Thursday, October 22, 2015

Stick & Stones #39


[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38]



“Macam mana kau dan Amily?” Arissa memandang adik lelakinya. Sudah lama dia tidak mendengar cerita tentang pasangan suami isteri ini. Sebab pertama dia sibuk dengan kerja. Sebab kedua Amily seringkali menolak pelawaannya untuk bertemu. Dan entah mengapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang berlaku di antara Adam dan Amily, cuma dia tidak tahu hal sebenarnya. 

Adam jungkit bahu sebelum menghirup Black Coffee di hadapannya. Jujur, sejak insiden di rumah Amily hari itu, dia langsung tidak bertemu wanita itu. Bahkan setiap mesyuarat mengenai kerjasama Casa Holding dan Mzix Holdings akan dihadiri oleh orang lain, bukan lagi Amily. 

Arissa geleng kepala melihat sikap Adam yang acuh tak acuh itu setiap kali perihal Amily diajukan pada lelaki itu. “Did something happen?” 

“Maksud Along?” Adam kerut dahi. 

Arissa mengeluh. “Along tak dapat jumpa dia atau hubungi dia dalam masa 1 bulan ni. Setiap kali Along call, pembantu peribadi dia yang akan jawab panggilan dia. Along rasa dia seperti mahu mengelak dari Along.” 

“Mungkin dia sibuk.” 

Arissa geleng. “If she really that busy, she will always find other time to hangout with me.” 

Adam telan air liur. 

“Kau tak jumpa dia?” Soal Arissa. 

Adam tarik nafas. Berjumpa Amily? Perlukah? Sedangkan dia rasa dia tiada sebab untuk bertemu wanita itu lagi selepas mengetahui apa yang Amily Katrina lakukan pada Anna yang tak bersalah itu. Dan juga dengan apa yang Amily mahu lakukan pada Maya yang tiada kaitan langsung dalam hal mereka. Mungkin juga dia masih mahu marah Amily tentang Zachary. 

“Adam?” Arissa bersuara lagi. Hairan dengan Adam yang tiba-tiba mendiamkan diri. 

“I don’t have reason to meet her, Along.” 

Sekali lagi Arissa geleng kepala. Kenapalah Adam ini keras kepala sangat? “Sebelum Along lupa, Along nak bagitahu yang Along dan Mommy dah buang semua gambar kau dan Maya.” 

“You… what?” Adam sedikit terkejut. Gambar dia dan Maya? Dia sendiri pun lupa tentang tentang gambar gambar Maya yang ada dalam simpanannya. 

“You heard me, Adam.” Arissa pasti Adam hanya berpura pura saja. “Kenapa kau masih simpan gambar gambar Maya?” 

“That’s my stuff, Along. So, it’s my right whether to throw it away or not.” 

“Adam…” 

Adam geleng. Dia tak mahu dengar bebelan Arissa lagi. Otaknya dah cukup penat dengan hal di pejabat. Zachary itu sengaja mahu menjatuhkan kredibilitinya di hadapan pemegang pemegang saham dalam mesyuarat pagi tadi. “If you asking me to meet you just only to talk about this, about Amily, about my marriage, I’m not interested, Along.” 

Arissa mengeluh. Susah betul bercakap dengan Adam. Kenapa Adam tidak boleh menjadi seperti Airil, adik bongsu mereka? Airil lebih mendengar kata berbanding Adam. Adam pula keras kepala dan ego. “Because Amily have been trying to steal your attention but you never give her once.” 

“So?” 

“Jangan sampai Amily berputus asa dengan kau.” 

Adam diam. Amily berputus asa dengannya? Tak mungkin wanita itu sanggup melepaskannya. Bagi Amily Katrina, dia adalah harta yang paling bernilai pada wanita itu. “She won’t giving up on me.” 

“Why?” 

“Because, for her, money is everything. Losing me means she will losing everything.” Adam bangun. Seusai membayar harga minuman dia dan Arissa, dia kembali memandang kakak sulungnya itu. 

“I told you before, it’s my marriage and I know what I’m doing right now.” Seusai ucapkan itu, Adam berlalu pergi. 

