Friday, June 5, 2015

Stick & Stones #33



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32]


Amily Katrina memandang rumah agam di hadapannya. Sedikit mengagumi keindahan rumah agam di hadapannya. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, ada satu taman bunga yang begitu cantik di matanya.

“You buat apa lagi kat situ?” Tiba-tiba kedengaran suara Adam.

Amily menoleh. Adam sedang melangkah ke arahnya. Dia mengukirkan senyuman pada lelaki itu tetapi Adam, seperti biasa, dingin dengannya. “Your grandmother’s house beautiful.”

Adam senyum senget. Amily bukanlah orang pertama yang memuji kecantikan rumah Nenek Maria, adik kepada arwah neneknya. Setiap tahun, keluarganya akan mengadakan family reunion di situ. Itu dilakukan disebabkan Nenek Maria tidak punya sesiapa, hanya keluarganya dan keluarga Uncle Azman, ayah Zachary., jadi satu kemestian untuk memunculkan diri. Dan untuk tahun ini, dia terpaksa membawa Amily. 

“But then, I tak nampak pun Nenek Maria? She should be happy seeing us.”

Adam telan air liur. Lupa pula untuk maklumkan pada Amily tentang kedatangan mereka yang awal ini. Mengikut jadual, family reunion akan bermula dalam masa 4 hari lagi. Dan dia pasti keluarga Zachary akan tiba dua hari lagi dan keluarganya akan tiba keesokan. Sengaja dia datang awal, mahu berdua-duaan dengan Amily.

Eh, kejap! Berduaan dengan Amily? Apa yang dia sedang fikirkan ini? Atas sebab apa dia mahu berdua-duan dengan Amily? Bukankah dia tidak menyukai wanita itu?

“You’re acting strange lately.” AMily bersuara lagi. matanya memandang Adam yang kelihatan terpinga-pinga.

“Maksud you?” Adam hairan. Kalau Amily pun hairan dengan sikapnya, dia apatah lagi.

Amily jungkit bahu. 

“Jom, masuk.”

“You tak jawab soalan I lagi.” Amily memandang Adam yang baru saja memulakan langkahnya.

Adam telan air liur lagi. “At this moment, nobody at home. Nenek Maria masih ada kat Australia, seeing her friends. She will be at home in two days. Mommy, Daddy dan Along juga.”

Amily angguk tanda faham. “So, untuk dua hari ini, just you and me di rumah ini?” Amily senyum.

Belum sempat Adam menjawab, Amily telah melangkah masuk. Adam mengeluh. Tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Harapnya tak ada apa-apa yang buruk berlaku nanti. Dia risaukan Zack akan merosakkan segalanya. Sepupunya itu sah-sah mahu mendekati isterinya dan dia tak benarkan itu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Adam tiba di ruang makan. Dahinya berkerut apabila kelibat AMily tiada di situ. Aneh Dia kemudian terdengar bunyi riuh rendah di dapur. Terus saja kakinya melangkah ke dapur. Kelibat Amily sedang berbual mesra dengan pembantu pembantu rumah. 

“Tuan Adam seorang yang cerewet dalam makanan berbanding Tuan Zack”ucap pembantu rumah bernama Lily. Sahabatnya menganggukkan kepala, bersetuju dengan ayatnya.

Amily angguk kepala sebelum menghirup minuman coklatnya. Satu macaron dicapainya.

Tuan Zack memang berbeza dengan Tuan Adam. Lebih peramah dan lebih mesra,” tambah pula pembantu rumah bernama Margaret pula.

Amily senyum sinis. Zachary memang terkenal dengan sikap peramah dan mesra tapi hanya dengan gadis cantik saja. 

Adam yang mendengar ayat yang membandingkannya dengan Zachary, menunjukkan reaksi tidak puas hati. Tapi dia mendiamkan diri saja. Mahu mendengar apa lagi Lily dan Margaret mahu mengutuknya. Nasib baik Nenek Maria tak ada, kalau tidak, sah-sah dia mengadu pada wanita itu.

“Tapi, Tuan Adam lagi handsome dari Tuan Zack,” ucap Lily lagi. Margaret yang tidak puas hati dengan ayat sahabatnya, menyiku lengan Lily, supaya Lily sedar apa yang sedang dia katakan di hadapan isteri majikan mereka. 

Adam ukirkan senyuman. Tak jadi dia mahu marah Lily dan Margaret itu. Dia kemudiannya berdehem, mahu manusia manusia di dapur itu sedar akan kehadirannya.

