Monday, June 1, 2015

Stick & Stones #29



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28]

Adam mengukirkan senyuman kelat, memandang manusia-manusia dihadapannya. Jujur, dia langsung tidak mengenali sesiapa pun. Menyesal pula untuk menemani Amily ke majlis perkahwinan sahabatnya. Sudahlah Amily menghilang entah ke mana, meninggalkannya bersama-sama sahabatnya yang banyak bertanya itu dan ini padanya. Kelibat seorang wanita mengambil tempat di meja yang sama dengannya. Ah, dia kenal wanita itu. Itu adalah Tina, sahabat baik Amily.

“Hello Adam,” sapa Tina seusai mengambil tempat. 

“Hello, Tina. Where’s Amily?” Soal Adam.

“Amily tentu pergi bertemu crush dia.” Wanita yang menghadap Adam bersuara. Jujur, Adam tidak menyukai wanita itu sebab wanita itu lebih banyak bercerita tentang keburukan orang dan dia begitu menyampahnya. 

Tina jeling Zila dengan tajam. Kalau bukan dia berada di hadapan Adam, sudah lama dia cucuk mulut Zila dengan garpu. Mulut tak ada insurans betul!

“Crush? Amily? Something wrong there. Amily tak suka bazirkan masa untuk kejar orang yang tak sukakannya.”

Zila telan air liur. Sedikit terkesima dengan ayat Tina. 

“It is.” Kedengaran suara wanita. Tina berpaling sebelum menunjukkan riak jengkel. Benci betul melihat kelibat Jessica.

“Apa yang betul Jess?” Soal Zila. Harapnya wanita itu akan berada di pihaknya. 

Jessica mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Adam. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya. Dia kembali memandang Zila. “Tentang Amily dan crush. Did Amily even had a crush? Bukankah dia dulu dilabel perempuan pelik?”

Seisi meja ketawa mendengar lawak Jessica. Tina ketap gigi. Berang apabila Jessica mengutuk sahabat baiknya. Mana Amily ini, cepat cepat lah muncul. 

“What’s going on?” Panjang betul umur Amily. Baru saja sebut sudah muncul.

“We’re talking about you.” Ucap Jessica dengan senyuman. 

Zila dan wanita lain di meja saling berpandangan sebelum bangun. Risau jika Jessica dan Amily akan bergaduh sesama mereka. Masing-masing memberi alasan untuk beredar. Dan yang tinggal di meja itu hanyalah Amily, Adam, Tina dan Jessica.

Amily mengambil tempat di tengah-tengah diantara Adam dan Tina. Dia sempat melontarkan jelingan maut pada Jessica yang berada di sebelah suaminya. “Talking about what?”

Jessica senyum. “About us during high school. Aku rasa Adam patut tahu sedikit sebanyak tentang perangai kau dulu.” Jessica mengerling ke arah Adam.

Adam telan air liur. Jujur, dia tidak selesa dengan situasi sekarang ini. Entah mengapa dia dapat rasakan ketegangan diantara Amily dan Jessica. 

“Sekurangnya perangai aku tak teruk macam kau.” sindir Amily. Tina mengukirkan senyuman melihat wajah kelat Jessica.

Jessica ketap gigi. Dia pandang Adam di sebelahnya. “So, Adam, apa yang you tahu tentang isteri you di zaman sekolahnya?”

Adam telan air liur.Manalah dia tahu. Dia mana tahu apa-apa tentang Amily Katrina itu.

“Aku tak rasa apa yang dia tahu tentang aku adalah urusan kau, Jess.” Amily bersuara.

Jessica senyum. “It is. But are you happy with your marriage? Aku dengar perkahwinan kau adalah perkahwinan yang diatur.”

Amily bengang! Dia menghempas garpu di tangannya dengan kasar, membuatkan tetamu yang berada berdekatan meja mereka, memandangnya. Tina telan air liur. Dia tahu apa yang bakal terjadi. Sahabatnya sedang menjeling Jessica dengan tajam. Jessica ini pun satu. Tak habis habis mahu sakitkan hati Amily.

“Amily…” Adam berbisik. Dia malu sebenarnya. Risau jika Amily akan mengamuk di situ juga. 

Amily mengeluh. Dia memandang Jessica yang sedang mengukirkan senyuman sinis padanya. “It is. Sekurangnya aku bahagia dengan perkahwinan aku instead kau yang bercerai after eight month getting married. Why is that happen, Jessica? Your ex husband have another woman?”

Jessica kepal tangan di bawah meja. Sakit hati pula mendengar ayat Amily. Belum sempat dia membalas ayat wanita itu, Amily telah bangun.

