Sunday, September 27, 2015

Secret #41: Save




Jason memandnag Ryan dengan rasa tidak percaya pada apa yang didengarnya tadi. Dan dia terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Ryan. 

“Rachel akan mengalami kuasa fasa kedua?” Soal Jason lagi. Dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Bahkan dia sedikit pun tidak pernah mendengar tentang wanita bernama Lillian Danvers itu. 

“Itu yan diberitahu oleh Rachel pada aku. Dan aku tahu dia tidak berbohong. Dia tidak pernah berbohong.”

Jason mengeluh. Sedikit menyesal kerana terlalu asyik memikirkan tentang keselamatan Sarah sehingga mengabaikan Rachel. Kalaulah dia tahu dari awal yang Collins menyasarkan Rachel bukan bekas teman wanitanya, sudah lama dia akan lindungi Rachel. 

“Dan kita semua tertipu dengan rancangan Collins. Dia sengaja gunakan Sarah untuk alihkan perhatian kita terhadap Rachel.” Tambah Ryan lagi. 

Jason mengeluh. Dia risau. “Kau tidak mampu kesan di mana Rachel berada sekarang ini?”

Ryan geleng lemah. Bukan saja tidak dapat mengesan keberadaaan Rachel namun dia juga tidak berhubung dengan Rachel melalui telepati. Seolah-olah Rachel hilang dari dunia. Seolah-olah kuasa Rachel disekat. Atau semua itu hanyalah helah Collins? Dia harap Collins tak akan lakukan apa-apa pada adik kembarnya itu. 

Jason mengeluh lagi. 

“Apa yang kita harus lakukan sekarang ini?” Kedengaran suara Steven dari belakang. Dari tadi, dia dan Tyler mendengar perbualan Jason dan Ryan. 

“Teruskan mencari Rachel. Kita masih punya masa 3 hari lagi.” Ryan bersuara. Mengikut perkiraan, tiga hari lagi adalah hari jadi Rachel. Dan sah-sah Collins akan gunakan peluang itu untuk dapatkan apa yang lelaki itu mahu. 

“3 hari?” Tyler dan Steven kerut dahi. 

Ryan angguk. “Hari jadi aku dan Rachel. Apa yang aku rasa aku akan beritahu kau.” 

Jason kembali melepaskan keluhan. Dia makin dihimpit rasa risau. Dia harap andaian mereka tentang tempat bersembunyi Collins adalah benar. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Madeline telan air liur apabila melihat kelibat lelaki di hadapannya ini. 30 tahun sudah berlalu dan lelaki itu kelihatan lebih tua sejak kali terakhir mereka bertemu. Kali ini dia dihurungi rasa takut dan gerun. Walaupun wajah lelaki itu kelihatan tenang tapi dia masih gerun dengan lelaki itu. Ketenangan Richard Wilson masih tetap mengerunkannya. 

“Richard Wilson. Suatu kejutan bertemu awak di sini.” Madeline berpura-pura berani. 

Encik Richard diam. Dia mungkin sedikit terkejut mengetahui wanita yang bersekongkol dengan musuh anaknya adalah bekas teman wanitanya. Dia masih mengecam wanita itu walaupun di hadapannya adalah wanita hodoh yang sedikitpun tidak menyerupai Madeline. “Awak sudah banyak berubah.”

Madeline senyum sinis. “Saya jadi begini kerana awak. Sumpahan awak yang buatkan saya menjadi sebegini, Rick.”

“Awak menjadi sebegini kerana kesilapan awak, Madeline. Saya sedikit pun tidak pernah meletakkan sumpahan ke atas awak.”

Madeline mendengus. 

“Beritahu saya, di mana anak perempuan saya, Madeline,” Encik Richard cuba bersikap tenang selagi dia mampu.

Madeline diam. Dia tak akan pernah beritahu itu. Tak ada sesiapa pun tahu di mana Collins dan Rachel berada. Dan tentulah usaha Jason dan sahabatnya mencari Collins di rumah keluarga Harvey adalah sesuatu yang sia-sia sahaja. Collins bukan berada di sana. “Dia mungkin akan jadi anak kita jikalau awak tidak berkahwin dengan perempuan itu, Richard.”

Encik Richard telan air liur. Dia tahu Madeline masih dan masih berdendam dengan peristiwa yang terjadi 30 tahun yang lalu. “Perkara itu telah lama berlalu, Madeline.”

Tapi dendam saya tidak pernah hilang, Richard.” Madeline memandang tepat ke anak mata biru Richard Wilson di hadapannya. Jikalau kuasa Kristal tidak menghalangnya dan tubuhnya tidak diikat, dia sudah tentu akan bunuh lelaki itu dengan kuasanya sendiri. “Awak buatkan hidup saya merana. Awak hancurkan segala impian saya.”

“Itu adalah kesilapan awak, Madeline. Awak yang tidak mahu hentikan segala ilmu hitam awak itu.”

Madeline mengeluh kasar. “Jadi, anak awak patut terima hukuman diatas apa yang telah dilakukn oleh ayahnya.”

