Saturday, February 28, 2015

Time



When you give importance to people, they think you are always free. But they do not understand that you make yourself available for them every time. 

Kedua #17



Amir memandang kedua-dua sahabatnya dengan rasa bengang. Angin di padang golf tidak mampu untuk menyejukkan hatinya yang sedang kepanasan. Panas sebab Zara dan juga apa yang Johan dan Kamal katakan padanya tadi.

“Aku rasa hal aku dengan Tania bukan urusan kau, Jo,” ujar Amir pada sahabatnya ini. Semalam Daddy, sekarang ini pula Johan. Kamal di sebelah Johan hanya memandang sahaja apa yang mereka bualkan.

“Aku rasa lagi baik kalau kau hentikan saja hubungan kau dengan Tania. Uncle Riz dah tahu, Mir.” Kali ini giliran Kamal bersuara.

“Since when korang care pasal aku dengan Tania? Aku cinta Tania not Zara. Bapak aku tahu itu hal dia. I don’t care!” Ujar Amir berang.

“Aku tahu kau tak cintakan Zara but…” Ayat Kamal terhenti disitu. Tidak tahu apa yang dia dan Johan harus katakan. 

“Aku tak kisah kau nak berhubungan dengan Tania but please consider tentang Zara.”

Amir memandang sepupunya dengan rasa hairan. Fikirkan tentang Zara? Zara sendiri tidak pernah fikirkan tentangnya, jadi, buat apa dia mahu berbuat sebegitu.

“She’s the one who said she didn’t mind at all. But then dia yang ganggu hidup Tania!”

Maybe it’s just misunderstanding,” Johan mencelah.

“It’s not misunderstanding, Jo. I saw with my own eyes.”

Johan dan Kamal saling berpandangan sesame mereka. 

“Then what you are gonna do about Zara? Kau nak lepaskan dia just only to be with Tania?” Soalan Kamal benar-benar buat Amir tersentak. Ceraikan Zara? Perlukah dia berbuat sebegitu? 

“We didn’t love each other. Untuk apa aku dengan dia still nak pertahankan perkahwinan ini. Kitaorang ikut haluan masing-masing. ”

“You gonna let her go?” Soal Johan tidak percaya. 

“I don’t know.”

“You should know, once you decide to let go Zara, you’re gonna lost everything, Mir.” Kamal masih cuba menasihati.

Amir menarik nafas. Dia tahu itu. Sebab dia bersetuju berkahwin dengan Zara, Daddy mahu jadikan dia sebagai CEO, jawatan yang telah lama dia dambakan semenjak dia menjejakkan kaki di Intermax Holdings untuk kali pertama. Dia bermula sebagai kerani biasa sahaja. Segala identitinya sebagai anak kepada Tan Sri Ridzuan dirahsiakan. Cadangan Daddy yang mahu dia bermula dari bawah. Katanya Daddy, dari situ, dia akan tahu siapa yang patut dia hormati dan tidak. 

“Aku keliru. In the mean time, please leave me alone,” ujar Amir sebelum beredar dari situ.

Johan mengeluh. Kalau Amir bercerai dengan Zara, bukankah ini berita baik baginya? Tapi entah mengapa di sudut hatinya merasakan, Zara tentunya akan kecewa sekiranya Amir benar-benar mahu bercerai. Dia teringat air mata Zara semalam. 

“Just let him, Jo. We both know him right? He know what he’s doing,” ujar Kamal sambil menepuk bahu Johan. Jauh di sudut hatinya, dia harap Amir tak akan ceraikan Zara. Dia berharap itu.


**************************

Tania memandang Johan Richardson di hadapannya dengan rasa tidak selesa. Tidak tahu tujuan sebenar lelaki ini mahu bertemu dengannya.

“So, what makes you want to see me?”Tania memulakan bicara.

Johan mengukirkan senyuman sinis. Tania langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. 

“Jo?” Tania bersuara sekali lagi.

“What exactly that you want to meet me?” Soal lagi Tania. Kali ini dengan nada geram. 

“You know what you do, Tania.”

Tania menarik nafas. Jadi, benarlah andaiannya. Tentunya berkaitan dengan Amir ataupun Zara

“It’s nothing to do with you,” balas Tania dingin.

Johan mengetapkan giginya.

“Leave her alone!” Johan bersuara.

Why?” Soal Tania berpura-pura tidak tahu. Tentunya Johan punya perasaan pada Zara. Dia tahu itu. Zara mungkin tidak sedar tapi dia sedar itu. Bukan semalam dia kenal Johan Richardson ini.

“Kalau you nak harta Amir sekalipun, jauhkan diri you dari Zara.”

Tania menelan air liur. Johan juga tahu hal sebenar? Tentunya Zara yang beritahu. Ah… bedebah punya Zara!

“Surprise to see that I know what you are after from Amir?” Johan bersuara sekali lagi apabila menyedari air muka Tania berubah.

“You are not gonna tell him right? Dia tak akan percaya. We both know Amir very carefully.”

Johan mengukirkan senyuman sinis sekali lagi. Rupanya Tania risau jika Amir tahu hal sebenar. Tentunya. Amir Haikal paling benci orang yang menipunya. Tak kiralah sama ada itu adalah orang yang dia sayang.

“You scared aren’t you?” 

“Why wouldn’t I. After all, is not only me who have secret, isn’t it?”

Johan memandang Tania. Tertanya-tanya apa helah Tania ini.

“Don’t you dare to tell Amir, or else…” Tania cuba mengugut.

“Or else what?” Johan tidak gentar dengan apa yang bakal Tania ugut padanya.

“What Amir would think, if he knows that his own bestfriend is having feeling on his wife?”

Johan menelan air liur. Bagaimana Tania tahu? Tak mungkin.

“So, lets make a deal. You jangan nak menyibuk hal I dan I takkan bocorkan rahsia you pada Amir.”

Johan mengukirkan senyuman sinis. Rasanya dia tidak gentar tentang itu. Dia tidak kisah jika Amir tahu. Dia tahu itu selagi dia tidak melibatkan diri dengan perempuan yang sahabatnya cinta. Zara bukan perempuan yang Amir cinta.

“You ingat I takut dengan ugutan you tu? I tak kisah pun. I’m not gonna tell Amir the truth. I biarkan you yang bagitahu dia. You yang akan tunjukkan siapa diri you yang sebenar. Just wait and see,” Johan berkata sebelum beredar dari situ, meninggalkannya Tania dengan rasa tercabar.

Tania mengeluh. Amir tak akan tahu. Johan sengaja mahu menakutkan dia.!





Friday, February 27, 2015

Kedua #16




Tan Sri Ridzuan dan isteri memandang besan mereka yang baru saja mengambil tempat di ruang tamu. Niat mereka dari minggu lepas mahu ke rumah besan mereka pagi ini untuk membincangkan hal Amir dan Zara namun belum sempat mereka bertolak, besan mereka sudah tiba di hadapan rumah. Kelibat Puan Suraya melangkah masuk dan mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang ada di situ. Minuman dan kek dibawa masuk sebelum diletakkan ke atas meja.


“Kami minta maaf di atas kelakuan Amir pada Zara. Mungkin salah kami, tak didik dia dengan betul,” Tan Sri Ridzuan memulakan perbincangan.


“Kami pun minta maaf juga tentang kelakuan Zara. Bukan Amir saja yang bersalah. Zara pun bersalah juga,” Dato’ Mukhriz menambah.


