Saturday, November 14, 2015

Stick & Stones #62



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61]


Jessica mengukirkan senyuman lebar tatkala melihat kelibat Amily bersama dua lelaki asing yang tidak dikenalinya. Dia menoleh ke arah luar, memerhatikan Adam yang baru saja melangkah keluar dari kereta. Lelaki itu memintanya masuk dahulu ke restoran sambil menantinya memakirkankan keretanya di ruang yang disediakan.

Amily dan kedua-dua lelaki asing itu kelihatan sedang berbincang sesuatu yang serius di satu sudut di hujung restoran itu.

Tidak berapa lama kemudian, salah seorang lelaki itu bangun, sebelum menghilangkan diri di balik pintu yang tertulis ‘Untuk Pekerja Sahaja’. 

Dalam masa yang sama juga, kelibat Adam melangkah masuk ke dalam restoran itu. Dia telan air liur tatkala melihat kelibat Amily dan Samuel yang sedang berbual dengan mesra. Dia kemudian melangkah ke arah Jessica yang telah mengambil tempat tidak jauh dari tempat Amily dan Samuel berada.

Jessica tersenyum lebar sekali lagi melihat Adam mengambil tempat di hadapanya. Dia, sememangnya sengaja memilih tempat di sini. Dia mahu Adam lihat kemesraan Amily bersama lelaki asing itu. Dia tidak tahu apa hubungan Amily dan lelaki itu, tetapi itu sudah memadai untuk membuatkan Adam lihat sendiri ‘kecurangan’ Amily. “You nak makan apa?” Soalnya pada Adam sebelum membelek menu di hadapannya. 

Adam tarik nafas. Matanya tidak lekang memerhatikan Amily yang sedang berbual dengan Samuel. Dia tidak pasti sama ada AMily benar-benar tidak menyedari kewujudannya atau isterinya itu hanya berlagak tidak mengenalinya. “Anything.”

Jessica senyum sebelum memanggil pelayan. Seusai pelayan beredar, dia memandang Adam. Lelaki itu asyik memerhatikan Amily. Adakah Adam cemburu dan kecewa melihat Amily dan lelaki itu?

“I thought I saw Amily here.” Dia memulakan perbualan. “Tapi dia berlagak tak kenal I. Mungkin I salah orang.”

Adam mengeluh. Dia paling benci setiap kali Jessica membangkitkan perihal Amily. Wanita di hadapannya ini seolah-olah sengaja melakukan sedemikian. “It’s really her.”

Jessica telan air liur. Jadi, Adam sememangnya sudah tahu kelibat Amily di sini? Adakah sebab utama lelaki itu muncul di tempat ini adalah Amily? 

You memang dah tahu dia kat sini?”

“Yes. Dan jangan berlagak yang you tak tahu itu adalah dia, Cik Jessica. You already meet and greet her,, didn’t you?”

Sekali lagi Jessica telan air liur. Bagaimana Adam tahu itu? Adakah Daniel punya kaitan dengan ini? Adakah lelaki itu mengawasinya?

“I just want to ensure that she is Amily.”

“She is Amily,” balas Adam dengan mendatar sambil matanya memerhatikan Amily yang sedang bergelak ketawa dengan Samuel. 

Jessica tarik nafas sebelum mengukirkan senyuman palsu. “Jadi, I rasa you patut satu lagi perkara.”

Adam diam. Menanti ayat Jessica seterusnya. 

“I heard she’s working as dishwasher in a restorant,” Jessica berbohong. 

Adam mengeluh kasar. “You mahu tahu sesuatu tak?”

“Apa?” Jessica kerut dahi. 

Adam senyum senget. “You tak ada hak untuk bercakap tentang Amily. Walaupun Amily dan you adalah rakan sekolah dulu, tapi I lebih kenal Amily dari you. Never say such a bad thing about Amily.”

Jessica telan air liur. 

“Kalau I dengar nama Amily, keluar dari mulut you, jangan menyesal jika satu hari nanti you tak bekerja di Casa Holdings.” Tambah Adam lagi.

Sekali lagi Jessica telan air liur. Adakah Adam sedang mengugutnya. Baru saja dia mahu bersuara, pelayan telah datang membawakan makanan padanya. 

“Now eat until Daniel come,” ucap Adam lagi sebelum menjamah hidangan di hadapannya. Dia langsung tidak pendulikan riak Jessica. Nampaknya sekarang dia tahu mengapa isterinya itu tidak pernah menyukai Jessica.

