Tuesday, November 10, 2015

Stick & Stones #57





[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56]


Amily sedang membelek buku di rak tatkala dia disapa satu suara. Dia memandang kelibat wanita yang sedang memandangnya dengan raut sinis. Amily memandang wanita itu dengan raut kosong dan juga sedikit rasa menyampah pada wanita itu.

“You are Amily, right?” Jessica bersuara lagi sambil matanya membelek tubuh wanita di hadapannya. Dia pasti wanita di hadapannnya saat ini adalah Amily Katrina yang menghilangkan diri selama dua tahun. Tapi, pemakaian wanita di hadapannya tidak mencerminkan Amily. Atau Amily sebenarnya telah berubah?

Amily diam. Soalan Jessica langsung tidak dijawab. Dia kelihatan tenang memandang wanita berambut perang di hadapannya. Dia kemudian berlalu pergi ke rak buku yang lain tanpa menghiraukan reaksi Jessica.

Jessica telan air liur. Dan juga diiringi rasa bengang terhadap layanan gadis bertopi dan selekeh itu. Dasar perempuan miskin! Bentaknya dalam hati. 

Kakinya kemudian beralih arah kepada gadis miskin yang sombong itu tadi. Walau bagaimana sekalipun, dia harus mendapat jawapannya hari ini. Ini bukan kali pertama dia terserempak dengan wanita yang mirip dengan Amily di pekan ini. Berkali-kali tapi dia tiada kekuatan untuk mengeluarkan soalan. Risau jika apa yang disangkanya adalah benar. 

“You Amily, bukan?” Jessica tidak mahu mengaku kalah.

Amily mendengus. Buku di tangannya ditutup dengan kasar sebelum meletakkan kembali ke rak dengan kasar. Jessica dengan sikap jaga tepi kainnya tidak pernah berubah. Dua tahun sudah berlalu dan wanita itu masih lagi kekal sebegitu. Menyesal juga tidak membalas dendam sebelum dia menghilangkan diri dua tahun lalu.

“I rasa you salah orang, cik.”

Jessica tarik senyum senget. Matanya memandang wanita di hadapannya dari atas hingga bawah sekali lagi. Kalau betul ini adalah Amily, ini mungkin adalah satu berita yang menarik untuk disampaikan pada kawan-kawan mereka. “I tak rasa I salah orang. I tak pernah salah.”

Amily tunjuk riak jengkel. Dia memandang wanita itu dengan sinis. “Jadi, andaikan saja yang kali ini cik dah salah orang.”

“It’s really you, isn’t it, Amily?” Jessica senyum sinis. Dia 100% yakin wanita ini adalah Amily. Melihatkan cara wanita itu menjawabnya, sudah cukup untuk mengetahui itu adalah Amily.

Amily diam lagi. Tidak mengiyakan atau menafikan soalan Jessica. 

“I can’t believe this. What had make you change, Amily?” Soal Jessica dengan sinis. Gembira betul apabila andaiannya tepat. Gembira betul melihat keadaan Amily ketika ini. Menyedihkan betul! “Aku dengar kau dapat wang yang banyak selepas kau bercerai dengan Adam. But how on earth you ended up your life here, looking pathetic and poor?” sindir Jessica.

“You never changed at all, Jess.” Amily senyum sinis.

Jessica turut senyum sinis. “But you had changed a lot. Into a pathetic person.” 

“Siapa aku sekarang, bukan urusan kau.”

“Aku ingatkan kau minta cerai dari Adam sebab kau mahu pergi pada Zack tapi bila Zack kahwin dengan orang lain tahun lepas, buatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya niat kau.”

Amily telan air liur. Zack berkahwin? Ah, dia lupa, Tina pernah maklumkan padanya dulu tapi dia tidak hiraukan berita itu. Baginya, segala hal berkaitan dengan Zachary bukan urusannya. Dia sudah tidak mahu ambil tahu perihal lelaki itu. Segala perihal silamnya bukan lagi urusannya di saat ini. Dan itu termasuk Jessica Natalia di hadapannya.

“Apa yang buat kau berubah, Amily?” Soal Jessica lagi dengan nada sinis. Amily dihadapannya diperhatikan sekali lagi dari atas hingga bawah dengan pandangan menjengkelkan.

Amily pandang Jessica raut kosong. Mindanya kembali memutarkan kembali insiden dia melihat wanita di hadapannya bersama bekas suaminya tiga hari lepas. Insiden dua tahun lepas juga turut bermain dalam mindanya. “Kau tahu apa yang aku paling menyesal dua tahun lepas?”

Jessica kerut dahi. Tidak memahami soalan yang dilontarkan padanya. 

“It’s you, Jess,” Ucap Amily dengan senyuman yang penuh makna. “I should get revenge on you first before disappear two years ago. Dan sekarang kau berada di hadapan aku. Kau sengaja mahu menyerah diri pada aku, Jess?”