Puan Suraya mengukirkan senyuman. Dia memandang kedua-dua belah keluarga ini. 


“Jadi… bagaimana mahu selesaikan hal anak-anak kita?” Soal Dato’ Mukhriz.


“Apa kata ikut sahaja cadangan Mak?” Puan Suraya bersuara.


“Mak… penceraian bukan jalan terbaik,” Tan Sri Ridzuan bersuara.


Dato’ Mukhriz dan Datin Azrina menarik nafas. Besan mereka hanya berpandangan sesame sendiri. Mungkin terkejut dengan cadangan yang dikeluarkan oleh Puan Suraya pada Amir semalam.


Puan Suraya mengukirkan senyuman. Percayalah, cadangannya itu lebih dari itu. Bukan penceraian yang akan berlaku. Dia faham cucunya itu. Tak akan sesenang membuat kata putus tanpa berfikir sedalamnya.

“Mak cuma cadangkan sahaja. Itu semua atas Amir.”

Tan Sri Ridzuan dan Puan Sri Marlisa saling berpandangan. Terbit rasa malu dan bersalah pada besan mereka di atas kelakuan Amir pada Zara. 

“Tapi… kalau nak diikutkan dengan keadaan sekarang, saya pun rasa begitu,” Datin Azrina bersuara. Jujurnya, dia juga tidak setuju dengan penceraian tapi jika itu mampu membuatkan Zara tenang, dia rela walau itu akan mengecewakan hatinya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dalam kesusahan walau Zara hanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dato’ Mukhriz menjeling isterinya. Dia tak akan bersetuju!

Tapi… mereka baru berkahwin. Masih dalam fasa nak kenal hati budi masing-masing,” celah Puan Sri Marlisa. Dia tak bersetuju dengan cadangan itu.

Tan Sri Ridzuan dan Dato’ Mukhriz mengangguk tanda setuju.

Jadi, biarkan sahaja mereka. Tak payah kamu semua sibuk nak fikir bagaimana nak selesaikan masalah mereka. Mereka akan selesaikan sendiri masalah yang mereka timbulkan…” Puan Suraya mencelah.

“Masalah mereka? Mak, Amir yang timbulkan masalah ni. Kalau bukan Amir yang ada hubungan dengan Tania, Zara takkan berperangai sebegini,” Tan Sri Ridzuan memotong.Bukan dia mahu pilih kasih tapi sudah terangan anak lelakinya bersalah.


“Memang Amir yang timbulkan masalah tapi ini dah jadi masalah mereka. Kalau Mak, mak biarkan mereka. Jangan ambil apa-apa tindakan. Mereka tentunya tahu apa yang mereka mahu. Sama ada mereka mahu teruskan perkahwinan ini atau tak.”


“Tapi…” Tan Sri Ridzuan masih tidak berpuas hati.


“Biarkan mereka. Kita tengok sahaja apa yang akan mereka akan lakukan. Just sit and watch,” ujar Puan Suraya lagi sebelum bangun dan beredar dari situ. Dia tahu apa yang dia lakukan ini.


Tan Sri Ridzuan dan Dato’ Mukhriz hanya mampu menghembuskan nafas. Ada benar juga dengan apa yang dikatakan oleh Puan Suraya tadi. Jikalau mereka mahu damaikan Amir dan Zara, tiada gunanya. Mungkin hanya menunggu saja segalanya selesai.


“Jadi…” Datin Azrina bersuara. 


“Kita biarkan sahaja mereka berdua. Beri mereka peluang untuk memilih jalan hidup mereka,” Dato’ Mukhriz bersuara. Rasanya itu yang patut dia lakukan dari dulu lagi. 

“Bagaimana dengan Zara?Soal Tan Sri Ridzuan pula

“Zara macam tu la. Berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku,” jawab Datin Azrina. Hairan juga dengan anak perempuannya itu, langsung tidak menunjukkan reaksi sedih. Gembira seperti selalu kecuali bila nama Amir dibangkitkan, mulalah mahu melenting.


“Tak ada apa-apa yang boleh kita buat dengan budak nama Tania tu?” Soal Puan Sri Marlisa pula.


Tan Sri Ridzuan menggelengkan kepalanya. “Tak boleh. Kalau ikut kontrak pekerja, pekerja baru diberikan masa cubaan selama 3 bulan. Dalam masa tu, tak boleh pecat mereka. Dan Tania baru saja sebulan kat syarikat.”


Puan Sri Marlisa mengeluh. Hajatnya mahu saja suaminya ini memecat Tania itu, tapi itu dikira kejam pula. Memecat pekerja atas sebab peribadi.


“Macam mana kalau Amir ceraikan Zara atau Zara minta cerai?” Soal Puan Sri Marlisa lagi. Risau jika Amir memilih Tania.


“Kalau mereka mahu bercerai, tentunya salah seorang akan ambil tindakan tapi sekarang, seminggu sudah berlalu dan tiada apa-apa tentang penceraian bukan?” Dato’ Mukhriz berkata.

“Macam yang mak bagitahu tadi, lagi baik kalau kita biarkan sahaja anak kita. Kita tunggu dan llihat saja apa tindakan mereka. Lagi baik kalau kita cuba tak masuk campur,” tambah pula Tan Sri Ridzuan.

Seisi ruang tamu menganggukkan kepala. Semua bersetuju dengan cadangan itu. Tunggu dan lihat sahaja apa tindakan Amir dan Zara terhadap perkahwinan mereka.






Thursday, February 26, 2015

Kedua #15


Amir tiba di Villa Lilium dengan ditemani Daniel, pengawal peribadi Daddy-nya. Dia mengeluh tatkala melihat keadaan banglo mewah itu Banglo pemberian arwah datuk Zara sebagai hadiah perkahwinan mereka. Keadaan banglo itu gelap gelita. Tentunya Zara belum pulang. Silap, Zara takkan pulang lagi ke sini mungkin. Mummy beritahunya bahawa Zara tiba di rumah keluarganya dengan beg baju. Tentunya Zara mahu menetap di situ untuk sementara waktu.

“Tuan?” Daniel bersuara tatkala mereka tiba di ruang tamu. Anak majikannya itu mendiamkan diri tadi.

“Apa kata kau balik je?” Cadang Amir pada Daniel.

Daniel menggeleng. Dia harus menjalankan tugas yang diberikan padanya.


“Tan Sri minta saya awasi tuan sehingga esok pagi.”


Amir menarik nafas. Daniel mengikut arahan. Nampaknya dia tetap tidak boleh keluar berjumpa dengan Tania. Fikirannya tidak tenang. Dia perlu keluar namun dengan Daniel ada di sini, tentunya susah untuk menyelinap keluar. 


“Aku nak naik atas. Kalau kau lapar, pergi je dapur.”


Daniel menggangukkan kepala.

Amir mengeluh sekali lagi. Dia berjalan ke biliknya dengan malas. Sunyi sepi melanda dirinya. Akhirnya dia ke bilik pakaian. Bilik yang agak besar saiznya, kemas dan dipenuhi dengan barangan peribadi milik Zara dan miliknya. Diperhatikannya ruang Zara, gaun-gaun mewah pemberian Mummy tergantung rapi. Zara sememangnya disayangi Mummy. Dia juga sedar ada beberapa penyangkut baju tergantung kosong di satu petak. Tentunya Zara mencapai mana yang patut. Banyak juga petak kelihatan kosong di ruang Zara.

