Monday, June 29, 2015

Secret #6: Dilemma




Rachel melangkah ke arah pintu dengan malas. Sah-sah Ryan tertinggal kunci sekali lagi. Nasib baik dia bangun awal hari ini walaupun hari ini hujung minggu. “Ryan… kau…” Ayat Rachel mati di situ di saat melihat kelibat lelaki di hadapannya.

“Selamat pagi,” sapa Jason dengan senyuman sebelum melangkah masuk. 2 bekas minuman Cappucino diletak di atas kaunter dapur. 

“Saya ingat Ryan…” Sekali lagi ayat Rachel terhenti di saat Jason memandang tepat ke anak matanya. Dia tiba-tiba saja membaca fikiran Jason.

“Saya takkan hentikan perkahwinan ini, Ibu..” Tiba-tiba saja Rachel dibawa mengimbau perbualan Jason dan ibunya. 

Rachel geleng kepala sebelum kembali memandang Jason yang masih memandangnya. Dia tahu Jason sengaja ‘memaksa’ dirinya membaca fikiran lelaki itu. Dia tidak mampu menandingi kuasa Jason dalam ‘mengawal’ kuasanya yang lemah itu. Kekurangan jika tidak mengalami fasa kedua, adalah kuasanya mudah saja dikawal oleh ketua mereka. Mungkin tidak sepenuhnya tapi apa-apa pun kuasanya tidak mampu menandingi kuasa Jason.

“Awak dah baca itu?” Jason bersuara. Bukanlah dia sengaja lakukan itu pada tunangnya itu tapi dia mahu Rachel tahu hal sebenar. Seminggu sejak kejadian Sarah meluahkan hal sebenar padanya, Rachel mendiamkan diri. Begitu juga dengan Sarah. Tapi dia lebih pentingkan keadaan Rachel berbanding. Dia lebih risaukan Rachel. Dia tak mahu Rachel fikir yang bukan-bukan.

Rachel mendiamkan diri. Soalan Jason tidak dijawabnya.

“Saya nak awak tahu…” Belum sempat Jason menghabiskan ayatnya, Rachel telah mencelah.

“Saya tetap rasakan yang perkahwinan kita bukanlah sesuatu yang patut dilakukan. Awak setuju berkahwin dengan saya hanya disebabka rasa simpati, bukan disebabkan awak cintakan saya.”

Jason mengeluh. “Jadi, buatkan saya jatuh cinta pada awak sekali lagi. Buatkan kita berdua jatuh cinta pada satu sama lain, sekali lagi.”

Rachel telan air liur. “Batalkan perkahwinan kita, Kevin.”

Jason geleng. Dia tak akan lakukan itu. 

“Kenapa?”Rachel tidak puas hati. “Awak masih cintakan Sarah.” Rachel hampir saja menjerit.

Sekali lagi Jason telan air liur. Dia tahu dia tak dapat menipu Rachel tentang apa yang dirasakannya. “Kalau awak boleh rasakan itu, tentu awak tahu yang saya masih cintakan awak sebelum Sarah muncul dalam hidup saya.”

Rachel diam. Apa yang keluar dari mulut Jason adalah benar. Dia sedar itu bertahun-tahun yang lalu tapi dia abaikan saja. “Tapi saya tidak cintakan awak lagi dari saat saya memutuskan hubungan kita.”

Jason telan air liur. Dia melepaskan keluhan. “Ikut suka hati awak. Tapi saya tetap akan teruskan perkahwinan ini. Seminggu dari sekarang, kita akan hadiri majlis perkahwinan kita.” Seusai ucapkan itu, Jason beredar, meninggalkan Rachel keseorangan.

Beberapa minit kemudian, pintu terbuka. Kelibat Ryan melangkah masuk. “Tadi, aku terserempak dengan Jason. Wajah dia begitu tegang. Kau dan dia, bergaduh?” Ryan mengeluarkan soalan. Aneh dan hairan apabila sapaannya pada Kevin tidak dihiraukan.

Rachel mengeluh. Dia kembali melangkah ke meja makan, menghirup Cappucino yang dibawa Kevin tadi. 

Ryan menuruti Rachel. “Jangan paksa diri kau jika kau tidak mahu itu, Rachel.”

“Aku keliru.”

“Aku tahu. Tapi walau mungkin betul, Jason masih cintakan Sarah, dia telah pilih kau, Rachel. Cinta pertama dia?”

“Ini bukan soal cinta, Ryan.” 

Ryan tersenyum kelat. Dia tahu itu. “Apa-apa pun aku nak kau tahu, yang kami semua risaukan kau. Kami sayangkan kau.”

Rachel senyum kelat. Tersentuh hatinya mendengar ayat Ryan.

“Bagaimana pertemuan kau dan Sarah semalam?”

Rachel memandang Ryan, meminta penjelasan.

“Aku ‘nampak’ otak kau asyik ‘menyebut’ nama Sarah sebelum kau keluar. Aku andaikan kau pergi bertemu Sarah.”

Rachel mengeluh. “Dia cuma mahu meminta maaf.”

“Meminta maaf kerana memperlakukan Jason sebegitu?”

Rachel pandang kembarnya. Ayat Ryan seperti punya maksud tersirat. “Maksud kau?”

Ryan senyum sinis. “Kita tahu apa yang dia lakukan. Dia hilang kemudian muncul semula, berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.”

“Aku ingatkan kau suka dia dulu.”

Ryan ketawa kecil. “Itu dulu sebelum Jason suka dia juga. Mungkin aku sudah tidak sukakannya di saat dia mengetahui rahsia kita.”

“Tapi dia adalah seseorang yang boleh dipercayai.”

Ryan angguk. Dia setuju dengan Rachel. “Tapi masih merupakan satu risiko pada kita. Segala hal yang berlaku dulu, adalah disebabkan dia.”

Rachel mengeluh. “Berhenti membenci dia, Ryan.”

Ryan geleng. “Aku tidak membenci dia, Rachel. Aku cuma tidak menyukainya lagi.” Ryan bangun, bersiap sedia untuk ke biliknya tapi baru saja dia mulakan langkah pertama, dia kembali memandang adiknya. “Nasihat aku, teruskan saja perkahwinan itu, Rachel.”

“Aku ingatkan kau berada di pihak aku.”

Ryan geleng dengan senyuman. “Aku berada di pihak aku, Rachel. Kalau kau tidak mahu teruskan perkahwinan itu, maka hancurlah harapan aku untuk bertemu rakan-rakan dari sekolah lama kau. Aku dengar Beauxbaton penuh dengan gadis cantik.

Rachel ketawa kecil. 

"Oh, dan ada satu pepatah yang selalu nenek sebut. Hati selalu tahu apa yang kita mahu. Turut kata hati kau, Rachel," Tambah Ryan sebelum beredar ke biliknya.

Rachel tersenyum kelat. Dia kembali melepaskan keluhan. Tertanya-tanya apa keputusannya dalam masa seminggu ini. Dia keliru.




Saturday, June 27, 2015

Secret #5: Painful Truth



[#1] [#2] [#3] [#4]


Rachel mengerling ke arah Jason yang dari tadi mendiamkan diri. Lelaki itu dari tadi mendiamkan diri, dari saat menjemputnya dari pejabat untuk makan tengahari sehinggalah di saat ini. Tertanya-tanya apa yang sedang lelaki itu fikirkan. Dia mahu baca fikiran lelaki itu tetapi dia risau jika apa yang dia bakal tahu nanti akan melukakannya.

Dia teringatkan Sarah. Dia teringatkan perbualannya dengan wanita itu. Dan dia tahu Sarah masih cintakan Jason dan dia juga tahu yang wanita itu telah bertemu Kevin. Ah, kenapa perlu dia punya keupayaan membaca fikiran manusia?

“Harapnya Steven dan Tess sudah sampai terlebih dahulu dari kita,” Jason bersuara di saat mereka melangkah masuk ke restoran yang selalu mereka kunjungi. 

Rachel tersedar dari lamunan. Dia menuruti langkah Jason dari belakang. Di saat mereka hampir tiba ke meja Steven dan Teressa, baru mereka sedar Steven dan Teressa sedang berbual dengan seorang wanita dan kedua-dua Jason dan Rachel telan melihat Sarah sedang mengukirkan senyuman pada merekaberdua.

“Hi,” sapa Sarah di saat Jason dan Rachel mengambil tempat duduk. 

Jason mengambil tempat bersebelahan Sarah, manakala Rachel mengambil tempat bersebelahan Teressa. Rachel mengukirkan senyuman kelat tatkala melihat Teressa. Dia tahu apa yang sahabatnya itu sedang fikir dan dia sedikit pun tidak salahkan Teressa.

“Macam mana awak boleh berada d sini?” Soal Jason pada Sarah, memulakan perbualan. Dia sedikit pun tidak memandang Rachel. Dia risau jika tunangnya itu cuba membaca fikirannya. Rachel tidak akan mampu membaca fikiran mereka jika wanita itu tidak mahu melihat ke mata mereka.

“Saya bertemu pelanggan tadi dan kebetulan melihat Tess dan Steve berjalan masuk ke sini,” terang Sarah.

“Dan kami mempelawa dia sertai kami,” tambah Steven dengan senyuman kelat. Dia memandnag Rachel yang mendiamkan diri. Tertanya-tanya apa yang difikirkan gadis itu.

“Hanya awak dan Rachel?” Soal Sarah pada Jason sebelum matanya beralih ke arah Rachel.

