Saturday, September 12, 2015

Secret #35: Love Blossom




Ethan mengukirkan senyuman melihat wanita yang dikenalinya. Dia melangkah ke arah wanita itu. “Hey…”

Rachel mengukirkan senyuman melihat kelibat lelaki di hadapanya. “Hey..”

“Seorang diri?” Soal Ethan. Matanya memandang keadaan sekeliling di restoran itu. Dari tadi dia memerhatikan kelibat Rachel. Ingatkan wanita itu sedang menanti seseorang untuk makan malam namun Rachel hanya menikmati makanan seorang diri.

Rachel angguk. “Bagaimana pula awak?”

“Kawan saya baru saja beredar.”

“Kawan perempuan?”

Ethan ketawa. “Bagaimana awak tahu itu?”

“Saya lihat awak tadi.”

Ethan angguk. “Jadi, saya selalu perhatikan awak seorang diri. Awak tiada teman?”

Rachel senyum. “Dia sibuk.”

“Jadi, awak punya teman lelaki?”

Rachel senyum lagi. “Mungkin ia lebih dari itu.”

Ethan telan air liur. Sedikit kecewa. “Mungkin, kalau awak mahu teman, saya boleh temankan awak.” Tangannya menyentuh tangan Rachel.

Rachel senyum kelat. Dia menarik tangannya dari sentuhan Ethan perlahan-lahan. Dia memandang anak mata hijau milik Ethan. Dia membaca fikiran lelaki itu. Dan dia telan air liur. Dia lihat kelibat Collins dalam hidup lelaki itu. 

“Awak kenal Collins Harvey?”

Ethan kerut dahi. “Siapa?”

Rachel geleng. Betullah andaiannya, Collins menggunakan Ethan untuk mendekatinya. Dia bangun. Ethan telah dipukau oleh Collins. “Saya terpaksa pergi dulu.” Rachel bangun tergesa-gesa selepas membayar makanannya, meninggalkan Ethan seorang diri. Sebelum dia melangkah keluar dari restoran, dia sempat menggunakan kuasanya ke atas lelaki itu, menyedarkan lelaki itu hal sebenar dan mungkin juga menghilangkan ingatan Ethan tentangnya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Collins senyum senget melihat rancangannya tidak menjadi. Kuasa Rachel lebih kuat dari apa yang dia sangkakan. Seingatnya, jikalau wanita itu tidak mengalami fasa kedua, kuasa wanita itu adalah lemah. Namun sangkaannya meleset. Walau bagaimana sekalipun dia cuba ‘menghapuskan’ jejaknya dalam hidup Ethan Baxter itu, fakta itu masih diketahui Rachel. Kuasa membaca fikiran wanita itu adalah lebih kuat dari apa yang disangkakan.

“Hello si cantik,” sapa Ethan dengan senyuman sinis tatkala kelibat Rachel tiba di keretanya. Sengaja dia menanti wanita itu di keretanya.

Rachel telan air liur. “Apa yang awak mahu, Collins?” Dia berdebar tapi dia tidak takut pada lelaki di hadapanya ini. Walaupun dia tahu nyawanya berada dalam keadaan bahaya.

“Awak mahu percaya jikalau saya beritahu saya mahukan awak, Rachel?” 

Rachel mendengus.

“Saya tidak bergurau, Rachel,” Collins bersuara lagi. 

Rachel diam. Dia tidak menghiraukan ayat lelaki itu. Dia memandang anak mata hijau milik Collins, sedaya upaya untuk membaca fikiran lelaki itu tetapi dia sedikit pun tidak mampu membaca fikiran lelaki itu sepertimana berlaku pada Jason. 

“AWak tak akan mampu membaca fikiran saya, Rachel.” Collins mengelilingi Rachel.

“Mungkin..” Anak mata Rachel mengekori setiap langkah pusingan Collins. “Tapi saya tahu bagaimana awak pulihkan kuasa awak.”

“Bagaimana?” Soal Collins dengan senyuman. Dia pasti Rachel hanya berlagak tahu segalanya. Wanita di hadapannya sedikit pun tidak tahu apa yang telah dia lakukan. 

“Ada seorang wanita hodoh yang membantu awak. Setiap kali selepas awak lakukan hubungan dengan wanita, wanita hodoh itu akan menyedut kemudaan dan kejelitaan wanita itu.” ucap Rachel dengan penuh yakin.

Collins telan air liur. “Fakta yang menarik, Rachel.” Dia bersikap tenang. 

“Saya tak sangka awak sanggup gunakan sihir ke atas manusia yang tidak bersalah, Collins.”

Collins ketawa kecil. “Apa yang saya lakukan adalah bersebab.”

“Tapi ia tetap satu kesalahn!”

“Tidak bagi saya, Rachel. Saya tidak pernah rasakan apa yang saya lakukan ini adalah satu kesalahan.”

Rachel diam.

“Saya tidak pernah jangka yang awak akan berkahwin dengan Jason. Tapi, tentulah, perkahwinan kamu berdua bukannya atas dasar cinta, bukan?” Colllins ketawa sinis. “Jason lebih utamakan kekasih kesayangannya berbanding awak, Rachel.”

Rachel diam lagi.

Adakah awak tahu Jason bertemu saya hanya kerana saya mencederakan Sarah?” Tambah Collins lagi. 

“Hentikan saja apa yang awak mahu lakukan, Collins.”

Sekali lagi Collins ketawa yang menjengkelkan. “Saya akan hentikan segala kejahatan saya setelah saya dapat apa yang saya mahu.” Tangan Collins cuba menyentuh muka Rachel tapi wanita itu mengelak. Dia senyum lagi melihat mata Rachel bertukar warna hitam. “Gunakan kuasa awak ke atas saya, tak akan mampu mengubah apa-apa, Rachel.”

