Saturday, April 25, 2015

Salah Guru?




Tengah baca isu pelajar jual Nasi Lemak, dan dan dan dapat penjelasan sebenar. Bukan salah cikgu yang sebenarnya. Budak pun salah juga. 

Tapi yang buat aku bengang kat sini is, baca komen komen komen dan tetiba mata aku tertarik pada satu komen. Komen yang tetap menyalahkan cikgu sebab salah didik budak jadi kurang ajar.

And I was like.... heh. 

Sila beritahu aku since when budak biadap, cikgu harus dipersalahkan? So, siapa sebenarnya yang menghasilkan budak biadap itu? Cikgu ke yang mengandungkan dan melahirkan diorang?


Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. That's right. Tapi adakah ia harus di apply pada guru saja? Adakah tugas mendidik dan memberi pelajaran sahsiah dan moral diambil alih oleh guru saja? So, peranan ibu bapa di mana?

Aku entah. Ter-emo sekejap baca komen tu. Asal budak biadap, salahkan guru. Asal budak buat jahat, salahkan guru. 

Sebelum nak menunding jari, siasat dulu.Jangan terburu-buru nak tuding jari. Jangan nak salahkan satu pihak je. Heh 


Sekian. 




Diam.




Kadang-kadang aku rasa kita ini patut diam saja.
Diam sehingga masing-masing merindui satu sama lain.
Diam sehingga kita mahu bersuara semula.

Jadi, aku ini sudah merindui kamu.

Bila kita boleh berbicara seperti dulu?



Rombak cerita?

Macam nak rombak balik Nota & Coklat itu. Macam nak ubah tajuk pun ada juga. Macam nak ubah nama watak pun ada juga. Haih.

Hurm. 


Pandangan????

Friday, April 24, 2015

Deja Vu




Ada satu malam aku rasa nak marah someone. So that night aku pun mimpi aku marah orang tu. Marah sampai nangis-nagis. Ermmm. itu aku dalam mimpi itu. Haha. 


Esok esok bukak mata, check handphone, tetiba je orang tu tu reply Whatssap aku. Dan aku pun apatah lagi senyum lebar. 

So skang tengah fikir adakah kitaorang mimpi hal yang sama?

Anda percaya pada DejaVu? Ehhh


K. Itu je nak update. 





Wednesday, April 22, 2015

Kistot #44: Aiskrim




"Tisha, janganlah nangis, Ed belanja Tisha ice cream Chocolate ni," pujuk Adrian sambil tangannya menghulurkan Aiskrim Coklat pada gadis di hadapannya. Serba salah dibuatnya apabila melihat wajah Tisha Lydia yang muram itu. 

Tisha yang baru saja kesat air mata, memandang kosong Aiskrim Coklat kegemarannya di tangan Adrian Harris. "Ed bagi Tisha aiskrim tak boleh kembalikan assingment Tisha ni." Helaian kertas kotor di kaki dipandang dengan sayu. Dia mahu menangis sekali lagi. 

Adrian mengukirkan senyuman. "Tapi Ed tahu aiskrim boleh buat Tisha senyum semula kan?"

"Assingment Tisha?" Tisha memuncungkan bibirnya.

"Ed tolong Tisha buatkan semula."

Tisha senyum lebar. "Deal!"

Adrian senyum lagi melihat senyuman Tisha Lydia di hadapannya. 

-The End-

Reenapple: Siapa kenal watak watak itu? :D