau lebih tepat, mujur saja Daniel mengintip pergerakan Amily ketika ketiadaannya.

“Apa yang you sedang fikirkan?” Soal Amily.

Adam mengeluh. “I tak sangka yang you tahu memasak.”

“You know nothing about me, isn’t it?” Soal Amily sinis.

Adam telan air liur. Dia mengiyakan saja soalan Amily dalam hati. Jika dia membalas ayat Amily, risau pula dia yang akan sakit hati. Wanita dihadapannya ini tak pernah gagal untuk membuatkannya marah walaupun hal kecil. “Sejak bila you belajar memasak? Atau itu cubaan pertama you?” Sengaja Adam membalas soalan Amily dengan soalan yang sinis.

Amily senyum sinis. “You tak tahu apa-apa pasal I.”

“I cuma tahu satu perkara ni saja. You adalah perempuan materialistik.”

Amily ketawa sinis sebelum menghirup Latte di hadapannya. “And?”

“Tak ada apa-apa yang menarik tentang you yang I patut tahu. Hal you tak ada kaitan dengan I, Amily.” Balas Adam dingin.

Amily angguk. “For the truth, I have this one dream.”

“Which is?” Soal Adam walau dia tidak mahu tahu sebenarnya.

“To open a restaurant or a bakery or something like that. But I like bakery more.”

Adam kerut dahi. Amily ini sedang bercakap benarkah? “Jadi, kenapa you tak lakukan itu?”

Amily senyum senget. “Papa tak benarkan. Kalau I berkeras mahu lakukan itu, segala kemewahan I dapat dari Papa akan diambil semula. Dan nama I akan dibuang dari wasiat nanti.”

Adam telan air liur. Tidak menyangka ayah mentuanya akan mengugut anaknya sebegitu rupa. “Is that one of the reason why you agree to our marriage?”

Amily mengukirkan senyuman sebelum kembali menghirup Latte. “Maybe. But the truth is, I am more interested with the affluence that I received when I became your wife.”

Adam telan air liur. Dia tahu itu. Amily akan menerima satu jumlah wang yang banyak setiap bulan dari Casa Holdings hanya disebabkan wanita itu isterinya. “Money is not everything, Amily.”

Amily geleng dengan senyuman. “For me, money is everything. You still need money to survive.”

Adam mengeluh. Nampaknya Amily langsung tidak faham erti hidup yang sebenar. 

“You cakap duit bukan segala-galanya. Jadi, apa yang penting dalam dunia ni?” Amily bersuara lagi. 

Adam telan air liur. Dia tidak tahu jawapan pada soalan Amily. “Have you ever love someone?”

Amily senyum sinis. “Love? Are you saying that love is the most important in this world.”

Adam diam. Dia tidak mengiyakan mahupun menidakkan soalan Amily.

“Do you know what is the most foolish feeling in this world?”

Adam diam lagi. 

“Love,” jawab Amily.

Adam mengeluh. “Are you hurt with Zack?” 

“No.” Amily pandang Adam.

“Then, why you are saying that love is the most foolish feeling in this world?”

Amily senyum sinis. “It’s because you love someone but that someone hurt you in a way you never imagined. That’s stupid.”

Adam telan air liur. Tiba-tiba saja dia teringatkan Maya. Tiba-tiba saja dia teringatkan insiden dimana dia hampir saja mahu bunuh diri.

“You bagitahu I, kita berdua pernah mengalami situasi yang sama, dikecewakan oleh orang yang kita cinta.” Amily bersuara lagi.

Adam tarik nafas. Dia memandang Amily. “Jadi, you nak cakap yang you terluka dengan Zack?”

“No.” 

“You are lying.” Adam pasti Amily tidak berlaku jujur dengannya. 

“I used to feel that.” Amily senyum sinis lagi. “Tapi I tak adalah sampai nak bunuh diri.”

Adam ketap gigi. Dia tahu Amily sedang menyindirnya. “For how long you’ve been relationship with Zack?”

“Less than a year.”

“He’s cheating on you?”

“Perhaps. But he said that night was a mistake.”

Adam senyum sinis. Dia pasti Zachary berbohong. Satu kesilapan konon! Zachary dan sikap kasanova tidak dapat dipisahkan. “Tapi you masih berbaik dengan dia.”

“He was my senior. Dan I rasa tak salah berbaik dengan bekas kekasih, bukan?”

“Jadi you kahwin dengan I sebab nak balas dendam pada dia?”

Amily senyum senget. Soalan Adam tidak dijawab. Dia kembali menghirup Latte. “You nak tahu apa yang I buat pada perempuan yang sebabkan Zack curang pada I?”

Adam telan air liur. Rasanya dia tahu apa jawapan Amily.

“I did the same thing that I did to Anna. And she died.” Ucap Amily lagi selamba. Dia bangun. “Good night.” Seusai ucapkan itu, Amily beredar dari dapur, meninggalkan Adam.

Adam mengeluh kasar. Jujur, Amily kadang kala mampu membuatkannya seram dengan wanita itu.


Reenapple: Amily ni scary. 



Monday, June 8, 2015

Stick & Stones #36



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35]

Adam melangkah masuk kedalam hotel tanpa menunggu Amily. Amily tarik senyum senget sebelum mempercepatkan langkahnya supaya dia dapat berjalan beriringan dengan Adam. 

“Mommy cakap you ada vacation house kat sini. But why kita datang ke hotel?” soal Amily sinis. 

“I ada kerja kat sini untuk sementara waktu. Kita akan stay sini for two days only.”

“But at least you patut hantar I to that house first.”

“I can’t leave you alone there.”

“I can take care of myself, sayang.”

Adam diam. Malas untuk bertikam lidah dengan Amily. Dan kebetulan juga salah seorang pekerja hotel yang dikenalinya meluru ke arahnya. Tangan dijabat dengan mesra.

Amily tidak puas hati tapi dia tetap ukirkan senyuman palsu pada pengurus hotel yang datang menyapa mereka. Mereka kemudian dibawa makan tengahari di bilik makan VIP. Adam asyik berbual dengan pekerja hotel itu. Dan Amily sedikitpun tidak ambil penduli. Dia sebenarnya penat. Dan Adam langsung tidak fahamnya. 