“Tuan Adam…” ucap Lily dengan sedikit terkejut. Dia memandang Margaret dengan rasa cemas. Harapnya lelaki itu tidak mendengar perbualan mereka lagi.

“Morning sayang.” Sapa Amily. 

Adam tidak memberi respon. Dia memandang kedua dua wanita pembantu rumah itu. 

“Kami… ke ruang tamu. Mahu mengemas..” Lily bersuara sambil memandnag kedua dua Adam dan o Amily. “Seronok berbual dengan Puan.

Amily hanya mengukirkan senyuman saja sebelum kembali menghirup minuman coklatnya. Tangannya kemudian mencapai macaron di hadapannya. Dia langsung tidak ambil penduli tentang Adam yang sudah mengambil tempat di hadapannya.

“Kenapa you berada di sini? You should be in front.”

Amily senyum. “I was waiting for you.”

Belum sempat Adam bersuara, kedengaran bunyi riuh di ruang tamu. Tentu Mommy dan Daddy sudah tiba. Tapi sangkaannya salah apabila yang berada di ruang makan adalah keluarga Zachary.

“Ah, kamu berdua dah sampai,” ucap Encik Azman dengan senyuman. 

“Bila Uncle sampai?” Soal Adam sebelum mengambil tempat di meja makan diikuti oleh Amily.

“This morning. Tapi kamu berdua waktu tu belum bangun lagi,” balas Encik Azman sambil memandang Adam.

Adam angguk dengan senyuma kelat. Dia memandang manusia manusia yang berada di meja makan. Ada Puan Nellyana bersama anak gadisnya, Keisha. Tapi kelibat Zachary tiada pula. Baru saja diungkit hal Zachary, terus saja lelaki itu muncul di ruang makan. Pengacau betul! 

Zachary jeling Adam dengan sinis. Sengaja dia mengambil tempat di sebelah Amily. “Hello, Adam.”

Adam tarik senyuman senget. Benci pula melihat Zachary berada di sebelah Amily. Dia tahu Zachary sengaja berbuat sedemikian.

Amily yang diam dari tadi terus mendiamkan diri. Baginya, dia tiada hak untuk bersuara pada wajah-wajah asing di hadapannya. Wajah adik Zachary, Keisha kelihatan angkuh memandangnya. Dia syak Keisha ada perasaan pada Adam. Sebab gadis itu asyik memandang Adam dan mahu berkepit dengan Adam ketika di majlis perkahwinan mereka dulu.

“Bila Daddy kamu nak sampai?” Soal Encik Azman, memulakan perbualan.

“Probably by today.”

Encik Azman angguk. “Aunty Maria mungkin malam ini.”

So, your name is Amily, right?” Kedengaran suara Keisha. Gadis berambut coklat disusuli dengan satu jaluran berwarna biru di hujungnya memandang sinis Amily.

“Yes,” balas Amily pendek sebelum kembali menikmati sarapan pagi di hadapannya. 

Keisha senyum sinis. Dia perhatikan Amily dari atas hingga bawah. Bukannya cantik pun. Rasanya dia lagi cantik dari wanita yang telah merampas lelaki yang dicintainya sejak di bangku sekolah. Dulu, halangannya adalah Maya tapi kali ini halangannya adalah Amily. Dia ingatkan Adam tak akan berkahwin dengan Amily selepas lelaki itu berusaha keras menolak cadangan pak cik dan makciknya tapi perkahwinan itu tetap terjadi. Tertanya apa yang Amily telah hasut pak cik dan mak ciknya supaya memujuk Adam berkahwin dengannya.

“It must be good to marry Adam,” Puan Nellyana menjeling anaknya. Dia tahu anak bongsunya masih tidak mahu berputus asa terhadap abang sepupunya itu. Berkali-kali dinasihati Keisha supaya lupakan saja Adam tapi anaknya masih berkeras mahu cintakan Adam. Entah apa baiknya Adam, dia sendiri tidak tahu. Mungkin saja anak saudaranya itu kacak dan kaya. Dan dia juga pasti jika Keisah berkahwin dengan Adam, dia akan memperoleh banyak kebaikan tapi bila diingatkan kakak iparnya itu, dia mengeluh. Mereka berdua tidak suka satu sama lain. 

“Of course it is.” Balas Amily dingin.

“So dah berapa banyak duit yang you kaut dari dia?” Soal Keisha.

