Wednesday, September 16, 2015

Secret #37: Plan



Ryan memandang Rachel yang sedang senyum kelat padanya. Rosak rancangannya malam ini. Sebelum Rachel tiba, dia punya temu janji dengan seorang wanita yang dikenalinya di kelab malam hari itu. Dan sebab Rachel, dia terpaksa batalkan temu janji. 

“Kalau kau mahu marah aku sebab menjadi punca kau batalkan temu janji kau, jujur aku cakap, kau akan berterima kasih pada aku, Ryan.”

“Maksud kau?” Ryan sedikit pun tidak memandang Rachel. 

Rachel mengeluh. “Cassandra bukanlah seperti yang kau sangkakan, Ryan.

Ryan telan air liur. Dia tahu dia tidak mampu sembunyikan apa-apa dari adik kembarnya. Kembarnya itu mempunya kuasa membaca fikiran manusia. “Maksud kau?”

Rachel mengeluh. “Aku mungkin tidak kenal dia, tapi percayalah aku percaya dia punya agenda tersendiri mendekati kau.”

“Setiap perempuan yang aku kenal akan punya sebab mendekati aku, Rachel. Kau sendiri tahu mengapa itu terjadi.”

Rachel angguk lemah. Jikalau Ryan tidak kacak dan bukan anak orang berada, sudah tentu tak akan ada gadis mendekati abangnya itu. 

Kenapa kau mahu bertemu aku?”

“Baca fikiran aku dan kau akan tahu apa yang aku mahu beritahu kau.”

Ryan telan air liur. Sepertinya ia adalah sesuatu yang penting. “Adakah ia tentang Lillian?”

Rachel angguk lemah.

Ryan tarik nafas. Tentang wanita bernama Lillian lah yang dia tidak mahu ambil tahu. Dia tidak tahu apa niat wanita misteri itu tapi dia tahu apa jua rancangan wanita itu, akan menjauhkan dia dan Rachel. Dan dia tak mahu kehilangan adik kembarnya. Kehilangan Rachel ibarat dia hilang sebahagian dirinya. 

“Baca fikiran aku, Ryan,” arah Rachel tidak sabar.

Ryan tarik nafas. Dia memandang tepat ke arah anak mata biru milik adiknya. Dan seperti selalu, dia seolah-olah sedang menonton televisyen, melihat dan mendengar apa yang Rachel lakukan. 

“Adakah ia benar?” Soal Ryan dengn rasa takut. 

Rachel mengeluh. Satu buku diari Lillian dikeluarkan dari beg tangannya sebelum menyerahkan pada Ryan.

Ryan membelek buku itu. Dia membaca bait-bait tulisan yang tertera di buku itu Dia mengeluh seusai selesai membaca buku itu. 

“Perlukah kita berbincang dengan ayah? Ia berkenaan keluarga kita.” Rachel bersuara lagi. 

Aku tidak pernah membaca perihal seperti kau dalam buku sejarah kita, Rachel.”

“Ia dirahsiakan Ryan. Dan tak mungkin ia akan muncul dalam buku sejarah keluarga kita.

Ryan angguk lemah. Dia pasti Lillian tidak berbohong. Dibelek sekali lagi buku diari milik Lillian di hadapannya. Kemudian dia pandang Rachel. “Beritahu Jason.”

Rachel kerut dahi. Sedikit hairan dengan apa yang didengarnya dari mulut Ryan. Dan ya, dia sedikit kecewa. Dia harapkan Ryan akan cadangkan hal lain selain memberitahu Jason. “Kau tahu yang aku tak akan pernah beritahu dia hal ini.”

“Kenapa?”

Rachel mengeluh. Entah, dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak mahu Jason tahu tentang itu. Beritahu dia tak akan ubah apa-apa. Ryan.” 

“Beritahu dia, Rachel. Walau apa jua yang terjadi, aku akan tetap bersama kau. Itu adalah yang aku janji pada kau sejak kita lahir, bukan?”

“Dia…”

“Dia ada hak untuk tahu,” Tambah Ryan lagi

Rachel telan air liur. Dia tahu itu. Tapi dia tidak tahu bagaimana dia harus mulakan ceritanya pada lelaki itu. Dan dia yakin akan banyak soalan yang keluar dari mulut Jason nanti. “Aku akan fikirkan nanti.”

Ryan geleng. Dia pasti Rachel tak akan beritahu Jason. Bukan semalam dia kenal wanita di hadapannya. “Atau kau mahu aku beritahu dia?”

Laju Rachel geleng kepala. “Aku akan beritahu dia. Tapi aku perlukan masa.”

Ryan mengeluh. Dia angguk lemah. Dia harap Jason tahu hal iini sebelum hari jadi Rachel. Dia berharap Rachel betul betul akan beritahu Jason. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Madeline melangkah ke arah Collins yang sedang termenung sendirian di balkoni. “Rindukan seseorang?” Dia mengukirkan senyuman menggoda. 

Collins mendengus. Dia tidak hiraukan kelibat Madeline di sebelahnya. 

Adakah orang yang kau rindu itu bernama Rachel Wilson? Oh tidak, Rachel Danvers.” Madeline bersuara lagi. 

Collins pandang Madeline dengan jelik. Madeline yang berwajah Cassandra itu sedang ketawa yang menjengkelkannya. “Kenapa kau berada di sini? Kau ditinggalkan lelaki?”

Madeline mendengus. Sakit hati juga tadi apabila temu janjinya tidak terjadi seperti yang diharapkannya. Sukar benar untuk mendampingi Ryan Wilson itu. Setiap kali dia melihat kelibat lelaki itu di kelab malam, kelibat adik kembarnya tentu akan ada. Dan bila dia punya peluang untuk berdua-duaan dengan lelaki itu, Ryan pula membatalkan temu janji mereka di saat akhir. 

