Saturday, September 5, 2015

Secret #32: Revenge


Encik Richard memandang kedua-dua anaknya dengan rasa risau. Dari tadi, dia mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana dia harus memulakan penceritaan terhadap apa yang dilihatnya tadi. Hatinya tidak pernah tersalah dalam hal yang melibatkan Madeline itu. 

30 tahun yang lalu, sebelum dia berkahwin dengan Helen, dia mempunyai seorang kekasih. Dan wanita itu seperti dirinya adalah seorang ahli sihir tapi kuasanya lebih kuat dari wanita itu. Dan ya, wanita itu adalah Madeline!

Pendirian mereka berdua terhadap kuasa sihir adalah berbeza. Bekas kekasihnya itu begitu taksud dengan kejelitaan dan kemudaan. Manakala dia tidak berminat dengan apa ketaksuban Madeline. Baginya, apa jua yang dilakukannya, tetap tidak mampu mengubah sumpahan yang dikenakan ke atasnya dan sahabat-sahabtnya yang lain. Mereka masih akan menjadi tua jikalau berlebihan menggunakan kuasa. Dan Madeline tidak akan mampu mengubah itu.

Mungkin itu adalah salah satu sebab mengapa dia tinggalkan Madeline. Tambahan lagi, keluarganya meminta dia berkahwin dengan Helen dan dia bersetuju saja dengan perkahwinan yang diatur itu. 

Dan apabila Madeline mengetahui tentang Helen dan perkahwinannya yang bakal tiba, wanita itu mengamuk. Mereka bergaduh besar dan menggunakan kuasa masing-masing ke atas masing-masing. Walau apa sekali pun, Madeline bukan lawannya dan wanita itu telah kalah padanya.

Sangkaanya, Madeline telah meninggal melihat keadaan wanita itu yang tenat sebelum menghilangkan diri secara tiba-tiba seperti asap. Tapi dengan apa yang dilihatnya tadi, dia pasti wanita yang berpakaian gaun merah , berambut perang dan sedang tersenyum tatkala dia berucap tadi, adalah Madeline Halliwell. Dia tidak pernah salah. Tapi yang membuatkannya hairan adalah bagaiman Madeline masih kekal muda dan jelita seperti waktu dulu? Bukankah wanita itu mengalami kecederaan yang teruk yang dia pasti tak akan ada penawar untuk itu.

“Ayah?” Suara Rachel mematikan lamunannya. Dia mengeluh sebelum kembali memandang kedua-dua anaknya itu. Dia akhirnya memulakan penceritaannya.

“Adakah datuk tahu hal ini, ayah?” Soal Rachel setelah selesai penceritaan Richard Wilson tentang wanita bernama Madeline Halliwell.

Encik Richard geleng lemah. Tiada siapa pun tahu mengenai hubungannya dengan Madeline. Tidak walaupun sahabat baiknya, mendiang ayah Jason.

“Jadi, apa yang ayah mahu kami lakukan?” Soal Ryan pula.

Encik Richard telan air liur. Dia juga tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Tapi dia tahu kemunculan semula Madeline adalah petanda sesuatu yang buruk akan berlaku. Mungkin saja wanita itu akan membalas dendam padanya dengan mencederakan ahli keluarganya. Dia akan pastikan itu tak akan berlaku. Dia tak akan benarkan Madeline menyentuh ahli keluarganya. 

“Ayah…” Dia pandang kedua-dua anak nya. “… mahu kamu berdua lindungi diri kamu. Madeline adalah seseorang yang sukar dijangka. Dan dia akan membalas dendam pada keluarga kita.”

“Tapi bukankah ayah kata ayah telah menewaskannya? Jadi kuasanya tidaklah sekuat yang disangkakan.”

“Dia mungkin menerima bantuan dari seseorang .” Entah mengapa dia keluarkan ayat itu. Walau pun dia tidak tahu asal usul apa yang dikeluarkan dari mulutnnya sebentar tadi, tapi dia pasti Madeline menerima bantuan dari seseorang. Tak mungkin wanita itu mampu menjadi cantik semula dengan menggunakan kuasa sendiri. 

“Siapa?” Soal Ryan. 

Encik Richard geleng kepala. Dia tidak tahu. Bahkan dia tidak mempunyai sebarang nama yang mampu menjadi orang yang menolong Madeline.