“Keisha!” tegur Encik Azman. 

Keisha telan air liur. Hampir dia lupa Ayah turut berada di meja makan. Mamanya menggelengkan kepala paginya, memberi isyarat supaya dia diamkan diri sahaja. “Keisha cuma tanya benda yang betul je pun.” Balas Keisha tanpa perasaan bersalah.

Zachary jeling adiknya dengan tajam. Mahu saja dia baling roti croissant di hadapannya pada adiknya. “Just shut up, Keisha!”

Keisha jeling Zachary dengan rasa tidak puas hati. Dia mendengus berang sebelum mengangkat punggung. 

“Sorry for her behavior,” ucap Puan Nellyana dengan rasa malu. Keisha telah menjatuhkan maruahnya di hadapan tetamu. Lagi lagi di hadapan Adam dan Amily.

Amily hanya mengukirkan senyuman palsu saja. Bukannya dia penduli pun. Dia kembali menikmati makanan dihadapannya. Manakala mata Adam ke arah Zachary yang sekali kala akan mengerling ke arah Amily. Dia akan pastikan Amily berada jauh dari Zachary. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Zachary mengukirkan senyuman tatkala terlihat kelibat Amily di taman. Kakinya melangkah ke arah Amily yang berada di atas buaian denga buku di tangannya. “Hai.”

Amily mendongak. Senyuman Zachary langsung tidak dibalasnya. Dia kembali menghadap buku di tangannya. Pantang betul baginya kalau orang mengacau waktunya dengan buku.

“Still mad?” Zachary bersuara lagi melihatkan reaksi dingin Amily ini.

Buku di tangan Amily ditutup. Dia pandang Zachary. “Why would I want to get mad on you?”

Zachary mengeluh. Dia tahu Amily berpura pura. “The things between me and Deanne.”

Amily tarik senyum senget. “So, you still with Deanne? Did she really good in bed?” Amily teringatkan ayat Deanne beberapa hari lepas. Sungguh, dia langsung tidak mengingati wajah Deanne tapi anehnya wanita itu masih mengingatinya dan menganggapnya sebagai musuh. Aneh! Tapi dia tidak penduli pun itu. Bukan halnya pun.

Zachary telan air liur. “You tak bagitahu I pun yang you datang awal dengan Adam.”

“Does it matter to you?”

“Yes.”

“Why?”

Zachary mengeluh lagi. “You already know this answer.

“And you already know my answer, Zack.”

Sekali lagi Zachary mengeluh. “You kahwin dengan dia hanya untuk balas dendam pada I, bukan?”

Amily senyum. “No.”

“Yes, you are.”

“I said No, Zack. I kahwin dengan dia sebab I suka dia.”

Zachary geleng. “You kahwin dengan dia hanya sebab duit.”

“What’s goin on here?” Tiba-tiba kedengaran suara lelaki. 

Zachary menoleh, kelihatan Adam sedang melangkah ke tempat dia dan Amily.

“Hai sayang,” sapa Amily. “We’re just talking about you and your money.”

Adam mendengus. Dia memandang Zachary. “Still longing for your ex girlfriend, Zack?”

Zachary ketap gigi. “Jangan harap kau dah menang.”

Adam senyum sinis. “But that’s the fact. I win and you lose.”

“You don’t love her.”

“I am. Tapi sekurangnya aku tak curang pada dia.”

Zachary mendengus. Kalau bukan AMily berada di hadapannya, mahu saja dia layangkan satu tumbukan pada Adam. 

Amily yang dari tadi memerhatikan drama tak matang di hadapannya mengeluh. “Boys, stop it.” Dia bangun.

Kedua-dua Adam dan Zachary memandang Amily. 

“Jangan buat drama kat sini. Act matured, please.” Amily bersuara lagi.

Kedua dua Adam dan Zachary mengeluh. 

Amily pandang Adam. “You cakap nak bawa I bersiar-siar. Is this the right time?”

Adam angguk. 

“Well, I pergi bersiap dulu.” Amily memulakan langkah ke rumah.

Adam memandang Zachary. “Actually Zack, kau yang kalah, bukan aku.”

“Kau…” Zachary geram. 

Adam tarik senyuman senget. “Kau yang curang pada dia. So pay for your what you have done.” Seusai ucap itu, Adam berlalu pergi, menuruti langkah Amily.

Zachary mendengus berang. Digenggam penumbuknya sekuat hati.


Reenapple: Padan muka Zack.



4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.