Tiba-tiba matanya terpandangkan satu kotak berwarna kelabu tertulis ‘Zara Punya’ di petak bawah, lalu dia melangkah ke arah kotak itu. Diangkat penutup kotak itu, ada kamera DSLR milik Zara dalam kotak itu dan satu lagi kotak kecil di dalamnya. Diambil kotak kecil, dibukanya, ada gambar-gambar yang diambil oleh Zara. Amir mengukirkan senyuman. 

Dia bersila di lantai sambil tangannya membelek gambar-gambar tersebut. Ada gambar Zara bersama Sarah, tapi kebanyakannya gambar-gambar pemandangan. Dan bila tiba di satu gambar, Amir telan air liur. Dia kemudian membelek lagi gambar-gambar lain. Semua gambarnya. Entah masa bila Zara mengambil gambarnya, dia tidak tahu. Berdasarkan latar belakang gambar tersebut, tempat itu kelihatan di Rome, Italy. Tempat dia dan Zara kali pertama bertemu.

Amir mengukirkan senyuman apabila mengingati saat perkenalan dia dengan Zara. Pertama kali dia melihat Zara adalah ketika penerbangan ke Rome. Dia ke sana atas urusan perniagaan. Zara ketika itu duduk di sebelahnya. 

Amir mengeluh bila ingat memori itu. Banyak kenangan bersama Zara yang dia langsung tidak mahu ingat. Sikap Zara pada kali pertama bertemu langsung tidak berubah saat ini. Masih bersikap dingin denganya. Kadang-kadang dia tertanya apa kelebihan Zara sehinggakan keluarganya menyayangi isterinya lebih dari dirinya. 

Bunyi telefon bimbitnya mematikan lamunan Amir. Dia biarkan sahaja panggilan itu apabila menyedari si pemanggil adalah Tania. Dia tiada mood untuk berbual dengan wanita itu. Dia teringatkan kata-kata neneknya tadi. Masalah betul! Buat apa dia mahu fikir lagi. Dia cintakan Tania bukan Zara. Buat apa mahu fikir lagi? Tania yang dia pilih. Esok harus beritahu Tan Sri Ridzuan siapa yang dipilihnya.

Kejap Mir, baik kau fikir baik-baik. 

Nak fikir apa lagi? Aku dah pilih Tania.

Kau pasti ke Tania akan membahagiakan kau?

Habis, dengan pilih Zara akan membahagiakan aku?

Sekurangnya Zara disayangi keluarga kau.

Tapi aku tak cintakan Zara dan Zara juga sama.

Cinta boleh dipupuk, Mir.

Amir mengeluh sekali lagi. Memikirkan antara siapa yang perlu dia pilih benar-benar memenatkan dirinya. Hatinya memilih Tania. Pasti! Tapi jauh di sudut hatinya, Zara pula mahu dipilihnya. Dia mengemas gambar-gambar yang bertaburan di lantai sebelum memasukkan kembali ke dalam kotak kecil yang terletak di hujung kakinya. Kotak kecil itu kemudian dimasukkan kembali ke dalam kotak milik Zara.

Di saat dia sedang memasukkan kembali kotak kecil itu, Amir menyedari sesuatu di bawah kamera DSLR Zara. Jaket kulit miliknya! Diambilnya jaket itu. Benar, itu jaket kulitnya yang pernah dia tinggalkan di dalam kapal terbang dek terkena muntah Zara. Kenapa Zara masih menyimpannya lagi?

Ketika dia asyik membelek jaketnya itu, sehelai kertas jatuh ke lantai. Amir mencapai kertas itu.

Jaket ini milik Mr. Disaster. Berlagak gila tak nak lagi jaket ini. Kononnya dah kotor dan mampu beli yang lain. Jangan harap aku nak bagi balik bila jumpa dia lagi. Menyampah!

Amir ketawa sendirian apabila membaca nota itu. Di hujung nota itu ada symbol lelaki yang berambut tajam, dia rasa itu merujuk dirinya. Rupanya Zara punya sisi sebegini selain sisi dingin dan ego. Dia senyum lagi. Nampaknya dia perlu cuba mengenali Zara Amani ini!



Wednesday, February 25, 2015

Kedua #14



Amir Haikal memandang kedua-dua Tan Sri Ridzuan dan Puan Sri Marlissa. Ada riak geram pada wajah mereka, Tan Sri Ridzuan terutamanya. Dipandangnya pula Nenek. Wanita itu hanya memandangnya. Langsung tidak bersuara dari tadi. Yang bersuara hanyalah dia, Daddy dan Mummy. Ah… marah kah nenek atas apa yang dia buat pada Zara tadi?

Hilmi pula hanya memerhatikannya sahaja. Sudah bertahun-tahun Hilmi bekerja dengan keluarganya. Boleh dikatakan Hilmi pemegang rahsia keluarga mereka. Nampaknya rahsianya tidak mampu lagi Hilmi simpan. Keluarganya sudah tahu.

“I can’t believe you do this!” Kedengaran lagi suara Tan Sri Ridzuan. Hatinya panas bukan kepalang saat dia dengar apa yang berlaku di pejabat tadi. Amir menampar Zara di hadapan pekerjanya.

Puan Sri Marlisa hanya mampu mendiamkan diri. Suaminya jika marah, memang dia tak mampu untuk masuk campur. Geram juga dengan anak lelakinya ini. Sesuka hati menampar menantu kesayangannya. Kalau benar Zara menolak staffnya, tak seharusnya menghukum Zara sebegitu.

“Kenapa perlu Amir buat macam tu pada Zara?” Tan Sri Ridzuan menyoal lagi. Dari tadi dia menyoal soalan itu, namun tiada respon.

Amir mengeluh. Daddy tentunya tahu hal sebenar. Daddy bukannya bodoh. Tan Sri Ridzuan itu tentunya sudah menyiasat tentangnya dan Tania.

“Dia tolak Tania…” Akhirnya Amir membuka cerita. Ah… cerita yang sama tapi langsung tiada orang percaya.

“Did you saw her do that? Did you?”

Amir mahu menjawab tapi Tan Sri Ridzuan memotong niatnya.

“Dan kalau betul sekalipun dia tolak Tania, Amir tak sepatutnya tampar dia. Dahlah depan orang ramai. I don’t know what I’m suppose to tell her parents.” Tan Sri Ridzuan kembali melabuhkan punggung di sofa. Dia malu dengan besannya itu.

“Bagitahu jela apa yang Mir bagi tahu Daddy,” jawab Amir dengan selamba.

Amir!” Kali ini Puan Sri Marlisa bersuara.

Tan Sri Ridzuan mengeluh. Amir tak pernah berubah.

“Apa pentingnya Tania sampaikan kamu sanggup tampar Zara?” Puan Sri Marlisa menyoal.

Amir menelan air liur. Takkan mahu diberitahu hal sebenar? Daddy sedang merenungnya. Tentunya Daddy sudah tahu hal sebenar.

“Hilmi, pergi ambil fail saya atas meja di bilik kerja,” arah Tan Sri Ridzuan.

Hilmi menganggukkan kepala sebelum beredar. Suasana sepi seketika di ruang tamu Teratak Qalbu itu. Beberapa seketika, Hilmi muncul kembali. Di tangannya ada sebuah fail berwarna hitam sebelum dihulurkan pada Tan Sri Ridzuan.

