Tuesday, June 2, 2015

Stick & Stones #30



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29]

Amily Katrinaa baru saja melangkah keluar dari lif, menuju ke arah kereta yang diparkinya. Kawasan parkir di tingkat bawah kelihatan sunyi. Tentulah, jam tangannya menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Semuanya disebabkan dia mahu siapkan proposal yang akan digunakan untuk mesyuarat pada minggu hadapan. Masih ada masa tapi disebabkan dia tiada sebarang aktiviti malam ini, jadi dia mengambil keputusan untuk siapkannya hari ini juga. Atau mungkin saja dia seorang workhalic? Ah, pendulikan semua itu. Yang penting dia sudah siapkan kerjanya. 

Keluhan berat dilepaskan. Menyesal pula memakirkan kereta jauh dari lif. Sepatutnya dia parkir saja berdekatan dengan lif pagi tadi. Sudahlah kawasan parkir kelihatan suram. Bukanlah dia takut tapi dia penat dan cahaya suram di kawasan parkir itu membuatnya makin letih. Ditambah lagi dengan kasut tumit tingginya yang menambahkan keletihannya. 

Dalam asyik dia menghayunkan kakinya kearah keretanya, tiba-tiba saja mulutnya ditekup dari belakang. Amily sedikit terkejut. Dia bergelut seketika sebelum menyiku tubuh lelaki itu dari belakang. Mujur saja dia punya ilmu pertahanan diri.

Amily menoleh ke belakang. Seorang lelaki berpakaian hitam yang tidak dikenalinya sedang mengukirkan senyuman jahat kepadanya. “Who are you?” Soal Amily gerun sambil mengundurkan diri ke belakang. Dan lelaki itu setapak demi setapak mendekatinya. 

Tanpa menunggu masa, Amily cuba untuk melarikan diri dari lelaki jahat itu tapi tentulah lariannya tidak boleh menandingi lelaki itu. Belum sempat dia memulakan lariannya, lelaki itu terlebih dahulu memaut lengannya dengan kasar. 

“Where you’re going?” ucap lelaki itu.

“Who the hell are you?” Amily meronta. Dia cuba menendang lelaki itu tapi tidak mampu. Skirt ketatnya menghalangnya dari berbuat sedemikian. Dia cuba melayangkan satu tumbukan tapi lelaki itu menepis. Jujur, dia tiada kudrat untuk berlawan dengan lelaki itu. Tenaga lelaki itu berjuta kali lebih kuat darinya yang kini kehabisan tenaga. 

Dia menjerit tapi tiada gunanya. Air liur ditelan saat lelaki itu keluarkan pisau dari poketnya sebelum pisau itu diacukan tepat ke mukanya. 

“Kau nak apa?” Soal Amily sedikit gerun. Dia tak mahu lelaki itu mengapa –apa kan wajahnya. 

Lelaki itu diam, tidak menjawab soalan Amily. Tangannya mengusap pipi Amily dengan senyuman yang menakutkan Amily. Amily masih lagi cuba meronta walaupun tidak sekuat seperti tadi. 

“You are so pretty.” Ucap lelaki itu dengan senyuman sebelum mencengkam pipi Amily dengan kasar.

Amily telan air liur. Dan entah dari mana dia mendapat kekuatan. Dia menolak tubuh lelaki itu dengan sekuat mungkin, membuatkan lelaki itu jatuh tersungkur. Dan dalam masa yang sama lengannya terkena mata pisau. Amily menahan sakit.

Baru saja dia memulakan satu langkah, dia jatuh tersungkur. Lelaki berbaju hitam itu sedang memegang erat kakinya. Sekali lagi Amily meronta dan menjerit tapi tiada gunanya. Dia cuba mencapai beg tangannya yang tersadai di lantai, hanya beberapa inci saja tapi dia tidak mampu lakukan itu. Tubuhnya ditarik supaya dekat dengan lelaki itu. 

“Let me go, you idiot!” jerit Amily.

Lelaki itu hanya tersenyuma. Tangannya merayap ke tubuh Amily tapi Amily menendang lelaki itu. Walaupun tiada gunanya dia tetap menendang semampu yang dia mungkin. 

“Hey…” tiba kedengaran suara lelaki. Amily menoleh. Jujur, hatinya menjerit lega apabila jeritan itu adalah milik dua pegawai keselamatan. Tanpa melengahkan masa, dua orang pengawal keselamatan menuju ke arah Amily dan lelaki berbaju hitam.

Dan dengan sepantas kilat, lelaki berbaju hitam ke belakang Amily dan mengacukan pisau ke leher Amily, memaksa wanita itu berdiri bersamanya. Amily turuti saja kemahuan lelaki itu.

“Lepaskan dia,” jerit salah seorang pengawal keselamatan. Tapi jeritannya itu sia-sia saja jika tidak disusuli oleh senjata. 

Amily mengepal tangannya sambil mindanya cuba mencari cara untuk melepaskan diri dari genggaman lelaki berbaju hitam ini. Pisau di lehernya dikerling sebelum laju saja dia menghentak dada lelaki itu dengan sikunya secara kasar membuatkan lelaki itu menjatuhkan pisaunya. Lengan lelaki itu dicapai sebelum dia membalikkan tubuh lelaki itu dengan ilmu pertahanan dirinya. Lelaki itu jatuh tersungkur lantai. Pisau yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri dicapai sebelum menikam tepat ke paha lelaki itu membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

“Puan…” kedengaran suara pengawal keselamatan. Dia sedikit terkejut melihat keadaan lelaki itu tapi tidak sebanyak apabila darah yang mengalir di lengan majikannya. 

“Call the police.” Arah Amily sambil cuba untuk membetulkan nafasnya. Dia menahan kesakitan. Dikerling lengan kirinya. Bedebah punya penjahat!