Rachel telan air liur. Entah mengapa dia tiba-tiba saja teringatkan Collins. Tapi dia harap apa yang difikirkannya itu adalah salah. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jason mengukirkan senyuman tatkala melihat kelibat Rachel memasuki bilik. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi. 

“Hey…” sapa Rachel tidak bermaya. Otaknya penat dengan apa yang berlaku sebenarnya. Walaupun dia tidak tahu siapa Madeline, tapi dia harap tiada apa-apa yang buruk berlaku pada keluarganya. Dia harap andaian ayah tentang dendam Madeline adalah tidak benar. Tapi lelaki itu tidak pernah salah.

“Bagaimana dengan ayah awak?” Jason memulakan perbualan. Sedikit hairan dengan wajah tidak bermaya Rachel. Tertanya-tanya apa yang dibincangkan oleh keluarga Wilson tadi. Perkara apa yang penting sehinggakan tidak mampu ditunda keesokan hari.

“Dia baik.” Rachel melabuhkan punggung di sofa, sebelah Jason. Dia melepaskan keluhan. 

“Sesuatu telah berlaku?” 

Rachel mengeluh. Tidak tahu sama ada harus atau tidak, bercerita pada Jason. Kepala digeleng. “Ayah cuma bercerita tentang mesyuarat hari Isnin ini.” Dia berbohong. 

Jason angguk saja walaupun dia pasti Rachel berbohong. Bukan sekali Rachel berbohong padanya tapi banyak kali sehinggakan dia tidak tahu entah bila Rachel berlaku jujur padanya. Dia pandang isterinya. “Mungkin saya tiada hak untuk tahu apa yang berlaku pada keluarga awak tapi sampai bila awak mahu berbohong pada saya?”

Rachel telan air liur. Bagaimana Jason tahu itu? Adakah lelaki itu mampu membaca fikirannya? “Bagaimana awak tahu itu?”

Jason senyum kelat.” Bukan semalam saya kenal awak, Rachel.”

Rachel mengeluh kecil. Bukanlah dia punya niat untuk berbohong pada Jason, cuma dia tidak mahu membebani lelaki itu. Hal Collins sudah cukup membebankan lelaki itu dah dia tidak mahu menambah lelaki itu dengan masalah kecil walau mungkin hanya Jason saja yang mampu melindungi keluarga mereka. “Saya…” belum sempat Rachel menghabiskan ayatnya, Jason bersuara sekali lagi.

“Awak dah banyak berubah. Awak seolah-olah bukan lagi Rachel Wilson yang saya kenal. Awak banyak rahsia yang awak sedikit pun tidak mahu berkongsi dengan saya.”

Rachel telan air liur. Apa yang keluar dari mulut Jason adalah benar. Semuanya bermula sejak insiden Lillian itu. “Ia bukan rahsia. Ia adalah sesuatu yang saya tidak dapat pastikan lagi, Jason.”

“Jadi, beritahu saya hal yang belum mendapat kepastian awak.”

Rachel mengeluh kecil. Jujur, dia penat. Dia cuma mahu tidur saja. Akhirnya dia bangun, tapi belum sempat dia memulakan langkah, Jason menarik merentap lengannya, membuatkan dia kembali duduk di sisi sebelah lelaki itu. Racehl mengeluh lagi. 

“Baiklah, saya akan beritahu awak,” ucap Rachel dalam nada sedikit bengang. 

Jason mengeluh kecil. Bukanlah dia mahu memaksa Rachel menceritakan apa yang dia mahu tahu. Dia cuma mahu memperbaiki hubungan mereka. Semuanya kelihatan dingin semenjak dia dan Rachel diminta berkahwin sesama mereka. Dia memandang Rachel dan mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rachel tentang apa yang diberitahu oleh ayah mertuanya tadi. 

Selesai 30 minit bercerita…

“Itu saja yang awak patu tahu,” ucap Rachel seusai selesai bercerita. 

Jason diam. Dia tidak tahu apa yang harus dia ucapkan. Mungkin dia sedikit terkejut saat diberitahu tentang Madeline, bekas kekasih ayah mertuanya. 

“Dan awak harus tahu, tak semua rahsia saya berkaitan dengan awak, atau pun Sarah. Kadang-kadang ada perkara yang terpaksa dirahsiakan seumur hidup.” Tambah Rachel lagi. 