Honey, I’m done. Let’s go? You cakap nak pergi somewhere else, right?” Amily memandang Adam.

Adam kerut dahi. Dia bangun.

“I see you soon, Tina,” ucap Amily sebelum merangkul erat lengan Adam dan melangkah keluar dari dewan hotel.

Tina mengukirkan senyuman melihat kelibat Adam dan Amily yang melangkah keluar. Matanya kemudian memandang Jessica. “You should behave, Jess. Amily wasn’t the old Amily anymore.”

Jessica mendengus. Sakit hati mendengar ayat Tina.

!!!!!!!!!!!!!



Adam mengerling ke arah Amily. Dia sebenarnya tidak selesa dengan diam Amily saat Audi Q5 miliknya dihidupkan. Dia mahu bertanya tentang apa yang berlaku tadi tapi dia tidak berani, risau jika Amily akan mengamuk. 

Is everything OK?” Adam cuba memulakan perbualan. Abaikan tentang wajah tegang Amily. Dia mahu hilangkan rasa ketidak selesaannya saja.

Amily memandang Adam yang masih dengan pemanduannya. “Means?”

“You dan Jessica.”

Amily mendengus. Benci pula mendengar nama perempuan itu. Lebih lebih lagi bila Adam menyebutnya. “It’s enough to know that I hate her badly.”

Adam senyum. Tentu ada masa silam yang tidak patut diiingati berlaku diantara Jessica dan Amily.

“Can we drop at restaurant? I lapar.” Amily bersuara.

Adam kerut dahi. “Kita dah makan tadi.”

“I know tapi menu tadi tak sedap langsung. The only food that I’m enjoying is the dessert.”

Adam senyum. Dia juga setuju dengan Amily. Hidangan di majlis tadi langsung tidak sedap. Majlis mewah tapi hidangan teruk!

“Okay. Nanti I berhenti kat fast food once I saw one.”

Amily kerut dahi lagi. “You remember what I told you?

Adam telan air liur. Entah. Dia sendiri tidak sedar apa yang dia sebutkan tadi. Yang pasti dia ingat setiap ayat yang Amily pernah ucapkan padanya dulu. Sama ada yang baik atau buruk.

“Tapi I tak nak fast food sekarang in. Kita pergi that one?” Amily bersuara sambil tangannya menunjukkan ke arah restoran di hadapan mereka.

Adam angguk sebelum keretanya memberhentikan di kawasan parkir yang disediakan. Di saat mereka melangkah masuk, mereka dikejutkan oleh kelibat dua manusia yang cukup dikenali. Mungkin lebih tepat, Adam yang terkejut melihat kelibat dua manusia itu.

“Adam… long time no see…” sapa Edrian dengan senyuman kelat. Maya di sebelahnya turut mengukirkan senyuman kelat. Sejujurnya, kedua dua mereka terkejut bertemu Adam dan isterinya di restoran itu.

Adam membalas senyuman dengan tidak acuh. Matanya memandang Maya. Gadis itu masih cantik seperti dulu. Dan jujur, dia rindu dan masih rindu pada gadis bernama Maya Ariana ini. 

Amily yang memerhatikan situasi itu hanya mampu mengukirkan senyuman sinis. Matanya berselang seli memandang Adam dan Maya. Dan dari pandangan Adam terhadap Maya, dia pasti lelaki itu masih lagi cintakan wanita itu. Perlahan-lahan tangannya merangkul lengan Adam. 

“Sayang… I lapar.” Sengaja Amily berkata sedemikian sambil matanya memandang Maya dengan sinis. Wanita itu kelihatan kelat melihat tindakannya.

Adam mengeluh. 

Why don’t both of you join us? Adam belanja,” Amily bersuara lagi.

Edrian dan Maya telan air liur. Kedua-dua mereka saling berpandangan. 

“It’s okay. We’re about to leave, “ ucap Edrian dengan senyuman. 

“How sad..” ucap Amily dengan senyuman.

Adam jeling Amily. Dia harap Amily diam saja. 

“We’ll see again.” Ucap Edrian sebelum berlalu pergi, mengheret Maya untuk menuruti langkahnya.

Adam mengeluh. Sedikit kecewa dengan apa yang dilihantanya tadi. Pegangan Amily di lengannya dileraikan sebelum dia melangkah ke arah meja kosong.

Amily mengukirkan senyuman sebelum melangkah ke arah meja yang dipilih Adam. Dia mengambil tempat berhadapan lelaki itu sambil matanya memerhatikan Adam yang berpura-pura sedang membelek menu. “Still longing for ex girlfriend?” Soal Amily dengan nada sinis. 

