Sunday, September 6, 2015

Secret #33: Game Started




Sarah baru sahaja sedarkan diri di saat Jason dan Rachel tiba di hospital. Wanita itu kelihatan pucat dan terdapat satu balutan di kepala wanita. 

“Bagaimana dengan keadaan Sarah?” Soal Rachel tatkala tiba di hospital bersama Jason. Mereka masih belum melawat Sarah secara langsung. Apa yang mereka tahu Sarah telah sedar tapi masih kelihatan lemah. Dan sekarang, wanita itu sedang berbual dengan Teressa.

Steven tarik nafas. “Dia perlu berada di bawah pengawasan doktor untuk beberapa hari sehingga dia betul-betul pulih.” Dia sebenarnya terkejut saat Teressa menghubunginya dengan tangisan, memaklumkan Sarah terlibat dalam kemalangan. 

“Bagaimana dia boleh terlibat dalam kemalangan?” Soal Jason pula. Setahunya, Sarah bukanlah seorang pemandu yang cuai. Wanita itu tidak akan memandu sekiranya telah mengambil alcohol. 

Steven jungkit bahu. “Sarah tidak mahu beritahu apa-apa tentang itu. Dia kelihatan takut bila aku tanyakan tentang itu pada dia.” Steven berkata benar. 

“Aku tengok dia,” ucap Jason ringkas sebelum melangkah ke arah bilik pesakit. Kedua-dua Steven dan Rachel menuruti langkahnya. 

Rachel hanya mendiamkan diri tatkala tiba di bilik pesakit yang menempatkan Sarah. Senyuman palsu diukir pada Teressa dan Sarah. Entah mengapa dia rasakan semuanya kelihatan janggal. Bagaimana dia mengetahui Sarah terlibat dalam kemalangan tanpa sesiapa pun memberitahunya adalah sesuatu yang dia sukar jelaskan. 

Ketika dia sedang mandi tadi, dia mengalami satu bayangan lagi. Bayangan yang sama yang berlaku hari itu. Bayangan di mana dia seolah-olah sedang melihat dirinya berbual dengan Sarah di sebelah pemandu. Wajah Sarah ketika itu kelihatan takut dan risau. Dan beberapa minit kemudian, dia keluar dari kereta dan memerhatikan saja kereta Sarah berlalu pergi sebelum memerhatikan saja kereta milik wanita itu terbabas dengan sengaja. Dan ya, dia ketika itu adalah Collins.

“Bagaimana keadaan awak, Sarah?” Soal Jason lagi.

Sarah angguk lemah. Mujur dia masih hidup. Mujur walaupun dia yakin dengan apa yang menimpanya tadi, dia tak akan terselamat.

“Ia adalah angkara Collins, bukan?” Rachel bersuara tiba-tiba. 

Ketiga-tiga Jason, Steven dan Teressa memandang Rachel dengan hairan. Manakala, Sarah kelihatan terkejut. 

“Rachel…” Jason mendekati isterinya. DIa pasti Rachel membaca fikiran Sarah. 

“Awak…” Sarah telan air liur. “Bagaimana awak tahu?” Dia memandang Rachel.

“Adakah ia benar, Sarah?” Soal Steven pula. 

Sarah angguk lemah. Dan serentak dengan itu, Jason melangkah keluar. Dalam fikirannya hanya satu destinasi saja yang difikirkannya. Manakala Steven, tanpa membuang masa, menuruti langkah Jason. 

“Bagaimana awak tahu itu?” Soal Sarah pada Rachel.

Rachel mengeluh. Dia menoleh ke arah Teressa. Wanita itu angguk kepala padanya, memintanya berlaku jujur pada Sarah. “Saya boleh membaca fikiran manusia.”

Sarah telan air liur. Jadi, itulah kuasa Rachel selama ini. Selama ini dia sangkakan kuasa Rachel sama seperti Ryan. Dan dia sedikit pun tidak pernah mahu tanyakan itu pada wanita itu. Ah, kejap, jika Rachel mampu membaca fikirannya, jadi, adakah itu bermakna bahwasanya Rachel tahu hal sebenar? Rachel telah tahu punca dia kemalangan bukan hanya Collins mahu cederakanya semata-mata. Semuanya berlaku disebabkan dia tidak mahu menuruti arahan lelaki itu. Dan lelaki itu balas dendam padanya. 

“Awak… tahu hal sebenar?” Soal Sarah dengan rasa takut. 

Rachel angguk lemah. Dia tahu keseluruhan bagaimana Sarah boleh terlibat dalam kemalangan.

“Saya minta maaf,” tutur Sarah dengan lemah.

