Tuesday, October 20, 2015

Stick & Stones #38



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37]


Adam dan Amily melangkah masuk ke dewan hotel itu dengan senyuman dibibir masing-masing. Hari ini mereka menghadiri majlis ulang tahun Casa Holdings yang ke sepuluh. Amily memeluk erat lengan suaminya sambil mengukirkan senyuman palsu pada sesiapa yang mengukirkan senyuman padanya. 

“Adam…” tiba-tiba kedengaran suara lelaki. 

Adam menoleh. Encik Azman sedang memandangnya dengan senyuman. Mereka berjabat tangan sebelum berbual tentang sesuatu yang membosankan bagi Amily. Matanya memandang keadaan sekeliling dewan, cuba mengenal pasti kelibat yang dikenalinya. Kelihatan Zachary sedang berbual dengan sekumpulan gadis cantik. Amily ukirkan senyuman sinis melihat itu. Zachary masih belum berubah. Tapi dia tidak peduli itu. Punya Adam di sisinya sudah cukup baginya.

Tidak berapa lama kemudian, kelibat Puan Nellyana muncul bersama anak gadisnya. Puan Nellyana mengukirkan senyuman pada Amily tapi tidak Keisha. Gadis itu kelihatan takut berhadapan AMily. Tentulah, dia sudah balas dendam pada Keisha Daniella itu. Itulah siapa suruh membuatkannya marah. 

Hampir sepuluh minit berbual, Encik Azman meminta diri untuk beredar tatkala menyedari kelibat yang dikenalinya. Begitu juga Puan Nellyana dan Keisha.

Apa yang you dah buat dengan Keisha?” Bisik Adam pada isterinya tatkala mereka melangkah ke arah meja yang disediakan untuk mereka. 

“Maksud you?”

“That girl seem so scary with you.” Balas Adam. Bukan dia tidak sedar akan kelakuan Keisha pada isterinya. Jika dulu sepupunya itu akan memandang Amily dengan sinis tapi malam ini, Keisha hanya mendiamkan diri saja. Bahkan memandang Amily pun tak mahu.

Amily senyum sinis. “I gave her a lesson.”

Adam mengeluh. Dia memandang isterinya. Jujur, dia tidak gemar dengan sikap Amily yang suka membalas dendam. Insiden Anna hari itu pun dia masih tidak dapat lupakan lebih lebih lagi mengetahui apa yang Amily telah lakukan pada bekas perempuan simpanan Zack. “Don’t cause problems, Amily.”

Amily senyum sinis. Ayat Adam dia tidak hiraukan. “Kalau you lupa, dia tolak I sehingga kaki I terseliuh.” ucap Amily lagi sebelum melabuhkan punggung.

Adam geleng kepala sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya. Dia jeling tajam pada Zachary yang tiba-tiba saja mengambil tempat di sebelah Amily. Penyibuk je! Siapalah yang uruskan kedudukan mereka ini. Di meja sebelah, dia dapat lihat wajah tidak puas hati Mommy terhadap Auntie Nellyana.

“Hai Amily..” sapa Zachary dengan senyuman. 

“Hai Zack..” Amily ukirkan senyuman. Dia perhatikan Keisha yang mengambil tempat di sebelah abangnya. Gadis itu masih takut untuk memandangnya. Dia senyum sinis dalam hati. Itulah, siapa suruh cari pasal dengannya, kalau tak, sah-sah rahsia Keisha pernah lakukan penguguran akan disimpan dengan rapi. “Hai, Keisha,” AMily berpura pura peramah.

Keisha senyum kelat. Jujur, sejak insiden pengugurannya setahun yang lepas sudah terbongkar, dia tidak berani lagi untuk cari pasal dengan wanita bernama Amily Katrina ini. 

“Mana Along?” Soal Amily. Dari tadi dia menunggu kelibat kakak ipar kesayangannya tapi kelibat Arissa masih belum muncul. 

“She will be arriving in any minute.” Balas Adam tidak ikhlas. Dia kalau boleh mahu saja menghalau Zachary dari duduk di sebelah isterinya tapi dia terpaksa menjaga air mukanya. Lebih lebih lagi di hadapan para pemegang saham, pelabur dan ibu bapa mentuanya. 

“There she is,” ucap Amily tatkala menyedari kelibat Arissa melangkah ke arah meja mereka. Wanita itu, walaupun berbadan dua, masih tetap kelihatan anggun. 

Arissa mengambil tempat di sebelah Keisha, manakala suaminya berada di antara nya dan Airil. “Majlis dan bermula?”

“Just starting,” balas Airil sebelum memandang ke arah pentas. 

Seusai 30 minit ucapan Encik Kamarul, tiba pula giliran Adam memberi ucapan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Casa Holdings. Dan itu memberikan Zachary banyak peluang untuk berbual dengan Amily. Tapi Amily tidak banyak melayan Zachary, dia lebih banyak berinteraksi dengan Arissa bercakap tentang berbagai topic.