Tan Sri Ridzuan mendengus sebelum melemparkan fail hitam itu ke atas meja. Gambar-gambar bertaburan keluar.

“Ini sebabnya!” Tan Sri Ridzuan bersuara sambil merenung tajam anaknya.

Puan Sri Marlisa terkejut melihat gambar-gambar tersebut. Gambar-gambar mesra Amir bersama Tania. Dipandangnya Amir, anaknya itu mengalihkan pandangan darinya.

“Apa semua ni Mir?” Puan Sri Marlisa melenting.

“Macam yang Mummy nampak, yes, Mir ada hubungan dengan Tania,” jawab Amir sambil memandang Puan Suraya. Ah… nenek ni kelihatan tenang je? Takkan tak marah kot aku buat Zara macam tu?

“How could you do this to Zara!” Puan Sri Marlisa meninggikan suara. Sakit hatinya mendengar jawapan dari Amir.

Amir kahwin dengan Zara tapi bercinta dengan Tania. Kenapa Mir layan Zara macam tu? Apa kurangnya Zara?” Kali ini Tan Sri Ridzuan bersuara. Nadanya ditinggikan. Terlampau geram dengan Amir yang lansung tiada rasa bersalah.

“You just ask me to marry her. Not to love her!” Kali ini Amir meninggikan suara. Bengang betul, semua berpihak pada Zara. Asyik Zara Zara.. Dia benci!

“Tapi Mir tak patut curang.”

“Siapa yang curang Daddy? Nobody!” Amir bengang. “Besides, Zara sendiri dah tahu hal ni dan dia sendiri yang kata dia okey!”

Tan Sri Ridzuan menelan air liur. Biar betul? Dia pandang isterinya dan ibunya. Kedua-duanya mendiamkan diri. Isterinya menggelengkan kepala padanya.

“I don’t care! Whether she knows or not, you don’t have the right to treat her like that!” Tan Sri Ridzuan tak mahu berputus asa. Walau macam mana sekalipun, hubungan Tania dengan Amir harus ditamatkan.

Amir menarik nafas. Tiada guna bertengkar dengan Daddy. Walau macam mana sekali pun, Daddy akan berpihak pada Zara. Dia tahu itu.

“Kalau Mir cuba nak lepaskan Zara…” Tan Sri Ridzuan mengugut.

“Nak terminate Mir dari jawatan CEO?” Amir mengukirkan senyuman sinis. Benar dia risau jika Daddy sanggup berbuat sedemikian. Tapi itu dulu, sekarang dia tak kisah. Kalau diminta untuk pilih Zara atau Tania, sah-sah dia akan pilih Tania walau memilih Tania mungkin akan menyebabkan dia hilang segalanya.

“Amir Haikal!” Tan Sri Ridzuan terasa tercabar.

“Hentikan semua ni.” Tiba-tiba sahaja Puan Suraya bersuara. Seluruh isi ruang tamu memandangnya. Dia yang dari tadi mendiamkan diri, mencapai sekeping gambar di atas meja. Diperhatinya gambar Amir dan Tania lama sebelum kembali memandang cucu lelakinya.

“Sampai begitu sekali kamu tak suka Zara?” Puan Suraya bersuara. Dia tahu Amir dan Zara memang tidak sehaluan saat kali pertama diperkenalkan. Dan dia juga sedar segala kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka selama ini adalah lakonan semata-mata.

Amir menelan air liur. Nenek memang terkenal dengan sikap tenangnya. Kadang-kadang sikap tenang nenek mampu membuatkan dia gerun dengan nenek.

“Jadi… ceraikan saja Zara. Kahwin saja dengan perempuan ni,” tambah Puan Suraya lagi.

“Ibu…” Tan Sri Ridzuan dan isterinya bersuara. Tidak menyangka ibu mereka sanggup berkata hal sedemikian.

Puan Suraya memandang pula anak lelakinya. “Jawatan Amir sebagai CEO tu, kamu kekalkan sahaja. Kita berdua tahu yang tiada siapa yang layak pegang jawatan itu selain Amir sendiri bukan?”

Tan Sri Ridzuan menelan air liur. Dia juga bersetuju dengan pendapat ibunya itu. Syarikat yang dibangunkan oleh arwah ayah dan ibunya ini, tentu ibunya memahami siapa yang layak atau tidak layak dalam syarikat itu.

“Amir fikirlah hal ini dengan betul,” ujar Puan Suraya sebelum bangun. Ditepuknya bahu cucu lelakinya sebelum beredar.

Amir menghembuskan nafasnya. Ah nenek ini sengaja mahu buat dia berbelah bagi.

“Hilmi, sediakan kereta. Hantar Amir balik! Make sure yang dia tak pergi mana lepas ni. Arahkan Daniel mengawalnya,” arah Tan Sri Ridzuan pada pembantu peribadinya.

Hilmi mengangguk sebelum beredar sekali lagi.

“Kalau Mir pilih Tania, jangan harap yang Mummy akan layan dia sama macam Mummy layan Zara,” ujar Puan Sri Marlisa sebelum beredar.

Amir menarik nafas sekali lagi. Dipandangnya Daddy, lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tentunya Daddy seperti Mummy.

“Think carefully,” nasihat Tan Sri Ridzuan ketika melihat Amir berdiri.

Amir hanya menganggukkan kepala sebelum beredar dari situ.. Zara dan Tania? Yang mana satu? Ah… dia keliru.



Tuesday, February 24, 2015

Kahwin




Belek belek belek Facebok, berderet gambar kahwin senior dan junior. 

Dan bila aku attend majlis kahwin, maka mulalah soalan soalan yang tidak sepatutnya aku mahu dengar.

"Giliran kau bila pula?"

Aku diam sambil senyum. Last-last cakap "Coming soon." Even aku tak tahu bila dan siapa aku akan kahwin. Haha. 

Dan sampai satu tahap macam "Okay. Whatever. It's just a question only,"

Heh




Monday, February 23, 2015

Kedua #13


Zara menggoyangkan badannya mengikut rentak muzik di sekelilingnya. Dia mahu melupakan apa yang berlaku tadi. Ah… benci betul bila mengingatkan kembali. Sebab Tania, dia bergaduh dengan Mama. Dia teringat pergaduhan dengan Mamanya setibanya dia di rumah keluarganya. Dia mengemas barangannya di rumahnya sebelum bergerak ke rumah keluarganya. Dia rasa itu sahaja tempat yang dia ada. Mahu ke rumah Sarah, dia risau jika itu akan menganggu kebebasan Sarah.

Selepas dia meletakkan beg baju di biliknya, Mama pulang. Dan ketika itulah pertengkaran berlaku.

“Kenapa Zara buat macam tu?” Datin Azrina memandang anak perempuannya. 

Zara mengeluh. Sah-sah berita yang kononnya dia menolak Tania tersebar.

“Apa yang Zara buat?” Zara berpura-pura tidak memahami soalan yang dilontarkan padanya. 

“Jangan nak berlagak tak tahu Zara. Kenapa Zara tolak budak tu? Apa yang dia dah buat pada Zara?” Soal Datin Azrina dengan geram. Nada suaranya makin tinggi.

“Zara tak buat semua tu!” Zara melenting. 

Jangan nak bohong dengan Mama,” Kali ini Datin Azrina tak mampu bersabar.

“Zara tak bohong. Zara tak buat semua tu!”

“Zara Amani!”

“Mama memang tak pernah nak percaya apa yang Zara kata bukan? Zara tak buat semua tu!” Zara meninggikan suara.