“Sepatutnya Ryan turut serta tapi dia terpaksa batalkan di saat akhir,” Rachel bohong. Sebenarya dia dan Jason hanya berjanji untuk makan tengahari bersama Teressa dan Steven saja.

Jason, Steven dan Teressa telan air liur. 

Sarah angguk tanda faham.

“Saya pergi pilih kek dahulu,” Rachel bangun, melangkah ke arah kaunter makanan.

“Saya temankan Rachel,” Teressa bangun, menuruti langkah Rachel.

Jason dan Steven berpandangan sesama mereka. Masing-masing mendiamkan diri, seolah-olah sedang berbicara melalui ‘diam’ mereka.

“Sesuatu telah berlaku?” Soal Sarah hairan. Hairan dengan Steven dan Jason. Entah kenapa dia dapat rasakan kejanggalan pada situasi yang sedang berlaku sekarang ini. 

Jason geleng dengan senyuman. Baru saja dia mahu bersuara, tiba-tiba saja telefon bimbit Steven berbunyi. Steven mengeluh sambil matanya memandang nama yang tertera di skrin. 

“Aku perlu jawab panggilan ini.” Steven bersuara sebelum bangun dan melangkah keluar dari restoran untuk seketika.

Sarah mengukirkan senyuman pada Jason. “Awak tak mahu pesan makanan awak?”

“Steve sudah lakukan itu untuk saya,” balas Jason dengan senyuman.

Sarah angguk. Dia telan air liur. Entah kenapa dia rasa sedikit janggal berdua-duaan dengan Jasonkali ini. 

“Saya…” Serentak kedua-dua Jason dan Sarah bersuara. Masing-masing senyum.

“Wanita dahulu,” Jason bersuara.

Sarah mengukirkan senyuman. “Saya mahu beritahu awak sesuatu.”

Jason kerut dahi. “Apa dia?”

Sarah tarik nafas. Dia tidak tahu dari mana dia harus mulakan tapi mahu Jason tahu hal sebenarnya. “Saya tak berniat untuk lakukan itu pada awak, Jason.”

Jason telan air liur. Dia tahu apa yang Sarah mahu katakan ini. Wanita itu sudah jelaskan ke mana dia menghilang tiga tahun yang lalu. “Saya faham dan saya tak salahkan awak, Sarah.”

Sarah tersenyum kelat. Tangannya memegang tangan Jason diatas meja. “Dan saya mahu awak tahu yang saya masih cintakan awak.”

Jason telan air liur dan serentak itu terdengar bunyi pinggan jatuh. Jason dan Sarah menoleh. Kevin telan air liur tatkala melihat Rachel di hadapannya. Sah-sah gadis itu telah mendengar pengakuan Sarah. Dan dia dihimpit rasa bersalah.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sarah melangkah masuk ke apartmen Teressa dengan senang hati. Dia teringatkan pengakuannya tadi pada Jason. Walaupun lelaki itu tidak bercakap apa-apa selepas itu, dia pasti lelaki itu masih cintakannya. 

“Hai Tess,” sapa Sarah riang tatkala melihat sahabatnya sedang menikmati aiskrim sambil menonton televisyen.

“Hai…” balas Teressa dengan tidak ikhlas. Dia teringatkan reaksi Rachel tadi. Dia teringatkan pandangan Jason pada Rachel. Lelaki itu dihimpit rasa bersalah. Bukan saja Jason tapi begitu juga Rachel. Tapi dia lebih risaukan Rachel berbanding Jason. Sah-sah gadis itu akan terganggu fikirannya.

Sarah mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Teressa.

“Ada sesuatu yang menggembirakan kau?” usik Teressa walhal dia tahu apa yang membuatkan Sarah tersenyum lebar seperti ini. Itu adalah ekspresi yang sama setiap kali Sarah pulang dari bertemu janji dengan Jason satu ketika dahulu.

“Aku menang kes hari ini dan…” belum sempat Sarah menghabiskan ayatnya, Teressa telah mencelah.

“Tentang Jason, bukan?”

Sarah angguk dengan senyuman. “Aku telah jelaskan hal sebenar padanya. Dan aku rasa teramat lega lakukan itu.”

“Kau pasti yang Jason masih cintakan kau?” Soal Teressa.

Sarah matikan senyumannya. Hairan dengan soalan Teressa. “Kenapa kau tanya begitu?”

Teressa mengeluh. Tidak tahu bagaimana dia harus mulakan penjelasannya. Dia tak mahu kehilangan Sarah tapi dia juga tidak mahu kehilangan Rachel. Dia juga kasihankan Rachel, dan dia juga kesiankan Sarah. “Tiga tahun sudah berlalu.”

Sarah tersenyum kelat. Dia tahu itu. Tiga tahun sudah berlaku dan sudah tentunya ada banyak hal yang berubah. “Aku pasti perasaan Jason pada aku tidak pernah berubah.”

Teressa mengeluh. Mungkin ada benar apa yang dikatakan Sarah. Jason bersetuju untuk berkahwin dengan Rachel bukanlah kerana lelaki itu mencintai gadis itu. Ia lebih kepada rasa tanggungjawab lelaki itu. “Sarah…”

“Ya?”

Jason telah bertunang.” Teressa tarik nafas. Jason telah ditunangkan dengan Rachel, Sarah.”

Sarah pandang Teressa. Dia harap Teressa hanya menipunya. “Kau berkata benar?”

Teressa angguk kepala dengan berat hati. Dia rasakan Sarah patut mengetahui hal yang sebenar walaupun kenyataan itu teramat pahit untuk ditelan. 

Sarah telan air liur. Jadinya, banyak hal yang telah berubah untuk tiga tahun ini. 

“Mereka akan berkahwin dalam satu minggu lagi, Sarah,’” tambah Teressa. Dan dia mulakan penceritaannya. Cerita tentang mengapa Rachel dikahwinkan dengan Jason. 

Sarah hanya mendengar saja walaupun kenyataan itu telah melukakan hatinya. 



Thursday, June 25, 2015

Secret #4: Past memories.





Loceng pintu di hadapannya ditekan. Daun pintu terbuka. Rachel telan air liur melihat gadis di hadapannya.

“Rachel?” Gadis itu bersuara dengan nada riang.

“Sarah?” Dahi Rachel berkerut. Dia harap dia sedang bermimpi. Dia harap apa yang dilihatnya ini hanyalah satu imaginasi saja.

Sarah angguk dengan senyuman. “Jemputlah masuk.” 

“Mana Tess?” Soal RacheL tentang sahabatnya. Atau lebih tepat sahabat baik mereka.

“Dia keluar. Sekejap lagi dia akan pulang. Dia beritahu yang kawan dia akan datang tapi tidak pula dia menyebut kau yang akan datang,” balas Sarah panjang lebar. Dia melangkah ke arah Rachel yang telah mengambil tempat di sofa.

Rachel angguk. Matanya memerhatikan Sarah Ramsey dari atas hingga bawah. Jujur, dia sebenarnya masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia harap ini semua adalah mimpi tapi cubitannya pada pahanya terasa sakit.

“Apa?” Soal Sarah dengan senyuman. Dia tahu Rachel Wilson di hadapannya tentu terkejut melihat dirinya seperti mana Teressa beberapa hari yang lalu saat dia menghubungi gadis itu.

Rachel tarik nafas. Tidak tahu dari mana dia harus mulakan soalannya. “Kau menghilang selama tiga tahun dan…” Ayat Rachel seterusnya dipotong oleh Sarah.

“Dan aku tiba-tiba saja muncul di hadapan kau dan Tess?” Sarah tersenyum kelat. Dia tahu ‘kehilangannya; mungkin telah membuat banyak pihak risau. Tapi dia lakukan itu bersebab.

Rachel diam. Tidak memberi respon pada ayat Sarah. Dia, kalau dia mahu, boleh saja dia membaca fikiran gadis berambut perang di hadapannya tapi dia tidak mahu lakukan itu. Dia tak mahu tahu kenapa dan mengapa Sarah menghilangkan diri tiga tahun yang lepas.

“Aku…” belum sempat Sarah habiskan ayatnya, daun pintu terkuak. Kedua-dua Rachel dan Sarah menoleh ke arah pintu. Kelihatan seorang gadis beramut hitam panjang melangkah masuk. Gadis itu kelihatan terkejut memandang kedua-dua Rachel dan Sarah.

“Rachel…” Gadis itu bersuara. Dia memandang Sarah dan Rachel selang seli. 

“Hai Tess,” sapa Rachel dengan senyuman.

Teressa telan air liur. Tidak tahu bagaimana dia harus jelaskan kemunculan Sarah di apartmennya. Dia harap Rachel tidak berfikir yang bukan-bukan.

Sarah mengerling ke arah kedua-dua sahabatnya sebelum matanya beralih ke arah jam tangannya. Dia sebenarnya sudah terlambat ke tempat kerja. “Aku mahu berbual dengan kau, Rachel. Tapi aku sudah terlambat. Mungkin satu hari nanti kita boleh duduk berbual dan aku akan jelaskan semuanya pada kau?”

Rachel angguk. Sarah mengukirkan senyuman sebelum mencapai beg tangan dan beg kerjanya dia atas sofa sebelum melangkah keluar. Seusai Sarah menghilang di balik pintu, Teressa memandang Rachel yang kelihatan tenang. Dia melangkah ke arah sahabatnya itu dengan rasa takut.

