Saturday, October 3, 2015

Secret #43: New World



Jason buka mata. Dia bangun. Tertanya-tanya di mana dia berada. Keluhan dilepaskan saat menyedari dia sebenarnya berada di bilik tidurnya. Mindanya kemudian teringatkan pada Rachel dan sahabat-sahabatnya. Perkara terakhir yang dia ingat adalah Lillian mengukirkan senyuman padanya sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri. 

Dia turun dari katil sebelum kakinya menuju ke tingkat bawah. Dia tiba di ruang makan.

“Selamat pagi, Jason.” Sapa Puan Eva dengan senyuman. 

Jason kerut dahi. Bagaimana Ibu masih mampu tersenyum selepas apa yang terlah berlaku? Atau, adakah Rachel sebenarnya terselamat.

“Selamat pagi, Jason,” kedengaran suara lelaki di belakang Jason. 

Jason menoleh. Dia telan air liur melihat wajah lelaki yang baru saja mengambil tempat di sebelah ibunya. “Ayah?” Jason kerut dahi. Bukankan Ayahnya telah lama meninggal dunia? Atau dia sebenarnya sedang bermimpi? Dicubit pipinya. Sakit! “Bagaimana ayah boleh berada di sini?” Tanpa dia mahu, soalan itu keluar dari mulutnya. 

Apa yang dimaksudkan oleh kamu bagaiman ayah berada di sini?” Encik Kevin kerut dahi. “Ini rumah ayah, tentulah ayah akan berada di sini.”

“Tapi…” belum sempat Jason menghabiskan ayatnya, Encik Kevin bersuara lagi. 

“Kamu tentu banyak minum semalam. Pukul berapa kamu pulang semalam?”

Soalan Ayahnya tidak di jawab. Jason masih berada dalam keadaan keliru. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

“Kamu patut ubah tabiat itu. Apa yang akan berlaku jika bakal isteri kamu tahu ini?” Puan Eva bersuara. 

“Bakal isteri?” Sekali lagi Jason kerut dahi. 

“Ibu harap kamu tak lupa yang kamu punya seorang tunang, Jason. Ubah sikap kaki perempuan kamu itu sebelum kamu berkahwin.”

“Tunang?” Jason telan air liur. “Tapi saya sudah berkahwin, Ibu.”

Puan Eva kerut dahi. Dia memandang suaminya sebelum kembali memandang anak lelaki tunggalnya. “Apa yang kamu mengarut ini, Jason? Sarah masih belum menjadi isteri kamu.”

“Sarah?” Jason telan air liur. Adakah Ibu sedang bercakap tentang Sarah yang dia kenal atau ia adalah wanita lain? “Di mana Rachel?”

“Rachel?” Puan Eva kerut dahi. Aneh dan hairan dengan gelagat anak lelakinya pagi-pagi ini. Itulah, siapa suruh pulang dalam keadaan mabuk semalam. “Siapa Rachel? Jangan beritahu Ibu yang dia adalah salah seorang perempuan simpanan kamu?”

Jason mengeluh. Mungkin dia sedang bermimpi. Mungkin nanti dia akan sedar dan akan lihat Rachel. Ya, dia sedang bermimpi. 

Ubah tabiat kaki perempuan kamu itu. Kita tidak mahu Sarah tahu perangai kamu yang ini. Kita tidak mahu hubungan dengan keluarga Sarah menjadi renggang disebabkan perangai kaki perempuan kamu yang itu.” ucap Encik Kevin. 

Jason mengeluh lagi. Dia akhirnya kembali melangkah ke bilik tidurnya di tingkat atas. Jujur, dia keliru dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Baru saja dia tiba di bilik, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Ryan Wilson di skrin. Jason tekan butang jawab. 

“Kita perlu berjumpa, Jason,” kedengaran nada cemas dan risau dalam suara Ryan.

Jason telan air liur. “Apa yang sedang berlaku sebenarnya?”

“Kita akan bincangkan itu nanti. Jumpa di tempat biasa.” Ucap Ryan sebelum menamatkan panggilan. 

Jason mengeluh kasar. Harapnya Ryan punya penjelasan tentang apa yang berlaku. Dia harap apa yang sedang berlaku sekarang ini hanyalah mimpi sahaja. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ryan memandang ketiga-tiga sahabatnya. Masing-masing mempamerkan wajah keliru. Tentulah, mereka semua keliru. Lebih-lebih lagi dirinya. Disaat dia sedar tadi, dia berada di rumah keluarganya. Perkara pertama yang dia ingatkan adalah Rachel. Namun, apabila ditanya tentang wanita itu pada kedua-dua ibu bapanya, kedua-dua mereka memberitahu tidak mengenali siapa Rachel. Dia terkesima apabila sedikitpun tiada gambar Rachel di rumahnya. Bahkan potret keluarganya hanya ada dia, Ibu dan Ayah saja. Tiada langsung kelibat Rachel. Bahkan, bilik Rachel sedikit pun tidak wujud. 

“Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Ini bukan mimpi, bukan?” Kedengaran suara Steven. 

Ryan mengeluh. Kalaulah dia boleh jelaskan apa yang berlaku sekarang ini. Dia memandang Jason. “Bagaimana dengan kau, Jason?”

Jason telan air liur. Dia menceritakan apa yang berlaku pagi tadi. Bagaimana kedua ibu bapanya sedikit pun tidak mengetahui siapa Rachel. 

“Ayah kau kembali hidup?” Soal Steven dengan hairan. 

Jason angguk. “Mungkin dia tidak pernah mati lagi.”

“Dan kita kehilangan kuasa kita,” tambah Tyler. 

Jason, Steven dan Ryan telan air liur. Apa yang terkeluar dari mulut Tyler adalah satu fakta. Kuasa mereka hilang seolah-olah tidak pernah wujud sepertimana Rachel yang hilang dari dunia mereka. 

“Ibu beritahu yang aku telah bertunang dengan seorang gadis bernama Sarah. “ Tambah Jason tiba-tiba. 

“Sarah?” Ketiga-tiga Ryan, Tyler dan Steven kerut dahi. 

Jason angguk. 

“Adakah ia adalah orang yang sama kita kenal?”

Jason jungkit bahu. 

Tapi aku masih berhubungan dengan Tess. Mungkin ia adalah orang sama?” Steven bersuara. Dia teringatkan panggilan dari Tess, yang mengamuk padanya hanya disebabkan dia terlupa janji temu mereka semalam. Ah, bukan kah semalam dia bersama sahabat-sahabatnya menyelamatkan Rachel? 

Jason telan air liur. Kalau benar Sarah adalah tunangnya dan dia bakal berkahwin dengan gadis itu tidak lama lagi, jadi mimpi apa yang dia alami ini? Atau mereka berempat sebenarnya berada dalam mimpi yang sama? Mimpi yang dihasilkan oleh Lillian.

“Kau sedikit pun tidak dapat mengesan Rachel?” Jason pandang Ryan. 

Ryan mengeluh. Kepala digeleng. Bagaimana dia mampu mengesan Rachel menggunakan telepati jikalau mereka telah kehilangan kuasa? Atau Rachel sebenarnya tidak wujud langsung. “Dia tidak wujud dalam keluarga aku, Jason. Semua gambar, potret keluarga, sedikit pun tiada dia. Seolah-olah dia tidak pernah wujud.”

Jason mengeluh. Dan tiba-tiba saja telefon bimbitnya berbunyi. Dia menekan butang jawab. “Ya, Ibu?”

“Jangan lupa malam ini kamu ada makan malam dengan keluarga Davidson.” Kedengaran suara Puan Eva di hujung talian.

“Ya, saya ingat.” Takian dimatikan. 

Jason memandang sahabat-sahabatnya. “Tak ada cara bagaimana untuk mengesan Lillian?”

Ketiga-tiga Steven, Ryan dan Tyler mengelengkan kepala. 

Aku harap aku boleh beritahu, Jason. Tapi seperti yang aku beritahu tadi, seolah-olah Rachel tidak pernah wujud dalam hidup kita. Jikalau Rachel tidak pernah wujud, apatah lagi Lillian.” Terang Ryan.

“Apa sebenarnya yang Lillian sedang rancangkan?” Soal Steven dengan nada tida puas hati. 

Ryan telan air lir. Apa yang dia tahu Lillian cuma mahukan Rachel. Tidak pula dia tahu untuk apa Lillian mahukan Rachel. 

Jason diam. Dia sedang berfikir. Benar, dia sedikit pun tidak begitu mengetahui tentan Lillian itu. Sepatutnya Rachel ceritakan itu padanya dari awal lagi. “Kita akan sedar dari mimpi ini.”

“Bagaimana jika ia sebenarnya bukan mimpi?” Soal Tyler tiba-tiba. 

“Aku lukakan diri aku tadi. Dan ia sakit. Kau sendiri tadi kita tidak sakit jika berada dalam mimpi.” Tambah Steven. 

Jason mengeluh. Dia tiada jawapan untuk itu. Dan sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Dari orang yang sama. Tapi dia abaikan panggilan itu. DIa memandang sahabat-sahabatnya. “Aku terpaksa pergi dulu. Kita akan bincangkan ini lagi. Jangan berputus asa.” Ucapnya sebelum beredar. 