Encik Richard kepal tangan. Tapi mujur, dia masih dalam pertimbangan lagi. Hati ayah mana yang tidak risau tatkala dimaklumkan tentang apa yang bakal berlaku pada anaknya. “Awak sememangnya sudah tahu yang Rachel akan dilahirkan, bukan?”

Madeline geleng. “Saya cuma tahu apabila seorang anak perempuan dilahirkan dalam kalangan kamu berempat, dia akan mengubah takdir yang telah ditetapkan ke atas keluarga kamu. Mungkin saja menamatkan segala sumpahan yang dikenakan ke atas kamu.”

“Jadi, apa yang awak dan Collins mahukan dari Rachel?”

Madeline senyum sinis. “Kuasa dia. Kuasa dia akan lebih kuat dari kamu, dari mana-mana ketua dalam kalangan kamu. Dan aku rasa tidak perlu diceritakan, untuk apa Collins mahukan kuasa Rachel, bukan?”

Encik Richard telan air liur. 

“Kau!” jerit Ryan sambil meluru masuk. Dari tadi dia curi mendengar perbualan ayah dan wanita hodoh. Dan dia sedikit terkejut mengetahui ayah mengenali wanita hodoh itu.

Madeline senyum sinis pada Ryan. “Adik kau adalah sesuatu yang paling berharga.”

“Jangan kau berani apa-apakan dia!” Ryan mahu saja meluru ke arah wanita hodoh itu tetapi dihalang oleh ayahnya. 

Encik Richard geleng kepala pada anak lelakinya. 

“Ayah!” Ryan tidak puas hati. “Dia akan bunuh Rachel.” Dia pandang Madeline yang sedang senyum sinis.

“Walau apa jua yang kamu lakukan, dia tak akan beritahu di mana Rachel berada.” Encik Richard pandang Madeline sebelum memandang Ryan dan Jason yang baru tiba.

Kalau aku jadi kau, Jason, aku akan rasa tercabar isteri aku bakal punya kuasa yang lebih hebat dari kau.” Madeline memandang Jason dengan sinis.

Jason ketap gigi. Dan entah bagaimana laju sahaja tangannya diangkat, mengeluarkan kuasa seperti kilat dihalakan pada wanita berwajah hodoh. Dia tidak peduli jeritan dan kesakitan yang dialami oleh wanita itu. 

Ryan dan Encik Richard hanya memandang saja insiden.

“Awak patut berhati –hati dengan setiap ayat yang awak keluarkan.” Jason bersuara.

Madeline senyum senget. Apa yang berlaku padanya tadi, sedikit pun tidak menakutkannya. 

“Collins tak akan pernah datang selamatkan awak. Dia sedikit pun tidak peduli dengan awak yang menjadi tahanan kami.” Ryan bersuara.

Senyuman sinis Madeline mati. “Kau tidak kenal dia, anak muda. Dia terhutang budi pada aku.”

Giliran Ryan pula senyum sinis. “Jikalau dia mampu membunuh ibu bapa angkatnya, apatah lagi kau yang dia tidak pernah kenal.”

“Kau!” Madeline ketap gigi. 

“Beritahu saya di mana Rachel, Madeline?” Sekali lagi Encik Richard bersuara. 

Madeline diam. Dia tak akan beritahu itu.

Encik Richard mengeluh. “Apa yang awak mahu lagi, Madeline?”

“Dendam, Rick.”

“Jadi, bunuh saja saya tapi beritahu kami dimana awak sembunyikan Rachel.”

“Ayah..” Ryan memandang ayahnya. 

Encik Richard mengeluh. Dia tahu ayatnya agak melampau tadi. Tapi dia risau akan anak perempuanya itu. Dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada Rachel. 

Mungkin saya akan biarkan Collins lakukan itu, sejurus dia dapat kuasa anak perempuan awak.”

“Kau!” sekali lagi Ryan meluru ke arah wanita hodoh itu, cuba untuk menggunakan kuasanya tapi sekali lagi dihalang oleh Encik Richard. 

“Ini masalah ayah dan dia, Ryan. Ayah tak mahu kamu masuk campur.”

“Tapi…” Belum sempat Ryan menghabiskan ayatnya, Encik Richard mencelah. 

“Dengar cakap ayah, Ryan.

Ryan mengeluh. Dia akhirnya melangkah keluar bersama Jason sebelum tiba-tiba saja langkahnya terhenti. Seolah-olah dia mendapat bayangan di mana Rachel berada. 

“Saya tahu di mana Rachel berada.” Ryan kembali memandang Ayah dan Jason. 

Jason dan Encik Richard kerut dahi. 

“Maksud kau?” Jason bersuara. 

Ryan senyum sinis sambil memandang Madeline. “Mungkin kita perlu paksa wanita hodoh ini bercakap, Jason.”

Jason senyum. Dia faham apa yang Ryan sedang cuba katakan.

Dan Madeline telan air liur. Dia harap tak akan ada apa-apa yang buruk berlaku padanya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Rachel memandang Collins di hadapannya tanpa sebarang reaksi. Makanan yang dibawa masuk oleh Collins, sedikit pun dia tidak sentuh. Sudah dua hari dan dia tidak peduli sama ada dia lapar atau bakal mati. 