“Kau tak perlu jelaskan apa-apa Tess. Aku tahu.” Rachel bersuara.

Teressa telan air liur. Tentunya Rachel sudah tahu sebelum dia memulakan penjelasannya. Dia tahu keupayaan Rachel atau yang sebenarnya, rahsia Rachel, rahsia Steven, teman lelakinya beserta sahabat-sahabat lelaki itu.

“Aku mahu beritahu kau dari awal lagi tapi…” Teressa tunduk. Dia serba salah.

“Tapi kau risau jika itu akan membebankan aku?” Rachel menambah.

Teressa angguk. Tepat betul! Tentulah Rachel Wilson punya keupayaan membaca fikiran manusia.

“Adakah dia tahu semuanya?” Soal Rachel. Entah kenapa dia risau berita perkahwinannya dengan Jason diketahui Sarah.

Teressa geleng. “Dia tidak tahu apa-apa. Bahkan dia sedikit pun tidak menyebut tentang Jason. Apa yang dia tanya hanyalah tentang kehidupan kita selepas belajar.”

“Dia sedikitpun tidak mahu tahu tentang Jason?”

Teressa telan air liur. Dia tahu, dia tidak boleh menipu Rachel.

Rachel mengeluh. Dia tahu apa yang Teressa bakal jelaskan nanti. 

“Rachel…” Teressa bersuara lagi, kali ini dia mengambil tempat di sebelah sahabatnya itu.

“Aku baik-baik saja.” uCap Rachel dengan senyuman kelat.

“Perkahwinan kau dan Jason akan berlangsung dua minggu dari sekarang. Jangan difikir tentang Sarah.”

“Tentu dia akan kecewa bila tahu ini, Tess.”

Teressa telan air liur. Ya, dia tahu itu. Dia tahu betapa akan kecewanya Sarah saat berita perkahwinan bekas kekasihnya diketahuinya. Tapi dia juga kasihankan Rachel. Rachel bukan perampas. Dia akan berada di pihak Rachel jika kedua dua sahabatnya ini bergaduh nanti. “Jangan fikir tentang itu.”

Rachel tarik nafas sebelum angguk kepala. “Kau cuti hari ini bukan? Mari kita pergi membeli belah?”

Teressa angguk kepala. “Kau? Cuti?”

Rachel angguk dengan senyuman. “Aku akan masuk kerja petang nanti. Untuk pagi ini aku cuti.”

“Bernasib baiklah kau kerana berkerja dengan ayah sendiri,” ucap Teressa dalam nada bergurau.

Rachel senyum. “Pergi bersiap. Aku tunggu di sini.”

Teressa angguk sebelum melangkah ke biliknya. Dan Rachel kembali melepaskan keluhan. Entah bagaimana dia harus maklumkan pada Jason. Atau dia sedikit pun tidak perlu maklumkan pada tunangnya tentang kemunculan bekas kekasihnya yang dirindui itu?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Rachel mengukirkan senyuman melihat lelaki di hadapannya asyik dengan kerjanya. Ketukan di pintu langsung tidak disedarinya. Akhirnya dia dapat satu idea untuk kenakan lelaki di hadapannya. Matanya tertumpu pada cawan kopi diatas meja. Dua jari dihayunkan membuatkan cawan itu tiba-tiba saja tertumpah dengan sendirinya. Rachel ketawa kecil melihat aksi Ryan.

“Rachel!” marah Ryan apabila mendengar suara adik kembarnya. Dia mencapai tisu sebelum mengesat tumpahan kopi.

“Kenapa tidak gunakan kuasa kau?” usik Rachel sebelum mengambil tempat di hadapan Ryan.

Ryan mendengus. “Kau tahu apa yang akan berlaku jika aku gunakan kuasa aku sesuka hati?”

“Kau akan menjadi tua.”

Ryan mengeluh. Apa yang keluar dari mulut Rachel adalah satu fakta. Selepas mereka mengalami fasa kedua, kuasa mereka menjadi sebahagian nyawa mereka. Berlebihan menggunakan kuasa akan membuatkan diri mereka menjadi tua. Tua dari usia sebenar, seperti yang pernah terjadi pada mendiang Ayah Jason dahulu. “Kau patut bersyukur kau belum mengalami fasa kedua.”

Rachel senyum kelat. “Kau sibuk?” Dia menukar topic perbualan.

“Seperti yang kau lihat.”

“Aku lebih suka Ryan yang kuat memberontak. Aku tidak suka Ryan yang sekarang tahu erti berusaha dan tanggungjawab.”

Ryan ketawa kecil. Dia tak mahu ingat itu. Dalam kalangan mereka berlima ketika usia remaja, dia lah yang paling kuat memberontak hanya disebabkan dia dan Rachel adalah terakhir yang dilahirkan. Usia remajanya lebih banyak dihabiskan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah dengan menggunakan kuasanya sesuka hati. Dan sebab itulah dia dan Jason selalu bergaduh. Lelaki itu amat tidak menggalakkan mereka menggunakan kuasa mereka ketika di usia remaja disebabkan risau ia akan menjadi ikutan apabila mencapai kuasa di fasa kedua. 

“Apa yang membuat kau bertemu aku di waktu ini?” Soal Ryan. Dia pasti Rachel punya kerja yang banyak dan dia pasti ada sesuatu yang kembarnya ini mahu beritahu sebab gadis itu tidak mahu menanti waktu kerja tamat.

Rachel memandang Ryan dengan senyuman kelat. “Baca fikiran aku, Ryan.”

“Kau izinkan?” Ryan telan air liur. Tentulah untuk membaca fikiran Rachel sepenuhnya harus meminta izin gadis itu. Jikalau tiada keizinan, apa yang ‘dibaca’nya nanti hanyalah secebis saja fikiran Rachel Wilson.

Rachel angguk. Ryan memandang tepat anak mata biru Rachel. Dan mulalah perlahan-lahan, dia ‘dibawa’ melihat apa yang dialami Rachel pagi tadi. Semuanya seperti menonton televiyen saja. Ryan telan air liur.

“Benarkah?” Soal Ryan meminta kepastian.

Rachel angguk. “Dia sudah kembali.”

Ryan tarik nafas. Dia dapat rasakan perasaan Rachel ketika ini. “Jadi, apa yang kau mahu lakukan?”

Rachel jungkit bahu. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia harus lakukan. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jason berjabat tangan dengan Taylor seusai sidang mahkamah berakhir. Tuah menyebelahinya saat dakwaan ke atas syarikat hasil usaha mendiang moyangnya mampu diselamatkan.

“Tahniah kawan,” ucap Taylor.

Jason angguk dengan senyuman. Dia kemudian memerhatikan peguam pendakwa raya. Jujur, dia dan Taylor sedikit terkejut dengan pendakwa baru.

“Aku tiada maklumat tentang peguam pendakwa yang baru ini. Mereka tidak mahu dedahkan apa-apa,” Taylor memberi penjelasan. Dia juga seperti Kevin terkejut dengan kehadiran penguam pendakwa yang baru ini. “Mungkin kita pergi menyapanya?” 

Jason pandang Taylor. Mereka berdua saling memandang satu sama lain, cuba untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika mereka menyapa peguam pendakwa itu. 

“Aku akan rahsiakan dari Rachel,” usik Taylor. 

Jason tersenyum.

“Hai…” tiba-tiba kedengaran suara wanita. 

Kedua-dua Jasonn dan Taylor menoleh. Peguam pendakwa itu sedang berdiri di hadapan mereka dengan senyuman. 

“Awak, Sarah bukan?” Taylor bersuara.

Sarah angguk dengan senyuman. Dia sebenarnya sudah tahu pihak defendan adalah Jason. 

“Saya tak pernah sangka awak betul-betul menjadi seorang peguam.” Tambah Taylor lagi.

Sarah senyum lagi. Matanya kemudian memandang Jason yang masih mendiamkan diri. Lelaki itu, masih lagi kacak seperti selalu. Dengan anak mata berwarna coklat, dan rambut hitam berkilat, masih seperti dulu. Dan dia kelihatan janggal untuk menyapa lelaki kacak di hadapannya.

Taylor menyiku Jason, mengharapkan lelaki itu akan berkata sesuatu. Jason kerling Taylor, menyibuk pula sahabatnya ini. 

“Sarah…” sapa Jason dengan rasa janggal.

Sarah senyum. Kalaulah Taylor tidak berada di antara mereka, tentunya dia sudah luahkan apa yang dia mahu luahkan pada lelaki ini. 

“Apa kata kita pergi makan? Mungkin waktu itu kita boleh bercerita itu dan ini?” Taylor bersuara cuba menghilangkan rasa janggal yang berlaku di antara Jason dan Sarah. Wajah sahabatnya itu seperti kali pertama bertemu Sarah, segan dan wajanya kemerahan. Kalaulah Steven dan Ryan ada, sah-sah mereka akan bertiga akan gelakkanJason ini. 

Sarah angguk setuju. Dia memandang Jason

“Wanita dahulu,” Jason bersuara dengan senyuman. 

Sarah angguk sebelum memulakan langkahnya. 

“Aku akan rahsiakan dari Rachel,” bisik Taylor sambil memeluk bahu sahabatnya sebelum bersama-sama menuruti langkah Sarah di hadapan mereka.

Jason telan air liur. Dia tertanya-tanya apa yang akan berlaku nanti jika ini sampai pada pengetahuan tunangnya?