“Biar aku beritahu kau, tak akan punya harapan pada Ryan. Dia adalah seorang kaki perempuan. Dan aku pasti dia sedikit pun tidak berminat dengan kau.”

“Siapa kata aku mahukan dia? Aku cuma mahu dekati keluarganya sekali lagi. Aku mahu dekati ayahnya saja. Dan dapat anaknya adalah satu bonus bagi aku. Ryan mewarisi kekacakan ayahnya.”

“Pastikan kau jauhkan diri kau dari Rachel. Aku tak mahu kau rosakkan rancangan aku.”

“Perempuan itu tiada apa-apa selagi tidak mengalami kuasa fasa kedua, Collins. Dia masih yang paling lemah diantara mereka berlima.”

“Tapi kita berdua tahu yang kuasa dia adalah sesuatu yang kau ataupun mereka tidak dapat bayangkan.”

“Dan aku tak percaya kau akan peroleh kuasa dia.” Madeline tidak mahu mengaku kalah.

“Jadi, mengapa kau ceritakan pada aku tentang rahsia itu kalau kau tidak percaya aku akan peroleh kuasa itu?” Collins balas geram.

Madeline mengeluh. Ya, dia tahu tentang rahsia tersembunyi yang tidak pernah walau seorang ahli Ipswich tahu itu. Bagaimana dia tahu itu? Andaikan saja, salah satu buku milik Lillian Danvers berada di tangannya. Ia sebenarnya adalah milik nenek moyangnya beberapa ratus tahun yang lalu. Dia jumpa itu di bilik rahsia nenek moyangnya itu. Dan mungkin saja dia mendekati Richard Wilson satu ketika dahulu adalah sebab ini. Mungkin dia harapkan anak perempuan keluarga Wilson akan lahir dari rahimnya nanti tapi semuanya musnah apabila bekas kekasihnya itu memilih wanita lain darinya. 

“Sebab aku mahu balas dendam. Kemunculan dan kekalahan kau memberikan aku peluang. Aku gunakan kau untuk dapat apa yang aku mahu, Collins.. ”

“Tapi aku lebih berminat dengan Rachel berbanding bekas teman lelaki kau, Madeline.”

Madeline senyum sinis. “Tentu. Aku cuma mahukan Richard saja. Kau boleh ambil sahaja anaknya itu.”

“Satu nasihat Madeline. Jangan pernah kejar lelaki yang sedikitpun tidak cintakan kau.” ucap Collins sinis. 

Madeline mendengus. “Dia adalah milik aku sebelum dia berkahwin dengan wanita itu. Wanita itu adalah perampas.”

Collins ketawa. “Kau ingatkan aku pada Sarah Ramsey, Madeline. Tapi Sarah bukan seperti kau. Dia tak akan pernah membalas dendam pada sahabat sendiri mahupun bekas teman lelakinya.”

Madeline ketap gigi. “Lebih baik kau jangan buatkan aku marah, Collins. Aku telah banyak tolong kau. Dan kau…”

“Kalau kau lupa, kuasa aku lebih kuat dari kau, Madeline. Kau menjadi cantik saat ini kerana aku walaupun sumpahan itu hanya sementara sahaja.” Collins pandang sinis Madeline di hadapannya. 

Madeline telan air liur. Mungkin juga dia menyesal menyerahkan separuh kuasanya pada Collins. Tapi hanya Collins saja yang mampu membatalkan sumpahan yang dikenakan ke atasnya. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu membuatkannya menjadi cantik dan muda seperti dahulu. 

“Aku ada cara untuk membatalkan sumpahan ke atas diri kau.” Collins bersuara lagi. 

“Kalau kau mengharapkan dengan membunuh Richard Wilson akan membatalkan sumpahan aku, ia tak akan pernah berjaya.”

Collins ketawa. Dia tahu itu. Walaupun Richard Wilson meninggal, sumpahan ke atas Madeline tak akan pernah terhapus, melainkan wanita itu mati. “Sumpahan kau akan tamat sekiranya kau mati, Madeline.”

Madeline ketap gigi. 

Collins senyum sinis. Gembira betul dapat menyakiti Madeline. Sekurangnya itu dapat hilangkan mood buruk dia untuk beberapa hari ini. Semuanya disebabkan Rachel!

Apa rancangan kau yang seterusnya?” Madeline ubah topic perbualan. “Tidak lama lagi hari jadinya. Bagaimana kau mahu dapatkan dia?”

Collins diam. Sukar baginya untuk menjawab soalan Madeline. Segala rancangannya untuk mendekati Rachel tidak berjaya. Dan dia sudah ketandusan idea. Dia pandang Madeline. “Aku perlukan pertolongan kau.” Ucap Collins dengan senyuman. Dia punya idea. 

Madeline turut tersenyum sinis melihat senyuman Collins. Dia harap kali ini rancangan mereka berjalan seperti yang dirancangkan.


Reenapple: Rasa curious nak tahu apa yang berlaku selepas ini. Haha
\





13 comments:

  1. Update lelaju cik writer. Tak sbar nk tahu what happen after this.

    ReplyDelete
  2. Wahh, ape yg Collins nk buat??? Madeline tau psl Lilian???!!!! Masalah besar psti akn trjdi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Masalah besar akan berlaku nanti,.

      Delete
  3. Aiseh jangan la dorang apa-apakan Rachel.

    ReplyDelete
  4. Best nya...x sbarnya nk tunggu next entry..

    ReplyDelete
  5. Best nya....
    X sabarnya nak tggu final and next entry

    ReplyDelete
  6. Bila nk up new entry :(( i'm waiting hehe

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.