Wednesday, October 14, 2015

Secret #46: Meeting





Lillian memandang keempat-empat lelaki muda di hadapannya dengan senyuman. Diperhatikan pula keadaan sekeliling bangsal lama milik keluarga Danvers. Sedikit pun tidak berubah.

Manakala keempat-empat Jason, Ryan, Steven dan Tyler turut mendiamkan diri. Apa yang mereka lakukan hanyalah memandang Lillian sejak wanita itu tiba di bangsal milik keluarga Danvers. Mulut mereka seolah-olah terkunci untuk bersuara. Mungkin saja mereka sebenarnya gerun berhadapan Lillian. Dan mungkin tidak. Ryan dan Jason kelihatan tenang sahaja, tidak seperti Steven dan Tyler. 

“Kenapa awak lakukan ini, Lillian?” Ryan bersuara. Jujur, sebelum wanita tua ini tiba, dia dihimpit pelbagai perasaan gerun, namun, selepas bersemuka dengan Lillian, aneh, perasaan gerun itu hilang. Tidak tahu sama ada ia sememangnya satu kebetulan atau semuanya adalah disebabkan Lillian. 

Lillian ukirkan senyuman. “Bukankah ini kehidupan yang kamu semua mahukan? Hidup tanpa sumpahan? Tanpa kuasa. Di mana kamu semua mampu menjadi tua secara semulajadi tanpa sumpahan, bukan?”

Keempat-empat Ryan, Jason, Steven dan Tyler telan air liur. 

“Tapi tidak dengan menghapuskan Rachel dari hidup kami,” Jason bersuara. 

Lillian senyum. Matanya ke arah Jason. “Saya tidak hapuskan Rachel dari hidup kamu semua. Saya cuma ubah keadaan saja. Rachel masih lagi wujud dalam kehidupan ini tapi dia bukan lagi sebahagian dari kamu. Dia bukan lagi dalam kalangan kamu lagi.”

“Apa yang akan awak dapat dengan lakukan ini, Lillian?” Ryan pula bersuara. 

“Tiada. Saya tidak dapat apa-apa dari ini.”

“Pulihkan keadaan kepada asal.” Arah Jason tanpa rasa gentar.

Lillian senyum lagi. Dia kembali memandang keempat-empat anak muda di hadapannya. “Danvers, Wilson, Simmons dan Dawson sudah lama hidup dengan sumpahan yang dikenakan keatas mereka. Sumpahan yang mereka sendiri lakukan untuk merahsiakan siapa mereka sebenarnya dari khalayak ramai. Dan sekarang saya beri kamu berempat peluang untuk menjadi manusia biasa tapi kamu tidak mahu kebebasan ini?”

Keempat-empat Jason, Tyler, Ryan dan Steven telan air liur. Mereka tahu asal usul sumpahan yang dikenakan ke atas keluarga mereka. Semuanya bermula di saat pemburuan ahli sihiri berjuta juta abad yang lalu. Moyang mereka lakukan itu untuk melindungi rahsia dan juga keselamatan mereka. Tapi apa yang dilakukan ada kesannya.

“Pulangkan Rachel pada kami,” Giliran Steven bersuara. “Kami berempat sedikit pun tidak takut dengan awak.” Steven memandang ketiga-tiga sahabatnya. 

Lillian tarik nafas. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya.”Saya tahu. Saya bertemu kamu berempat bukan untuk menakutkan kamu semua.”

“Pulangkan saja Rachel pada kami, Lillian,” Ryan mencelah. Dia tidak mahu mendengar sebarang ayat yang keluar dari mulut Lillian lagi. Apa yang dia mahu sekarang ini adalah Rachel dan juga kehidupannya yang asal. 

“Kamu pasti kamu tidak mahu hidup dalam dunia ini?” Lillian pandang Jason. “Ayah kamu hidup dan keluarga kamu kembali bahagia. Bukankah itu yang kamu mahukan?”

Jason telan air liur. Tawaran Lillian sememangnya sukar untuk ditolak. Tapi dia tidak mahu pentingkan diri sendiri. 

Kamu semua hanya boleh lakukan satu pilihan saja. Sama ada kamu mahu Rachel kembali dan punya kehidupan yang asal di mana kamu berdua kekal punya kuasa dan menjadi tua setiap kali berlebihan menggunakan kuasa, atau, kamu mahu hidup seperti keadaan sekarang?”

Keempat-empat Jason, Ryan, Steven dan Tyler telan air liur lagi. Tawaran Lillian sememangnya menarik tetapi mereka tidak boleh abaikan Rachel. Mereka berada di sini kerana Rachel. 

“Dan Rachel?” Soal Ryan. Dia walau bagaimana sekali pun tak akan tinggalkan Rachel. Dia akan pastikan wanita itu bersamanya walau apa jua yang berlaku. 