Tapi Jason tidak tahu yang Rachel telah tahu lebih awal dari lelaki itu dan dia seperti Jasonn tertanya-tanya apa yang akan berlaku nanti.



Wednesday, June 24, 2015

Secret #3: Choices




Jason melangkah masuk ke dalam rumah agam itu dengan rasa penat. Keadaan ruang tamu yang gelap membuatkan dia membatalkan sahaja niatnya untuk ke biliknya di tingkat atas. Atau, mungkin saja dia penat untuk mendaki tangga. Dia kemudian, melangkah ke dapur, membuka lampu sebelum melangkah ke arah peti ais. Satu botol Cola dikeluarkan sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi berdekatan kaunter dapur.

“Baru pulang?” Tiba-tiba kedengaran suara wanita. Jason menoleh sebelum mengukirkan senyuman.

Puan Eva membalas senyuman anak tunggal kesayangannya. Wajah Jason yang sedikit sebanyak seiras mendiang suaminya, membuatkan rindu pada lelaki itu hilang setiap kali melihat Kevin. “Bagaimana dengan makan malam kamu bersama Rachel?” soalnya lagi.

Jason tersenyum palsu. Tidak tahu bagaimana dia mahu menjawab soalan perempuan kesayangannya ini. Dia teringatkan soalan Rachel tadi. Setiap kali soalan itu keluar dari mulut Rachel, setiap kali itulah dia akan rasa bersalah pada gadis itu. Dia tak mampu menipu Rachel mengenai perasaannya yang sebenar terhadap Sarah Ramsey itu. Tapi dia juga tahu tak ada guna masih mengharapkan Sarah akan pulang ke pangkuannya satu hari nanti.

“Semuanya baik saja, Ibu,” bohong Jason

Puan Eva tersenyum kelat. Dia tahu Jason menipunya. Mungkin dia tiada kuasa seperti Jason dan rakan-rakannya tapi nalurinya sebagai seorang ibu tidak pernah gagal. “Sesuatu telah berlaku?”

Jason telan air liur. Dia tidak mampu menipu wanita di hadapannya. Dia tarik nafas sebelum bersuara. “Seperti biasa, dia akan mengutarakan soalan yang sama.”

“Adakah kamu menyesal dia yang menjadi isteri kamu?” Soal Puan Eva dengan senyuman.

Jason melepaskan keluhan. “Saya telah memilih dia. Dan tak ada apa-apa yang saya mampu lakukan untuk menarik semula kata-kata saya.”

“Adakah kamu mencintainya?”

Sekali lagi Jason telan air liur. Mencintai Rachel? Dia tiada jawapan untuk itu. Tapi dia akui dia pernah cintakan gadis itu ketika mereka berusia 15 tahun. Hubungan itu hanya bertahan selama setahun saja. Baik dia mahupun Rachel merasakan kekal berkawan adalah lebih baik. “Saya tiada jawapan untuk itu, Ibu.”

Sekali lagi Puan Eva tersenyum kelat. “Masih tidak dapat lupakan Sarah?”

Jason mengeluh lagi. “Dia adalah masa lalu dalam hidup saya, Ibu.”

“Masih belum terlambat untuk kamu perbetulkan semuanya, sayang. “ ucap Puan Eva dengan senyuman.

Jason telan air liur. Ayat ini juga yang diucapkan Rachel ketika dia menghantar gadis itu pulang tadi. 

“Apa jua keputusan kamu, Ibu tetap akan sokong.” Tambah Puan Eva lagi. Mungkin saja dia mengharapkan anak tunggalnya ini akan memilih Rachel berbanding Sarah. Bukanlah dia tidak menyukai Sarah, bekas kekasih anaknya tapi dia lebih menyayangi Rachel berbanding Sarah.

“Jadi, apa kata Ibu, mahu saya mencari Sarah atau teruskan saja perkahwinan dengan Rachel?” Soal Jason tiba-tiba. 

Puan Eva mengukirkan senyuman. “Boleh kamu baca apa yang Ibu fikirkan saat ini?”

Jason ketawa kecil. Dia geleng dengan senyuman. “Ibu tahu saya tiada kebolehan itu.”

Puan Eva angguk. Dia tahu itu. Setiap dari mereka berlima, masing-masing punya kebolehan masing-masing walaupun mengikut ‘sumpahan’, anak lelakinya lah yang paling kuat diantara mereka berlima hanya disebabkan Jason yang dilahirkan dulu.

Kedengaran bunyi jam sebanyak 12 kali, menunjukkan waktu sekarang adalah pukul 12 malam. 

“Mungkin kamu patut tidur sekarang?” Puan Eva bersuara lagi. “Kamu harus ke mahkamah esok pagi bukan?”

Jasonn angguk. “Ia mengenai saman yang dikenakan oleh seorang bekas pekerja.”

“Tiada apa-apa kamu boleh lakukan itu?”

Jason mengeluh. “Mengikut undang-undang, kita yang bersalah sebab memecatnya tanpa usul periksa terlebih dahulu.”

“Ibu harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok hari,” ucap Puan Eva dengan senyuman sebelum bangun, meninggalkan Kevin seorang diri di dapur.

Jason memandang telefon bimbitnya yang mengeluarkan bunyi, menandakan ada satu pesanan diterimanya. 

Semoga berjaya untuk esok. Selamat malam.
-Rachel Wilson-


Dan Jason mengukirkan senyuman.





Tuesday, June 23, 2015

Secret #2: History



Rachel menghempaskan beg tangannya ke sofa dengan malas. Dan juga disertakan dengan keluhan. Punggung kemudian dihempas ke sofa dengan kasar. Kaki disilang sebelum mencapai alat kawalan TV yang berada di sebelahnya.

“Hey…” Tiba-tiba saja kedengaran suara lelaki. 

“Hey…” balas Rachel malas sambil tangannya ligat menekan butang alat kawalan TV.


“Macam mana dengan makan malam tadi?” Lelaki yang bersuara tadi, mengambil tempat di sebelah Rachel.

Rachel jungkit bahu. Dia sebenarnya malas ingat apa yang berlaku tadi. bercakap dengan Kevin kadang kala membuatkannya dihimpit rasa bersalah. Dia tidak cintakan lelaki itu dan begitu juga lelaki itu. 

“Kamu berdua bergaduh?” lelaki di sebelahnya bersuara lagi. Cuba membuat andaian. Atau lelaki itu sebenarnya sedang membaca fikirannya. 


“Tolong diam, Ryan..” ucap Rachel dengan malas.

Ryan ketawa. Dipandang adik perempuannya. “Kau patut berhenti punya rasa bersalah, Rachel.”

Rachel mengeluh. Sah-sah Ryan sedang membaca fikirannya. “Berhenti baca fikiran aku, Ryan.”

Ryan senyum. “Aku tak baca. Aku cuma dapat rasakan apa yang kau sedang rasa sekarang ini..” Dia berkata benar.

Rachel mengeluh lagi. Tentu Ryan berkata benar. Mereka berdua punya telepati sendiri di mana yang satu lagi mampu membaca dan mengetahui perasaan yang satu lagi. 

“Aku dan Jason… kami tidak cintakan satu sama lain.”

Ryan senyum kelat. “Tapi kamu berdua pernah cintakan satu sama lain dulu..”

“Itu adalah hal lama. Apa yang kau harapkan di usia 15 tahun, Ryan?”

“Tapi aku rasakan kamu berdua adalah pasangan serasi..”


Rachel diam. Tidak memberi respon pada ayat abang kembarnya ini. 

“Ibu dan ayah sepatutnya tidak menghantar kau ke sekolah yang berasingan dari kami. Ryan bersuara lagi. Dia tidak pernah setuju dengan cadangan ibu bapa mereka mengasingkan dia dan Rachel. Tatkala Rachel berusia 11 tahun, adik kembarnya itu dihantar ke sekolah berasrama penuh yang mana semua pelajarnya adalah perempuan. Manakala dia dan 3 lagi sahabat mereka sejak kecil diletakkan di sekolah yang menjadi tradisi turun temurun moyang mereka. Itu kebiasaannya yang berlaku pada anak lelaki dalam setiap keluarga dari kalangan mereka. Atau keluarga yang terlibat dalam ‘sumpahan’ itu.


“Tapi Ayah benarkan aku menghabiskan waktu senior aku di Spencer, sekolah moyang kita.”

Ryan angguk. 

“Dan disitulah dimana semuanya bermula,” Rachel bersuara. Dia masih teringatkan kejadian yang berlaku 10 tahun yang lalu. 

10 tahun yang lalu, ketika dia berpindah ke Spencer Academy, dia, Ryan, Jason, Taylor and Steven berkenalan dengan Sarah yang ketika itu seperti dia, pelajar baru dan juga seorang lelaki, Collins. Dan tanpa diketahui lelaki itu sebenarnya seperti mereka, punya kuasa seperti mereka cuma Collins punya niat jahat terhadap mereka berlima. Collins mahukan kuasa Kevin. 

Mungkin dia patut mulakan cerita sebenarnya. Siapa sebenarnya keluarga mereka, keluarga Jasonn, keluarga Tayler, dan juga keluarga Steven.

Jason Danvers, Tayler Simmons, Steven Dawson dan juga keluarganya, adalah 4 buah keluarga yang terlibat dengan sihir, Atau dalam erti kata lain, keluarga mereka adalah keluarga ahli sihir. Kuasa sihir mereka diwarisi dari moyang mereka, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

4 buah keluarga ini terlibat dengan sumpahan atau perjanjian di mana moyang mereka tika satu ketika dahulu membuat perjanjian tak akan membocorkan kuasa mereka pada manusia biasa. Dan rahsia itu akan kekal selamat jika tiada di kalangan mereka melanggar perjanjian itu.