Jessica mengeluh kecil sebelum menjamah hidangan di hadapannya. Dia hanya mendiamkan diri saja sehingga kelibat Daniel muncul.



!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1



Samuel memandang Amy yang baru saja melepaskan keluhan kecil. Dia tahu mengapa wanita itu mengeluh dan kelihatan terganggu. Semuanya disebabkan kehadiran Adam dan seorang wanita asing di restoran ini.

“Are you okay?” 

Amily memandang Samuel sebelum kepala diangguk dengan senyuman. 

“Kalau you tak selesa, kita boleh keluar dari sini,” cadang Samuel.

Amily senyum palsu. “Kenapa pula I tak selesa? I’m fine, Sam. Really.”

“But..” belum sempat Samuel menghabiskan ayatnya, Amily bersuara lagi. 

“Apa yang dia buat, bukan urusan I, Sam. Dia ada hak untuk keluar dengan mana-mana perepuan sekalipun,” Amily sedikit berbohong. Dia sebenarnya tidak gemar Jessica mendekati Adam. Bukan sebab dia cemburu tapi disebabkan dia tidak menyukai wanita itu. Dia tidak kisah Adam mendampingi mana-mana wanita tapi tidak Jessica. Dia benci wanita itu!

“But he keep looking here,” Samuel bersuara lagi. Dia sedar Adam sedang memerhatikan mereka tapi dia sedikitpun tidak ambil penduli tentang itu. Jikalau Amy berlagak biasa, masakan dia harus bertindak sesuka hati. Jika diikutkan niatnya, mahu saja dia heret Amy keluar dari restoran Jacob. 

Amily diam. Dia tidak memberi respon ayat Samuel. “Jadi, bila you nak uruskan restoran ni? Its’ already belong to you.” Sengaja dia mengubah topic perbualan.

Samuel megukirkan senyumn. “As soon as possible. Mungkin ada beberapa perkara yang I mahu ubah.”

Amily senyum. “You mahu membuat penambahbaikan?”

Samuel angguk dengan senyuman. “You ada cadangan?”

Amily senyum lagi. Mereka kemudian berbual dengan gembiranya tanpa sedikit pun menghiraukan Adam yang sedang memerhatikan mereka. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily sedang menanti bas di tempat yang disediakan sambil membaca buku tatkala dia disapa satu suara lelaki. Dia telan air liur melihat kelibat Adam yang mengambil tempat di sebelahnya.

“Hai,” sapa Adam dengan senyuman. Tapi Amily sedikit pun tidak membalas senyumannya. 

Amily mengeluh sebelum menutup buku di tangannya. “Apa yang you buat kat sini?”

Adam senyum hambar. “I came to see you.”

“I told you do not find me, Adam.”

“You tahu yang I tak pernah dengar arahan you, bukan?” 

Amily telan air liur lagi. Dia mengeluh. 

“You nak pergi mana, I hantarkan?” Adam bersuara lagi. Mengharapkan Amily akan terus berbual dengannya. Walaupun wanita itu melayannya dengan dingin. 

Amily diam. 

“I akan hantarkan ke mana you mahu pergi walaupun you mahu pergi jumpa Sam,”tambah Adam lagi. Mungkin saja hatinya mengharap Amily tidak akan bertemu Samuel. 

“I nak jumpa Mommy.”

“I hantarkan.”

Amily geleng kepala. “I tak nak orang nampak I dengan you. I tak nak ada kaitan dengan you. I tak nak Mommy fikir yang kita dah berbaik.”

Adam mengeluh, sedikit kecewa dengan ayat Amily. “Amily..” ayatnya mati di situ saat Amily memandangnya dengn senyuman.

“How have you been for this two years?” Soal Amily sambil memandang Adam. Wajah lelaki di hadapannya dipandang lama. Adam masih kacak seperti dahulu. Dan mungkin kelihatan lebih matang dengan jambang yang mula tumbuh di wajah lelaki itu.

Adam senyum kelat. “It’s hard living without you for these two years,” jawab Adam jujur.

You dah hidup tanpa I selama 32 tahun, Adam. Dua tahun tidak sukar untuk you.

Adam mengeluh lagi. Kepala digeleng. “What about you? Are you happy living without me for these two years?”

Amily telan air liur. Dia tiada jawapan yang tepat untuk soalan Adam. “Seperti yang you lihat I sekarang ini.”