1 jam kemudian, barulah mereka tiba di bilik hotel yang telah ditempah khas untuk mereka. Amily terus melabuhkan punggungnya di sofa. Kakinya agak penat hari ini. Kasut tumit tinggi terus ditanggalkannya dan dibiarkan bersepah di lantai.

Adam mengukirkan senyuman melihat gelagat Amily. Dia tahu isterinya penat. Dan dia juga tahu Amily tak mahu menghabiskan masa dengannya. 

“I ingatkan kita akan tinggal di bilik berasingan,” AMily bersuara setelah chauffeur yang membawa bagasi mereka beredar.

“If we did that, everyone will look weird on us.”

“Hoping something miracle will happen?” ucap Amily sinis.

Adam tarik senyum senget. “Keep dreaming, Amily. There will never something happened between us.”

“So, kita mahu bercerai?”

Adam telan air liur. “You menyesal setuju kahwin dengan I?”

Amily senyum sinis. “I’m not. I got lot of money from it.” Ucap Amily sambil membelek kukunya yang berwarna turquoise itu. 

“Then, you should know if we get divorced, you will lost everything.”

“So, you nak ceraikan I? You want to get revenge on me?”

Adam mendengus. Bertikam lidah dengan AMily tak akan pernah selesai. 

“By the way, siapa lelaki tadi? He’s good looking.” Amily bersuara lagi.

Adam kerut dahi. “Siapa?”

“Yang lunch dengan kita tadi. He treated you like you’re his boss.”

“Hotel ni memang milik I.”

“I see. So, who’s that guy?”

“You mean Alan? He’s one of manager in this hotel.”

“Manager? Very impressive. Such a young age to be a manager.”

“He’s around my age. So, dia tak muda sangat.”

“So, you nak cakap yang you sebenarnya tua?” 

Adam mengeluh. Amily ini kalau satu hari tak buat dia berang, tak boleh ke? “I’m not that old. I’m just 32 years old.”

Amily senyum sinis. Dia dapat hidu bau cemburu dalam diri Adam. “He looks handsome. He’s young and single.”

“He’s not single. He already engaged.”

“I see. But he got my attention.”

Adam mendengus. Sakit hati pula dengan Amily ini.“Whatever. I’m going to take a shower,” ucap Adam sebelum berlalu ke bilik air. 

20 minit kemudian, Adam melangkah keluar dengan berpakaian. Dia mengukirkan senyuman saat melihat kelibat Amily sedang lena di atas sofa. Penat sangatkah Amily Katrina ini sehingga tertidur dengan mekap?

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah sofa. Dia ukirkan senyuman sebelum mendukung Amily dan membawa tubuh wanita itu ke katil. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam telan air liur tatkala melihat Amily sedang berbual mesra dengan lelaki yang cukup dikenalinya itu. Apa yang Zachary buat di sini? 

“What is he doing here?” Soal Adam pada Daniel.

“I’m not sure, sir.” Balas Daniel lemah. 

“Siasat.” Arah Adam sebelum melangkah ke arah Amily.

Daniel angguk sebelum beredar. 

“Adam.. hey,” sapa Zachary dengan senyuman palsu saat terpandangkan kelibat lelaki itu. 

“Kau buat apa kat sini?” Soal Adam sinis sebelum mengambil tempat di sebelah Amily. Wanita itu memandangnya tapi dia tidak endahkan. 

“Uncle suruh aku datang sini. Untuk tolong kau.”

Adam tunjuk riak jengkel. 

“And, you shouldn’t leave Amily along.” Tambah Zachary lagi.

Aku tak rasa risaukan Amily ada dalam skop kerja kau kat sini.”

Zachary ketap gigi. Sakit hati pula melihat Adam berada di sebelah Amily. Sesungguhnya sepupunya memang pengacau. Baru saja dia dan Amily berbual mesra, dan kelibat Adam muncul.

“Since aku dah ada kat sini, mungkin kau patut berambus?” Adam bersuara.

Zachary ketap gigi. Dia pandang Amily yang masih mendiamkan diri. Wanita itu menganguk kepala padanya. Dia akhirnya bangun dengan rasa berat hati.

“You shouldn’t treat him like that. He do nothing.” Amily ersuara.

Adam kerut dahi. Dia ukirkan senyuman sinis. “Still longing for ex boyfriend?”

Amily tarik senyum senget. Dia menoleh ke arah Adam. “You cemburu?”

Adam diam. Soalan AMily langsung tidak dijawab. Tangan diangkat memanggil pelayan. Jujur, dia lapar sebenarnya. 

“I nak keluar esok.” Amily kembali bersuara seusai pelayan yang mengambil pesanan Adam beredar.

“You nak pergi mana?” Adam hairan.

“Bersiar-siar or shopping.”

“You nak pergi dengan siapa?”

“Zack.”

“Zack?” Adam kerut dahi. 

Amily angguk. “Zack cakap dia free esok. And plus dah lama I tak keluar dengan dia.”

Adam mengeluh. Sedikit terkesima dengan ayat Amily. Argh, kenapa perlu Zachary ada di percutian mereka. Memang lah percutian mereka belum bermula secara rasaminya tapi dia tidak selesa dengan kehadiran Zachary Davis itu.

“You nak join?” Amily bersuara lagi.

Adam geleng. “Have fun then,” ucap Adam disertakan senyuman palsu. Dia tiba-tiba saja mahu rancangkan sesuatu pada Zachary esok. Sesuatu yang membuatkan Zachary akan menjauhkan diri dari Amily. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam mengeluh sambil mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 9 malam dan kelibat Amily Katrina masih lagi belum muncul. Entah kemana wanita itu pergi, dia tidak tahu. Yang dia tahu , saat dia teredar dari tidur pagi tadi, kelibat isterinya sudah tiada di sebelahnya. Dan dia yakin, Amily tidak bersama dengan Zachary sebab lelaki itu dipaksa olehnya untuk hadiri mesyuarat bersamanya pagi tadi. Sengaja dia berbuat sebegitu.

Dan dia juga yakin Zachary tidak bersama Amily waktu sekarang ini sebab dia baru saja terlihat kelibat Zachary bersama seorang gadis seksi. Mereka berjalan berpelukan menuju ke bilik Zachary. 

Adam menghirup lagi kopi ais di hadapannya. Keadaan restoran dipandang sebelum kembali menghadap telefon pintarnya. Tiada langsung panggilan mahupun mesej dari Amily. Dia kini dihimpit rasa risau. Apa yang dia mahu jawab pada keluarga mereka jika sesuatu berlaku pada Amily?

