Monday, October 19, 2015

Secret #47: Ending





Jason mengukirkan senyuman tatkala Rachel melangkah ke arahnya dengan senyuman. Dipeluk anak kecil itu dengan erat sebelum mencium pipi kanak-kanak itu. Dia senyum lagi melihat senyuman manis kanak-kanak itu. 

“Mama…” kanak-kanak itu bersuara melihat seorang wanita melangkah ke arahnya.

Jason melepaskan pelukannya pada kanak-kanak itu dan memandang Sarah yang baru sahaja tiba di sisinya. Dia senyum lagi melihat kanak-kanak kecil berusia tiga tahun melangkah ke arah Sarah. 

Sarah mengukirkan senyuman pada kanak-kanak itu sebelum mendukungnya. Beberapa seketika kelibat Ryan muncul, mencubit pipi kanak-kanak dalam pangkuan Sarah sebelum memandang Jason. 

“Cepat betul dia membesar,” ucap Jason dengan senyuman. “Rasanya seperti baru semalam aku dengar berita Sarah melahirkannya dan sekarang dia sudah mula pandai berjalan.”

Ryan senyum sebelum memandang isterinya. Siapa sangka apa yang Tyler pernah beritahu dulu benar-benar menjadi kenyataan. Dia bertemu jodoh dengan Sarah. Mungkin ia adalah sesuatu yang aneh bagaimana Sarah boleh jatuh hati padanya sedangkan dia sangkakan wanita itu masih cintakan Jason. Tapi katanya Sarah, ketika mengetahui apa yang bakal Collins lakukan dahulu, wanita itu lebih risaukan keadaannya berbanding Jason. 

“Tiga tahun bukanlah lama, Jason.” Ryan senyum. 

“Saya masuk dulu, mandikan Rachel,” ucap Sarah dengan senyuman. Pipi anaknya dicubit dengan lembut. 

Ryan angguk. Dia kembali memandang Jason dengan senyuman hambar. “Bagaimana dengan keadaan kau sekarang?.”

Jason senyum hambar. “Seperti selalu yang kau lihat.”

Ryan senyum hambar lagi. “Kau patut teruskan hidup kau.”

Jason geleng. “Aku tahu satu hari nanti dia akan kembali ke sisi aku, Ryan.”

Ryan mengeluh kecil. 

Tiga tahun yang lalu, seingatnya selepas bertemu Lillian kali terakhir, dia andaikan keadaan akan kembali seperti sedia kala. Tapi apa yang mengejutkannya, mereka berempat sedar di hospital. Ayahnya, ayah Steven dan Tayler datang menyelamatkan mereka di rumah lama keluarga Harvey. Kata ayahnya ketika, mereka berlima tidak sedarkan diri sebab itu mereka dibawa ke hospital. 

Tapi malangnya, diantara mereka berlima, hanya Rachel sahaja yang masih belum sedar, sehingga ke saat ini. Tiga tahun telah berlalu dan Rachel Julienne Wilson sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedar. 

“Adakah dia datang jumpa kau?” Soal Jason. 

Ryan ukirkan senyuman hambar. Kali terakhir dia bertemu Rachel dalam mimpi adalah beberapa bulan yang lalu, ketika hari lahir mereka yang ke 33 tahun. Dia geleng kepala. “Kali terakhir dia muncul dalam mimpi aku adalah ketika hari lahir kami, Jason. Dan aku sudah ceritakan segalanya pada kau.”

Jason angguk lemah. Dia tahu itu. Rachel tidak pernah muncul dalam mimpinya. Walau bagaimana sekalipun dia mahu wanita itu muncul dalam mimpinya, Rachel tidak pernah lakukan itu. 

Tapi aku nak kau tahu yang dia selalu cintakan kau.” Tambah Ryan lagi. 