Rachel diam. Jujur, dia sedikit pun tidak menyalahkan Sarah. Bukannya wanita itu berpakat dengan Collins. Tapi dia hairan, apa sebenarnya yang Collins mahukan darinya? Adakah ia berkaitan dengan bagaimana dia tiba-tiba saja mampu membaca fikiran lelaki itu?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Collins melangkah masuk ke ruang tamu dengan rasa senang hati. Dan dia sedikit pun tidak rasa bersalah atas apa yang dilakukannya pada Sarah Ramsey itu. Ia bukan salahnya. Wanita itu yang tidak mahu menuruti keinginannnya. Dan itu akan memberikan satu pengajaran pada wanita itu supaya tidak memandang rendah padanya. 

Dia sepatutnya lakukan itu dari dulu. Tapi dia waktu itu lebih menyampah dengan Teressa yang menyangkakan dia punya hati pada wanita itu. Tak ada sesiapa pun tahu dia mendekati Teressa hanya untuk mengetahui tentang ahli Ipswich. Walaupun ketika itu Teressa sedikit pun tidak mengetahui apa-apa. Dan mungkin juga sebab mengapa dia mencederakan Teressa ketika adalah dia cuba membalas dendam bagi pihak Rachel. Dia pernah melihat Teressa menuduh yang bukan-bukan pada Rachel, menuduh wanita kesayangannya itu punya hubungan sulit dengan Steven. Dan jikalau dia menjadi Rachel, dia akan membalas dendam pada Teressa. Tapi tentulah, hati Rachel lebih baik darinya. Hatinya penuh dengan kegelapan sejak dia mengetahui asal usulnya. Dia mahu lebih kuasa dan sebab itu dia mahukan kuasa Jason ketika itu.

“Kau kelihatan gembira malam ini.” Kedengaran suara Madeline. 

Senyuman Collins dimatikan saat melihat wajah Madeline ketika muda mengambil tempat di sebelahnya. “Bukan urusan kau.”

Madeline senyum sinis. “Dapat mangsa malam ini?”

“Kuasa aku sudah pulih, Madeline. Aku tak perlukan lagi bantuan kau yang merepek itu.”

Madeline ketawa. “Jangan terlalu senang hati, anak muda. Kuasa kau sama saja dengan mereka yang lain untuk waktu ini.”

Collins mendengus. “Bagaimana dengan malam kau?”

Madeline senyum lebar. “Menarik! Dia telah sedar akan kewujudan aku.”

“Dan apa sebenarnya kau jangkakan dari dia?”

Madeline diam. Jujur, dia tidak tahu apa yang dia mahu dari bekas teman lelakinya. Tapi apa yang dia tahu, rasa sakit dan kecewanya pada lelaki itu masih lagi berbaki. Dan ia tak akan pernah pudar.

“Kalau aku jadi kau, aku teruskan saja hidup baru, lelaki bukan seorang dalam dunia ini, Madeline.”

Madeline mendengus. “Kau tak pernah faham situasi aku. Kau tak pernah bercinta, bukan?”

Giliran Collins pula ketawa. “Cinta? Aku tak perlukan itu dalam hidup aku, Madeline.”

“Tapi kau cintakan dia. Kalau aku jadi kau ketika itu, aku luahkan saja perasaan pada dia.”

Collins telan air liur. Luahkan pada Rachel? Wanita itu tidak pernah mahu pandangnya. Walaupun dia selalu lepak bersama-sama Jason dan sahabat-sahabatnya, wanita itu tidak pernah ‘memandangnya’ seperti mana wanita itu memandang Jason. Atau mungkin saja Rachel telah tahu niat jahatnya ketika itu?

“Itu bukan urusan kau, Madeline.”

Madeline ketawa sinis. “Kasihan betul kau ini. Jadi, bagaimana kau mahu dapatkan dia, jikalau kau tidak membuat dia jatuh cinta pada kau?”

Collins senyum sinis. “Aku ada rancangan lain.”

“Apa dia?” Madeline kerut dahi.

Collins senyum senget. Dia teringatkan kelibat lelaki yang dilihatnya pernah berbual denga Rachel. Mungkin dia akan gunakan lelaki itu untuk dapatkan Rachel. “Ia akan menjadi rahsia aku, Madeline.”

Madeline mencebik. Belum sempat dia bersuara, tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit. Dia memandang Collins. Lelaki itu kelihatan tenang, seolah-olah sudah menjangkakan kehadiran dan jeritan itu. 

“Pergi sembunyi,” arah Collins pada Madeline. 