“Hai… “ tiba-tiba kedengaran suara wanita.

Adam kerut dahi sambil matanya memandang wanita cantik yang baru saja mengambil tempat berhadapannya. Tertanya-tanya siapa dan apa wanita ini mahu.

“Are you alone?” Sapa wanita itu dengan senyuman. 

Adam senyum palsu. Jujur, dia tiada keinginan untuk melayan wanita cantik di hadapannya. Mindanya lebih kepada Amily. 

“I’m Anna.” Wanita itu memperkenalkan diri. 

“Adam,” jawab Adam tidak ikhlas.

Anna mengukirkan senyuman. “I nampak you seorang saja kat sini. Waiting for someone?”

Adam mengukirkan senyuman saja. Soalan wanita bernama Anna itu tidak dijawab.

“Then, I andaikan jawapan you adalah NO.” Anna mengukirkan senyuman.

Adam senyum lagi. “And you’re alone too?”

Anna angguk dengan senyuman. “You stay kat mana?”

“Hotel sebelah ni je.”

“Owh really? I pun stay situ. What a coincidence!” ucap Anna teruja.

Adam senyum kelat. Dia bangun. “I have to go. See you again,” ucap Adam dengan senyuman. Walhal dalam hatinya dia harap tidak bertemu lagi dengan Anna. Masak dia kalau AMily nampak dia dengan perempuan. Eh kejap, kenapa dia risaukan andaian Amily? 

“I pun dah nak balik. Mungkin kita boleh balik sama-sama?”

Adam angguk walau dia sebenarnya berat hati. Dia akhirnya melangkah ke hotel dengan Anna. Seusai masuk ke dalam lif dan menekan butang lif, Anna bersuara lagi.

“Kita stay di tingkat yang sama.” Anna memandang butang 11 yang bernyala.

“Really? What a coincidence,” ucap Adam tidak ikhlas. 

Setibanya di tingkat 11, Adam melangkah keluar terlebih dulu. Manakala Anna pula sedang membelek sesuatu dalam tas tangannya sambil menuruti langkah Adam. Apabila Adam berhenti di hadapan biliknya, Anna turut berhenti. Dia memandang Adam dengan wajah sayu. 

“I think I had left my ky in the room. There’s no key in my purse.”

“You boleh pergi ke kaunter dan maklumkan yang you tertinggal kunci. Mereka akan beri kunci baru pada you.”

Anna mengeluh. Berpura-pura sedikit menyesal atas kecuaiannya. “Can I just use the phone in your room and call the customer service?”

Adam telan air liur. Dia mahu tolong Anna atau terus masuk ke biliknya terus? Dia mengeluh sebelum menganggukkan kepala. Tombol pintu dipulas dengan harapan Amily Katrina belum pulang lagi, mati dia kalau AMily lihat dia bawa masuk wanita lain ke bilik mereka. 

Anna melangkah masuk dengan senyuman. Dia pandang Adam sebelum memerhatikan keadaan sekeliling. “This is VIP room isn’t it?”

Adam angguk. “There’s the phone.” Adam bersuara sambil menunjukkan telefon yang berada berdekatan katil. 

Anna mendekati Adam. “Is just you and me alone?” 

“Err….” Adam telan air liur melihat Anna mendekatinya. Dia mengundurkan diri ke belakang setapak dengan setapak. Hairan dengan wanita itu dan juga rasa cuak sudah mula muncul dalam dirinya. 

Anna mengukirkan senyuman menggoda sebelum menolak tubuh Adam ke katil. Tanpa membuang masa, dia mengambil tempat di atas tubuh lelaki itu. 

“What the hell you’re doing?” Soal Adam sedikit berang pada wanita yang berada diatas tubuhnya.

“Say it. You want me right?” Tangan Anna merayap ke tubuh Adam. 

Adam telan air liur apabila Anna menanggalkan bajunya. Tapi aneh, dia hanya kaku saja, melihat Anna yang kini tubuh atasnya hanya mengenakan coli merah saja. Wanita itu mendekatkan diri ke wajahnya. Adam telan air liur lagi.

“Tonight, I’m yours,” bisik Anna ke telinga Adam.

Tiba-tiba pintu terbuka. Adam terus menolak Anna, membuatkan wanita itu jatuh ke lantai. Dia sedikitpun tidak penduli akan Anna yang sedang mengaduh kesakitan. Dia sudah dihimpit rasa cemas dan cuak melihat Amily di hadapannya. Wanita itu tidak bersuara mahu pun menunjukkan reaksi marah. Apa yang Amily Katrina lakukan hanyalah memerhatikannya.

“Who are you?” Anna bersuara, memandang wanita yang menganggu rancangannya. 

Amily senyum sinis. Dia memandang wanita separuh bogel itu dengan sinis. “I should ask you that question. Who are you and what are you doing with my husband?”

Anna telan air liur. Suami? Lelaki yang baru dikenalinya itu sudah berkahwin?. Dia memandang Adam.

Adam mengeluh. “I’m on my honeymoon.”

Anna bangun. Dicapai baju yang dilempar ke lantai tadi dan menyarungkan ke tubuhnya semula. “I don’t know he’s a married man. I just thought…” Anna telan air liur melihat senyuman sinis Amily. “I pergi dulu…’ baru saja Anna memulakan satu langkah, Amily bersuara lagi.

“You forgot your shoes,” AMily memandang kasut tumit berwarna yang tersadai di lantai.

Anna cepat-cepat mengambil kasut itu dan melangkah keluar dengan tergesa-gesa.

Amily senyum sinis sekali lagi. Dia memandang Adam yang dari tadi mendiamkan diri. Adakah dia marah? Atau dia cemburu? Apa-apa pun apa yang dilihatnya sebentar tadi adalah sesuatu yang dia sendiri tidak jangka. 

“I can explain this,” Adam mula bersuara. Otaknya sedang mencipta penjelasan yang harus diberikan pada Amily. Jujur, dia mula dihimpit rasa gerun dengan isterinya ini. 

Amily diam. 

“It’s not what you’re thinking. There’s nothing happen between us,” Adam bersuara lagi.

“Well… Of course, there’s nothing happen between us…” AMily mengajuk cakap Adam sebelum matanya memandang lelaki itu. “… sebab I dah kacau that things that almost happen antara you dan dia.”