Datin Azrina menarik nafas. 

“Ayah mertua Zara yang beritahu. Amir cakap Zara tolak budak tu.”

Zara mengukirkan senyuman sinis. Ah… Amir yang buka cerita.

“Then tanyalah Amir hal sebenar. Dia lagi tahu hal sebenar!”

“Hal apa Zara? Bagitahu Mama! Zara tolak staff dia tanpa sebab. Simbah air kat muka dia. Tanpa sebab.”

“Bukan tanpa sebab Mama. Tania tu kekasih Amir.” Zara melangkah keluar dari rumah sejurus meluahkan hal sebenar.

Zara mengeluh lagi sebelum dia mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung di kerusi berhadapan kaunter minuman. 

“Zara…” kedengaran suara perempuan. Zara menoleh. Sarah rupanya. Di saat itulah dia memeluk Sarah seeratnya. 

“Are you okay?” Sarah memandang wajah Zara. Kesan tamparan masih lagi kelihatan. Dia tahu itu selepas Kamal menelefonnya dan memberitahu hal sebenar.

Zara mengangguk.“Kau nak minum apa? Aku belanja?”

“Zara… kenapa kau tak bagitahu aku hal ni?” Sarah tidak menjawab soalan Zara. Dia pandang sahabat baiknya ini.

“Bagitahu apa?”

“All. Hal Amir dengan perempuan nama Tania. Kamal cerita semua pada aku.”

“Sebab benda tu tak penting pun bagi aku.”

Sarah menggelengkan kepalanya. Hairan dengan Zara. Memanglah hal itu tidak penting dalam hidupnya, tapi sekurangnya harus diceritakan padanya. Dia sudah mengagak insiden simbah air itu ada kaitan dengan ini. Zara takkan sewenangnya berbuat sebegitu pada Tania jika Tania tidak mengacau hidup Zara.

“But aku tak expect yang perempuan tu akan kacau hidup aku. I hate her!” Gelas di tangan dipegang dengan ketat seolah-olah mampu memecahkan gelas tersebut.

“Aku percaya kau. Aku yakin kau tak akan berbuat macam tu.” Sarah memandang Zara. Dia faham benar sikap Zara Amani ini. Bukan semalamam mereka berkawan, sudah bertahun-tahun sejak menuntut di sekolah menengah.

Zara menganggukkan kepala. Sekurangnya ada lagi yang masih mempercayai dirinya walau seluruh dunia membencinya.

“Kau nak stay dengan aku for a while?” Soal Sarah.

Zara menggelengkan kepalanya. “Nope, aku dah pindah barang aku ke rumah parent aku. Itu lagi better even aku rasa memang balik ni, memang banyak soal jawab.”

Sarah mengukirkan senyuman. Zara seorang yang tabah. 

“Zara…” kedengaran suara Johan. 

Zara menoleh. Dia mengukirkan senyuman pada lelaki itu.

“I’m with you.” Ayat yang dikeluarkan oleh Johan benar-benar membuatkan hatinya lega. Dipandangnya kedua-dua Sarah dan Johan. Dia tahu dia tak berseorangan.

Johan memandang Zara. Dia sebenarnya terkejut juga apabila Kamal menceritakan tentang apa yang berlaku tadi. Tidak menyangka Amir tergamak berbuat sedemikian pada Zara.

“You know the whole thing right?” Soal Zara pada Johan.

Johan tidak memberi respon. Dia tidak tahu apa perasaan Zara ketika ini. Adakah wanita ini sedang sedih tapi menutupnya dengan senyuman?

“Aku belanja korang malam ni eh?” Zara bersuara lagi.

Johan memandang Sarah. Sarah hanya mampu menggelengkan padanya, memberi isyarat supaya biarkan sahaja Zara dalam keadaan sebegitu. Berpura-pura itu yang terbaik untuk Zara mungkin.

********

Tania mengukirkan senyuman tatkala melihat kelibat Zara di kelab malam. Sengaja dia datang ke situ, ke tempat kegemaran Zara. Dia pulang awal dari waktu kerja sebenar. Permintaan Amir. Mungkin tidak mahu dirinya bersoal jawab dengan Tan Sri Ridzuan tentang apa yang berlaku tadi. Memang tadi, menjadi berita panas seluruh syarikat, CEO intermax Holdings menampar isterinya sendiri. Tania ketawa jahat dalam hati. Kemenangan pasti miliknya!

Dia mengorak langkah ke tempat Zara berada. Ada teman wanita Kamal dan Johan sekali. Itu tentunya bukan kebetulan Johan berada di situ. Dia yakin tentunya ada sesuatu yang berlaku diantara Johan dan Zara. 

“Well… well look what we have here,” Tania bersuara tatkala tiba di belakang Zara. Dia sedar Sarah dan Johan sedang memandangnya dengan riak terkejut.

“Tania, what are you doing here?” Soal Johan dengan nada geram. Berani betul Tania menunjukkan mukanya disini. Memang tak tahu malu langsung!

“Saja..” Ujar Tania sambil memandang Zara. Wanita itu masih belum memandangnya. Ah… tentunya sebab kau dah kalah bukan?

Zara menarik nafas sebelum menghabiskan minumannya. Dipandangnya Sarah sebelum memusingkan badannya ke arah Tania. Mahu melihat muka perempuan tak tahu malu ini. Dia sempat memberikan senyuman sinis pada Tania.

Tania menahan geram. Tidak memahami tujuan senyuman itu. Hey… bukan ke aku yang menang? Patutnya aku yang senyum bukan kau!

“Apa yang buat kau datang sini?” Soal Zara sinis.

Johan dan Sarah hanya memerhatikan sahaja. 

“Saja… nak tengok keadaan kau macam mana. How is that? Is it hurt?” Tania cuba menyentuh pipi Zara. Kesan tamparan masih kelihatan di pipi wanita itu. Namun belum sempat tangannya menyentuh pipi Zara, wanita itu menepis tangannya. Sekali lagi Tania ukirkan senyuman sinis.

“You better leave, Tania…” Johan bersuara.

Tania tidak pendulikan arahan Johan. Dipandangnya Zara sekali lagi. Kemudian diperhatikan keadaan sekeliling. Lagu Piece of Me nyanyian Britney Spears kedengaran.

“Aku rasa kau patut berambus dari sini!” Ujar Zara dengan penuh kebencian.

“Why would I? Tempat ni bukan kepunyaan kau, so kau tak ada hak nak halau aku.”

Zara bengang. Gelas kosong di atas meja, dicapainya dan dibaling. Bunyi bising dari rentak muzik menenggelamkan bunyi kaca pecah.

Rick, pemilik kelab malam yang berada di kaunter minuman memandang ke arah Zara. Dia menganggukkan kepala tatkala Johan mengankat tangannya, memberi isyarat supaya jangan risau.

“Zara, NO!” Johan terus mencapai Zara. Dia sedar Zara mahu mencederakan Tania. Mujur dia sempat menghalangnya.

“Let me go!” Kedengaran suara Zara. Dia meronta-ronta dari pegangan Johan. Mencekik Tania sampai mati mungkin pilihan yang terbaik.

“You better leave, Tania!” Sekali lagi Johan memberi arahan.

Tania mengukirkan senyuman sinis sebelum beredar. Aku menang tahu!