20 minit berada di atas pentas, Adam kembali ke tempat duduknya. Dia sempat melontarkan jelingan tidak puas hati pada Zachary. Sakit hati juga dia tatkala melihat Zachary cuba mengambil kesempatan diatas ketiadaannya di sebelah Amily. Mujur saja Arissa yang lebih banyak berbual dengan Amily. Rasanya Arissa tahu apa niat Zachary.

“Your speech is great,”puji Amily tatkala Adam berada di sebelahnya.

Adam senyum senget sebelum menghirup minuman di hadapannya. Haus pula tekaknya berucap lama. Dia tidak endahkan pujian Amily. 

Zachary kemudian bangun, melangkah ke arah sekumpulan gadis yang berada di hujung dewan. Keisha turut bangun, mengikuti langkah abangnya. 

“Excuse me, I need to go to ladies,” ucap Amily sebelum bangun.

Adam angguk kepala sebelum kembali menghirup minuman di hadapannya. 

Arissa memandang adik lelakinya. Airil pula sudah lama menghilang selepas Adam turun dari pentas. “What are you gonna do about Zack?”

Adam telan air liur. Sah-sah Arissa sedar sesuatu. “Maksud Along?” Dia berpura-pura tidak memahami. 

“He seems so interested with AMily. He can’t take his eyes from her.”

Adam senyum sinis. Dia tahu itu. Dia juga sedar itu. Dia sedar itu dah lama, sebelum dia mengetahui siapa Zachary dalam hidup Amily Katrina. 

Tapi Along tak rasa Amily akan terpikat dengan dia.” Arissa bersuara lagi.

Adam telan air liur. Betulkah Amily tidak akan terpikat semula dengan Zachary? Walaupun Amily menafikan dia berkahwin dengannya bukan untuk membalas dendam pada Zachary, Adam, bagaimanapun masih sangsi tentang itu. 

Wanita itu masih lagi bertemu dengan Zachary. Masih lagi berhubung dengan Zachary. Dan tengoklah insiden di lapangan terbang seminggu lepas, Zachary yang menjemput Amily, bukannya Bryan atau pemandu Encik Zafrul. 

Haruskah dia menyiasat lagi mengenai Amily dan Zachary?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily baru saja melangkah keluar dari tandas tatkala tangannya tiba tiba saja ditarik oleh seseorang. Tubuhnya kemudian ditolak ke dinding. Dia mengukirkan senyuman pada gerangan yang memperlakukannya dengan kasar.

“Zack…”

Zachary mengeluh kasar. Sakit hati juga mendengar Amily memuji Adam tadi. “You dah sombong I sekarang.”

Amily senyum sinis. “Definisikan maksud sombong, Zack.”

Zachary mengeluh lagi. “I tak suka you rapat dengan Adam.”

“Why? He’s my husband Zack.”

Zachary geleng. Dia tak mahu dengar itu. Dia tak mahu terima itu sebagai alasan Amily. “You didn’t love him.”

“How you are very sure about that?”

Zachary geleng lagi. “You just love his money.”

“Unfortunately, I love him too.”

“Since when?” Zachary tidak berpuas hati.

“It’s none of your business, Zack. You should move on.”

Zachary telan air liur. “You know that I love you only.”

“Really?” Amily senyum sinis. “Jadi, bagaimana pula dengan Deanne, Mary, Suzie dan juga perempuan perempuan simpanan you yang lain?”

Zachary mengeluh lagi. Sememangnya tak ada apa apa yang dia boleh sembunyi dari Amily. Wanita itu tahu kesemuanya. “Kalau you setuju kembali ke sisi I, I akan tinggalkan mereka. Hanya untuk you.”

Amily senyum sinis. “I rasa Adam lagi baik dari you.”

Zachary mendengus.”You kahwin dengan Adam untuk balas dendam pada I saja. You didn’t love him.”

“If it’s true, does it has anything to do with you?”

Zachary telan air liur. Dia memandang Amily yang sedang mengukirkan senyuman sinis. Sungguh, dia sendiri tidak tahu sebab mengapa dia tidak mampu ‘melepaskan’ Amily. Wanita itu ada sesuatu yang buatkan dia masih lagi inginkan wanita. Perlahan-lahan wajahnya didekatkan pada wajah Amily dengan niat mahu menyentuh bibir wanita tapi belum sempat dia lakukan itu, Amily telah menolak tubuhnya dengan kasar. 

“Behave Zack.” Ucap Amily dingin. “We are in public.” Amily bersiap-siap mahu beredar tapi baru saja dia memulakan langkahnya, Zachary kembali menarik tubuhnya. Kali ini lengannya dicengkam dengan erat.