Adam mengeluh. “That’s the truth, memang tak ada apa-apa yang berlaku.”

Amily mendengus kasar. Dia malas ambil tahu apa jua penjelasan yang bakal keluar dari mulut Adam Joshua. Apa yang dilihatnya tadi sudah cukup membuktikan siapa Adam sebenarnya. 

“Amily…” Adam bersuara lagi. Tapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja dia dapat rasakan satu objek keras terkena dahinya. Dia jatuh rebah sebelum mengaduh kesakitan. Dia telan air liur apabila objek keras yang terkena dahinya tadi adalah sebuah bekas abu rokok besi. Mujur tak ada luka hanya lebam saja di dahinya. Adam memandang Amily. Wanita itu hanya memandangnya dengan reaksi kosong saja. Dan dia pasti Amily lah gerangan yang membaling steel ashtray padanya tadi. 

“I harap you dah siap berkemas. Esok kita akan ke rumah percutian seperti yang telah dirancangkan, bukan?” Amily berlagak tiada apa apa yang berlaku.

Adam diam, tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia masih lagi mengurut dahinya yang sudah menunjukkan benjolan besar. Dia memandang Amily Katrina yang kelihatan tenang. Dia mahu andaikan Amily marah padanya tapi wanita itu hanya berlagak biasa saja. Belum sempat dia bersuara, Amily telah menghilangkan diri ke bilik air.

Adam mengeluh. Tiba-tiba dia dihimpit rasa bersalah.


Reenapple: Mungkin Amily sedang rancang sesuatu untuk balas dendam. Ahaaaa



Sunday, June 7, 2015

Stick & Stones #35




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34]

Encik Kamarul memandang besannya sebelum matanya memandang kedua dua anak dan menantunya. Seperti biasa pasangan suami isteri itu tidak bercakap mahupun memandang satu sama lain. Agak sia sia saja setiap makan malam yang dihadiri mereka.

“Adam…” Encik Kamarul memandang anak lelakinya. 

Adam memandang Daddy nya,. Tertanya-tanya apa yang lelaki itu mahu beritahunya. Beria-ia mahu pastikan dia datang ke makan malam kali ini. Ah, bukannya dia pernah ‘ponteng’ pun. Walaupun dia sendiri berat hati untu menghadiri makan malam yang dicipta hanya untuk memastikan kelangsungan perkahwinan, dia muncul juga.

“I would like to inform something.” UCap Encik Kamarul dengan senyuman. Besannya juga turut mengukirkan senyuman padanya. 

“Inform apa?” Amily tidak sabar. Dia juga mahu tahu apa muslihat Papanya kali ini sehinggakan sanggup mengugutnya jika tidak mahu munculkan diri sekali lagi. 

“Next month is your 6 month anniversary” Puan Julia bersuara girang. “… so, Mommy, Daddy, Papa dan Mama nak hadiahkan kamu berdua percutian ke luar Negara.”

“Percutian?” Soal Amily dengan nada terkejut. Sekali lagi Adam dipandang. Kali ini dengan riak tidak puas hati. Adam pula hanya mendiamkan diri saja. Tidak tahu apa yang harus dibagitahunya.

Puan Julia angguk. Dipandang besannya, Puan Sarah mengukirkan senyuman

“Thinking about that, kita berdua tak pernah pergi bercuti sama-sama.” Adam bersuara.

Amily pandang Adam dengan hairan. Hairan dengan ayat yang baru saja keluar dari mulut lelaki itu. “But why out of sudden?” Amily pandang kedua-dua ibu bapanya dan mentuanya.

Puan Julia dan Puan Sara mengukirkan senyuman. “We just thought we have to do smoething with your marriage.” Ucap Puan Julia.

“Don’t you afraid, we might get divorced after this?” Soalan Amily itu membuatkan Puan Julis resah.

“Amily…” tegur Encik Zafrul. Spontan Amily kadang-kadang mampu membuatkannya sakit jantung.

Amily tarik senyum senget. 

“Jadi… apa kata kamu berdua?” Encik Kamarul bersuara. Rasanya lebih baik dia bersuara. Risau jika berlaku apa-apa yang tidak dingini.

Adam tarik nafas. Dia memandang Amily di hadapannya. Wanita itu turut memandangnya. Masing masing berpandangan satu sama lain. 

“I’m fine with that.”

AMily tarik senyum senget. Hairan dengan ayat Adam. Bukankah lelaki itu tidak mahu habiskan masa bersamanya? Jadi mengapa Adam setuju dengan rancangan keluarga mereka?

“Are you sincere?” Soal Amily sinis. 

Adam telan air liur. 

“Amily?” Soal Puan Julia. Harapnya menantu itu bersetuju. Kalau kedua dua Adam dan Amily setuju, rancangan mereka akan berlangsung dengan jayanya. 

Mata Amily masih pada Adam. “I do not agree with this.”

Jawapan Amily membuatkan Puan Julia dan Puan Sara dilanda kebinungan. Lagi-lagi Adam. 

Adam memandang Amily dengan hairan. tertanya-tanya apa yang Amily sedang rancangkan sebenarnya. “Why?”

Amily tarik senyum senget. “You already know that answer, Adam.”

Amily…” Encik Zafrul bersuara. Dipandang anak perempuannya. “You do know what will happen when you reject this, right?”

Amily senyum sambil kepala diangguk. “I do know, Papa. I always know.”

Encik Zafrul mengeluh. “Amily masih nak berpegang pada perjanjian yang kamu dan Adam buat dulu?”

Amily angguk.

Adam mengeluh. Dia pasti sebab mengapa Amily bangkang pada cadangan ibu bapa mereka ada kaitan dengan Zachary.

“Amily dear…” Puan Julia bersuara. Dipandang menantu kesayangannya. “Both of you dah kahwin almost 5 month dan dalam masa itu, Mommy pasti none of you take action to know each other better, right?”

Amily diam. Begitu juga Adam. Ayat yang didengar tadi benar-benar terkena batang hidung sendiri. 

“Lagipun vacation ini, adalah untuk menyambut kamu berdua 6 month’s anniversary,” tambah Puan Julia.

“Baru 6 bulan, bukan setahun lagi,” ujar Amily selamba.

“Amily…” tegur Puan Sarah. Kepala digeleng melihat sikap anak perempuannya ini. Keras kepala. Hitam katanya, sampai bila-bila kekal hitam.