“Awak patut makan sesuatu, Rachel,” Collins bersuara. 

Rachel diam. 

“Awak akan jatuh sakit jika awak macam ini.” Collins bersuara lagi. 

“Buat apa awak risau, jikalau satu hari nanti saya akan mati di tangan awak.”

Collins telan air liur. Mungkin dia tidak mahu Rachel mati. Apa yang dia mahu hanyalah kuasa wanita itu. “Awak tentunya tersangat benci saya, bukan?

“Saya tersangat benci awak, Collins.”

Collins angguk. Dia tahu fakta itu. Untuk apa yang dia telah lakukan, dia layak menerima kebencian wanita itu. “Awak tak pernah pandang saya seperti mana awak pandang Jason, Rachel.”

Rachel kerut dahi. 

“Apa yang saya lakukan semuanya untuk awak.” Tambah Collins lagi. 

“Maksud awak?”

“Masih ingat waktu Tess dan awak bergaduh kerana Steven? Saya cederakan Tess untuk awak. Saya tuntut bela untuk awak.”

Rachel telan air liur. Dia masih ingat insiden Teressa tiba-tiba dimasukkan ke hospital selepas bergaduh dengan dia. Andaian Ryan ketika itu, dialah penyebabnya tetapi apabil perihal Collins diketahui, segala tuduhan ke atasnya dilupakan. 

“Dan Sarah patut mati diatas apa yang dia sudah lakukan pada awak. Dia hancurkan perasaan awak, Rachel.”

Sekali lagi Rachel telan air liur. Rupanya setiap yang Collins lakukan punya sebab. Dan dia adalah antara sebab Collins mencederakan kawan-kawannya. “Saya tidak cintakan awak, Collins.” Rachel jujur. Walaupun waktu itu, Collins tidak beritahu dia hal sebenar, dia tahu apa .yang dirasakan oleh lelaki itu. Collins punya perasaan padanya.

Collins diam. Dia tahu itu. Apa jua yang dia lakukan, Rachel tak akan pernah sukakannya. Dan dengan apa yang dia lakukn pada wanita itu, Rachel akan bertambah benci padanya. “Saya lebih kuat dari Jason, Rachel. Dan saya akan kalahkannya. “

“Tidak, jika saya berikan kuasa saya pada dia, Collins.”

Collins mendengus. “Awak tak akan bertemu dia lagi. Saya akan pastikan awak tak akan bertemu dia lagi.”

“Dan saya akan pastikan awak mati di tangan saya, Collins.”

Collins ketawa. “Awak tahu kenapa saya sukakan awak? Sikap awak yang ini tersangat menarik perhatian saya, Rachel.” Collins mendekati Rachel. 

Rachel telan air liur apabila wajah Collins dekat dengan wajahnya. Dia dapat rasakan hembusan nafas lelaki. Mata mereka pada satu sama lain. Dan entah bagaimana Collins menciumannya. Dan dia sedikit pun tidak menepis ciuman itu. 

Dan tiba-tiba saja dia diperlihatkan satu bayangan. Seolah-olah apa yang dia lakukan dengan Collins, membantu dia menggunakan kuasanya yang sejak beberapa hari ini hilang. Dia dan Collins bercumbu untuk seketika. Walhal dia hanya mahu menggunakan peluang yang ada untuk berhubung dengan Ryan. 

Dia terlihat satu objek tajam tidak jauh dari tempat dia dan Collins berdiri. Perlahan-lahan dia capai pisau itu dengan kuasanya. Dan belum sempat dia menikam Collins, tangannya yang memegang pisau itu tadi dicengkam oleh Collins. Lelaki itu melepaskan ciumannya.

“Awak tersangat licik, Rachel.” Collins memandang pisau yang berada dalam gengaman Rachel sebelum merampasnya. 

Rachel diam. Dia ukirkan senyuman sinis sebelum kembali mengambil tempat di sofa. “Saya tidaklah selicik awak, Collins.”

Collins mendengus. “Apa jua yang awak lakukan, tak akan pernah buatkan awak melarikan diri dari sini. Tempat ini tak ada sesiapa yang tahu. Ia adalah jauh dari pandangan manusia.”

“Awak pasti? Mungkin saja Madeline akan bocorkan tempat ini?”

“Madeline tak akan pernah khianati saya.”

Rachel senyum sinis. “Kalau saya jadi awak, saya tak akan percaya dia. Oh, lagipun kuasa dia tidak setanding kuasa Jason. Atau kuasa Ayah.”

“Saya akan biarkan awak sendirian untuk seketika, Rachel. Malam nanti saya akan datang bawakan makanan untuk awak.” Collins melangkah keluar. Pintu dikunci dengan kuasanya.

Rachel mengeluh. Dia harap dia sempat menghantar bayangan pada Ryan tentang di mana dia berada.


Reenappple: Yeay! Pasukan penyelamat bakal tiba 



7 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.