Untuk mengesahkan lagi perjanjian itu, beberapa sumpahan dikenakan ke atas setiap keluarga. Antaranya, setiap keluarga akan dikurniakan seorang saja anak, di mana anak itu adalah lelaki. Anak lelaki yang dilahirkan awal diantara 4 keluarga itu dalam generasi yang sama akan mempunyai kuasa yang lebih kuat dan menjadi ketua bagi 3 ahli yang lain. Dan dalam generasi mereka, Jason adalah ketua mereka sebab Kevin dilahirkan dahulu. Dan juga kuasa Jason yang lebih kuat dari kuasa mereka.

Kuasa sihir mereka mengalami dua fasa. Fasa pertama mereka akan memperoleh kuasa mereka ketika berusia 11 tahun. Fasa pertama adalah di mana kuasa mereka adalah terhad. Manakala fasa kedua berlaku tatkala mereka berusia 18 tahun.

Pada tahun 1985, keluarga Wilson menerima kelahiran dua orang anak, berbeza dari sumpahan yang dikenakan ke atas keluarga mereka.. Sepasang kembar lelaki dan perempuan. Kelahiran Rachel Wilson langsung tidak dijangka.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun tahu bagaimana keluarga Wilson ditakdirkan mempunya dua orang anak pada 1 masa. Seolah-olah sumpahan ke atas keluarga Wilson adalah lebih dari apa yang dikenakan. Tambahan lagi Rachel langsung tidak mengalami fasa kedua. Di saat dia berumur 18 tahun, kuasanya masih sehingga kini seperti kali pertama dia menerima kuasa ketika berumur 11 tahun. Dan itu menjadikan dia adalah yang paling lemah diantara mereka berlima. Dan mungkin itu juga menjadi penyebab kenapa dia diminta berkahwin dengan Jason. Ayah risau jika dia mengalami fasa dua ketika dia berkahwin dengan manusia biasa. 

“Kau patut hentikan berfikir tentang masa lalu, Rachel.” Ryan bersuara, mematikan lamunan Rachel.

Rachel tersedar. Harapnya Ryan tidak membaca fikirannya tadi. 

“Dia sudah mati.” Tambah Ryan lagi.

“Tapi tiada mayatnya di bangsal malam itu. Kau sendiri tahu apa yang Jason cakapkan bukan?” Rachel tidak mahu mengalah.

Ryan mengeleng. “Aku tak mahu ingat tentang lelaki itu. Bagi aku, dia sudah mati dan tak akan pernah kembali. Jason sudah kalahkannya.”

Rachel mengeluh. Dia tahu itu. 

“Aku mahu keluar, mahu ikut?” Ryan bangun, memandang adik kembarnya.

Rachel geleng. “Jangan lupa esok, kita ada temu janji dengan Ibu dan Ayah. Dan kau tentu tak mahu Ibu membebel pada kau sebab tak datang perjumpaan keluarga sekali lagi.”

Ryan pandang Rachel dengan senyuman. “Dan berhenti merendah diri. Percayalah, kau tak mahu alami fasa kedua yang menyakitkan itu.” ucap Ryan sebelum berlalu ke arah pintu.

Rachel ketap gigi. Sedikit berang mengetahui Ryan membaca fikirannya. Tapi mujur, Ryan tidak mampu membaca sepenuhnya apa yang difikirkannya. Abangnya itu kadang-kadang tidak mampu membaca fikirannya tapi dia dapat membaca sepenuhnya fikirkan lelaki itu.

Dia kemudian mengeluh saat menerima pesanan mesej dari Jason. Lelaki itu mengucapkan selamat malam padanya dan dia makin dihimpit rasa bersalah. 


*besambung*



Secret #1: Confusions.



Hari ini dia memakai 'topeng' bertemu lelaki itu. Topeng yang punya senyuman dan wajah manis.

"Apa yang awak nak makan" Lelaki itu bersuara.

"Apa-apa saja." Balasnya ringkas tapi masih lagi mengukirkan senyuman.

Lelaki itu menganggukkan kepala. Dia perhatikan saja lelaki itu menyampaikan pemilihan menu pada pelayan yang baru tiba. Kemudian lelaki itu memandangnya, dia senyum lagi.

"Hari ini awak nampak lain. Sesuatu berlaku hari ini, Rachel?"

Rachel telan air liur. Ketara sangatkah dia muram hari ini. Kepala digeleng. "Saya cuma penat hari ini."

Lelaki itu angguk. Dan mereka kembali mendiamkan diri sebelum Rachel kembali suara.

"Adakah apa yang kita lakukan ini, adalah perkara yang betul, Jason?"

Jason kerut dahi. "Maksud awak?"

"Perkahwinan kita."


Jason mengeluh. Itu bukan Kali pertama gadis di hadapannnya mengeluarkan soalan itu. Sudah berkali kali Rachel akan melontarkan soalan itu padanya, sejak dia bersetuju dengan permintaan keluarga mereka. "Kita tak ada pilihan, Rachel."

"Tapi awak ada pilihan itu. Awak ada pilihan untuk tolak permintaan ayah saya." Rachel tahu dan faham mengapa dia diminta berkahwin dengan lelaki di hadapannnya ini. Hanya disebabkan kekurangannya, ayah meminta Jason mengahwini nya. Ayah risau jika sesuatu berlaku jika dia berkahwin dengan lelaki yang bukan dari kalangan mereka. Ayah risau jika rahsia mereka diketahui oleh manusia lain.

Jason telan air liur. Dia tiada jawapan untuk itu.

"Awak masih tak dapat lupakan Sarah bukan?"

Jason mengeluh. Dia, walau macam mana sekalipun tak mampu menyembunyikan hal sebenar dari tunangnya ini. Gadis di hadapannnya punya kelebihan untuk membaca perasaan manusia kalau dia mahu. "Sarah adalah kisah silam saya, Rachel."

Rachel mengeluh. "Awak patut cari dia."

Jasonn telan air liur. Dia juga tidak tahu kenapa dia tidak mencari bekas kekasihnya itu. Mencari Sarah Dan meminta penjelasan diatas 'kehilangannya' tanpa ucapan selamat tinggal. Bukanlah dia tidak rindu tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak mencari bekas kekasihnya itu.

3 tahun selepas itu ,Richard Wilson, bakal ayah mertuanya meminta dia untuk mengahwini anak bongsunya. Dan dia bersetuju selepas dipujuk oleh ibunya. Dan mungkin juga dia turut risaukan sahabatnya ini. Rachel tidak mengalami proses seperti mana yang dialami olehnya dan 3 orang sahabatnya.

"Awak masih punya masa untuk ubah fikiran," Rachel bersuara lagi.

Jason mengeluh lagi. "Kita dah bincangkan hal ini berkali-kali, Rachel. Dan awak tahu yang saya tak akan pernah tarik balik keputusan yang saya dah buat."

Rachel telan air liur. Dia akhirnya mendiamkan diri sepanjang makan malam mereka. Berbual dengan Jason tentang apa yang dirasakannya tak akan pernah mampu memuaskan hatinya.


*bersambung*


Sunday, June 21, 2015

Ke hadapan




Mungkin saja dia tidak sedar yang dia telah curi hati awak.
Mungkin saja 'hint' yang awak tunjukkan pada dia tentang perasaan awak, masih belum mencukupi.
Mungkin saja dia tidak ditakdirkan untuk berada dalam hidup awak seperti awak harapkan.

Jadi, kita move on, boleh?

Saturday, June 20, 2015

Stick & Stones -Teaser-



********************************

"Jatuh cinta bukan dalam kawalan I, Amily." Adam memandang wanita di hadapannya.

Amily tarik senyum senget. "Jadi, sebab itu you berikan I bunga dan hadiah mahal setiap minggu?"

Adam tarik nafas.


"Are you telling me that you had fall for me, now?" Amily bersuara lagi.

Adam telan air liur, tidak tahu sama ada mahu mengiyakan atau menafikan soalan yang keluar dari mulut isterinya.

"Maybe you should try harder than this, sayang," ucap Amily sebelum melangkah ke arah pintu. Baru saja dia memulakan langkah pertama, lengannya telah direntap kasar oleh Adam.

"Don't do this," rayu Adam. "I could tell you thousand of reasons why I love you."

Amily senyum sinis. "Love don't need reasons." Pegangan Adam dirungkaikan.

Adam mengeluh.

"I told you, falling in love wasn't in our deal," bisik Amily ke telinga Adam. "I see you soon, sayang." Seusai ucap itu Amily berlalu pergi.

Dan Adam kembali melepaskan keluhan.

********************************


Reenapple: Since tak boleh up full part, so up teaser je lah.



Thursday, June 18, 2015

Teknologi




Kadang kadang aku rasa teknologi ni menjarakkan hubungan, bukan mendekatkan hubungan seperti yang diuar uarkan. 

Contoh 1: Kau jumpa member kau yang dah lama tak jumpa. But at the end, your meeting is like nothing. You've wasted you time seeing them. Sebab masing-masing asyik hadap telefon memasing. Kau yang ada banyak topik nak bercakap  pun jadi pendiam bila tengok dia asyik menghadap telefon. Mood nak bercakap hilang. Heh

Mungkin aku setuju dengan Dhagi masa first time kitaorang jumpa. Dia suggest handphone disimpan dalam beg and there should be no phone on the table while both of us having conversation. 