Jessica telan air liur. Entah mengapa dia gerun dengan ayat Amily tadi. Adakah wanita itu sedang bercakap perihal dua tahun yang lepas? Adakah Amily sememangnya tahu hal sebenar?

“Kalau kau tak mahu apa-apa berlaku pada kau, Jess,” Amily memandang tepat ke arah anak mata Jessica. “Stay away from me.” Seusai ucapkan itu, Amily berlalu keluar dari kedai buku.

Jessica mengeluh. Amily walau bagaimana sekalipun, masih lagi mampu membuatkannya gerun dengan ayat ayat yang dilemparkan padanya. Penampilan fizikal Amily mungkin berubah tapi karakter wanita itu tidak pernah berubah.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jessica mengukirkan senyuman melihat kelibat Adam keseorangan di restoran hotel itu. Sedikit gembira melihat lelaki itu keseorangan tanpa kelibat Daniel. Sememangnya sukar untuk mendekati Adam dengan kelibat Daniel di sisi. Daniel akan berada 24 jam di sisi Adam dan Jessica tidak menyukai itu.

“Morning,” sapa Jessica tatkala mengambil tempat berhadapan Adam. 

Adam berhenti memandang iPadnya sebelum memandang Jessica dengan senyuman palsu. Dia kemudian kembali memandang iPadnya. “Have you done the thing that I asked you to do for this meeting, today?” Soal Adam dingin. 

Jessica mengeluh. Dia paling tidak gemar Adam berbicara perihal kerja dengannya di saat dia mahu berbual-bual tentang sesuatu yang peribadi dengan lelaki itu. tidak pasti sama ada lelaki kacak di hadapannya sengaja melayannya sedemikian atau tidak tapi dia tahu usahanya untuk menawan hati Adam untuk dua tahun ini hanya sia-sia saja. 

Adam sedikit pun tidak pernah tertawan dengan usahanya. Seolah-olah hati lelaki itu sudah tertutup untuk mana-mana wanita sejak bercerai dengan Amily. Atau hal sebenar, Adam Joshua sebenarnya tidak pernah lupakan Amily Katrina?

“I dah siapkan apa yang you nak.” Balas Jessica dengan tidak ikhlas. 

Adam angguk. “Pastikan you tak hampakan I seperti dua hari lepas.”

Jessica tunjuk reaksi tidak puas hati. Kepala diangguk walaupun dia tidak mahu. Bukanlah salahnya jika pembentangannya dua hari yang lalu tidak berjalan seperti yang diharapkan. Semuanya salah Olivia sebab tidak menyediakan apa yang dia mahu.

“Dan jangan buat I rasa sia-sia saja naikkan pangkat you, Jessica,” tambah Adam lagi. Mungkin dia sedikit menyesal memindahkan Zachary untuk menguruskan projek Casa Holdings di luar negara. Walaupun dia membenci Zachary dan sepupunya itu menjengkelkannya, sekurang-kurangnya Zachary akan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya, tidak seperti Jessica yang memandang ringan akan setiap tugasan kerja yang diberikan. 

“I wont.” Jessica pamer riak tidak puas hati. Memanglah dia gembira dinaikkan pangkat yang mana sedikit pun dia tidak berusaha. Dia hanya membodek orang tertentu dan orang tertentu itu akan mencadangkan dia. Bukan susah untuk lakukan itu jika hidup dalam dunia yang hipokrit ini. Dan Adam sedikit pun tidak sedar itu.

Adam diam. Tidak ambil penduli tentang ayat Jessica. Matanya asyik pada iPad di tangannya. Gambar-gambar mesra Samuel dan Amily begitu menarik perhatiannya. Tertanya-tanya adakah sebab lelaki ini Amily tidak mahu pulang. 

“By the way, Adam…” Suara Jessica mematikan lamunan Adam. 

Adam memandang Jessica. iPad di tangannya di tutup sebelum meletakkan di atas meja. Black Coffee di hadapannya dihirup. 

“Have you met Amily?,” Jessica menghabiskan ayatnya. 

Adam mengerutkan dahi. Tidak memahami mengapa Jessica mengeluarkan soalan sebegitu padanya. Adakah wanita di hadapannya ini sudah bertemu Amily di pekan berdekatan Bandar ini? Soalan Jessica tidak dijawab. 

Jessica senyum senget melihat diam Adam. Dia tahu lelaki di hadapannya paling tidak gemar bercakap tentang bekas isterinya. 

“Dan I…” Baru saja Jessica punya niat untuk menceritakan tentang Amily dan juga lelaki kacak yang selalu berada di sisi wanita itu pada Adam , Adam bersuara.

“I tak nak dengar apa jua yang you mahu cerita tentang Amily, Cik Jessica. She has nothing to do with you.”

“But she is something to you.”

Adam telan air liur. “Itu adalah urusan peribadi I dan I tak nak you masuk campur.” Ucap Adam dengan sedikit bengang. Tidak tahu apa tujuan Jessica mahu mengunkit perihal Amily padanya. 