Sarah memandang Zara yang sedang meronta dalam pelukan Johan. Dia sedar mata Zara berkaca. Dan itu adalah kali pertama dia melihat keadaan sahabatnya itu. 



Sunday, February 22, 2015

Kedua #12



[Prolog][#1][#2][#3[#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11]

Ketukan yang kedengaran di pintu pejabat, membuatkan Amir berhenti seketika dari menyemak dokumen di hadapannya. Senyuman terukir di bibir tatkala dia terlihat Tania melangkah masuk.

“Hi..” Sapa Amir.

Tania mengukirkan senyuman. Fail di tangannya di hulurkan kepada Amir.

“You just datang ni hanya nak serahkan ni pada I je?” Soal Amir.

Tania mengukirkan senyuman pada Amir.

“Sort of. I nak ajak you lunch hari ini. It’s my treat. Boleh?” 

Amir mengukirkan senyuman sekali lagi. Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Tania mengukirkan senyuman lebar.Dipandangnya Amir. Dia rindu sebenarnya. Sudah lama tidak berjumpa dengan lelaki ini dek kesibukan kerja masing-masing.

Tiba-tiba, kedengaran ketukan sekali lagi. Amir memandang ke arah pintu. Kali ini Suzie, setiausahanya.

“Yes?” Soal Amir.

Suzie mengukirkan senyuman kepada bosnya tapi tidak pada Tania. Dia sejujurnya tidak menyukai Tania. Berlagak betul! Tambah-tambah lagi dia selalu melihat Tania bersama bosnya ini. Tentunya mereka punya hubungan yang lebih dari seorang kawan.

“Wakil dari Zeexie Corporation dah tiba,” ujar Suzie.

Amir menganggukkan kepala. Fail di depannya di tutup. 

“Anything else?” Soal Amir lagi apabila menyedari Suzie belum melangkah keluar. 

“Err…” Suzie cuba menyusun ayat. Dia pandang Tania. Ah… bagaimana mahu bagitahu kalau Tania ada di sini?

“Kenapa?” Amir memandang setiausahanya. Sepertinya Suzie mahu beritahu sesuatu.

“Tan Sri suruh saya beritahu bos yang selepas meeting dengan wakil Zeexie tu, dia mintak bos dengan wakil Zeexie Corporation tu, makan lunch bersama.”

Amir menarik nafas. Dipandangnya Tania, wanita itu hanya mampu mengukirkan senyuman tawar sahaja.

“I keluar dulu,”ujar Tania sebelum melangkah keluar dari situ.

“Kenapa perlu nak makan lunch dengan wakil Zeexie tu? Sebelum ni tak pernah pun.” Amir hairan. Sebelum ini tak pernah pun. Kalau makan pun, itupun sebab ayah mertuanya ada sama. Ah.. Takkan ayah mertuanya juga terlibat dalam rekaan dalaman hotel baru mereka? Tapi kata ayah mertuanya, orang lain yang uruskan.

“Sebab isteri bos, wakil Zeexie, jadi sebab itu Tan Sri suruh…”

“Zara?” Amir mencelah.

Suzie mengangguk.

“I tak tahu pun. Hari tu masa sign agreement, bukan dia yang datang.”

“Err… hari tu Puan Zara tak dapat datang,jadi dia hantar wakil dia je. Masa tu kan bos dengan Puan belum kahwin lagi.”

Amir menarik nafas. Kenapa dia tak tahu itu. Benar, ketika perjanjian ditandatangani, dia dan Zara belum berkahwin.

“Okey. Dia kat mana?”

“Kat bilik mesyuarat tingkat lima.”

Amir mengangguk sebelum melangkah keluar dari pejabatnya.

*********

“Kau perasan tak Cik Tania dengan Encik Amir tu macam ada something je,” Mandy bersuara pada Suzie yang sibuk memakai mekap ketika mereka berada di tandas.

“Kau baru sedar ke? Aku yang jadi setiausaha Encik Amir ni memang dah lama sedar. Asyik datang je kat ofis padahal bukannya penting sangat pun,” balas Suzie.

“Kau tak tanya Encik Hilmi?” Soal Mandy lagi.

Suzie geleng. “ Encik Hilmi kan jenis yang memang simpan rahsia encik Amir.”

“Ooo… ha’ah, aku dengar Cik Tania tu kawan Encik Amir masa diorang belajar kat United Kingdom dulu.”

“Ha’ah…memang pun.”

“ Habis tu, isteri Encik Amir tak tahu ke?”

Suzie jungkit bahu. “Aku rasa dia tahu. Kau ingat kisah Cik Tania kena simbah air dengan isteri Encik Amir hari tu? Aku rasa sebab tu kot, Cik Tania kena simbah air.”

Mandy mengangguk tanda faham.

“Tapi kalau betul Encik Amir tu ada hubungan dengan Cik Tania, bukan ke nanti Encik Amir dan Puan Zara akan bercerai?” Soal Mandy lagi.

“Aku rasa tak. Encik Amir tak akan sesenang nak ceraikan Puan Zara sebab Cik Tania. Puan Zara tu menantu kesayangan Tan Sri. Kau ingat sesenang Tan Sri nak terima Cik Tania tu sebagai menantunya?”

“Ha’ah… betul juga. Aku lagi suka Puan Zara dari Cik Tania. Orang kata Puan Zara tu hati dingin tapi itu lagi better dari Cik Tania yang suka mengarah. Dah la berlagak,” ujar Mandy.

Tiba-tiba salah satu pintu tandas terbuka. Tania melangkah keluar dengan perasaan geram. Dijelingnya dua pekerja ini. Sesuka hati je kutuk aku!

“Cik Tania…” ujar Mandy takut. Seram juga melihat wajah ketua jabatannya ini.

“Korang ni, memang tak ada kerja lain eh. Mengumpat je kerjanya…” Tania mengamuk.

Suzie dan Mandy menundukkan muka mereka. Takut dan risau. Tiba-tiba kedengaran bunyi air dari tandas ketiga. Pintu dibuka, kelihatan kelibat Zara melangkah keluar. 

Suzie dan Mandy menelan air liur sekali lagi. Kali ini mampus!

“Puan Zara…” Sapa Suzie.

Zara hanya mengukirkan senyuman sebelum melangkah ke arah sinki. Dia berdiri di sebelah Tania namun berlagak tidak menyedari Tania.

Tania menarik nafas. Hatinya ketika ini memang bengang dek apa yang dikutuk oleh Suzie dan Mandy tentangnya. Rasa marahnya bertambah bila melihat Zara di sebelahnya. Tania menjeling Suzie dan Mandy, memberi isyarat supaya beredar.

Seolah-olah memahami jelingan Tania itu, mereke berdua keluar, meninggalkan Zara dan Tania di dalam tandas.

Tania memandang Zara. Wanita itu masih lagi berlagak tidak menyedari kewujudannya.

“Hai… kita jumpa lagi,” Tania memulakan perbualan.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Mahu berlagak bodoh atau memandang Tania? Baik berlagak bodoh. Zara mengambil keputusan mahu beredar namun dia niatnya terbantut bila Tania menghalangnya. Dipandangnya Tania dengan perasaan bengang. Tertanya-tanya apa permainan Tania kali ini.

“I’m not done yet,” Tania bersuara.

“Apa yang kau nak lagi? Nak suruh aku jauhkan diri dari Amir? I told you, I can’t. Kau nak suruh aku minta cerai? Aku dah minta but the point is Amir tak nak ceraikan aku.”