Oh, anyway, selamat berpuasa. :)

Regards,
Reen. 



Tuesday, June 9, 2015

Stick & Stones #37



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36]



Adam Joshua melangkah masuk banglo mewah di hadapannya. Termasuk waktu ini, sudah cukup 36 jam Amily Katrina mendiamkan diri dengannya. Wanita itu langsung tidak mahu bercakap dengannya. Tengoklah apa yang berlaku pagi tadi, nyaris-nyaris saja dia terlepas menaiki kereta yang telah menunggu mereka. Amily langsung tidak mengejutkannya dari tidur. Mujur saja Daniel menghubunginya, kalau tidak, sah-sah Amily terpaksa menantinya lebih lama. 

“So, mana satu bilik I?” Kedengaran suara Amily. 

Adam menoleh ke arah isterinya. Air liur ditelan tapi dia tidak bersuara. Tiba-tiba saja dia berasa janggal dengan situasi sekarang ini. Baginya mungkin lebih baik AMily mengamuk dan bersikap dingin padanya dari melayannya seperti biasa. Sungguh, rasa bersalah diatas kejadian di bilik hotel dua hari lepas makin bertambah. 

“I’m asking you.” Amily bersuara lagi. Kakinya melangkah ke arah Adam. 

“Pick any room you like.”

Amily senyum. “Are we gonna share the room?”

Adam diam. Dia tidak tahu jawapan pada soalan Amily itu. 

“You cakap kita sedang berbulan madu pada Anna, mungkin kita patut guna biik yang sama?”

Adam telan air liur. Bagaimana Amily tahu wanita semalam itu bernama Anna? “How’d you know…”

“Her name?” Amily mencelah. Dia ukir senyuman sinis. “Itu perkara senang bagi I, sayang.”

Adam mengeluh kasar. 

“You tak nak tanya apa yang I buat pada dia?”

Sekali lagi Adam telan air liur. Dia cuak. Harapnya Amily tidak mengapa-apakan Anna. Anna tidak bersalah pun dalam kejadian hari itu. Kejadian dua hari lepas hanyalah satu salah faham. Dan dia pasti Amily tak akan mahu percaya.”Do not hurt her. She’s innocent.” Risau Adam sudah mula bertambah. 

Amily senyum sinis. “Is that so? Did she means something to you?”

“She doesn’t know the truth, Amily. It was a misunderstanding” Ucap Adam dengan sedikit bengang. 

Sekali lagi Amily senyum sinis. Lelaki di hadapannya ini beria-ia mahu pertahankan perempuan tak tahu malu itu. Dan dia tak akan terima sebarang penjelasan dari mulut Adam. Baginya penjelasan Adam adalah satu alasan palsu semata-mata. “Kalau you bagitahu hal sebenar sekalipun, semuanya sudah terlambat. I dah buat apa yang I nak buat pada perempuan itu.”

“You are just kidding, right?” Soal Adam dengan rasa cuak. Sungguh, kali ini dia harap Amily hanya menipunya saja. Dia harap Amily hanya mahu menakutkannya seperti biasa. 

Amily geleng dengan senyuman jahat di bibir.“I just giving her a lesson. A lesson that she will remember for entire her life, not to mess with me again.”

“What you had done to her?” Adam mendekatkan diri ke arah Amily yang masih tersenyum sinis memandangnya. “What you had done to her, Amily?” Nada suaranya ditinggikan. 

“Apa kata you tanya Daniel? Dia tahu semuanya.”

“You… what?” Adam kerut dahi. Daniel mengkhianatinya?

“Daniel ada waktu I upah seseorang untuk langgar perempuan tu. I rasa dia selamatkan Anna dari maut, mungkin.”

Adam telan air liur. Amily ini berkata benarkah? Dan kalau benar apa yang dikatakan oleh Amily, makanya Anna telah mengalami kesusahan hanya disebabkan satu salah faham. Dan dia juga pasti apa jua ayat yang keluar dari mulutnya, Amily tak akan mahu percaya. 

Ah, kejap. Buat apa dia mahu penduli tentang apa yang Amily mahu fikirkan tentang kejadian semalam? Buat apa dia mahu risaukan jika Amily melakukan sesuatu yang jahat pada Anna? Dia bukannya rapat dengan Anna apatah lagi mengenali wanita itu. Semuanya hanya salah faham saja. 

“You memang tak nak kongsi bilik dengan I?” Amily bersuara lagi. Dia tak mahu penduli reaksi wajah Adam saat dikhabarkan tentang apa yang berlaku pada perempuan tak tahu malu itu. Padan muka! 

Adam diam. 

“Kalau you ubah fikiran, I akan berada di bilik itu,” Amily melangkah ke arah bilik di belakang Adam.

Adam masih mendiamkan diri. 

“I’ll see you at dinner tonight,” ucap Amily lagi sebelum melangkah masuk bersama-sama bagasinya. 

Adam mengeluh. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Adam mengerutkan dahi saat terpandangkan kelibat Amily berada di dapur. Bukanlah dia hairan dengan kelibat Amily tapi yang menghairankannya adalah keadaan wanita itu. Amily menyarungkan apron di tubuhnya dan wanita itu sedang memegang senduk, mengacau sesuatu. Dia salah tengokkah? Adakah dia sedang bermimpi?

“Hai, sayang,” sapa Amily saat melihat kelibat Adam di dapur. Satu mangkuk dicapai sebelum dia menuangkan sos yang dimasaknya tadi ke dalam mangkuk tersebut. 

Adam diam. Dia tidak membalas sapaan Amily. 

“Now our dinner is ready,” Amily bersuara lagi seusai selesai menghidangkan makanan. Apron ditubuhnya ditanggalkan sebelum mengambil tempat di meja makan. Dia memandang Adam yang masih lagi berdiri, memerhatikannya. “Aren’t you joining our dinner?”

Adam tarik nafas sebelum mengambil tempat berhadapan Amily. Dia memerhatikan stik daging di hadapannya. Dari bau saja sudah tahu kelazatan stik di hadapannya. Dia memandang Amily. “How’d you…”

“Get the ingredients?” Amily mencelah. “Semuanya dah ada dalam peti ais.”

Adam mengeluh lagi. Bukan itu yang dia mahu tanya sebenarnya.

“Let’s eat,” Amily bersuara lagi. Stik di hadapannya dipotong tanpa menunggu Adam. Jujur, dia lapar.

Dan Adam turut memotong stik daging di hadapannya tanpa bersuara. Baru saja suapan pertama, dia puji dalam hati kelazatan stik daging di hadapannya. Dan dalam masa yang sama, dia dihimpit persoalan tentang Amily dan kepakaran wanita dalam memasak.

Makan malam yang berlangsung selama 30 minit itu berlalu tanpa sebarang suara, tanpa sebarang perbualan diantara Adam dan Amily. Dan selesai saja makan malam, Amily terus menghadap sinki, mengemas dan mencuci apa yang patut dan Adam masih berada di dapur, memerhatikan gerak geri Amily. Dia sebenarnya masih bingung dengan apa yang berlaku. Bagaimana wanita seperti Amily tahu memasak? Dia rasakan tak mungkin Amily yang mempunyai personality ‘gelap’ tahu memasak.

Selesai mengemas dapur, Amily melangkah ke arah Adam yang sedang termenung di kaunter dapur. Satu mug kopi diletakkan di hadapan lelaki itu. Dia mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di berhadapan Adam Joshua.

Adam tersentak. Dia baru saja tersedar kelibat Amily di hadapannya. Entah bila isterinya ini selesai mengemas dapur, dia tidak tahu. Dia asyik memikirkan sesuatu. Sesuatu yang diberitahu Daniel padanya tadi. Tidak sangka Amily benar-benar punya niat untuk membunuh Anna, mujur saja Daniel berada di situ. Atau lebih tepat, mujur saja Daniel mengintip pergerakan Amily ketika ketiadaannya.

“Apa yang you sedang fikirkan?” Soal Amily.

Adam mengeluh. “I tak sangka yang you tahu memasak.”

“You know nothing about me, isn’t it?” Soal Amily sinis.

Adam telan air liur. Dia mengiyakan saja soalan Amily dalam hati. Jika dia membalas ayat Amily, risau pula dia yang akan sakit hati. Wanita dihadapannya ini tak pernah gagal untuk membuatkannya marah walaupun hal kecil. “Sejak bila you belajar memasak? Atau itu cubaan pertama you?” Sengaja Adam membalas soalan Amily dengan soalan yang sinis.

Amily senyum sinis. “You tak tahu apa-apa pasal I.”

“I cuma tahu satu perkara ni saja. You adalah perempuan materialistik.”

Amily ketawa sinis sebelum menghirup Latte di hadapannya. “And?”

“Tak ada apa-apa yang menarik tentang you yang I patut tahu. Hal you tak ada kaitan dengan I, Amily.” Balas Adam dingin.

Amily angguk. “For the truth, I have this one dream.”

“Which is?” Soal Adam walau dia tidak mahu tahu sebenarnya.

“To open a restaurant or a bakery or something like that. But I like bakery more.”

Adam kerut dahi. Amily ini sedang bercakap benarkah? “Jadi, kenapa you tak lakukan itu?”

Amily senyum senget. “Papa tak benarkan. Kalau I berkeras mahu lakukan itu, segala kemewahan I dapat dari Papa akan diambil semula. Dan nama I akan dibuang dari wasiat nanti.”