Adam senyum kelat lagi. Dia kembali mendiamkan diri. Dia dan Amily saling memandang satu sama lain. Ah, kalaulah dia boleh membaca fikiran Amily sekarang ini.

“Kenapa you tak tandatangani dokumen penceraian kita?” Amily bersuara lagi. 

Adam senyum kelat. “I rasa penceraian bukan jalan penyelesaian pada segala masalah yang kita hadapi, Amily.”

Amily senyum. “Tapi I rasa itu yang terbaik untuk kita. Untuk semua.”

Adam geleng kepala. “I tak pernh setuju dengan setiap keputusan dan cadangan you.”

Amily senyum lagi. “Adakah ia termasuk tentang perkahwinan kita?”

Adam telan air liur. “I tak pernah setuju dengan cadangan you yang tak masuk akal.”

“Jadi, kenapa you bersetuju?”

“I tak ada pilihan. I mahu Casa Holdings dan satu satunya cara untuk dapatkan itu adalah dengan bersetuju menjadi suami you.”

Amily senyum hambar. “What kind of marriage that you want?”

“What?” Ada kerut dahi.

“Sebelum you dipaksa berkahwin dengan I, sebelum you tahu Maya curang dengan you, I pasti you ada impian perkahwinan yang mahu satu hari nanti.”

Adam telan air liur. Sejujurnya, dia tidak pernah punya impian perkahwinan. Dan jikalau dia ada sekalipun, itu adalah impian Maya, bukan impian dia. Tapi impian Maya sudah direalisasikan bersama Edrian. Wanita itu telah berkahwin dengan Edrian setahun yang lalu.

“I don’t have one.”

Amily senyum senget. “You ingat tak malam pertama kita? That night you talked about the meaning of a marriage. I thought you have one dream about your marriage.”

Adam ketawa kecil sambil angguk kepala. “I never have one, Amily. That night I was curious, confused with you. You made me feel like an idiot agree to your plan.”

“Sebab itu I bagi you peluang untuk tamatkan semuanya. I mahu bercerai pada permulaan tapi you tak mahu. And we end up having a normal marriage, with love, hope and dreams.” 

Adam senyum. Dia masih ingat momen momen itu. Momen-momen bahagia dia dan Amily dan dia mahu alami itu sekali lagi. “I tak tahu kenapa dengan I waktu itu tapi I tahu I tak mahu kehilangan you. You might be the most evil, cruel woman I’ve ever met but I realize I had fall for you.” 

“You fall in love with a bitch like me?” 

Adam senyum sambil angguk kepala. “You are one in a million.” 

Amily ketawa kecil. “But you should move on, Adam.” 

Senyuman Adam dimatikan. 

“I never love you,” tambah Amily lagi 

“Don’t tell lies, Amily.” 

Amily geleng “I didn’t tell lies. I never…” Amily tarik nafas “… love you. The main reason why I married you is because of money.” 

“Stop wearing mask.” 

Amily senyum. “I’m not wearing mask, Adam. That’s the truth. I keep telling you the same thing over and over again.” 

Adam mengeluh. Dia tak mahu terima itu. Dia tak mahu percaya setiap ayat yang didengarnya tadi. 

“I should be going,” Amily bersuara lagi tatkala sebuah bas berhenti di hadapannya. 

Adam mengeluh lagi. Belum sempat dia bersuara, Amily telah melangkah masuk ke dalam bus. Dan dia hanya memerhatikan saja bas yang membawa Amily Katrina hilang dari pandangannya. Dia harap akan ada satu keajaiban di mana Amily akan kembali semula ke sisinya. Dia harap itu.



Reenapple: Mungkin Adam patut give up on Amily? Hurmmm



9 comments:

  1. Hmm. I want happy ending cik writer. Tak kisah lah apa nk jd but the ending i want adam and amily. Hahaha. Saya ckp mcm saya pulak yg tulis cerita nih. Sorryyy. :))

    ReplyDelete
  2. Salah Adam, 2 tahun lepas dia tak pernah Cuba betulkan masalah dieorg. Hurmmmmm man should lead.

    ReplyDelete
  3. Xsabar nk tggu sapa yg mgalah dulu.. 2 2 keras kpala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Adam yang akan mengalah. Ermm

      Delete
  4. hurm... susah betul adam nak pujuk amily yer....
    btw padan mka jessica bila adam cakap macam tu kat dia...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.