“No matter what, I’m not gonna agree with this.” Amily bangun dan melangkah ke arah pintu. Panggilan Encik Zafrul, Amily langsung tidak hiraukan. 

Encik Zafrul mengeluh. Sekali lagi air mukanya jatuh dek perangai Amily. Dipandang isterinya sebelum memandang besannya.

“I’m so sorry with Amily behavior.” Ucap Encik Zafrul dengan rasa kesal. 

“It’s okay. Kami faham,” balas Encik Kamarul. Dia pandang isterinya. Wanita itu senyum kelat.

“Amily keras kepala,” tutur Encik Zafrul lagi. “When she say No, it means No.”

“She must be having some problems, that’s’ why she act like that.” Puan Julia berfikir positif. Bukan dia tidak tahu perempuan setiap satu bulan sekali akan mengalami ketidakseimbangan hormone. Dan yakin itu yang berlaku pada menantunya sekarang ini. 

Puan Sara geleng kepala. “It’s her character. Stubborn…”

“Just like me,” celah Encik Zafrul. 

Puan Julia dan Encik Kamarul ketawa kecil tapi tidak Adam. Lelaki itu masih kelihatan biasa. Tidak sedikit pun terganggu dengan kejadian tadi. 

“Adam, akan cuba bincang dengan Amily,” celah Adam tiba-tiba.

Encik Zafrul geleng. “You wouldn’t make it. Amily tak akan dengar kata Adam. She hates you.”

“Abang…” tegur Puan Sara. Tidak sesuai menuturkan ayat itu pada menantu mereka.

Adam senyum. Dia tahu itu. “It’s okay, Mama, Adam tahu itu.”

“But that’s the truth, Sara. Kita tahu perangai Amily macam mana,” terang Encik Zafrul.

“I wil try, Papa,” ucap Adam dengan yakin walau dia pasti untuk mengubah keputusan Amily adalah sesuatu yang sukar. Harapnya dia berjaya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!


Tina memandang Amily yang kelihatan tenang menonton televisyen. Kalau dia jadi wanita itu, sah-sah dia akan berasa risau. Sudahlah digantung kerja oleh ayah sendiri. Itu belum lagi dengan elaun yang dipotong. Silap hari bulan, dengan apartmen mewah akan diambil alih. Tidak risaukah Amily?

“Babe…” Tina bersuara.

Amily memandang sahabatnya. 

“You tak risau?”

“Maksud?”

Tina mengeluh. Amily memang tak ada perasaan. Dia pula yang tolong risaukan Amily. “You kena gantung kerja oleh ayah sendiri. Allowance you ditahan. Dan I pasti sooner or later, Papa you akan ambil apartmen you.”

Amily ketawa kecil. Dia tahu itu. “So? You nak suruh I buat apa? There’s nothing I can do about it. But trust me, ini cuma sementara saja. Papa tak kejam sangat untuk biarkan keadaan I macam ni untuk selama-lamanya.

Tina mengeluh lagi. “I rasa lagi baik kalau you setuju dengan cadangan percutian ni. Besides, I nampak lagi banyak kebaikan dari keburukan.”

“Such as?”

Tina senyum. “You boleh baiki hubungan you dengan Adam.”

“And?”

Tina telan air liur. Dia tidak tahu apa lagi kebaikan yang dia boleh sebut. “You cakap you tertarik pada Adam.”

“So?”

Tina mengeluh sekali lagi. “Just agree with that vacation, AMily. Or else you will…”

“End up losing everything?” AMily mencelah.

Tina telan air liur. kepala diangguk lemah.

“You betul betul ingat I tak setujuu dengan percutian tu?”

Tina kerut dahi. 

“I cuma uji Adam je. Dan seluruh keluarga kami. I nak tengok reaksi diorang.” 

Tina mengeluh. Amily Katrina kadang kadang sukar difahami dan sukar dijangka. 

“I cuma ikut rancangan Along. Dia yang bagitahu I awal awal lagi tentang percutian yang dirancangkan oleh keluarga kami.”

“Dan kenapa Kakak Adam mahu you buat begitu?”

“Untuk uji Adam. Kalau Adam tidak bersetuju, I kena bersetuju. Kalau Adam tak setuju, I vice versa dengan keputusannya. But apa apa pun, I memang dah bersetuju dengan rancangan itu. I cuma nak tengok reaksi Adam macam mana.”

“You nak tahu sama ada dia akan pujuk you atau tak?” Tina membuat andaian.

Amily senyum senget. DIa tidak mengiyakan mahupun menidakkan andaian Tina. 

“Tapi…” Tina bersuara lagi. “Adam bersetuju. Is that mean he possibly starting to like you? Lagipun dia jaga you masa you sakit hari tu.”

Amily senyum senget lagi. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng pintu. Tina melangkah ke arah pintu. Dia telan air liur saat terpandangkan kelibat lelaki di hadapannya. 

Zachary melangkah masuk dengan senyuman. Dia pandang AMily yang berada di ruang tamu. Wanita itu memandangnya. 

“You nak apa, Zack?” Amily bersuara.

“Setiausaha you cakap you tak masuk office for a week. I ingatkan you sakit.”

“Well, I’m fine.”

Zachary mengeluh. Dia pandang Tina. “Tina, would you leave both of us alone?”

Tina telan air liur. Dia pandang Amily. 

“Tina tak akan pergi mana-mana.” AMily bersuara.

Tina angguk bersetuju. Dia akan berada di sisi Amily. Dia tak percayakan Zachary. Bahkan dia tidak berapa menyukai Zachary. Mujur saja bekas teman lelaki sahabatnya itu kacak. 

“I need to talk to you, privately,” ucap Zachary dengan nada mendatar.

“Well, say it. Tina could be our witness.”

Zachary mengeluh. “Sebelum ni, you bukannya macam ni.

Amily diam. Matanya memandang Tina. “Tina…”

Tina telan air liur. “Tapi Amily…” Tina risau. Zachary bukannya boleh dipercayai pun. Entah entah lelaki itu merancang sesuatu yang jahat pada AMily. Tapi tentulah Amily boleh jaga dirinya. 

“I will be fine, Tina,” ucap Amily.

Tina mengeluh sebelum mengangguk. “If anything, call me.” Tina mencapai tas tangannya sebelum melangkah keluar.