Arissa mengeluh. Dia harap dia akan mendengar penjelasan dari adik iparnya pula tentang apa yang berlaku sebenarnya. 


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 



Adam melangkah ke arah pintu dengan malas. Siapa entah yang datang waktu malam-malam sebegini. Dan dia pasti tak mungkin Daniel sebab lelaki itu baru saja beredar dan jikalau ada benda penting, tentu Daniel akan menghubunginya dulu, tidak akan menekan loceng seperti orang gila. 

Pintu dibuka, Adam telan air liur melihat gerangan di hadapannya. Sedikit terkejut sebenarnya. 

“Hai, sayang,” sapa Amily sebelum melangkah masuk tanpa dipelawa. Dia memerhatikan keadaan sekeliling apartmen Adam. 

“What are you doing here?” Soal Adam dengan nada bengang.. 

Amily senyum sebelum mengambil tempat di sofa. “I’m kinda a bit miss you.” 

Adam telan air liur. Sedikit terkesima dengan ayat yang baru didengarnya tadi. Amily berkata benarkah atau wanita itu hanya mahu mengenakannya saja? 

“Dah lama I tak datang sini,” Amily bersuara lagi sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. 

Adam diam. Soalan Amily langsung dia tidak hiraukan. Dia masih memikirkan tentang kedatangan mengejut Amily. “Kedatangan you tak dialu-alukan di sini.” 

“Don’t be so mean, sayang. I cuma rindukan you.” Dia mengukirkan senyuman tatkala melihat kertas-kertas bertaburan dia tas meja kopi di hadapannya. Adam tentunya sedang melakukan kerja sebelum dia menganggu lelaki itu. “Ada perempuan lain yang keluar masuk apartmen you ni?” 

Adam mendengus. Sakit hati pula dengan soalan Amily.“Apa yang you nak sebenarnya?” 

Amily senyum lagi. “I already told you the truth. I miss you.” Dia bangun, melangkah ke arah Adam Joshua dengan senyuman menggoda. Baru saja jarinya menyentuh dada sasa lelaki itu, Adam menepis tangannya. Sekali lagi AMily mengukirkan senyuman sinis sebelum kembali melabuhkan punggung di sofa. “Don’t you miss me? It’s been a month since the last day we’ve met.” 

“You tak penting untuk I rindu.” 

“Jadi, siapa yang you rindu?” 

“It’s none of your business.” 

Is it Maya, the one that you miss so much?” Amily ukir senyum sinis. Dia teringatkan kejadian dia terserempak Adam bertemu Maya. Kedua dua suaminya dan wanita itu kelihatan berbual dengan mesra. 

“Don’t you dare to hurt her.” 

Amily mencebik. “We’ll see that. I tak pasti kalau I takkan cederakan dia.” 

“You!” Nada Adam ditinggikan. Penumbuk digenggam sekuat mungkin, menunggu masa untuk bertindak. “Leave!” 

Amily ketawa kecil. Ketawa yang menyakitkan di telinga Adam. Dia bermain dengan hujung rambutnya sebelum memandang lelaki di hadapannya. Wajah Adam sudah merah menahan merah. “I will leave but then I need to discuss something with you.” 

Adam kerut dahi. Apa yang Amily mahu berbincang dengannya? “You nak bincang apa?” 

Amily tarik nafas sedalam yg mungkin sebelum memandang lelaki di hadapannya. “I want a divorce.” Ucap Amily dengan tenang. 

“You… what?” Adam terkejut. Biar betul AMily ini. 

“You heard me, Adam. I nak bercerai.” 

“Why?”Adam tidak puas hati. “You mahu kembali ke sisi Zack semula?” 

Amily senyum. Soalan Adam tidak dijawab. 

“Losing me, will make you lose everything.”Adam bersuara 

“I tahu.” Amily pandang Adam. “Dan I dah tak kisah semua tu. Jadi, you setuju dengan penceraian kita?” 

Adam telan air liur. Jujur, dia tidak tahu untuk menjawab soalan wanita di hadapannya. Amily benar benar sukar dijangka. 