Tania menelan air liur. Amir tak nak ceraikan Zara? Kenapa? Amir bukannya cintakan Zara pun.

“You are lying.” Tania memilih untuk tidak percaya.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Kau memang sama bodoh macam Amir. Dua-dua tak nak terima hakikat. Memang sesuai lah korang berdua.

Di luar tandas, Suzie dan Mandy mengintip perbualan diantara Zara dan Tania. Banyak kali mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mereka membuat keputusan untuk memberitahu CEO mereka apa yang berlaku. Risau jika Zara diapa-apakan oleh Tania.

*********

Amir baru sahaja selesai berbincang dengan pembantu Zara, Alex ketika setiausahanya meluru masuk ke bilik mesyuarat.

“Bos, ada big trouble,” Suzie panic.

“Big trouble apa?” Soal Amir hairan.

“Puan Zara… she might in trouble. Dia dengan Cik Tania kat toilet fifth floor, saya risau kalau…” belum sempat Suzie menghabiskan ayatnya, Amir terus meluru keluar. Dia menuju ke tandas wanita di tingkat lima.

Di tandas, Tania memandang Zara dengan sinis. Dia dapat mendengar jeritan Amir yang memanggil namanya dari luar.

“Kau akan kalah kali ini,” ujar Tania dengan senyuman sinis.

Zara memandang Tania dengan hairan. Dia dapat dengar jeritan Amir yang makin lama makin dekat. Dia bertambah hairan apabila melihat Tania menjatuhkan dirinya ke lantai. Apa yang Tania sedang lakukan ini?

Saat Amir tiba di tandas itu, dia lihat Zara sedang berdiri memandang Tania yang kini berada di lantai. Zara menolak Tania kah? Pantas dia meluru ke arah Zara dan PANGGG, satu tamparan hinggap di pipi Zara.

Zara terkesima. Terus dia membalas balik tamparan itu. Nafasnya naik turun. Dia memandang Amir. Akhirnya, Zara beredar dari situ. Saat dia tiba di luar tandas, orang ramai sudah berkerumun. Zara tidak ambil penduli dan terus berlari keluar. 

Amir menelan air liur. Dia terkesima. Diusap pipinya. Perit juga tamparan Zara. Tapi apa dia kisah. Dia mengankat Tania yang sedang memandangnya dengan reaksi terkejut. Mungkin terkejut melihat Zara menamparnya.

“You okay?” Soal Amir tanpa menghiraukan pandangan pekerjanya. Dia sedar Hilmi sedang memandangnya dengan perasaan gusar. Dia tahu apa yang difikirkan oleh Hilmi ini. Ah… pendulikan hal itu, yang penting Tania.

Tania mengangguk. Dia sebenarnya terkejut dengan tindakan Amir dan Zara itu. Tapi tak apa sekurangnya dia yakin kemenangan nanti akan berpihak padanya. Dia yakin itu!



Saturday, February 21, 2015

Pengecut




Bila satu masa, perasaan seorang pengecut mula bersarang dalam dirinya.

Dia takut kehilangan.

Dia takut pada kekalahan.

Dia takut pada kesakitan.

Dia takut pada dirinya sendiri.

"Sampai bila kau mahu jadi pengecut??" Soal seseorang.

Dia diam. Tidak menangis seperti dulu lagi. Mahupun senyum.

Keberanian yang ada padanya saat ini hanyalah kesabaran dan redha saja.

"Sabar sayang, Tuhan itu Maha Mengetahui."


Friday, February 20, 2015

Kedua #11



[Prolog][#1][#2][#3[#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10]

Tania mengukirkan senyuman tatkala melihat Amir terlena di sebelahnya. Penat mungkin. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Dengan hanya menyarungkan gaun tidur, dia berjalan ke ruang tamu, mencari telefon bimbit Amir. Tentunya berada dalam poket jaketnya itu. Senyuman terukir lagi bila dia menjumpai jaket hitam yang dipakai Amir tadi. Senyuman makin melebar bila telefon bimbit Amir ada dalam poket jaketnya.

Dibelek iPhone milik Amir, dicarinya nama Zara. Ah… mujur ada. Dia terus menyalin nombor Zara dalam telefonnya. Dia punya rancangan yang akan buat dirinya gembira. Dia harus menjatuhkan Zara. Harus membuatkan Amir membenci Zara supaya rancangannya tak akan diketahui Amir. 

Didailnya nombor Zara menggunakan telefon Amir. Lama juga berbunyi sebelum dijawab.

“Hello…” kedengaran suara perempuan di hujung talian. Tentunya Zara.

“Zara?” Tania menyoal.

Zara menelan air liur. Dipandang skrin telefonnya. Nama Amir yang tertera tapi mengapa suara perempuan pula? Ah… tentu itu Tania.

“Siapa ni?” Zara berpura-pura.

Tak payah nak berlakon sangat. Kau kenal siapa aku.”

Zara menarik nafas. Sudah mengagak.

“Apa yang kau nak?” Soal Zara keras. Kacau betul minah sekor ni. Baru aku nak berehat kejap, dah ada yang mengacau. Hish. Tak faham aku!

“Nothing. Saja nak kacau kau. Amir dengan aku sekarang ni. Sleeping next to me.” Sengaja Tania berkata sedemikian. Mungkin mahu membuatkan Zara cemburu. 

Kedengaran gelak tawa Zara di hujung talian. Tania menelan air liur. Tidak memahami gelak tawa Zara itu.

“Kau expect aku akan cemburu dengan bagitahu aku semua tu? Kau tak bagitahu yang dia dengan kau pun aku dah tahu. Tak payah nak bazir air liur sangat!” Talian dimatikan.

Tania mendengus. Ah… Zara ini tak ada perasaan ke apa. Takkan tak cemburu suami dengan perempuan lain. Walau betapa Amir mengatakan bahawa Zara tidak mencintainya, Tania yakin, Zara tentunya ada sedikit perasaan terhadap Amir. Perempuan mana yang tak jatuh hati dengan peribadi Amir? Sedangkan dia sendiri pun jatuh cinta pandang pertama melihat Amir ketika waktu mereka belajar dulu.

Akhirnya Tania memadam butiran panggilan kepada Zara. Risau jika Amir memeriksa dan tahu yang dia buat panggilan pada isterinya. Dia bangun dan melangkah ke bilik tidurnya. 

Setibanya di bilik, katil kelihatan kosong dan kedengaran pancuran air di bilik air. Beberapa ketika, Amir melangkah keluar dari bilik air dengan hanya tuala tersarung di pinggangnya.

“Hai sayang…” sapa Tania. Amir hanya mengukirkan senyuman sambil menyarungkan seluar dan baju ke badannya.

“You dah nak balik ke?” Soal Tania lagi.

“Ha’ah… dah lambat actually. I maybe kena pergi ambil Zara.” Ujar Amir sambil menyikat rambutnya sebelum memakai jam tangan. Angka sudah menunjukkan pukul 5 petang. Ah… dia tidak menyangka terlampau lama dia terlelap.

Tania mencebik apabila nama Zara disebut.

“Kenapa pula you kena ambil Zara? Dia tak boleh balik sendiri ke?” Tania tahu yang Amir menghantar Zara ke tempat kerjanya.

“Sebab I yang hantar dia, so ambil dia juga tanggungjawab I.” Entah… Amir sendiri tak tahu kenapa dia mahu mengambil Zara dari tempat kerjanya itu. Mungkin rasa tercabar Johan turut berada di situ.