Zachary tarik nafas sebelum melangkah ke arah Amily. Punggung dilabuhkan di sebelah wanita itu. Dia memerhatikan Amily yang berpura-pura menonton televisyen.

“You nak cakap apa?” AMily bersuara sambil matanya pada televisyen.

“Kenapa you tak masuk office untuk satu minggu ni?” Zachary mengeluarkan soalan. Hairan juga apabila diberitahu tentang itu. Amily jarang mengambil cuti. Wanita ini seorang workhalic. 

“I dah lama tak cuti.”

“Something happened isn’t it?” Zachary tidak mahu percaya apa yang dikatakan AMily. Tentu sebab mengapa Amily tidak pergi kerja ada kaitan dengan Adam. “Ia ada kaitan dengan Adam, bukan?”

Amily senyum sinis.Soalan Zachary dibiarkan saja. Dia kembali menghadap televisyen. Remote control dicapai. Drama petang ini langsung tidak menarik perhatiannya. 

Zachary mendengus. Sakit hati pula dengan diam Amily. Remote control di tangan Amily dirampas dengan kasar sebelum mematikan televisyen di hadapan mereka.

Amily memandang Zachary dengan senyuman sinis. “What is wrong with you? Siapa yang buat you marah ni?”

“I tak suka you macam ni, sayang.” Zachary memegang pipi Amily, memandang tepat ke mata wanita itu. Mereka saling berpandangan seketika sebelum bibirnya cuba didekatkan pada Amily. Tapi belum sempat dia mencium Amily, pintu utama terbuka dan seraya itu, Amily menolak tubuhnya.

Adam telan air liur melihat Amily dan Zachary. Kedudukan dua manusia itu begitu dekat antara satu sama lain. Dia pasti sesuatu telah berlaku sebelum dia tiba di situ cuma kedua duanya masih lagi elok berpakaian. 

“Macam mana kau boleh masuk?” Soal Zachary hairan. 

“He has the key,” AMily bersuara bagi pihak Adam.

“He… what?” Zachary sedikit terkejut. Dia memandang Amily. “You tak bagi I pun kunci rumah you.”

“Mama yang bagi pada dia. There’s nothing I can do about it.”

Zachary mengeluh. 

“It’s better you leave, Zack,” Adam bersuara.

Zachary tunjuk riak jengkel. “This is not your house.”

“Zack, it’s better you leave.” AMily bersuara pula.

Zachary kerut dahi. Dia salah dengarkah? Amily menghalaunya?

“Please?” Tambah Amily lagi.

Zachary mendengus. Dia bangun. Dan Amily menuruti langkahnya ke pintu. Dia menjeling Adam dengan rasa tidak puas hati. “Call me if anything happen.” Satu ciuman diberikan di pipi Amily sebelum melangkah keluar.

Adam yang menyaksikan kemesraan Amily dan Zachary hanya mampu menahan geram saja. “Is that the reason why you tak setuju dengan percutian kita?”

“Maksud you?” Soal Amily seusai menutup pintu. Tubuhnya disandarkan di dinding sambil memeluk tubuh.

“Zack. Is he the reason kenapa you tak setuju dengan percutian kita?”

Percutian kita? You betul betul mahu bercuti dengan I? Have you think deeply about this?

Adam mendengus. “Look here, Amily Katrina. I tak penduli you setuju atau tak, I tetap nak you setuju dengan percutian itu!”

“Why?” Amily senyum sinis.

“I don’t want to disappoint Mommy.”

Amily angguk. “Well then, let’s do that.”

Adam kerut dahi. Ingatkan AMily akan bangkang tapi wanita ini sewenangnya bersetuju pulak. Hari tu bukan kemain bangkang. “Apa muslihat you sebenarnya?”

Amily senyum. “Nothing. I cuma bersetuju dan…” Amily memandang Adam. “I dah tak sanggup hidup macam ni. Papa tahan semua duit I because of you.”

Adam diam. tidak dia tahu itu. 

“Proceed to what we had agreed. I dah inform Mommy yang I bersetuju dengan hadiah dia.” Tambah Amily lagi. Dia melangkah ke arah Adam. “Dan I rasa you patut beredar. Atau, you mahu habiskan malam you kat sini?” Jari AMily merayap di dada Adam.

Adam menepis. Benci pula dengan sikap Amily yang ini. “Okay.” Adam kemudian melangkah keluar.

Amily senyum saja. Dia harap sesuatu yang baik akan berlaku waktu percutian mereka.

Reenapple: Here comes the honeymoon part, soon. :D



Saturday, June 6, 2015

Stick & Stones #34




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33]


Amily baru saja keluar dari dapur saat dia ditegur oleh seorang wanita. Dia pandang kelibat Keisha di hadapannya. Gadis itu memandangnya dengan penuh riak sinis.

“You ingat dengan buat kerja rumah, semua orang akan suka you?” ucap Keisha sinis sambil matanya memandang dulang di tangan Amily. Jujur, dia benci wanita di hadapannya.

Amily diam. Dia langsung tidak mempendulikan kelibat Keisha. Dia meneruskan langkah ke meja makan sebelum menyerahkan dulang berisikan cawan pada Lily, membiarkan Lily menyusun cawan cawan tersebut di meja.

Keisha mendengus. Sakit hati bila Amily melayannya sedemikian. Dia melangkah ke arah Amily. “You are not that pretty to steal Adam’s attention.”

“And neither you, Keisha,” balas Amily. 

Keisha telan air liur. Sakit hatinya pada Amily berganda kuasa dua.

“No matter what, you tak boleh dibandingkan dengan Maya. Maya are better than you. Dan Abang Adam masih cintakan Maya.”

Amily senyum sinis. “You should apply to yourself too, Keisha.”

“You! You kahwin dengan Abang Adam sebab duit bukan? Jangan harap yang you akan dapat duit dia. Abang Adam bukannya bodoh.”

“Keisha!” kedengaran suara seorang wanita. 

Keisha menoleh, kelibat Arissa baru saja keluar dari dapur sedang merenungnya dengan tajam. Dia sedikit gerun manakala Amily hanya mengukirkan senyuman sinis. Padan muka! Nak berlagak sangat.