Jessica telan air liur. Sedikit terkesima dengan ayat Adam. Ingatkan dia sudah cukup rapat dengan Adam untuk bercakap perihal peribadi lelaki itu, rupanya tidak. Adam masih lagi membina ‘dinding’ padanya. Dia mahu bersuara lagi tapi sekali lagi niatnya terbantut dengan kehadiran Daniel. Dia pamer riak tidak puas hati dengan kehadiran pembantu peribadi lelaki itu. Dia perhatikan saja Daniel membisikkan sesuatu pada Adam. 

Beberapa seketika kemudian, Adam bangun. “I pergi dulu.” Ucap Adam sebelum beredar, meninggalkan Jessica dan Daniel.

Jessica memandang Daniel. Dia sedikit pun tidak pernah menyukai pembantu peribadi majikannya itu. Setiap kali dia berdua-duaan dengan Adam, kelibat Daniel pasti muncul. Tidak tahu sama ada itu adalah suatu kebetulan atau Daniel sememangnya sudah mengetahui niatnya. “You selalu kacau waktu baik I, bukan?”

Daniel memandang wanita berambut perang di hadapannya. “Pardon?” Dahinya berkerut.

Jessica senyum senget. “You’re such a nuisance, Daniel.”

Daniel mengukirkan senyuman dan Jessica sedikit pun tidak memahami erti senyuman Daniel. 

“You should know your limits, Cik Jessica,” ucap Daniel.

I think you are the one who should know your limits, Daniel. You tu cuma PA Adam saja. You tak layak nak bagi nasihat pada I.”

Sekali lagi Daniel mengukirkan senyuman. “But you are nothing to him.”

Jessica ketap gigi. “I akan laporkan Adam tentang perangai biadap you ni.”

Daniel senyum lagi. “Lakukan saja, Cik Jessica. Dan saya akan laporkan pada Encik Adam tentang apa yang Cik Amily tahu.”

Jesscica kerut dahi. “Maksud you?”

Daniel senyum lagi. “Perihal dua tahun lepas?”

Jessica telan air liur. Jadi, Amily sememangnya tahu tentang rancangannya dua tahun yang lepas? Amily sememangnya tahu bahwasanya kemalangan yang menyebabkan wanita itu keguguran dua tahun yang lalu adalah rancangannya? Tapi bagaimana Daniel tahu itu? Adakah Amily memberitahu lelaki itu sebelum menghilangkan diri?

“Are you blackmailing me?”

Daniel geleng dengan senyuman. “Saya tiada hak untuk megugut Cik Jessica tapi sekurangnya itu akan membuatkan Cik Jessica berpijak di bumi yang nyata.”

“You tak ada bukti.”

“Saya mungkin tiada bukti tapi Cik Amily tentunya punya bukti itu.”

Sekali lagi Jessica telan air liur. Dia sudah mula cuak. Tapi dia tak mahu terlalu cepat percaya pada apa yang keluar dari mulut Daniel. Lelaki itu mungkin saja mahu menakutkannya. Jikalau benar Amily sememangnya tahu niat jahatnya dua tahun yang lepas, Amily tak sewenang-wenang akan lepaskannya. Wanita itu akan terus membalas dendam padanya. “If she had that evidence, she won’t have to wait for two years to get revenge on me.”

Daniel senyum lagi. Bukanlah dia tidak menyukai wanita di hadapannya. Dia sebenarnya hanya mahu melindungi majikannya dari apa jua niat buruk Jessica Natalia ini. Bukannya dia tidak tahu niat Jessica mendekati Adam hanyalah untuk menawan hati lelaki itu. Wanita ini punya keinginan untuk menjadi isteri majikannya. Dan itu disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh Adam. “I just want to tell you that you never win his heart. His heart already belong to someone and that would never change.” Seusai mengucapkan itu, Daniel berlalu. 

Jessica ketap gigi. Sakit hati dengan ayat Daniel. Dasar tak sedar diri betul!



Reenapple: Tak sedar diri betul Jessica nih. Huh!







15 comments:

  1. Busuk hati sungguh di langau ni....jgn lupa bg pengajaran kat dia tau..simbah air longkang batu tau

    ReplyDelete
  2. Amily tolong cepat sikit balas dendam kat Jessica net-tali ni. Huh

    ReplyDelete
  3. Aieee. Geram pulak i dgn jessica nih. Bg dia mati cpt2 skit. Menyusahkan org btul lah. Haishh.

    ReplyDelete
  4. Itulah xsabar tggu jes kantoi ngan adam...rasa nk kick jer ppuan ni..

    ReplyDelete
  5. I hope adam tau apa sbnrny yg jd 2 years ago..btw cik writer..ctr ni dh mnghmpiri penamat dh ke??ke jauh lagi? Just curious..

    ReplyDelete
  6. hari hari i tertunggu entry for this cerita..

    ReplyDelete
  7. melampau betul jessica nie sampai sanggup buat amily keguguran dan kacau bilaukan rumah tangga amily & adam.. adam patut pecat jessica si batu api!

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.