Dan Madeline hanya menurut arahan sebelum menghilangkan diri di bilik kecil yang terdapat di ruang tamu. Dia mengintai di balik lubang kosong. Kelihatan dua lelaki seusia dengan Collins tiba di ruang tamu. Salah seorang wajah lelaki itu kelihatan bengis. Dan Collis seperti biasa kelihatan tenang dengan wajah jahatnya. 

“Apa yang membuatkan kau berada di sini, kawan?” Soal Collins sinis. 

Jason mendengus. Begitu juga Steven. 

“Apa yang kau mahu sebenarnya?” Jerit Jason bengang. Entah bagaimana dia tahu tempat Jason bersembunyi. Dan dia walau apa-apa pun harus selesaikan segala dendam mereka pada hari ini ini.

Collins ketawa. “KAu datang selepas aku cederakan Sarah? Tentu kau marah sebab aku telah usik wanita kesayangan kau, bukan?”

Jason gengam penumbuk, bersiap sedia untuk layangkan pada Collins jika perlu. “Jauhkan diri kau dari dia!”

Collins ketawa lagi. “Sayangnya kau pada dia. Apa yang akan Rachel lakukan jika tahu ini?”

“Kau tidak tahu apa-apa, Collins. Kau sepatutnya mati.”

“Tapi aku tidak mati, kawan. Aku masih hidup. Dan…” Dia memandang Jason dan Steven. “Kuasa aku sudah kembali pulih dan lebih kuat dari kau.”

Jason senyum senget. “Kuasa kau tak akan pernah mampu kalahkan aku, Collins. Kita berdua tahu itu.”

“Itu dulu. Dan sekarang tidak lagi.” Collins mengeluarkan bebola berwarna hitam di tangannya sebelum menghapuskan.

Steven telan air liur melihat itu. Dikerling ke arah Jason yang kelihatan bengang. “Apa yang kau mahu sebenarnya?”

Collins ketawa lagi Entah kenapa dia rasakan soalan Steven begitu kelakar. “Aku mahu dapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik aku.”

“Kuasa Jason bukan milik kau.” ucap Steven berang.

Collins senyum senget. “Aku mahu lebih dari itu.”

Jason mendengus. “Jauhkan diri kau dari Sarah! Dia tiada kena mengena dalam permusuhan kita.”

“Musuh? Kau boleh jadi rakan aku kalau kau mahu.”

“Kami tidak tamak seperti kau.” Steven bersuara.

Sekali lagi Collins ketawa. 

“Kau mahu aku jauhkan diri dari Sarah, aku akan lakukan itu. Tapi, kau tidak kisah kalau aku cederakan Rachel pula?”

Jason ketap gigi dan entah bagaimana dia layankan satu penumbuk halimunan pada Collins, membuatkan lelaki itu terpelanting ke dinding. Dan Collins masih kelihatan tenang. 

Collins bangun. “Tapi tentulah seperti yang kita semua andaikan, Rachel mampu lindungi dirinya, bukan? Tapi bukankah kita semua tahu kuasanya adalah yang paling lemah.”

“Jauhkan dari Rachel!” Sekali lagi Jason menggunakan kuasanya ke atas Collins tapi lelaki itu mengelak. Mata Collins bertukar hitam.

“Biar aku beritahu kau sesuatu, kau berikan apa yang aku mahu. Dan aku takkan menganggu hidup kau lagi.”

“Kau tak akan pernah dapat kuasa aku, Collins,” ucap Jason bengang.

Collins senyum senget. “Jadi, jangan marah aku jikalau sesuatu berlaku pada Sarah sekali lagi. Atau mungkin juga Rachel.”

Dan Jason sekali lagi menggunakan kuasanya ke atas Collins. Lelaki itu sekali lagi mengelak. 

“Ini bukan tempat kau, Jason. Kau tiada hak untuk bergaduh di sini. Ini tempat aku. Dan kau patut tahu batasan kuasa kau.”

Jason mendengus. Dia mematikan kuasanya sebelum beredar bersama-sama Steven. Dia akan pastikan Collins tak akan pernah dekati Sarah lagi. 

Beberapa seketika kemudian, Madeline melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. Dia melangkah ke arah Collins yang masih kelihatan tenang. “Apa yang kau mahu lakukan sekarang inni?”

Collins senyum sinis. “Percayalah, keadaan akan menjadi lebih mudah selepas ini. Dia akan lebih pentingkan bekas teman wanitanya berbanding isterinya.”

“Kau pasti tentang itu?” Soal Madeline risau.

“Aku yakin. Rancangan kita akan berjalan seperti yang dirancangkan.” Collins senyum jahat. Dia akan pastikan Rachel menjadi miliknya sebelum hari lahir wanita itu.



Reenapple: Harap Rachel tak apa-apa. 

13 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.