“Maybe dia dah pulang?” Tania tak mahu mengaku kalah.

Amir menarik nafas sebelum menyembur wangian ke badanya. Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh Tania ini. Mungkin sahaja Zara sudah pulang bersama Johan ataupun anak-anak buahnya. Lagipun jam sudah lewat, tentunya Zara sudah pulang.

“Mana jaket I?” Soal Amir sambil memandang keadaan sekeliling bilik itu.

“Kat ruang tamu. Why?”

“I need my phone. Need to call Zara.”

Jawapan Amir itu membuatkan Tania menelan air liur. Dia mengekori Amir ke ruang tamu. Melihat saja Amir mendail nombor Zara. Kali pertama tidak berjawab, dicubanya kali kedua, masih lagi tidak berjawab.

“Kenapa?” Soal Tania apabila mendengar Amir mendengus.

“Dia tak jawab call I.”

“Maybe dia busy kot?” 

“Busy?” Amir memandang Tania. Takkanlah tak selesai lagi. Dia hairan.

“Maksud I busy benda lain… you faham kan?” Tania mengukirkan senyuman menggoda. Sengaja dia mahu menambah bara ke dalam api yang mula marak.

Amir menelan air liur. Takkanlah Zara… Ah.. Dengan siapa agaknya? Takkan dengan Johan? Tak mungkin! Amir kemudian mendail nombor Johan.

“Hello,” kedengaran suara Johan di hujung talian.

“Jo, Zara ada dengan kau tak?” Soal Amir tidak sabar.

“Zara? Nope. Dah lama dia balik. Kenapa?”

“Dia balik dengan siapa tadi?”

“Dengan aku. Kenapa? Kau bunyi lain macam je.”

“Tak ada apa-apalah. Bye.” Talian dimatikan. 

“Kenapa you call Jo?” Soal Tania hairan.

“Masa I hantar Zara tadi, Jo ada sama.” 

Tania mengangguk. Dia perasan sejak kebelakangan ini, Johan selalu bersama Tania. Dia pernah terserempak dengan mereka berdua. Banyak kali juga. Tapi dibiarkan sahaja. Bukannya ada kepentingan padanya.

“I pergi dulu. Bye.” Ciuman diberikan di bibir Tania. Tania mengukirkan senyuman sebelum menghantar Amir ke pintu.

***************************

Amir tiba di rumah ketika jam menunjukkan jam 6 petang. Kereta Zara diparkir kemas di garaj. Setibanya di tingkat atas, dia lihat Zara sedang mengambil angin di balkoni sambil mendengar muzik dan membaca buku. Ada sepotong kek di atas meja berhadapan wanita itu. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah situ sebelum mengambil tempat berhadapan wanita itu.

Zara memandang Amir dengan perasaan menyampah. Earphone di telinganya dialihkan manakala buku di tanganya ditutup. Dia memandang ke hadapan, satu KL mampu dinikmatinya dari sini. 

“Kenapa you tak jawab call I?” Amir terus mengeluarkan soalan.

“Sebab I rasa call dari you tak penting.” ujar Zara dingin.

Amir mengukirkan senyuman jengkel. Dia perhati Zara dari atas sampai ke bawah. Zara tiada cacat celanya. Cantik, berpendidikan tinggi cuma kehidupan Zara sahaja yang liar.

Menyedari dirinya diperhatikan,” You tengok apa?” Soal Zara berang. Akhirnya dia mengambil potongan kek di hadapannya ini. Lagi baik aku makan ini dari penduli pasal mamat ni. Tak habis-habis nak buat aku bengang.

“You dan Jo, is there something between both of you?” Soal Amir lagi.

Zara memandang Amir. Apa kejadahnya dia tanya soalan macam ni kat aku?

“Kenapa you nak tahu?”

“Just asking. Because you seem so comfortable with him?”

“So? You cemburu?”

Amir ketawa. “Why would I?”

“Tanyalah diri you sendiri.”

Amir tarik senyum senget. “So, do you need my help to get his heart?”

Zara ketap gigi. “ I tak perlu pertolongan dari you.” 

“Tentulah you tak perlukan pertolongan I. You dah ada banyak pengalaman dengan lelaki, bukan?” Sengaja Amir tuturkan ayat itu. “By the way, you still tak jawab soalan I ”

“Soalan apa?” Zara melenting.

Dah berapa banyak lelaki yang dah tidur dengan you?”

Zara menunjukkan reaksi jengkel. “I rasa you tahu jawapannya. It’s beyond than your expectation.”

Amir mengukirkan senyuman sinis. Sudah mengagak. Zara memang berbeza dari Tania. Tania juga ke kelab malam tapi tidak seliar Zara. Dan yang penting, Tania bukan jenis perempuan yang akan tidur dengan lelaki sembarangan. “So, you sama je dengan perempuan-perempuan yang I jumpat kat kelab.”

Zara mendengus. “Whatever I do, has nothing to do with you.”

Amir tarik senyum senget lagi. “Did your parents know this?”

“Kenapa you nak tahu? You nak bagi tahu diorang?” Zara menyoal. Ayah dan Mama tahu tabiatnya yang suka ke kelab malam tapi mereka tak pernah melarangnya asalkan dia tidak membuat sesuatu yang memalukan mereka.

“You rasa?” Amir cuba menguji.

“Try-lah. I rasa lagi cepat kita akan bercerai?”

Amir mengukirkan senyuman sinis. Suka sangat menyebut hal cerai. Kau nak cerai sangat ke Zara Amani?

“You memang nak bercerai?”

Zara mengangguk sambil menikmati kek.

“I takkan ceraikan kau.”

Zara menelan air liur. Dia pandang Amir.

“Why? Sampai bila you nak jadikan si Tania tu perempuan simpanan you? I pasti yang dia terbeban dengan status sebagai perempuan simpanan you.”

Amir mengetapkan giginya. Berang dengan ayat Zara.Tapi betul juga apa yang dikatakan oleh Zara, sampai bila dia dan Tania mahu berkeadaan sebegitu.

“I dah bagitahu awal-awal. I’m willing to divorce,” tambah Zara. Dia cuba untuk tidak mengingati janji yang dilakukan pada arwah datuknya. Dia penat dengan Tania sejujurnya. Tak habis-habis nak menguji kesabarannya.

Amir menelan air liur. Menceraikan Zara ibarat meletak jawatan CEO. Hanya itu yang buat dia bersetuju untuk mengahwini Zara Amani ini. Kalau tidak, jangan haraplah.

“Besides, I;m very very sure yang Tania akan happy dengan status sebagai isteri CEO. She can have everything that she wants,” sengaja Zara berkata sedemikian. Dia harap Amir memahami maksud tersirat dengan apa yang dia katakan sebentar tadi.

“You nak bagitahu I yang Tania tu hanya berminat degan harta I je?”

Zara mengangguk. Aku kata benar ni!

Amir mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu ini cubaan Zara untuk menjatuhkan Tania. Dia tak akan percaya dengan apa yang dikatakan oleh wanita ini. 

“You sengaja tuduh dia,bukan?”

“Yes. It’s up on you whether to believe or not,” ujar Zara sebelum bangun dan beredar dari situ, meninggalkan Amir keseorangan di balkoni.

Amir mengukirkan senyuman sinis. Dia lagi percayakan Tania dari Zara. Jangan harap yang aku nak percaya apa yang kau bagitahu aku!