“Don’t be rude, Keisha,” Arissa menahan marah. Mahu mengamuk juga dia mendengar kebiadapan adik sepupunya pada adik iparnya. Mujur saja Keisha tidak menjadi adik iparnya. Dan dia teramat lega Adam tidak pernah suka pada Keisha.

“I’m not being rude, Kak Long. Keisha cuma sebut fakta saja.”

Arissa mendengus. “Go get others, tell them dinner is ready.” Arah Arissa. Lagi baik dia menjauhkan Arissa dari Amily. Risau jika keadaan menjadi makin keruh. 

Keisha tunjuk riak tidak puas hati tapi dia menuruti saja arahan Arissa. Dia menghilangkan diri ke ruang tamu.

“Ignore Keisha, Amily. She always like that. She hate any girl that being Adam’s” Arissa pandang adik iparnya.

I’m fine, Along.”

“But I need you to be careful with her.”

“Why?”

“Sebab kecurangan Maya dulu, dia yang hebohkan.”

Amily angguk. Nampaknya dia faham apa yang dimaksudkan oleh kakak iparnya. Tapi Keisha belum sedar siapa sebenarnya Amily Katrina.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam melangkah masuk ke bilik seusai berbual dengan keluarganya. Amily telah lama menghilang ke bilik selepas berbual dengan Nenek Maria. Baru saja dia mengambil tempat di sofa, kelibat Amily keluar dari bilik air. Adam telan air liur tatkala memerhatikan Amily yang sedang berkemban itu. Dengan rambut yang sedikit basah dan berkemban dengan tuala, wanita itu melangkah ke arahnya.

“Hai sayang…” sapa Amily dengan senyuman. 

Adam telan air liur lagi.Dia pandang Amily dari atas hingga bawah. Tiba-tiba saja jantungnya berdegup laju. “What do you want, Amily?” Soal Adam dingin. Dia harap Amily cepat cepat menjauhkan diri darinya. 

Amily senyum sinis. Sengaja dia berpakaian sedemikian. “So, apa plan kita malam ini?”

Adam mendengus. Soalan Amily tidak dijawab. “Put on your clothes, Amily.”

Amily senyum sinis lagi. “Why would I? You suka bukan tengok I macam ni?” Sengaja Amily mengambil tempat di sebelah Adam.

“I tak ada keinginan nak sentuh you.”

“Is it? Even I bogel depan you?” Amily bangun, berdiri di hadapan Adam.

Adam telan air liur. Takkanlah Amily mahu bogel di hadapannya? “Yes,” ucap Adam tidak yakin.

“Sejak bila you jadi gay ni?”

Adam mendengus. Sakit hati pula dengan soalan Amily. “Fine. Take it off. Just take off that towel from your body,” ucap Adam geram.

“Are you sure?” Amily pandang Adam dengan senyuman. “I’m counting on 3.”

Adam tutup mata apabil tiba ke kiraan 3. Dia berdebar. Tiba-tiba kedengaran ketawa Amily. Dia kembali buka mata. Adam mendengus. Sudah agak. Amily sengaja mahu sakitkan hatinya. Dia memerhatikan gerak geri Amily yang melangkah ke arah almari baju. Akhirnya dia bangun, melangkah ke arah bilik air dengan rasa bengang. 

15 minit kemudian dia melangkah keluar. Dia memerhatikan Amily yang sudah berpakaian,menyandar di kepala katil dengan sebuah buku di tangannya. Sebenarnya sudah 2 malam mereka tidur di katil. Baik dia mahupun Amily, masing masing tidak mahu mengalah untuk tidur di sofa.

Dan mujur tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma setiap pagi dia akan sedar Amily sedang tidur memeluk erat tubuhnya seperti hari itu. Dan wanita itu, setiap pagi akan memberikan ciuman di pipinya tatkala dia belum sedar lagi. Dia langsung tidak mahu marah Amily tentang itu. Dan mungkin saja dia gembira dengan tindakan Amily itu. Lagipun Amily langsung tidak sedar tentang dia tahu apa yang wanita itu lakukannya setiap pagi.

Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu. Adam melangkah ke arah pintu. Dia mengerutkan dahi tatkala kelibat Auntie Nellyana di hadapan pintu. 

“Kenapa Auntie?” Soal Adam dengan riak tidak selesa. 

“Boleh Auntie pinjam Amily, sekejap?”

Adam menoleh ke arah Amily. Amily melangkah ke arahnya. 

“Kenapa Auntie?”

Puan Nellyana mengukirkan senyuman. “I need to talk with you. Boleh kita ke tingkat bawah?”

Amily pandang Adam sebelum kembali memandang Puan Nellyana. Kepala diangguk. “Nanti I turun.”

Puan Nellyana angguk sebelum turun ke tingkat bawah. Amily kemudian mengikut langkah Puan Nellyana. 

1 jam kemudian, Amily tiba di bilik. Adam memerhatikan saja gerak geri AMily yang melangkah ke arah katil. 

“So, apa yang you dan Auntie Nelly bincangkan?” Soal Adam dengan rasa ingin tahu.

She ask me to invest in her friend’s business.”

Adam kerut dahi. “Which friend?”

Amily jungkit bahu. “Entah. I tak kenal. Dia cuma cakap if I invest my money in that business, I akan dapat keuntungan yang berkali ganda dari apa yang I invest.”

“So, you akan invest in her friend’s business?”

Amily tarik senyum senget. “I’m not that stupid. Sebelum I invest, I akan siasat dulu.”

Adam angguk. Dia lihat Amily mendail nombor di telefon pintarnya. Dia senyum sinis. Sah sah Amily sedang mengarahkan Bryan menyiasat tentang kawan Auntie Nellyana. 10 minit berbual di telefon, Amily kembali meletakkan telefon di meja sebelahnya.

“You seems scary, sometimes.” Adam bersuara.

“Maksud you?”

Adam senyum sambil jungkit bahu. “Asking Bryan investigate about someone.”

Amily tarik senyum senget. “You are business person like me. Tentu you akan buat benda yang sama I buat.”

“I am. Tapi I tak lah nak suruh Daniel siasat every single detail about that person.”

“You never know what types of people you’re gonna meet, Adam.”

Adam angguk. Dia setuju dengan Amily. 

“So…’ Amily bersuara lagi. “Apa yang kita nak buat malam ini?”

Adam kerut dahi. “Means?”

“We have been sleeping next to each other for two night and nothing happened.”

Adam senyum sinis. “Are you asking me to ‘touch’ you?”