“You tak perlu masa lama untuk berfikir. I tahu you dah lama mahu ceraikan I tapi you tak mampu lakukan itu sebab you risaukan Mommy akan terluka dengan you.” 

Adam kaku. Tidak memberi respon pada fakta yang keluar dari mulut Amily Katrina. “I need a valid reason.” 

“You already know that reason, sayang.” 

Adam telan air liur. Jadi, sebab Amily mahu bercerai dengannya adalah Zachary? 

“We didn’t love each other,” Amily bersuara lagi. 

“That doesn’t bother you right?” Adam pandang Amily. Wajah wanita itu sukar dibaca. Tidak tahu sama ada Amily benar benar maksudkan penceraian mereka atau waniat itu hanya mahu mengujinya saja. “I thought giving up isn’t in your life dictionary.” 

Amily senyum sinis. Dia tarik nafas. “I selalu tertanya tanya apa yang Maya ada yang I tak ada? Kenapa susah sangat untuk you lupakan dia?” Nada suara Amily kedengaran seperti sedikit kecewa tapi wajah wanita itu kelihatan tenang. 

Adam telan air liur. Tentu Arissa memaklumkan sesuatu pada Amily Katrina itu. 

“I thought killing her will make you forget her but then I just realized it will make you hate me more than before.” Tambah Amily lagi. 

“Amily…” Adam bersuara tapi dia tidak tahu apa yang dia harus katakan. Kenapa dia tiba tiba saja rasakan sesuatu tatkala mendengar ayat Amily itu? Dia pasti itu bukan perasaan marah tapi perasaan itu lebih kepada perasaan simpati. 

Amily bangun, dia melangkah ke arah Adam dengan senyuman. Dia memandang Adam. Mereka saling berpandangan satu sama lain untuk seketika sebelum Amily bersuara lagi. “Good bye. My lawyer will call you soon. You may have a peaceful life after this.” Seusai ucapkan itu, Amily melangkah keluar. 

Dan Adam masih lagi kaku di situ. Seolah-olah kakinya telah dipakukan, menghalangnya dari mengejar Amily Katrina itu. Lidahnya juga kelu untuk berkata-kata. Dan hatinya tertanya, apa yang dia harus buat ini? 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Adam memandang helaian dokumen di hadapannya. Adakah ini reality? Adakah ini benar dengan apa yang dibacanya sebentar tadi? Amily betul betul maksudkan mengenai penceraian mereka? 

“What she thinks she are doing right now?” Adam bengang. 

Kertas itu kemudian digumpalnya dengan geram sebelum melemparkannya. Dia tidak peduli ke arah mana gumpalan kertas itu jatuh. 

Daniel yang dari tadi memerhatikan lagak majikannya hanya mampu telan air liur saja. Sejujurnya, dia juga terkejut dengan keputusan isteri majikannya. Sangkaannya, Amily Katrina menyukai majikannya. Dan kalaupun tidak mencintai lelaki yang dikahwininya itu, Amily tak akan sewenangnya melepaskan sesuatu yang memberi kesenangan padanya. 

Adam mengeluh kasar. Jujur, dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan sekarang ini. “What I have to do now, Daniel?” Adam bingung. Entah kenapa dia seakan-akan tidak mahu bersetuju dengan permintaan Amily ini. 

Benar, mereka tidak mencintai satu sama lain. Atau itu hanya alasan Amily saja untuk kembali semula pada Zachary? 

Daniel tarik nafas. Dia juga tidak tahu apa yang harus dicadangkan pada majikannya. “Mungkin tuan patut pujuk puan?” 

Adam senyum sinis. Pujuk Amily? Memujuk Amily tidak sesenang memujuk bekas kekasihnya dulu. Sah sah Amily tak akan mudah termakan pujukannya. 

Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu. Adam menunjukkan riak jengkel dengan gerangan yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Jengkel dan menyakitkan hati tatkala matanya memandang Zachary Davis. 

“The file that you asked,” Zachary bersuara sambil menyerahkan satu fail pada Adam. Dia kemudian mengambil tempat tanpa dipelawa. 