Ryan mengeluh. Dia tak akan berputus asa. Walau apa jua sekalipun, dia akan mencari Rachel dalam dunia baru mereka ini. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Jason tiba di ruang makan tepat pada masanya. Itu yang dikatakan oleh ibunya. Katanya Puan Eva, beberapa minit lagi tetamu akan tiba. Tetapi Jason tidak ambil peduli pun tentang itu. Bukannya dia peduli tentang keluarga Davidson itu. Mungkin ia adalah rakan perniagaan ayah. Dan dari sedikit sebanyak yang dia korek dari pembantu rumah tadi, dia ditunangkan dengan Sarah disebabkan gadis itu adalah anak rakan perniagaan ayahnya. Mungkin saja Sarah yang dia kenali, berada di dunia ini menjadikan gadis itu adalah anak orang kaya, sesuatu yang Sarah sudah lama mahukan. 

“Mereka telah tiba,” kedengaran suara Puan Eva. 

Jason melangkah ke ruang tamu dengan malas dan juga rasa berdebar untuk mengetahui siapa Sarah yang menjadi tunangnya itu. Adakah gadis itu adalah orang yang sama dia kenal atau sebaliknya?

“Jason…” kedengaran suara wanita di sebelahnya. 

Jason telan air liur. Andaiannya tadi adalah tepat. Sarah Davidson adalah Sarah yang sama dia kenal. Dia membalas senyuman wanita itu dengan tidak ikhlas. Dia mendiamkan diri ketika mengiringi gadis itu ke meja makan. Dan dia masih mendiamkan diri tatkala makan malam bermula. DIa keliru. 

Selesai makan malam, ketika keluarga masing-masing sedang berbual mesra di ruang tamu sambil menikmati pencuci mulut, Jason membawa diri ke balkoni. Dia memandang langit malam yang gelap tanpa bintang. Dia teringatkan Rachel. Dia harap Rachel masih hidup dan lambat laun dia akan bertemu kembali wanita itu. 

“Hey…” kedengaran suara wanita. 

Jason menoleh. Sarah sedang mengukirkan senyuman di sebelahnya. Entah bila gadis itu tiba, dia tidak sedar. 

“Awak ada masalah?” Sarah bersuara. “Awak diam tadi.”

“Bagaimana kita bersetuju dengan perkahwinan ini?” Soal Jason tanpa dia sedar. 

Sarah kerut dahi. “Awak masih marahkan saya tentang hal semalam, bukan?”

“Semalam?” Jason kerut dahi. 

Sarah angguk. “Saya tidak sepatutnya mengekori awak ke kelab malam semalam. Saya cuma…” Sarah tunduk. “… cemburu melihat awak bersama wanita-wanita itu.”

Jason telan air liur. Jadi, dalam dunia ini, dia rupanya adalah seorang kaki perempuan. 

“Saya…” Sarah bersuara lagi. “Saya tahu saya tiada hak untuk masuk campur hal awak tapi saya mahu jadi sebahagian dari dunia awak.”

Jason mengeluh kecil. “Saya adalah seorang lelaki yang jahat dan awak masih mahukan saya?”

Sarah angguk. “Saya cintakan awak sejak kali pertama lihat awak di Spenser Academy, Jason.”

Sekali lagi Jason telan air liur. 

“Awak adalah seorang pelajar yang terkenal dan menjadi kegilaan ramai gadis, dan saya antara gadis itu.”

Jason diam. Dia tahu itu. 

Dan sememangnya ditakdirkan awak adalah untuk saya.”

“Maksud awak?” Jason kerut dahi. 

Sarah senyum. “Masih ingat apa yang awak pernah cakapkan dulu?”

Jason geleng. Manalah dia tahu. 

“Awak cakap saya tidak layak dengan awak, sebab awak ingat saya adalah seorang gadis miskin.”

Jason mengeluh. Itu bukan dirinya yang akan menghina sesiapa pun. Nampaknya untuk dunia baru ini, dia terpaksa akur yang dia adalah seorang lelaki yang jahat. “Saya minta maaf atas apa yang berlaku dulu. Walaupun saya yang dulu bukan saya yang sekarang ini.”

Sarah senyum. “Saya tahu. Untuk Apa yang telah berlaku, kita berdua adalah milik satu sama lain.”

Jason senyum palsu. Dia kembali memerhatikan langit gelap di hadapannya. Dia harap dia akan bertemu Rachel sebelum perkahwinannya tiba.



Reenapple: Hurmm mana perginya Rachel?



12 comments:

  1. Mana rachel? Oh my gosh. Cerita nih makin rumit je.

    ReplyDelete
  2. Apa yg terjadi I ni???
    apapun xsabar nk baca n3
    apa agaknya rancangan Lillian

    ReplyDelete
  3. Oh my...mslh apa pulak ni..Rachel di mana awak??

    ReplyDelete
  4. miss lagi cerita ni.. apa kata publish buku. hehe

    ReplyDelete
  5. What a great imagination you have !!! I'm jealous tho 😭😭

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.