“Dia akan bersama kamu semua tidak kira apa jua pilihan yang kamu pilih. Cuma mungkin, apabila kamu memilih pilihan yang kedua, kamu semua perlu berusaha lebih untuk buatkan Rachel mengenali kamu.”

Buatkan dia ingat kami semua.” Giliran Jason pula bersuara. 

Lillian senyum. “Itu bukan urusan saya, Jason.”

“Tapi awak yang bawa kami ke dalam dunia ini,” Ryan memandang Lillian. 

“Kamu semua yakin saya yang bawa kamu ke dalam dunia ini?”

Soalan Lillian membuatkan kempat-empat Jason, Ryan, Steven dan Tyler kerut dahi. Mereka langsung tidak memahami soalan yang baru saja keluar dari mulut Lillian. Adakah Lillian mahu beritahu segala yang berlaku saat ini adalah disebabkan Rachel?

“Biar saya beritahu sesuatu anak muda.” Lillian bersuara lagi. Dia memandang keempat-empat lelaki muda di hadapannya. “Kuasa Rachel lebih kuat dari kuasa saya, kuasa kamu.”

“Maksud awak, apa yang berlaku saat ini semuanya disebabkan Rachel? Rachel yang lakukan semua ini?” Soal Ryan dengan rasa tidak percaya.

Lillian diam. “Hanya Rachel saja yang boleh membuatkan keadaan kembali seperti asal.”

Sekali lagi Jason, Ryan, Tyler dan Steven telan air liur. Belum sempat salah seorang daripada mereka bersuara, Lillian telah beredar. Ryan mengejar Lillian tetapi apabila tiba di luar bangsal, kelibat wanita itu hilang. Dia kembali masuk ke dalam bangsal, memandang wajah sahabat-sahabatnya dengan wajah yang muram. 

“Dia sudah hilang,” ucap Ryan lemah. Dia memandang Jason. “Apa yang kita harus lakukan sekarang ini?”

“Apa yang kita perlu lakukan hanyalah kembalikan ingatan Rachel sahaja, bukan?” Tyler bersuara. 

“Maksud kau?” Soal Steven hairan. 

Lillian cakap hanya Rachel yang boleh kembalikan kita ke dunia asal.” Balas Tyler. Dia memandang sahabat-sahabatnya.”Tapi bagaimana kita mahu kembalikan ingatan Rachel jikalau kita tiada kuasa?”

Jason pandang Ryan. “Mungkin kau boleh lakukan itu?”

“Maksud kau?” Ryan kerut dahi. 

Kau kembar dia. Kau dan dia masih punya telepati.”

“Kau mahu aku cuba goda dia? Ini kerja gila, Jason!”

“Mungkin Jason yang patut lakukan itu.” Tyler mencelah. 

“Maksud kau?” Steven bersuara. 

Tyler tarik nafas. “Ini mungkin kedengaran kisah yang tidak masuk akal. Tetapi ia selalunya telah dibuktikan yang cinta sejati adalah lebih kuat dari segala halangan.”

“Kita bukan berada dalam kisah Cinderella, Tyler,” Ryan mencelah. Dia rasakan apa yang diucapkan oleh Tyler itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Jason tarik nafas. “Aku akan lakukan itu.”

“Bagaimana kau mahu lakukan itu, masih tinggal 3 minggu untuk perkahwinan kau, Jason,” ucap Steven.

KAu mahu Ryan lakukan itu?” Jason pandang Ryan yang telah pamerkan riak jijik. Dia tahu apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Jikalau dia berada di tempat Ryan, sudah tentu dia tak akan lakukan itu. 

Kalau benar seperti apa yang Tyler pernah beritahu dulu, walau apa jua yang berlaku, Rachel tetap milik aku jika sememangnya itu takdir kami.” Ucap Jason dengan tenang. 

“Semoga berjaya,” ucap Ryan sambil menepuk bahu Jason. Dia harap ingatan Rachel akan pulih dan kemudian, keadaan akan kembali seperti asal. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Rachel memandang Jason di sebelahnya. Lelaki itu dari tadi mendiamkan diri. Dari saat mereka memasuki kereta untuk ke hospital;. Tapi sekarang mereka bukannya melalui jalan untuk ke hospital. Dan dia sendiri tidak tahu dia berada di mana. Risau sudah mula menghurungi dirinya. 

Ke mana awak mahu bawa saya, Jason? Awak beritahu Sarah berada di hospital sekarang ini tetapi kita bukan melalui jalan untuk ke sana.” Rachel sudah mula risau. Risau jika Jason punya niat yang tidak baik terhadapnya. 

Jason diam. Dia tahu ini mungkin kedengaran suatu kerja gila, tapi dia sehabis daya lakukan apa sahaja untuk buatkan Rachel menjadi miliknya. 

“Saya akan laporkan pada polis,” Rachel menyelongkar beg tangannya , namun telefon bimbitnya tidak kelihatan. Dia mengeluh. Dia tertinggal telefon bimbitnya. 