Rachel telan air liur. 

“Saya pergi dulu.” Collins kerling jam tangannya. “Kita akan berjumpa lagi, sayang.” Collins senyum sinis pada Rachel. “Oh, sebelum saya lupa, biar saya beritahu awak sesuatu. Apa yang saya katakan tentang saya mahukan awak, ia adalah satu fakta. Ingat ini bila kita berjumpa lagi.” Collins kemudian menghilangkan diri. 

Rachel telan air liur. Tertanya-tanya mengapa Collins mahukannya? Atau lelaki itu hanya menakutkanya sahaja? Akhirnya dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jason memandang Rachel yang dari tadi mendiamkan diri sejak saat wanita itu pulang. Selepas keluar dari bilik air, Rachel mengambil tempat di hujung katil, dan wanita itu termenung di situ tanpa bergerak. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Ah, kalaulah dia mampu membaca fikiran Rachel. 

“Sesuatu menganggu fikiran awak?” Jason mengambil tempt di sebelah Rachel.

Rachel tersedar. Dia memandang sekilas Jason yang sedang mengukirkan senyuman padanya. Tapi dia tidak balas senyuman itu. Mindanya masih lagi sedang memikirkan tentang Lillian, tentang apa yang Collins katakan padanya tadi.

“Mahu beritahu saya sesuatu?” Soal Jason lagi. Dia tahu sejak bekas kekasih ayah mertuanya, baik ayah mertuanya, baik Ryan, masing-masing berada dalam keadaan tidak tenang. Risau jika wanita yang bernama Madeline itu akan mencederakan keluarga mereka. 

“Ia…”Rachel tidak tahu dari mana dia harus mulakan ceritanya. Haruskah diberitahu tentang Lillian atau harus kah diceritakan tentang pertemuannya dengan Collins tadi. “Saya tidak tahu yang mana satu harus saya mulakan. Semuanya kelihatan kabur.”

“Tentang apa?” Jason hairan. 

Rachel mengeluh. “Saya harap awak boleh baca fikiran saya, Jason. Supaya saya tidak perlu susun ayat untuk beritahu awak semuanya.”

Jason telan air liur. Dia teringatkan perbualannya denga Ryan beberapa hari yang lepas, bagaimana Ryan memintanya supaya sedikit pun tidak mengamuk atas apa yang Rachel akan beritahunya nanti. Adakah Rachel akan jelaskan segala rahsia yang disembunyikan darinya selama ini?

“Beritahu saya apa yang awak mahu beritahu, Rachel.”

Rachel mengeluh. Kalaulah itu semudah apa yang dikatakan. Dia memandang Jason, sebelum tangannya mengusap pipi lelaki itu. Dia senyum. “Awak tahu yang saya tak mahu kehilangan awak. Awak adalah lelaki ketiga yang saya sayang.

“Ketiga?” Jason kerut dahi.

Rachel angguk dengan senyuman. “Selepas Ryan dan Ayah.”

Jason senyum. Dia tahu itu. Dia mencapai tangan isterinya, mengucupnya sebelum memandang Rachel. “Saya minta maaf.” Ucapnya dengan kesal.

Rachel senyum kelat. “Mungkin saya yang patut minta maaf dengan awak. Saya berikan awak masa yang sukar sejak kita berkahwin. Saya buatkan awak keliru, bukan?”

Jason diam. 

Saya tak mahu Sarah terluka. Dia masih cintakan awak. Dan kadang-kadang saya fikirkan saya adalah orang ketiga dalam hubungan kamu berdua.”

“Rachel…” Jason mengeluh. “Tak ada diantara kamu berdua yang menjadi orang ketiga. Tidak Sarah, tidak awak, Rachel.”

Rachel senyum kelat.

“Dan awak tahu yang saya selalu cintakan awak,” Jason memandang anak mata biru milik Rachel.

Rachel telan air liur. “Awak cintakan saya?”

Jason angguk. Mereka saling memandang untuk beberapa seketika sebelum tiba-tiba saja bibir Jason menyentuh bibir Rachel. Rachel membalas ciuman itu. Mereka bercumbuan untuk seketika. 

“Jadi milik saya, Rachel,” bisik Jason ke telinga Rachel sebelum leher Rachel dicium rakus. Tangannya menjalar ke tubuh Rachel sambil Rachel membuka pakaian di badannya. Satu persatu pakaian mereka ditanggalkan sebelum tubuh Rachel direbahkan ke katil. Dia memandang Rachel yang berada di bawahnya. Sekali lagi mereka bercumbu. Dan akhirnya malam berlalu dengan kisah mereka yang tersendiri.



Reenapple: Yeay! Ekhem Eh,:P



13 comments:

  1. Janganlah nanti Collins kacau dorang pulak. Ekhem

    ReplyDelete
  2. Eh eh, ehemm. Haha
    Rachel dah baca buku tu ya?

    -nur-

    ReplyDelete
  3. Maigoddd. Next plsss

    ReplyDelete
  4. Akhirnya bersatu dua jiwa ehm2
    apa yg la terjadi pasti
    Collins?
    Harap rachel ok

    ReplyDelete
  5. Waa bestt! Next entry please,,, reen ade fb x? Nnt updtes sne,,x? Kcewa la bla chck blog blm ade new entry haha :D

    ReplyDelete
  6. Haha ehemm
    Selepas ehem rachel ada perubahan kuasa ke

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.