Amily senyum. “What do you think?”

Adam mendengus. “In your dream only, Amily.”

“Okay then.” Amily bersiap sedia mahu tidur sebelum Adam tiba-tiba saja menarik lengannya, mendekatkan tubuhnya dan satu ciuman diberikan di bibirnya. Amily telan air liur. Sedikit terkesima dengan tindakan Adam.

“That’s the revenge for what happen this morning,” ucap Adam sebelum menutup lampu. Dia merebahkan dirinya tanpa menghiraukan reaksi Amily.

Dan Amily, masih lagi terpinga-pinga. Dia sedang bermimpikah? 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Keisha mengukirkan senyuman tatkala melihat kelibat Amily Katrina yang bersendirian di taman. Nasibnya tersangat mujur sebab kelibat Arissa, Ayah, Mama mahupun keluarga Pak Cik dan Mak Ciknya telah tiada. Kelima-lima orang itu telah berangkat pulang. Yang tinggal hanyalah dia, abangnya, Adam dan juga perempuan tidak sedar diri itu. Nenek Maria? Sah-sah Nenek Maria tidak sedang berehat di biliknya. Apa-apa pun, tak ada sesiapa yang akan mengacaunya kali ini. Kedua dua Zachary dan Adam sedang berada di luar, membeli barang yang telah dipesan oleh Nenek Maria.

“Hai…” sapa Keisha.

Amily memandang gadis dihadapannya dengan dingin. Dia kemudian kembali menghadap buku di hadapannya. 

Keisha mengeluh. Sakit hati pula dengan layanan Amily ini. Berlagak betul! “I dengar you tolak permintaan Mama I untuk labur dalam business kawan dia. Why is that?”

Amily kembali memandang Keisha dihadapannya. “It’s none of your business.”

You tak payahlah berlagak sangat. Apa yang you ada sekarang ni, adalah disebabkan Abang Adam.

“Jadi? Itu duit Adam bukan duit you.”

Keisha senyum sinis. “You memang perempuan kaki kikis.

No wonder Adam tak pernah suka perempuan macam you. Noisy and annoying.

“You!” Keisha berang. Sesuka hati je mahu kutuknya. “You bukannya cantik pun. Your body is not that pretty.”

Amily senyum sinis. “Say whatever you want to say little girl… but one advice, never step on my patience, you would never know what I am capable of.”

“You nak ugut I? Funny!”

“I dah bagi amaran.”

“Tak ada apa yang boleh buat I takut pada you.”

“Is that so? What about the abortion that you do a year ago?”

Keisha telan air liur. Mana Amily tahu itu. Tak ada sesiapa yang tahu itu. Mati dia kalau itu dihebohkan pada ahli keluarganya. “How’d you know that?”

Sekali lagi Amily senyum sinis. “I told you. Never underestimate me.” Seusai ucapkan itu, Amily berlalu pergi.

Keisha mendengus berang. Dia akhirnya meluru ke arah wanita itu sebelum menolak wanita itu jatuh. Dia mengukirkan senyuman jahat saat melihat tubuh Amily di atas tanah. Padan muka!

“Keisha!” tiba-tiba kedengaran suara wanita. 

Keisha telan air liur saat terpandangkan Nenek Maria sedang memandangnya dengan wajah bengis. Dibelakang wanita itu ada dua wanita pembantu rumah, masing-masing sedang memandangnya dengan riak terkejut. Mati dia kali ini!


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam memandang Amily dan Nenek Maria silih berganti saat dia tiba di ruang tamu dengan Zachary. Jujur, membeli belah dengan Zachary adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan. Nasib baik saja ada Albert dan Margaret, kalau tidak sah sah dia tinggalkan saja Zachary di pasaraya. Tidak faham betul kenapa Nenek Maria mahu dia pergi dengan Zachary. Nenek Maria ingat, dengan berbuat sedemkian, dia dan Zachary akan berbaik semula? Tak mungkin itu akan terjadi!

“Kenapa ni?” Soal Zachary. Dia meluru ke arah Amily. Kaki wanita itu berbalut. 

“Tanya adik kamu, apa yang dia dah buat.” Balas Nenek Maria sambil matanya memandang ke arah Keisha yang duduk tidak jauh dari situ.

“Kau buat apa?” Soal Zachary dengan rasa ingin tahu. 

“I do nothing. Dia yang jatuh.” Keisha berbohong.

Jangan nak menipu, Keisha! Nenek nampak sendiri apa yang kamu buat tadi. Kamu tolak Amily!”

Kau tolak Amily?” Zachary hampir saja meninggikan suara. Berani betul adiknya ini memperlakukan Amily sedemikian. 

Keisha diam. Dia pandang Adam yang masih tidak bersuara. Lelaki itu hanya memandang isterinya saja.

“I nak pergi rehat.” Ucap Amily sambil bangun.

“Kamu pasti kamu boleh jalan?” Soal Nenek Maria. Dia pasti dengan keadaan Amily sekarang, wanita itu tidak mampu berjalan dengan baik. Kakinya terseliuh.

Amily angguk. 

“I bawakan you ke atas,” ucap Zachary.

“Kenapa pula kamu yang menyibuk?” Soal Nenek Maria hairan.

“Sebab Keisha, Amily jadi macam ini. Ini sebagai tanda minta maaf.”

“Tak perlu.” Adam bersuara tiba-tiba. “Amily isteri aku. Biar aku yang bawa dia ke tingkat atas.” Adam melangkah ke arah Amily sebelum mendukung wanita itu. Tanpa bersuara, dia ke tingkat atas.

Zachary telan air liur. Sakit hati melihat Adam merampas ‘peluangnya’.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily mengukirkan senyuman pada Adam. “I didn’t expected you are this caring.”

Adam mendengus. Tubuh Amily dihempas ke katil dengan kasar. “Jangan perasan sangat. I buat semua ini sebab I tak nak Nenek Maria fikir yang bukan-bukan.”

Amily mencebik. “Is that so? Then what about last night kiss?”

Adam telan air liur. Dia tiada jawapan untuk soalan AMily. Bahkan dia juga tiada jawapan pada dirinya sendiri atas apa yang berlaku semalam. “Get a good rest. If there’s anything, call me.” Ucap Adam sebelum melangkah keluar dari bilik.

Dan Amily hanya mengukirkan senyuman saja.