Jason senyum kelat. Dia tahu itu. Dia harap Rachel cepat cepat sedarkan diri. Ada banyak yang dia mahu ceritakan pada wanita itu.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Jason memerhatikan tubuh Rachel di atas katil dengan keluhan. Sejak dia keluar dari hospital, Rachel dibawakan ke sini, ke rumahnya. Dia rasakan lebih baik wanita itu berada di sini. Dia mahu apabila selalu bersama wanita itu. Dia mahu menjadi manusia pertama yang Rachel lihat apabila wanita itu sedar nanti. 

“Tidak mahukah awak sedar dan beritahu saya satu cerita?” Jason bersuara sambil tangannya mengusap pipi Rachel. 

Jason mengeluh. Sesuatu yang gila bercakap seorang diri tapi dia tahu Rachel mendengar setiap ayat yang diucapkan selama ini. Dan mungkin saja roh wanita itu berada di sampingnya ketika ini, cuma dia saja yang tidak mampu lihat nya. Kalaulah dia masih punya kuasa, tentu dia akan gunakan kuasanya untuk ‘dapatkan’ Rachel semula. 

Jam di dinding dikerlin. Hampir pukul 2 pagi dan dia masih berada di bilik Rachel. Untuk sementara waktu Rachel diasingkan dari bilik mereka. Tapi kadang-kadang dia akan tertidur di situ, di bilik yang menempatkan Rachel. Dan dia sedikit pun tidak pernah lupa untuk melawat isterinya itu. Satu ciuman selamat pagi akan diberikan sebelum dia keluar bekerja dan begitu juga setiap kali dia pulang dari bekerja. Kadang-kadang dia akan bacakan Rachel buku yang sedang dibacanya. 

“Saya rindukan awak, Rachel. Tersangat rindukan awak, sayang.” Sekali lagi tangannya mengusap pipi Rachel. 

Dan tiba-tba saja Jason rasakan satu angin menyapa tubuhnya. Dia telan air liur apabila melihat pokok yang pernah diberikan pada Rachel dulu, bergoyang dengan sendirinya seolah-olah ada angin yang menyentuh pokok itu. Sekali lagi air liur ditelan apabila bunga pokok itu mengeluarkan cahaya biru. Dia asyik memerhatikan bunga bercahaya itu sebelum dia sedar tangan Rachel yang dipegang Rachel tiba-tiba saja bergerak. 

Dia menoleh ke arah isterinya. Air liur ditelan lagi apabila Rachel memandangnya. Mata wanita itu terbuka tapi Rachel sedikit pun tidak bersuara. Wanita itu asyik memerhatikannya. 

“Rachel…” Jason bersuara. Dia mendekati isterinya. Tapi wanita itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mata wanita itu masih padanya. 

“Siapa awak?” Rachel akhirnya bersuara. 

Jason telan air liur. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Satu senyuman diukirkan sebelum meletakkan satu mug kopi berhadapan lelaki itu. Dia kemudian mengambil tempat berhadapan lelaki itu. Dia perhatikan saja lelaki iu yang asyik membaca suratkhabar. Dia kemudian berdehem. 

“Ya?” Jason mengalihkan perhatiannya kepada wanita di hadapannya. Dia ukirkan senyuman pada wanita itu. 

“Apa yang awak sedang baca sampaikan awak tidak sedar saya?” ucap Rachel berpura-pura merajuk. 

Jason ukirkan senyuman. Surat khabar di tangannya dilipat sebelum diletak ke atas meja. “Apa yang awak mahu tahu?”

Rachel jungkit bahu. “Apa-apa saja tapi bukan urusan perniagaan awak.” Dia menghirup coklat pnas. 

Jason ketawa kecil. “Awak mahu pergi bercuti?”

Rachel kerut dahi. “Maksud awak?” 

“Sudah lima tahun kita tidak pergi bercuti.”

“Awak yang sibuk. Saya tidak tahu sejak bila awak menjadi seorang yang gila kerja.”

“Sejak lima tahun yang lalu, ketika awak tinggalkan saya.”

Rachel senyum. “Saya tidak tinggalkan awak. Saya selalu berada di sisi awak, perhatikan apa saja yang awak buat.”