Kereta Jason kemudian berhenti di sebuah rumah agam yang besar. Lelaki itu turun dari kereta. Dan Rachel terpaksa saja menurti langkah lelaki yang tidak begitu dikenalinya. 

“Kita berada di mana?” Rachel bersuara sambil mengekori langkah Jason dari belakang. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling. Tempat asing ini begitu tidak menyelesakannya. 

“Kita berada di rumah saya,” balas Jason sambil melangkah ke ruang tamu. Dia mengukirkan senyuman melihat kelibat ibunya di situ. 

“Jason?” Puan Eva bersuara. Dahinya berkerut tatkala melihat seorang wanita asing di belakang anaknya. “Siapa ni?” DIa memerhatikan Rachel dari atas hingga bawah. 

Jason tidak hiraukan soalan ibunya. “Mana ayah?”

“Dia bertemu kawan-kawannya,” terang Puan Eva. Matanya masih lagi pada Rachel. 

Jason angguk kepala. “Saya mahu ibu menjadi orang pertama tahu ini.”

Puan Eva kerut dahi. Tidak memahami apa yang didengarnya sebentar tadi. 

“Saya mahu batalkan perkahwinan saya dan Sarah.” Ucap Jason tenang. 

“Kamu… apa?” Puan Eva pamer riak terkejut. Dia salah dengarkah?

“Saya tak mahu berkahwin dengan Sarah, Ibu.” Jason menoleh ke arah Rachel. Tangan wanita itu ditarik ke sisinya. “Saya mahu berkahwin dengan dia.”

Rachel telan air liur. Dia pandang Jason tanpa mengelipkan mata. Dia salah dengarkah?

Puan Eva tarik nafas. Dipandang anak lelakinya dan wanita asing di sebelah lelaki itu silih berganti. Dia salah dengarkah? Atau ini hanyalah mimpi?

“Saya serius, Ibu,” Jason bersuara lagi. “Saya mahu batalkan perkahwinan saya dan Sarah.”

“Jangan bergurau, Jason,” kali ini anak mata Puan Eva pada Jason. Sedikit pun dia tidak hiraukan Rachel. 

Jason geleng. “Saya tidak bergurau, Ibu. Saya mahu batalkan perkahwinan saya dan Sarah. Saya mahu berkahwin dengan dia.” Jason memegang erat lengan Rachel. Dia tidak peduli rontaan Rachel mahupun riak terkejut gadis itu.

Rachel telan air liur lagi. Dia harap lelaki itu betul-betul bergurau. “Saya…”

“Jangan bercakap walaupun sepatah,” Jason mencelah. Dia tak mahu Rachel bersuara. Walau apa jua yang berlaku dia akan tanggung akibatnya. 

Rachel diam walaupun dia rasa itu tak akan menyelesaikan masalah.

“Kamu sedar apa yang kamu katakan ini?” Kedengaran lagi suara Puan Eva. 

Jason angguk sambil tangannya memegang erat lengan Rachel. “Dia telah mengandungkan anak saya, Ibu.”

“Saya.. apa?” Rachel hampir saja menjerit. Dia pandang lelaki di sebelahnya dengan riak terkejut. Apa yang lelaki ini sedang merepek? Apa sebenarnya rancangan lelaki ini. Ditolak tubuh lelaki itu dengan sekuat yang mungkin. Dia memandang wanita berusia 40 an di hadapannya dengan wajah gelisah. Wanita itu memandangnya tanpa mengelipkan mata. “Ia… bukan hal yang sebenar, puan.” Rachel cuba menerangkan hal sebenar tetapi dia tidak tahu apa yang berlaku. 

“Jadi, kamu…” ayat Puan Eva tergantung di situ. Matanya masih pada wanita muda di hadapanya. 

Rachel tarik nafas. “Ia adalah salah faham. Saya…” Rachel telan air liur. “Tidak kenal anak, puan. Dia berbohong.”

Puan Eva diam. Dia harap wanita muda di hadapannya tidak menipunya. 

Jason memandang Rachel. “Awak kenal saya, Rachel. Awak cuma tidak ingat sebab kita berada di dunia lain.”

Rachel kerut dahi. Dia sedikit pun tidak memahami apa yang Jason katakan itu. Dunia lain? 

“Saya keluar dulu. Ibu beritahu ayah apa yang saya beritahu tadi,” Jason menarik tangan Rachel dan memaksa wanita itu untuk menuruti langkahnya. Sedikit pun dia tidak hiraukan rontaan Rachel. Dia memaksa gadis itu memasuki kereta dan Rachel hanya menuruti sahaja. Gadis itu sedikit pun tidak bersuara. 

Manakala Puan Eva hanya melepaskan keluhan berat tatkala kereta Jason hilang dari pandangannya. Apa yang harus dia lakukan ini? Apa yang harus dia beritahu suaminya nanti?


Reenapple: Yeay, sokong Jason. 




8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.