Thursday, August 6, 2015

Kistot #45: Secret Admire.



Satu Caramel Frapuccino diletakkan di hadapannya. Dia pandang lelaki di hadapannya dengan senyuman. “Thank you.” Matanya kembali memandang skrin telefon pintarnya. Dari tadi dia ‘scroll’ Twitter. Harapnya dia dapat baca ‘Tweet’ dari Encik Crush. Tapi hampa. Encik Crush cuma ‘tweet’….

‘I saw her today.’

Illiyana mengeluh. Tertanya-tanya siapa ‘her’ yang dimaksudkan oleh Encik Crush. Dia pasti ‘her’ itu bukan ditujukan padanya. Padahal boleh saja dia berangan tweet tadi ditujukan padanya tapi dia tak mahu punya angan-angan macam mat jenin. Sakit dan mengecewakan.


“Aku satu kelas dengan Sam sem ini,” Idham memulakan suara, cuba untuk memulakan perbualan.

Mata Illiyana terus beralih pada Idham. Idham jumpa Encik Crush hari ini?

“Subjek apa?”

“Strategic Management.”

Illiyana mengeluh. Menyesal pula tak mahu daftar subjek sama dengan Idham. Kalau tidak, dia boleh lah hari-hari hadap Encik Crush. “Sempat tak aku nak tukar kelas?”

Idham senyum senget sambil geleng kepala. “Add drop subject habis semalam lah weh.”

Illiyana mencebik. “Tak apa. Nanti kau jadi pemberi maklumat tentang dia. Dia pakai baju apa, buat apa.”

Idham tunjuk riak jengkel sambil geleng kepala. Illiyana dan Encik Crush-nya tidak pernah tamat. Tertanya-tanya apa kelebihan Sam Qhaliff itu. Kalau hanya berdasarkan rupa kacukan yang kacak, dia tak rasa itu sepatutnya menjadi sebab utama Illiyana jatuh hati pada Sam Qhaliff itu.

“Kenapa pula?” Illiyana berpura-pura kecewa.

“Kau patut move on la, Illiyana Umairah. Sam tu bukannya macam kau bayangkan. Hanya disebabkan dia tu separuh German, separuh Melayu, kau tergila-gilakan wajah kacak dia. Step on reality lah, please.”

Sekali lagi Illiyana mencebik. “At least he’s handsome, babe.” Illiyana tidak mahu mengaku kalah.
Idham mengeluh.

“ Jangan panggil aku babe kalau kau tak nak dengar nasihat aku.” Idham bangun. Buku-buku atas meja dicapainya.

Eh, merajuk ke?”

“Tak.” Balas Idham dingin. “Aku dah lambat nak pergi kelas.”

“Kelas apa? Strategic Management?” Illiyana senyum sambil buat muka comel pada Idham.

Idham tunjuk riak jengkel. “Step on reality, Yana.”

“Pergi je lah ke kelas tu!” Illiyana meradang. Sakit hati pula dengan ayat Idham. Tak habis habis mahu dia berpijak di alam reality. Apa yang dialaminya ini adalah alam reality. Realiti yang punya Sam Qhaliff yang kacak itu.

“Hurmm…” Idham mengeluh kecil. “Aku pergi dulu. Jangan lupa malam ni. Kau dan aku ada discussion.”

Illiyana mencebik sambil matanya kembali memandang skrin telefon pintarnya. Sekali lagi dia ‘stalk’ Twitter Encik Crush.



Reenapple: I am so sorry sebab lambat update Secret. Actually sibuk nak siapkan Stick & Stones plus Secret and juga dengan kerja. Haha. Ini hanyalah iklan je. Kalau aku rajin, aku buat sambungannya selepas habis cerita Secret. Apa-apa pun, next entry adalah Secret bab #20. Stay tune.



4 comments:

  1. Ni bukan ke yang kau tunjuk aku hari tu?

    ReplyDelete
  2. Lama takde entri psal stick&stones. Waitingg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stick & stones terpaksa dihentikan posting sementara waktu. kalau ada rezeki, jumpa ia dalam versi cetak. :)

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.