Pengawal keselamatan itu menganggukkan kepala sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. Didailnya nombor polis. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Adam meluru masuk ke dalam balai polis. Matanya mencari kelibat Jeffri. Seusau mengenal pasti susuk tubuh Jeffri, dia melangkah ke arah lelaki itu. 

“Jeff…” sapa Adam tatkala dia berdiri di sebelah lelaki itu.

“Hey… Adam,” sapa Jeffri dengan senyuman. 

“Where is she?” Mata Adam mencari kelibat Amily pula. 

Jeffri menunjukkan ke arah satu bilik kaca yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Adam menoleh ke arah yang ditunjukkan Jeffri. Kelihatan Amily sedang duduk di satu sudut sambil tangannya memegang cawan polisterin. 

“Who’s the culprit?” Soal Adam.

“The most wanted person.”

“Means?”

“Lelaki yang mencederakan Amily adalah lelaki yang sama terlibat dengan beberapa kes rogol baru baru ini.”

“And?”

“It seems that we got the culprit. Aku rasa mungkin kau patut jumpa Amily. Aku tak beritahu dia yang aku call kau.”

Adam angguk sebelum kakinya melangkah ke arah Amily. Dia mengukirkan senyuman tatkala wanita itu memandangnya dengan riak kosong.

“Hai..”

“You buat apa kat sini?”

Adam tarik nafas sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya. “Jeff call I. bagitahu I apa yang terjadi.”

“And?”

“I come to get you.”

“I tunggu Bryan.” 

Adam telan air liur. “I hantar you balik.”

Amily geleng. “I nak balik dengan Bryan.”

Adam mengeluh. “So, mana dia?”

Amily telan air liur. Sejujurnya dia bukan tunggu Bryan. Dia tunggu Tina. Baru tadi Tina hantar mesej bagitahu dalam perjalanan. 

“Amily?” Adam bersuara lagi. Sedikit risau dengan diam Amily. Katanya Jeffri dalam telefon tadi,lagi, isterinya ini mengalami kecederaan di lengan. Tapi dia tidak dapat lihat kecederaan Amily disebabkan lengan wanita itu ditutupi oleh jaket.

Belum sempat Amily bersuara, kelibat Tina telah meluru ke arahnya. Wanita itu tercungap-cungap cuba mengambalikan pernafasannya. 

“Tina?” Adam kerut dahi. 

“Owh.. hi.” Sapa Tina dengan hambar. Matanya memandang Amily yang kelihatan tenang. Nyaris-nyaris saja dia kena sakit jantung apabila mendapat panggilan dari Amily, memaklumkan tentang keberadaannya di balai polis dan insiden yang berlaku sejam yang lalu. “Amily… you okay?”

Amily angguk lemah. Jujur, dia penat. “Let’s go.” Ucap Amily tanpa meghiraukan Adam.

“You cakap nak tunggu Bryan.” Adam bersuara saat Amily bangun. Dia pasti Amily menipunya seperti selalu.

“Bryan?” Tina kerut dahi. Dia memandang Amily. “Bukan ke dia tengah cuti sekarang ni?”

Amily diam, tidak menjawab soalan Tina. 

“Tina, Amily balik dengan I, boleh?” Adam bersuara lagi sambil bangun. Matanya memandang Tina sebelum memandang Amily yang mendiamkan diri. Wajah wanita itu kelihatan pucat.

Tina telan air liur. Dia pasti Amily tidak akan setuju dengan permintaan Adam. Tapi rasanya, lebih baik kalau Amily pulang dengan Adam. Adam lelaki. Sah sah boleh jaga Amily. 

“I balik dengan Tina.”

Adam geleng. “You balik dengan I.”

“I don’t need you. Dan I boleh jaga diri I.”

Adam mengeluh manakala Tina telan air liur. 

“Amily…” Tina bersuara. “I rasa lagi baik you balik dengan Adam.”

“Fine.” Ucap Amily dengan dingin. Dia pandang Tina. Tidak menyangka sahabatnya akan menuturkan ayat sedemikian. Dengan berat hati dia bersetuju saja. Tambahan lagi dia penat mental dan fizikal dan dia tiada keinginan untuk bergaduh sekarang ini. Apa yang dia mahu lakukan sekarang ini hanyalah tidur saja. Dia pandang Adam. “Let’s go.

Adam angguk sebelum menuruti langkah Amily. Jujur, entah kenapa dia risau yang teramat pada Amily. Hatinya mengatakan sesuatu akan berlaku pada Amily.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily memandang Adam yang baru saja melangkah masuk ke dalam aparmentnya. “You dah boleh balik.” Ucap Amily dingin.

“You halau I?” Sengaja Adam mengeluarkan soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya. 

“Yes. And thanks for sending me back.”

“I nak bermalam kat sini.”

Amily pandang Adam. Dia salah dengarkah? “For what?”

“I’m worried about you.”

Jawapan Adam itu disambut dengan hilain Amily. “You are very funny, Adam.”

“I’m not joking.”

Senyuman Amily dimatikan. “I can take care of myself.”

“I know but I’m worried about you.”

Amily mendengus. “Look I’m not in the mood to be ‘nice’ to you. I’m damnly tired right now.” Nada Amily ditinggikan. Jujur, dia penat dan Adam pula sengaja mahu mencabar tahap kesabarannya. 

“I know.”

Amily mengeluh. “Fine do whatever you want.” Amily melangkah ke arah biliknya, meninggalkan Adam seorang diri di ruang tamu. 

Adam mengeluh. Dia harap Amily baik-baik saja. Jujur, dia tidak sedap hati.



Reenapple: Kenapa Adam risau pulak??? Hurmmm



6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.