Jason telan air liur. Sedikit kecewa dengan ayat Rachel. Seolah-olah Rachel mahu katakan, dia ini tiada kepentingan dalam hidup wanita itu. 

“Pernahkah awak cintakan saya?” Entah mengapa soalan itu keluar dari mulutnya. 

Rachel telan air liur. Bagaimana dia mahu jawab soalan ini? Adakah dia harus mengiyakan atau menafikan seperti dulu? Dia memandang Jason seketika. 

“Pernah. Saya pernah cintakan awak, lama sebelum Sarah mula cintakan awak. Sebelum awak bertemu Sarah.”

“Rachel…” Jason kelu untuk berkata-kata. Adakah Rachel berkata benar?

Saya mahu beritahu awak itu tapi Sarah telah mendahului saya.” Rachel bersuara lagi. “Mungkin saya sedikit kecewa mengetahui tentang hubungan awak dan Sarah tapi saya yang menamatkan segala-galanya diantara kita, bukan?”

“Kenapa awak lakukan itu? Kenapa awak tamatkan hubungan kita dulu?” Jason bersuara.

Rachel mengeluh. Dia memandang Jason sekali lagi. “Saya pernah bermimpi tentang awak yang akan mengalami sesuatu yang buruk jika terus bersama saya.”

Jason telan air liur. “Awak tahu yang mimpi hanyalah mainan tidur saja.”

Rachel senyum kelat. Entah, dia kebelakangan ini tidak tahu sama ada mimpinya itu adalah berkaitan denga hidupnya atau ia hanyalah semata-mata permainan tidur sahaja. 

“Tapi saya mahu percaya mimpi itu, Jason.”

Jason mengeluh. Dia memandang Rachel. Lama sebelum dia mula mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya. Tapi belum sempat dia lakukan apa-apa, Rachel telah menghalangnya. 

“Saya mahu berehat, Jason. Hari ini tersangat penat bagi saya.” Ucap Rachel lemah. Bukanlah dia berbohong tapi dia sememangnya tersangat penat hari ini.

Jason mengeluh kecewa. 

“Kita akan sambung lagi esok apa jua yang awak mahu bincangkan.” Rachel memberi satu ciuman di bibir Jason sebelum menghilangkan ke bilik air.

Jason mengukirkan senyuman. Rasa kecewanya hilang entah ke mana. Dia tersenyum sendirian untuk beberapa minit sebelum diganggu bunyi deringan telefon bimbitnya. Tertera nama Steven di skrin.

Dan dalam masa yang sama, Rachel melangkah keluar dari bilik, wajah wanita itu kelihatan cemas dan risau. Rambut Rachel masih basah dan tubuh wanita itu hanya dilitupi oleh tuala sahaja. 

Jason memandang isterinya dengan hairan sebelum menjawab panggilan dari Steven. Dan suara sahabatnya itu kedengaran cemas. Dia telan air liur mendengar apa yang disampaikan oleh Steven. 

“Bagaimana dengan Sarah?” Soal Rachel risau. 

Jason kerut dahi lagi. “Aku akan datang kemudian,” Jason mematikan talian. Dia memandang Rachel, meminta penjelasan. Bagaimana Rachel tahu Steven sedang bercakap tentang Sarah? Namun belum sempat dia bersuara, Rachel telah menghilangkan diri ke bilik pakaian dan kembali kepadanya dengan siap berpakaian. 

“Kita harus ke hospital sekarang!” ucap Rachel tegas sebelum melangkah keluar. 

Jason bangun dengan malas. Walaupun dia juga risaukan Sarah, tapi dia tidak lah seperti Rachel. Tertanya-tanya bagaimana wanita itu tahu tentang Sarah yang terlibat dalam kemalangan itu?


Reenapple: Harap-Harap Collins bukan penyebab pada kemalangan Sarah.




7 comments:

  1. Ok Rachel dh pandai kiss jason
    ok Rachel dh mula pandai meluahkn perasan good
    ok rachel ada punya kuasa baru naluri
    hahahaha
    good3x
    ok tunggu n3
    thank you write

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa naluri tu bukan kuasa baru. Ahaa. Nanti akan diceritakan next chapter. :D

      Delete
  2. Tapi aku rasa macam angkara Collins je.

    ReplyDelete
  3. Sarah slalu muncul di antara rachel dgn jason. Bg lah sarah dgn ryan pls. Sbb ryan tak de sesiapa.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.