Adam tidak menyambut fail itu sebaliknya tugasan itu dilakukan oleh Daniel. Dia memandang Zachary. 

“Kau tak nak semak?” Soal Zachary sinis. 

“I will do it later,” balas Adam dingin. 

Zachary senyum sinis. “Macam mana kau dan Amily?” 

“It’s none of your business, Zack.” 

Sekali lagi Zachary senyum sinis. “Kau perlu tahu sebab utama kenapa Amily tak mahu lepaskan kau adalah disebabkan duit kau. If you have no money, then you are nothing for her.” 

Adam telan air liur. Adakah Zachary masih belum tahu tentang penceraian mereka yang telah difailkan oleh Amily? 

Aku cuma tunggu masa kau jatuh dan selepas itu Amily akan tinggalkan kau.” 

Adam senyum sinis. “Keep dreaming, Zack.” 

Zachary bangun dengan senyuman sinis di bibir. “I will. I can’t wait for that moment to happen.” 

Adam mendengus. Dia tak akan pernah biarkan Amily menjadi milik Zachary. “She will never be yours.” 

“How you are sure of that?” Zachary memandang Adam. “Ah, aku lupa! Dia tak akan pernah lepaskan kau. Tapi kau tentunya akan lepaskan dia satu hari nanti, bukan?” Seusau ucapkan itu, Zachary berlalu pergi. Puas hatinya dapat lihat wajah bengang Adam. 

Adam genggam penumbuknya. Mahu saja dia layankan sekali lagi penumbuk di muka lelaki itu. 

“Tuan…” Daniel bersuara. 

Adam mengeluh kasar. “I want to be alone.” 

Daniel angguk sebelum melangkah keluar. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Amily memandang jambangan ros merah di tangan setiausahanya. Senyuman sinis terukir melihat itu 

“Puan?” Wendy, setiausaha Amily bersuara. Jambangan ros merah di tangannya dan majikannya dipandang silih berganti. Termasuk hari ini, sudah hari kedua-puluh, majikannya menerima jambangan bunga dari suaminya. Tapi wanita itu langsung tidak mahu menerimanya. Jambangan bunga itu nanti akan dimasukkan ke dalam bakul sampah ataupun dia gunakan bunga itu untuk menghias mejanya. 

Amily mengeluh. “Buat macam biasa, Wendy.” 

Wendy angguk. “Tapi puan…” Dia pandang majikannya. “You receive this too.” Wendy meletakkan satu kotak berkain baldu diikat dengan reben biru di hadapan Amily. 

Mata Amily memandang kotak kecil berwarna hitam di hadapannya. “What is this?” 

Wendy jungkit bahu. “Ia disertakan bersama bunga ini.” 

Amily tarik nafas sebelum memikirkan sesuatu. Matanya masih lagi pada kotak kecil yang cantik di hadapanhya itu. “Leave it here.” 

Wendy angguk. “Including this flower?” 

Amily geleng. “Just the box only.” 

Wendy angguk sebelum melangkah keluar bersama jambangan ros merah. 

Amily mengeluh. Tertanya-tanya apa niat Adam sebenarnya. Baginya, jika Adam mendiamkan diri, makanya lelaki itu telah bersetuju dengan cadangannya untuk bercerai. Tapi dengan bunga yang selalu diterimanya setiap hari, membuatkan dia keliru. Tangannya mencapai kotak di hadapannya. Ikatan reben dibuka sebelum membuka kotak di hadapannya. Air liur ditelan saat terpandangkan rantai leher bertatahkan permata biru. Cantik! 

Tapi baru saja tangannya menyentuh rantai itu, tiba-tiba saja kedengaran ketukan di pintu. Amily tergesa-gesa menutup kotak kecil itu dan menyimpannya di dalam laci. Dia memandang kosong kelibat lelaki yang baru saja mengambil tempat di hadapannya. 

“Hai…” sapa Adam. “Do you like that necklace?” Dia harap Amily akan memberi maklum balas terhadap rantai yang dipilihnya beberapa hari yang lalu. 

