Wednesday, June 3, 2015

Stick & Stones #31



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30}

“Morning.” Sapa Adam saat melihat kelibat Amily di dapur. Wanita itu langsung tidak membalas senyumannya. Dia memerhati saja gerak geri Amily yang sedang meneguk air.

“You tak pergi kerja?” Soal Amily. Sedikit hairan dengan kewujudan Adam lagi.

Adam geleng. “I’m on leave today.” Matanya memandang Amily dari atas hingga bawah. Wanita itu mengenakan baju tidur berlengan panjang dipadankan dengan seluar pendek paras paha. Tapi bukan itu yang menarik perhatiannya tetapi lengan kiri Amily. Kelihatan tompokan berwarna merah. Dia tidak pasti sama ada itu adalah tompokan darah atau sebaliknya.

Amily tarik senyum senget. “How sweet you are.” Balas Amily lemah. Tangannya mencapai botol aspirin dalam salah satu cabinet di hadapannya. 

“Are you okay?” Soal Adam, sedikit cemas apabila melihatkan Amily menelan aspirin.

Amily angguk lemah. Walhal sebenarnya dia tidak begitu sihat. Sejak bangun lagi, kepalanya berdenyut seolah-olah mampu memecahkan kepalanya. 

Adam melangkah ke arah Amily. Dia tidak percaya dengan apa yang Amily katakannya. Tangannya menyentuh dahi Amily. Panas!

“Apa yang you buat ni?” Soal Amily sambil tangannya menepis tangan Adam. 

“You’re sick.”

“I’m not.”

“Yes, you are. Badan you panas, Amily. And your wound…” Adam memandang lengan Amily. Tompokan berwarna merah di lengan kiri wanita itu makin membesar.

Amily telan air liur. patutlah dia rasa pedih. Rupanya lukanya kembali berdarah. “I’m fine. I can handle this.”

“Let’s see a doctor.”

“No!”

Adam mendengus. Amily Katrina ini degil betul!

“Kalau I jumpa doktor, Papa dan Mama akan tahu hal ini dan I tak nak mereka risau.”

“Dan you nak mati?”

Amily ketawa kecil. “A small wound won’t make me die, Adam. Sooner or later, ia akan sembuh.”

Belum sempat dia bersuara, Amily telah meninggalkannya ke biliknya. Adam mengeluh. 

10 minit kemudian, Adam membawa masuk sarapan ke bilik Amily. Pintu diketuk beberapa kali namun tiada jawapan. Akhirnya dia memulas saja tombol pintu dihadapannya. Tambahan lagi pintu itu tidak berkunci. Di saat dia melangkah masuk, dia telan air liur melihat keadaan Amily yang terbaring di lantai. Lantas dia meluru ke arah Amily. Lengan baju kiri Amily sudah basah dengan darah. Adam cemas!

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam menuruti langkah Edrian ke ruang tamu. Sahabatnya itu baru saja selesai merawat Amily. “She will be okay, right?” Soal Adam tenang. Tak, dia cemas sebenarnya tapi dia tidak tunjukkan di hadapan Edrian.

Edrian senyum. “She will be fine. Jahitannya terbuka. But everything will be fine. She just need a lot of rest.”

Adam angguk.Keadaan menjadi sunyi seketika. Adam sejujurnya tidak tahu apa lagi yang harus dia bualkan dengan Edrian. Dia hubungi Edrian pun hanya disebabkan Edrian adalah doktor.

“Amily is lucky to have you.” Edrian bersuara, cuba memecahkan kesunyian yang melanda dirinya dan Adam. Jujur, tiba-tiba saja dia berasa janggal berhadapan Adam. Sudah lama mereka tidak bertemu mahupun melepak bersama sejak insiden dia mengkhianati Adam.

“Maksud kau?” Adam kerut dahi.

Edrian senyum. “You are taking care of her right now. You are starting to love her, Adam.”

Adam telan air liur. Dia tidak bersetuju dengan ayat Edrian. Apa yang dilakukannya sekarang ini bukan disebabkan rasa cinta, ia cuma rasa risau seorang manusia pada manusia lain. “I don’t love her, Ed. All I’m doing right now is because she’s my responsibility. Aku tak tahu apa yang aku nak jawab pada family kitaorang if something happens to her.”

Edrian telan air liur. Nampaknya dia tersalah membuat andaian. Dan nampaknya Adam masih tak dapat lupakan Maya. Sekali lagi Adam membuatnya dihimpit rasa bersalah. “I’m sorry, Adam.”

Adam mengeluh. Bukan itu yang dia mahu dengar dari Edrian. Mungkin saja dia masih belum lupakan Maya, tapi dia sudah memaafkan kedua-dua Edrian dan Maya. Dan dia cuba untuk ikut nasihat Daddy, hidup untuk masa hadapan bukan untuk masa silam. “It was an old story, Ed.”

Edrian senyum kelat. “I just still feel guilty for everything that happens between you and Maya.”

“Aku yakin kau boleh jaga Maya lebih baik dari aku jaga dia. She seems so happy being with you. She wasn’t mean for me, Ed."

Sekali lagi Edrian senyum kelat. Nampaknya Adam dah banyak berubah sejak berkahwin. “I have to go. Aku ada appointment nanti.”