“I didn’t ask you to leave,” Zachary bengang.

Amily memandang Zachary dengan sinis. Dia langsung tidak bersuara. 

“Zack!” Tiba tiba kedengaran satu suara lelaki.

Zachary mendengus kasar. Penyibuk betul Adam ni! Dia melepaskan cengkaman di lengan AMily. 

“Leave her alone,” Adam melangkah ke arah Zachary dan Amily. Patutlah Amily mengambil masa lama. Rupa rupanya sibuk ‘berurusan’ dengan Zachary.

“It’s none of your business,” balas Zachary bengang.

“She’s my wife.”

“So?” 

Adam mengeluh kasar. “Aku tak kisah kau nak bincangkan hal kau dengan Amily tapi sekarang ini, dia isteri aku. Jadi, aku harap kau jaga tingkah laku kau,” ucap Adam bengang sebelum menarik Amily dengan kasar, membuatkan wanita itu menuruti langkahnya kembali ke dewan.

Zachary mengepalkan tangannya. Jujur, dia mahu saja menumbuk lelaki tak guna. Akhirnya dinding menjadi sasarannya untuk melempiaskan kemarahannya pada Adam.

!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily melangkah masuk ke apartmennya diikuti oleh Adam. Dia kemudian berpaling, menoleh ke arah Adam yang masih kaku berdiri di pintu. “Would you like anything?”

Adam diam. Dia hanya memandang Amily dengan rasa yang bengang. Tidak tahu sama ada dia patut marah pada Amily atau marah pada Zachary. Atau dia patut marah pada kedua dua manusia itu? Tapi ada benar apa yang dikatakan oleh Zachary tadi, hal lelaki itu dan isterinya bukan halnya. Lagipun, dia telah bersetuju untuk tidak masuk campur hal Amily. 

“Are you mad, sayang?” Amily melangkah ke arah Adam. Jari telunjuk cuba menyentuh dada bidang lelaki itu tapi, belum sempat dia lakukan itu, Adam telah menepis. Dia tersenyum sinis. “Kenapa you marah sangat ni?”

Adam mendengus.

“You cemburu tengok I dan Zack?” 

“Tell me the truth, Amily” Adam bersuara. “Is it true that you married me because you want to get revenge on Zack?”

Amily senyum sinis lagi sambil memeluk tubuh. “Why you bother about that?”

“I need to know the truth.”

You sendiri yang cakap apa jua yang I buat, tak ada kaitan dengan you. Dan, I dah beritahu you banyak kali, Zack bukan sebab utama.”

“Jadi, kenapa you masih berhubung dengan dia?” Soal Adam lagi. 

Amily senyum senget. “Mungkin sebabnya sama kenapa you masih bertemu Maya.” Balas Amily sambil membelek kukunya sebelum mengambil tempat di sofa. 

Adam telan air liur. Bagaimana Amily tahu dia bertemu Maya beberapa hari yang lalu. “Leave her alone!” jerit Adam. Kali ini rasa risau menghurunginya. Dia risau jika Amily akan mengapakan Maya sepertimana wanita itu lakukan pada Anna dulu. 

Amily ketawa kecil. “Maya still important in your life, isn’t it?” Dia pandang lelaki itu.

Adam mengenggam tangannya. 

“I don’t like you still seeing her.” Tambah Amily lagi.

I’m not yours, Amily.”

Amily angguk. “It’s true. You’re my husband according to law only.”

Adam mengeluh kasar. “Stay away from Maya,” ucap Adam tegas.

Amily senyum senget. Dia pandang Adam lama sebelum kembali bersuara. “Leave.”

“What?” Adam kerut dahi.

“You heard me. I want you to leave.” Ucap Amily tenang. 

“I pun tak nak berada kat sini.”ucap Adam jengkel sebelum melangkah keluar. Pintu dihempas dengan kuat.

Amily tarik nafas sedalam yang mungkin sebelum melepaskan keluhan.


Reenapple: Hai, lama gila tak publish cerita ni kan? So, untuk beberapa bulan yang lalu, Stick & Stones dihantar untuk penilaian publisher. Sebab tu  tak boleh publish kat blog sewaktu dalam proses penilaian. Unfortunately, Stick & Stones gagal dalam proses penilaian tu. So, sebab tu post balik cerita ni. Aku rasa korang kena baca semula part 1 hingga 37 nak refresh jalan cerita kan? BTW happy reading. :)


10 comments:

  1. Huhuii. Wasn't expect to read this story for now. Sbb kau kata publish bulan depan. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Bulan depan pun kau boleh baca. Haha

      Delete
  2. oh..lama benar menanti...memang teruja & terima kasih..tahniah juga untuk Secret...best

    ReplyDelete
  3. Ala sayangnya ......
    publis jer sendiri
    ceta best pulak tu

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.