Amily senyum senget. “Apa yang you nak?” 

Adam senyum kelat. Kecewa dengan soalannya yang diabaikan. “I wanna talk with you.” 

“I tak bercakap tentang hal peribadi waktu kerja.” 

“It’s lunch time.” 

Amily pandang jam di pergelangan tangannya. Dia tidak sedar sekarang ini sudah waktu makan tengahari. Dia kembali memandang Adam. “So, apa yang you nak cakap dengan I? You mahukan semula rantai yang you bagi kat I tadi?” 

Adam tarik nafas. “That necklace is a gift.” 

“Gift of what? Hari jadi I dah lepas.” 

Adam mengeluh. Dia tahu itu. Hari jadi Amily berlaku sebulan selepas tarikh perkahwinan mereka. Bukan Daniel tidak ingatkannya, tapi dia tidak pernah mahu ambil tahu tentang Amily Katrina ketika itu. “I’m sorry.” 

Amily senyum sinis. 

“I nak bercakap tentang penceraian kita.” Tambah Adam lagi. 

“You may talk to my lawyer.” Balas Amily ringkas. “I tak akan cakap apa-apa tentang itu tanpa kehadiran peguam I.” 

Adam telan air liur. “I don’t want to divorce.” 

Amily pandang Adam. Adakah dia sedang bermimpi dengan ayat yang baru didengarnya sebentar tadi? “Why?” 

Adam mengeluh. “I need you.” 

Amily kerut dahi. “You do? Atau you tak nak bercerai sebab you risau jika I kembali pada Zachary?” 

Adam telan air liur. Tepat betul andaian AMily ini. Tapi itu adalah salah satu sebabnya. Dia betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Entah kenapa dia tidak senang duduk sejak Amily mengutarakan cadangan untuk bercerai. Dia, tiba-tiba saja sedar yang dia tak mahu kehilangan wanita itu. 

“Atau you dah jatuh cinta dengan I?” Amily bersuara lagi. 

Adam telan air liur. Mahukah dia mengiyakannya? 

“But you said you hate me. You said Maya is better than me. And…” Amily bersuara lagi. “You also said that you would never fall in love with me , Adam.” 

Adam mengeluh. "Jatuh cinta bukan dalam kawalan I, Amily." Adam memandang wanita di hadapannya. 

Amily tarik senyum senget. "Jadi, sebab itu you berikan I bunga dan rantai itu?" 

Adam tarik nafas. Dia bangun tatkala wanita itu bangun. Amily kelihatan seperti mahu keluar dari pejabatnya. 

"Are you telling me that you had fall for me, now?" Amily bersuara lagi. Dia ada temu janji dengan Tina nanti. 

Adam telan air liur, tidak tahu sama ada mahu mengiyakan atau menafikan soalan yang keluar dari mulut isterinya. 

"Maybe you should try harder than this, sayang," ucap Amily sebelum melangkah ke arah pintu. Baru saja dia memulakan langkah pertama, lengannya telah direntap kasar oleh Adam. 

"Don't do this," rayu Adam. "I could tell you thousand of reasons why I love you." 

Amily senyum sinis. "Love don't need reasons." Pegangan Adam dirungkaikan. 

Adam mengeluh. 

"I told you, falling in love wasn't in our deal," bisik Amily ke telinga Adam. "I see you soon, sayang." Seusai ucap itu Amily berlalu pergi. 

Dan Adam kembali melepaskan keluhan. 


Reenapple: Oh Noooo... Kenapa Amily buat macam tu? Tapi padan muka Adam. 




6 comments:

  1. Hmm. Whyy. Haishh. Pdan muka adam. Dlu jual mahal sngt. Mintak2 adam and amily jugak akhirnya.

    ReplyDelete
  2. Pergh Adam, aku tak sangka pulak cecepat ni dia nak luah perasaan hahaha

    ReplyDelete
  3. Sorry too busw w/ working life. Tak sdr lgsg dh ke depan sgt bab stick and stones ni. Sory cant keep it up with u jugak. Once my work is done nanti aku kacau kau. Eh😏

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.