Jason ketawa kecil. “Jadi, awak patut tahu adalah lebih baik saya gila kerja dari gila perempuan”

Rachel mencebik. “Okay. Jadi kemana kita akan bercuti?”

Jason ungkit bahu. “Awak pilih tempatnya.”

Rachel angguk dengan senyuman. Dia kembali memerhatikan keadaan sekeliling kediaman Danvers. Lima tahun sudah berlalu sejak kejadian itu. Sudah lima tahun mereka hidup tanpa sebarang kuasa mahupun sumpahan yang dikenakan pada keluarga mereka. Masing-masing sudah punya kehidupan masing. Steven telah berkahwin dengan Teressa, Ryan sedang menanti kelahiran anak kedua mereka. Dan Tyler sedang berpasangan dengan seorang gadis. Mereka semua kelihatan bahagia. 

“Apa yang awak sedang fikir sehingga buatkan awak tersenyum?” Kedengaran suara Jason. Dia perhatikan saja isterinya yang sedang termenung. 

Rachel senyum. “Kadang-kadang saya rindukan kuasa saya. Kadang-kadang saya mahukan kuasa saya semula. Tapi bila difikirkan kembali, mungkin saya lagi suka keadaan kita yang baru ini.”

Jason senyum. Dia angguk bersetuju dengan apa yang keluar dari mulut isterinya. “Masih ingat pada kali pertama awak sedar? Awak menakutkan saya.”

Rachel ketawa kecil. “Saya cuma uji awak sahaja. Ryan beritahu saya semuanya.”

“JAdi, awak harus tahu yang saya hanya cintakan awak seorang sahaja.”

Rachel mencebik. Dia berpura-pura tidak mendengar ayat lelaki di hadapannya. Dia kembali memerhatikan keadaan sekeliling sebelum kembali memandang Jason dengan senyuman. “Apa kata kita letakkan nama anak perempuan kita, Lillian?”

Jason kerut dahi. “Maksud awak?”

“Lillian Danvers untuk perempuan dan Nathaniel Danvers untuk lelaki.” Tambah Rachel lagi. 

“Adakah awak…” belum sempat Jason menghabiskan ayatnya, Rachel kembali bersuara. 

“Awak akan menjadi seorang ayah.” Rachel ukirkan senyuman. 

Jason tersenyum lebar. “Adakah ia…”

Rachel angguk kepala. “Ia adalah kembar. Lelaki dan perempuan.”

“Bagaimana awak tahu itu?” Jason kerut dahi. 

“Lillian beritahu saya.” 

Sekali lagi Jason ukirkan senyuman. 

Dan saya pasti kali ini tiada diantara anak kita nanti punya kuasa,” tambah Rachel lagi. 

Jason ketawa kecil. Dia bangun, memeluk erat isterinya sebelum menghadiahkan satu kucupan ke bibir isterinya. “Saya cintakan awak, sayang.”

“Begitu juga saya, sayang.” Rachel membalas ciuman Jason. 

Dan akhirnya mereka hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. 

-The End-


Reenapple: Akhirnya habis juga even mood nak menulis cerita ni dah ke laut. Maaf jikalau cerita ini tidak best dan apa-apa je lah. Haha.  Huuu. Mohon baca balik bab 1- 37 Stick & Stones ya. Ada suprise untuk korang. Eheee

Love, Reen 














9 comments:

  1. Wahhh, bestnyer sis. Sukaaa gilaaaaaa. Happy ending. Okey2. Tak sbar nk tahu smbungan stick and stones

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading. :)

      Stick & Stones is next entry :)

      Delete
  2. Finally. I'm glad for the happy ending. And can't wait for Stick and Stones!!

    ReplyDelete
  3. Yeayy !! Love it. So what's next hehehe..

    ReplyDelete
  4. done reread stick&stone..Ap suprise tu??? I cant trace lah..huhu..ke dh nk publish ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope. Cuma Stick & Stones bab 38. Dan tak akan di publish dalam versi cetak. :)

      Delete
  5. The end... la xpuas la but overall best i like it just byk persoalan yg tak terjwp lg

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.