Adam telan air liur. Tidak menyangka ayah mentuanya akan mengugut anaknya sebegitu rupa. “Is that one of the reason why you agree to our marriage?”

Amily mengukirkan senyuman sebelum kembali menghirup Latte. “Maybe. But the truth is, I am more interested with the affluence that I received when I became your wife.”

Adam telan air liur. Dia tahu itu. Amily akan menerima satu jumlah wang yang banyak setiap bulan dari Casa Holdings hanya disebabkan wanita itu isterinya. “Money is not everything, Amily.”

Amily geleng dengan senyuman. “For me, money is everything. You still need money to survive.”

Adam mengeluh. Nampaknya Amily langsung tidak faham erti hidup yang sebenar. 

“You cakap duit bukan segala-galanya. Jadi, apa yang penting dalam dunia ni?” Amily bersuara lagi. 

Adam telan air liur. Dia tidak tahu jawapan pada soalan Amily. “Have you ever love someone?”

Amily senyum sinis. “Love? Are you saying that love is the most important in this world.”

Adam diam. Dia tidak mengiyakan mahupun menidakkan soalan Amily.

“Do you know what is the most foolish feeling in this world?”

Adam diam lagi. 

“Love,” jawab Amily.

Adam mengeluh. “Are you hurt with Zack?” 

“No.” Amily pandang Adam.

“Then, why you are saying that love is the most foolish feeling in this world?”

Amily senyum sinis. “It’s because you love someone but that someone hurt you in a way you never imagined. That’s stupid.”

Adam telan air liur. Tiba-tiba saja dia teringatkan Maya. Tiba-tiba saja dia teringatkan insiden dimana dia hampir saja mahu bunuh diri.

“You bagitahu I, kita berdua pernah mengalami situasi yang sama, dikecewakan oleh orang yang kita cinta.” Amily bersuara lagi.

Adam tarik nafas. Dia memandang Amily. “Jadi, you nak cakap yang you terluka dengan Zack?”

“No.” 

“You are lying.” Adam pasti Amily tidak berlaku jujur dengannya. 

“I used to feel that.” Amily senyum sinis lagi. “Tapi I tak adalah sampai nak bunuh diri.”

Adam ketap gigi. Dia tahu Amily sedang menyindirnya. “For how long you’ve been relationship with Zack?”

“Less than a year.”

“He’s cheating on you?”

“Perhaps. But he said that night was a mistake.”

Adam senyum sinis. Dia pasti Zachary berbohong. Satu kesilapan konon! Zachary dan sikap kasanova tidak dapat dipisahkan. “Tapi you masih berbaik dengan dia.”

“He was my senior. Dan I rasa tak salah berbaik dengan bekas kekasih, bukan?”

“Jadi you kahwin dengan I sebab nak balas dendam pada dia?”

Amily senyum senget. Soalan Adam tidak dijawab. Dia kembali menghirup Latte. “You nak tahu apa yang I buat pada perempuan yang sebabkan Zack curang pada I?”

Adam telan air liur. Rasanya dia tahu apa jawapan Amily.

“I did the same thing that I did to Anna. And she died.” Ucap Amily lagi selamba. Dia bangun. “Good night.” Seusai ucapkan itu, Amily beredar dari dapur, meninggalkan Adam.

Adam mengeluh kasar. Jujur, Amily kadang kala mampu membuatkannya seram dengan wanita itu.


Reenapple: Amily ni scary. 



Monday, June 8, 2015

Stick & Stones #36



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35]

Adam melangkah masuk kedalam hotel tanpa menunggu Amily. Amily tarik senyum senget sebelum mempercepatkan langkahnya supaya dia dapat berjalan beriringan dengan Adam. 

“Mommy cakap you ada vacation house kat sini. But why kita datang ke hotel?” soal Amily sinis. 

“I ada kerja kat sini untuk sementara waktu. Kita akan stay sini for two days only.”

“But at least you patut hantar I to that house first.”

“I can’t leave you alone there.”

“I can take care of myself, sayang.”

Adam diam. Malas untuk bertikam lidah dengan Amily. Dan kebetulan juga salah seorang pekerja hotel yang dikenalinya meluru ke arahnya. Tangan dijabat dengan mesra.

Amily tidak puas hati tapi dia tetap ukirkan senyuman palsu pada pengurus hotel yang datang menyapa mereka. Mereka kemudian dibawa makan tengahari di bilik makan VIP. Adam asyik berbual dengan pekerja hotel itu. Dan Amily sedikitpun tidak ambil penduli. Dia sebenarnya penat. Dan Adam langsung tidak fahamnya. 

1 jam kemudian, barulah mereka tiba di bilik hotel yang telah ditempah khas untuk mereka. Amily terus melabuhkan punggungnya di sofa. Kakinya agak penat hari ini. Kasut tumit tinggi terus ditanggalkannya dan dibiarkan bersepah di lantai.

Adam mengukirkan senyuman melihat gelagat Amily. Dia tahu isterinya penat. Dan dia juga tahu Amily tak mahu menghabiskan masa dengannya. 

“I ingatkan kita akan tinggal di bilik berasingan,” AMily bersuara setelah chauffeur yang membawa bagasi mereka beredar.

“If we did that, everyone will look weird on us.”

“Hoping something miracle will happen?” ucap Amily sinis.

Adam tarik senyum senget. “Keep dreaming, Amily. There will never something happened between us.”

“So, kita mahu bercerai?”

Adam telan air liur. “You menyesal setuju kahwin dengan I?”

Amily senyum sinis. “I’m not. I got lot of money from it.” Ucap Amily sambil membelek kukunya yang berwarna turquoise itu. 

“Then, you should know if we get divorced, you will lost everything.”

“So, you nak ceraikan I? You want to get revenge on me?”

Adam mendengus. Bertikam lidah dengan AMily tak akan pernah selesai. 

“By the way, siapa lelaki tadi? He’s good looking.” Amily bersuara lagi.

Adam kerut dahi. “Siapa?”

“Yang lunch dengan kita tadi. He treated you like you’re his boss.”

“Hotel ni memang milik I.”

“I see. So, who’s that guy?”

“You mean Alan? He’s one of manager in this hotel.”

“Manager? Very impressive. Such a young age to be a manager.”

“He’s around my age. So, dia tak muda sangat.”

“So, you nak cakap yang you sebenarnya tua?” 

Adam mengeluh. Amily ini kalau satu hari tak buat dia berang, tak boleh ke? “I’m not that old. I’m just 32 years old.”

Amily senyum sinis. Dia dapat hidu bau cemburu dalam diri Adam. “He looks handsome. He’s young and single.”

“He’s not single. He already engaged.”

“I see. But he got my attention.”

Adam mendengus. Sakit hati pula dengan Amily ini.“Whatever. I’m going to take a shower,” ucap Adam sebelum berlalu ke bilik air. 

20 minit kemudian, Adam melangkah keluar dengan berpakaian. Dia mengukirkan senyuman saat melihat kelibat Amily sedang lena di atas sofa. Penat sangatkah Amily Katrina ini sehingga tertidur dengan mekap?

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah sofa. Dia ukirkan senyuman sebelum mendukung Amily dan membawa tubuh wanita itu ke katil. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam telan air liur tatkala melihat Amily sedang berbual mesra dengan lelaki yang cukup dikenalinya itu. Apa yang Zachary buat di sini? 

“What is he doing here?” Soal Adam pada Daniel.

“I’m not sure, sir.” Balas Daniel lemah. 

“Siasat.” Arah Adam sebelum melangkah ke arah Amily.

Daniel angguk sebelum beredar. 

“Adam.. hey,” sapa Zachary dengan senyuman palsu saat terpandangkan kelibat lelaki itu. 

“Kau buat apa kat sini?” Soal Adam sinis sebelum mengambil tempat di sebelah Amily. Wanita itu memandangnya tapi dia tidak endahkan. 

“Uncle suruh aku datang sini. Untuk tolong kau.”

Adam tunjuk riak jengkel. 

“And, you shouldn’t leave Amily along.” Tambah Zachary lagi.

Aku tak rasa risaukan Amily ada dalam skop kerja kau kat sini.”

Zachary ketap gigi. Sakit hati pula melihat Adam berada di sebelah Amily. Sesungguhnya sepupunya memang pengacau. Baru saja dia dan Amily berbual mesra, dan kelibat Adam muncul.

“Since aku dah ada kat sini, mungkin kau patut berambus?” Adam bersuara.

Zachary ketap gigi. Dia pandang Amily yang masih mendiamkan diri. Wanita itu menganguk kepala padanya. Dia akhirnya bangun dengan rasa berat hati.

“You shouldn’t treat him like that. He do nothing.” Amily ersuara.

Adam kerut dahi. Dia ukirkan senyuman sinis. “Still longing for ex boyfriend?”

Amily tarik senyum senget. Dia menoleh ke arah Adam. “You cemburu?”

Adam diam. Soalan AMily langsung tidak dijawab. Tangan diangkat memanggil pelayan. Jujur, dia lapar sebenarnya. 

“I nak keluar esok.” Amily kembali bersuara seusai pelayan yang mengambil pesanan Adam beredar.

“You nak pergi mana?” Adam hairan.

“Bersiar-siar or shopping.”

“You nak pergi dengan siapa?”

“Zack.”

“Zack?” Adam kerut dahi. 

Amily angguk. “Zack cakap dia free esok. And plus dah lama I tak keluar dengan dia.”