“It’s none of your business.” Adam menghembuskan nafasnya. Dia berang sebenarnya. Dengan kelakuan Amily tadi dan sekarang dengan soalan wanita. Amily ini kalau tidak sakitkan hatinya untuk satu kali tidak boleh kah?

Amily senyum sinis. “How pathetic…”

Adam ketap gigi. “Kalau you nak cakap I ni pathetic sebab tak move on lagi dari Maya, I think you should said it to yourself too.” Adam bersuara seusai pelayan yang mengambil pesanan mereka beredar.

“Maksud you?” Amily kerut dahi.

Adam pandang Amily dengan pandangan sinis. “You tahu apa yang I maksudkan, Amily.”

Amily tarik senyum senget. “Are you talking about Zack?”

Adam diam.

“Are you jealous?” Soal Amily lagi.

Adam diam lagi. matanya masih lagi memandang Amily Katrina. Ada banyak persoalan yang dia mahu lontarkan pada isterinya tentang sepupunya. Tapi rasanya dia tidak seharusnya tahu semua itu.

Biar I bagitahu sesuatu…” Amily bersuara lagi.

“You nak bagitahu I yang you kahwin dengan I sebab you nak balas dendam pada Zack?” Adam membuat andaian.

Amily senyum sinis. Apa yang keluar dari mulut Adam adalah sesuatu yang menarik. “How an interesting theory. Tapi bukan itu sebabnya.”

“Then what? I don’t think it’s about money only.”

Sekali lagi Amily senyum sinis. 

“Atau Papa ugut you?” Sengaja Adam mengeluarkan soalan sedemikian. Mahu lihat bagaimana reaksi Amily Katrina tapi wanita di hadapannya hanya bersikap sinis seperti selalu. 

Soalan Adam membuatkan Amily telan air liur. tapi dia cuba bersikap tenang. “I ingatkan kita datang sini sebab nak makan, bukan untuk bercakap tentang ex atau sebab I setuju kahwin dengan you.”

Jadi, sebab you kahwin dengan I bukan sebab mahu balas dendam pada Zack?” Adam tidak berpuas hati. 

“I made myself clear, Adam. It’s all about money. I ada banyak cara untuk balas dendam pada Zack instead using our marriage to get revenge on him.

Adam senyum sinis. “Well then, enjoy your dishes.” Ucap Adam tatkala pelayan datang membawa menu yang dipesan mereka sebentar tadi.

Amily diam. Dia menikmati makanan di hadapannya tanpa mempendulikan Adam. Jujur, makanan di hadapannya kelihatan lebih menyelerakan dari makanan di majlis Lorelai tadi. 

“Oh by the way,” Amily kembali bersuara. Matanya memandang Adam. “You tak pernah mahu balas dendam pada Edrian?”

Adam kerut dahi. Hairan kenapa soalan itu yang keluar dari mulut di hadapannya. “Maksud you?”

“He steal you girlfriend. Sebab dia, you terpaksa kahwin dengan I. Don’t you think want to get a revenge on him?”

“There are things that beyond of our control, Amily. And we don’t choose who we want to love. It’s all came from our heart.”

“Is that mean you dah give up dengan Maya?” Amily senyum.

Adam telan air liur. Entah, dia sendiri tidak tahu sama ada dia sudah berputus asa pada Maya atau tidak tapi keinginannya untuk mendapatkan Maya semula telah tiada. Walaupun dia kadang kala merindui wanita itu dan sedikit cemburu melihat Maya dan Edrian. “Why are you asking like that?”

Amily senyum lagi. “Kalau you dah give up dengan Maya, then kebarangkalian untuk I dapat tawan hati you adalah tinggi.”

Adam senyum sinis. Berangannya perempuan ini. “You pasti you dapat tawan hati I?”

Amily angguk dengan yakin.

Adam senyum sinis lagi. “I don’t think you can do that. No matter what, bagi I, Maya adalah lebih baik dari you. She’s hundred thousands better than you.”

Amily tarik senyum senget. “I akan buktikan yang I sejuta kali lebih baik dari Maya.”

“Keep dreaming, Amily. Just keep dreaming.”

Amily senyum sinis sebelum kembali menikmati makanan di hadapannya. Manakala Adam hanya memerhatikan saja gerak geri Amily. Dia sebenarnya sangsi dengan apa yang diucapkan sebentar tadi.


Reenapple: Adam ni ego. 



6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.