Adam angguk sebelum mengiringi Edrian ke pintu. “Say hi from me to Maya.” Ucap Adam sebelum menutup pintu.

Adam kemudian melabuhkan punggung di sofa. Baru saja beberapa minit dia merehatkan diri, sekali lagi kedengaran loceng. Adam bergegas melangkah ke arah pintu. Rasanya dia tahu kelibat siapa yang datang. Tentunya Daniel datang membawakan baju-bajunya. Tapi, apabila pintu dibuka, dia tunjukkan riak terkejut. Gerangan yang menekan loceng tadi turut menunjukkan riak yang sama.

“Kau!” Zachary pandang Adam dengan rasa tidak percaya. Dia melangkah masuk. “Kau buat apa kat sini? Mana Amily?”

Adam mengeluh kasar. Benci pula melihat kelibat Zachary. “Amily is my wife. Aku patut tanya kau soalan itu. Apa yang kau buat kat sini?”

Zachary tunjuk riak jengkel. “Setiausaha Amily bagitau aku Amily cuti sakit hari ini.”

Adam senyum sinis.

“Mana Amily?” Soal Zachary lagi. Dia baru saja mahu melangkah ke arah bilik tidur Amily sebelum langkahnya dihalang Adam. Dia mendengus berang.

“She’s sleeping. Aku rasa kau tak patut ganggu dia.”

Sekali lagi Zachary mendengus berang. “Aku nak tengok keadaan dia.”

“She’s fine.” Balas Adam dingin. Harapnya Zachary cepat-cepat beredar. “It’s better you leave Zack.”

“Kau tak ada hak nak halau aku. Ini rumah Amily, bukan rumah kau.”

Adam senyum sinis lagi. “Tapi Amily isteri aku.”

“Isteri yang kau tak pernah cinta…” sengaja Zachary mengeluarkan ayat sedemikian.

“And you are nothing in her life, Zack.” Puas hati Adam dapat lihat muka marah Zack.

“For your information, I’m her favorite guy!” ucap Zachary berang. 

“Is that so?” Adam senyum sinis. “Yang aku tahu kau ni ex boyfriend dia. Kau cuba nak tawan hati dia semula tapi dia refuse untuk terima kau semula.”

Zachary mendengus. “Hubungan aku dan AMily dulu adalah lebih dari yang kau sangkakan.”

“So?” Adam pandang Zachary dengan sinis. “Whatever it is, Zack. You are history in her life.”

“Kau!” Niat Zachary untuk melayangkan satu tumbukan ke muka Adam dibatalkan saat kedengaran loceng. Dia memerhati saja kelibat Daniel melangkah masuk. Pembantu peribadi Adam menundukkan wajah padanya, tanda memberi hormat padanya. 

“Saya dah bawakan baju-baju tuan,” ucap Daniel pada Adam sambil menghulurkan satu beg baju pada Adam.

“Kau nak tidur sini?” Soal Zachary tidak percaya.

Adam angguk.

“Aku tak benarkan.”

Adam senyum sinis. “Aku tak perlukan kebenaran kau, Zack,” ucap Adam sinis. Adam memulakan langkah ke bilik Amily.

“Untuk pengetahuan kau, aku dah pernah ‘rasa’ Amily. She’s really good in bed.

Langkah Adam terhenti. Dia menoleh semula ke arah Zachary. Dia mengukirkan senyuman pada lelaki tu sebelum melayangkan satu tumbukan ke muka kacak Zachary. Zachary rebah.

Daniel yang menyaksikan kejadian itu hanya mampu menelan air liur saja.

“Kau!” Zachary mengesat darah yang mengalir di hujung bibirnya.

“Watch your words, Zack. And watch who you’re talking to.”

Zachary bangun sambil ukirkan senyuman sinis. “Whatever it is, Adam. Kau dah kalah. Amily tak akan pernah jadi milik kau.”

Adam telan air liur. Dia tahu fakta itu. Tapi kenapa dia rasa mahu bagi satu tumbukan lagi pada Zachary? “ I never said I want to make her mine, Zack. She is not worth to be with me. Dia hanyalah perempuan murahan yang mahu duit aku saja.”

“Kau!” Zachary berang. Belum sempat dia melayangkan satu tumbukan pada Adam, Daniel telah menghalangnya. Lelaki itu memeluk tubuhnya dari belakan, menjauhkan dirinya dari Adam.

“You better leave, Zack. Kejap lagi Mama Amily akan datang dan aku pasti kau tak nak keruhkan keadaan lagi, bukan?”

Zachary mendengus. Dia menepis Daniel. Dia sempat memberikan jelingan tajam pada Adam sebelum melangkah keluar. 

Adam mengeluh. Jujur, Zachary sengaja mencabar kesabarannya.

Reenapple: Zachary ni penyibuk je. 




10 comments:

  1. Patutnya Zack tu kena belasah. Tak cukup penumbuk. Eheh

    ReplyDelete
  2. Eeei Zack ni. Mujur nama i Zaki. Eh takde kaita lgsg. Haha

    ReplyDelete
  3. Jangan percaya cakap zack tu.

    ReplyDelete
  4. Hahahaha. Pdan muka zack. Tu lah mulut takda insurans. Kn dah kena pnumbuk free dri Adam.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.