Adam mengeluh. Sedikit terkesima dengan ayat Amily. Argh, kenapa perlu Zachary ada di percutian mereka. Memang lah percutian mereka belum bermula secara rasaminya tapi dia tidak selesa dengan kehadiran Zachary Davis itu.

“You nak join?” Amily bersuara lagi.

Adam geleng. “Have fun then,” ucap Adam disertakan senyuman palsu. Dia tiba-tiba saja mahu rancangkan sesuatu pada Zachary esok. Sesuatu yang membuatkan Zachary akan menjauhkan diri dari Amily. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam mengeluh sambil mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 9 malam dan kelibat Amily Katrina masih lagi belum muncul. Entah kemana wanita itu pergi, dia tidak tahu. Yang dia tahu , saat dia teredar dari tidur pagi tadi, kelibat isterinya sudah tiada di sebelahnya. Dan dia yakin, Amily tidak bersama dengan Zachary sebab lelaki itu dipaksa olehnya untuk hadiri mesyuarat bersamanya pagi tadi. Sengaja dia berbuat sebegitu.

Dan dia juga yakin Zachary tidak bersama Amily waktu sekarang ini sebab dia baru saja terlihat kelibat Zachary bersama seorang gadis seksi. Mereka berjalan berpelukan menuju ke bilik Zachary. 

Adam menghirup lagi kopi ais di hadapannya. Keadaan restoran dipandang sebelum kembali menghadap telefon pintarnya. Tiada langsung panggilan mahupun mesej dari Amily. Dia kini dihimpit rasa risau. Apa yang dia mahu jawab pada keluarga mereka jika sesuatu berlaku pada Amily?

“Hai… “ tiba-tiba kedengaran suara wanita.

Adam kerut dahi sambil matanya memandang wanita cantik yang baru saja mengambil tempat berhadapannya. Tertanya-tanya siapa dan apa wanita ini mahu.

“Are you alone?” Sapa wanita itu dengan senyuman. 

Adam senyum palsu. Jujur, dia tiada keinginan untuk melayan wanita cantik di hadapannya. Mindanya lebih kepada Amily. 

“I’m Anna.” Wanita itu memperkenalkan diri. 

“Adam,” jawab Adam tidak ikhlas.

Anna mengukirkan senyuman. “I nampak you seorang saja kat sini. Waiting for someone?”

Adam mengukirkan senyuman saja. Soalan wanita bernama Anna itu tidak dijawab.

“Then, I andaikan jawapan you adalah NO.” Anna mengukirkan senyuman.

Adam senyum lagi. “And you’re alone too?”

Anna angguk dengan senyuman. “You stay kat mana?”

“Hotel sebelah ni je.”

“Owh really? I pun stay situ. What a coincidence!” ucap Anna teruja.

Adam senyum kelat. Dia bangun. “I have to go. See you again,” ucap Adam dengan senyuman. Walhal dalam hatinya dia harap tidak bertemu lagi dengan Anna. Masak dia kalau AMily nampak dia dengan perempuan. Eh kejap, kenapa dia risaukan andaian Amily? 

“I pun dah nak balik. Mungkin kita boleh balik sama-sama?”

Adam angguk walau dia sebenarnya berat hati. Dia akhirnya melangkah ke hotel dengan Anna. Seusai masuk ke dalam lif dan menekan butang lif, Anna bersuara lagi.

“Kita stay di tingkat yang sama.” Anna memandang butang 11 yang bernyala.

“Really? What a coincidence,” ucap Adam tidak ikhlas. 

Setibanya di tingkat 11, Adam melangkah keluar terlebih dulu. Manakala Anna pula sedang membelek sesuatu dalam tas tangannya sambil menuruti langkah Adam. Apabila Adam berhenti di hadapan biliknya, Anna turut berhenti. Dia memandang Adam dengan wajah sayu. 

“I think I had left my ky in the room. There’s no key in my purse.”

“You boleh pergi ke kaunter dan maklumkan yang you tertinggal kunci. Mereka akan beri kunci baru pada you.”

Anna mengeluh. Berpura-pura sedikit menyesal atas kecuaiannya. “Can I just use the phone in your room and call the customer service?”

Adam telan air liur. Dia mahu tolong Anna atau terus masuk ke biliknya terus? Dia mengeluh sebelum menganggukkan kepala. Tombol pintu dipulas dengan harapan Amily Katrina belum pulang lagi, mati dia kalau AMily lihat dia bawa masuk wanita lain ke bilik mereka. 

Anna melangkah masuk dengan senyuman. Dia pandang Adam sebelum memerhatikan keadaan sekeliling. “This is VIP room isn’t it?”

Adam angguk. “There’s the phone.” Adam bersuara sambil menunjukkan telefon yang berada berdekatan katil. 

Anna mendekati Adam. “Is just you and me alone?” 

“Err….” Adam telan air liur melihat Anna mendekatinya. Dia mengundurkan diri ke belakang setapak dengan setapak. Hairan dengan wanita itu dan juga rasa cuak sudah mula muncul dalam dirinya. 

Anna mengukirkan senyuman menggoda sebelum menolak tubuh Adam ke katil. Tanpa membuang masa, dia mengambil tempat di atas tubuh lelaki itu. 

“What the hell you’re doing?” Soal Adam sedikit berang pada wanita yang berada diatas tubuhnya.

“Say it. You want me right?” Tangan Anna merayap ke tubuh Adam. 

Adam telan air liur apabila Anna menanggalkan bajunya. Tapi aneh, dia hanya kaku saja, melihat Anna yang kini tubuh atasnya hanya mengenakan coli merah saja. Wanita itu mendekatkan diri ke wajahnya. Adam telan air liur lagi.

“Tonight, I’m yours,” bisik Anna ke telinga Adam.

Tiba-tiba pintu terbuka. Adam terus menolak Anna, membuatkan wanita itu jatuh ke lantai. Dia sedikitpun tidak penduli akan Anna yang sedang mengaduh kesakitan. Dia sudah dihimpit rasa cemas dan cuak melihat Amily di hadapannya. Wanita itu tidak bersuara mahu pun menunjukkan reaksi marah. Apa yang Amily Katrina lakukan hanyalah memerhatikannya.

“Who are you?” Anna bersuara, memandang wanita yang menganggu rancangannya. 

Amily senyum sinis. Dia memandang wanita separuh bogel itu dengan sinis. “I should ask you that question. Who are you and what are you doing with my husband?”

Anna telan air liur. Suami? Lelaki yang baru dikenalinya itu sudah berkahwin?. Dia memandang Adam.

Adam mengeluh. “I’m on my honeymoon.”

Anna bangun. Dicapai baju yang dilempar ke lantai tadi dan menyarungkan ke tubuhnya semula. “I don’t know he’s a married man. I just thought…” Anna telan air liur melihat senyuman sinis Amily. “I pergi dulu…’ baru saja Anna memulakan satu langkah, Amily bersuara lagi.

“You forgot your shoes,” AMily memandang kasut tumit berwarna yang tersadai di lantai.

Anna cepat-cepat mengambil kasut itu dan melangkah keluar dengan tergesa-gesa.

Amily senyum sinis sekali lagi. Dia memandang Adam yang dari tadi mendiamkan diri. Adakah dia marah? Atau dia cemburu? Apa-apa pun apa yang dilihatnya sebentar tadi adalah sesuatu yang dia sendiri tidak jangka. 

“I can explain this,” Adam mula bersuara. Otaknya sedang mencipta penjelasan yang harus diberikan pada Amily. Jujur, dia mula dihimpit rasa gerun dengan isterinya ini. 

Amily diam. 

“It’s not what you’re thinking. There’s nothing happen between us,” Adam bersuara lagi.

“Well… Of course, there’s nothing happen between us…” AMily mengajuk cakap Adam sebelum matanya memandang lelaki itu. “… sebab I dah kacau that things that almost happen antara you dan dia.”

Adam mengeluh. “That’s the truth, memang tak ada apa-apa yang berlaku.”

Amily mendengus kasar. Dia malas ambil tahu apa jua penjelasan yang bakal keluar dari mulut Adam Joshua. Apa yang dilihatnya tadi sudah cukup membuktikan siapa Adam sebenarnya. 

“Amily…” Adam bersuara lagi. Tapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja dia dapat rasakan satu objek keras terkena dahinya. Dia jatuh rebah sebelum mengaduh kesakitan. Dia telan air liur apabila objek keras yang terkena dahinya tadi adalah sebuah bekas abu rokok besi. Mujur tak ada luka hanya lebam saja di dahinya. Adam memandang Amily. Wanita itu hanya memandangnya dengan reaksi kosong saja. Dan dia pasti Amily lah gerangan yang membaling steel ashtray padanya tadi. 

“I harap you dah siap berkemas. Esok kita akan ke rumah percutian seperti yang telah dirancangkan, bukan?” Amily berlagak tiada apa apa yang berlaku.

Adam diam, tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia masih lagi mengurut dahinya yang sudah menunjukkan benjolan besar. Dia memandang Amily Katrina yang kelihatan tenang. Dia mahu andaikan Amily marah padanya tapi wanita itu hanya berlagak biasa saja. Belum sempat dia bersuara, Amily telah menghilangkan diri ke bilik air.

Adam mengeluh. Tiba-tiba dia dihimpit rasa bersalah.


Reenapple: Mungkin Amily sedang rancang sesuatu untuk balas dendam. Ahaaaa