Monday, May 4, 2015

Ujian




Di satu malam, perbualan kami diiringi tangisan.

"Kau tahu apa beza orang yang ada agama dengan orang yang tak ada agama?"

Dia diam. 

"Orang yang ada agama adalah orang yang bila dia ditimpa ujian bertalu-talu dia tak mudah give up. Dia redha dengan setiap ketentuan Tuhan."

Dia diam lagi.

"Kau tahu kenapa Tuhan turunkan ujian? Supaya kita sedar yang kita ini hambaNYA yang lemah."

Dia diam.

"Kau tahu kenapa Tuhan turunkan ujian? Itu sebab DIA sayang kau. DIA nak kau sedarkan kau. Dan kau kena bersyukur dengan setiap ujian yang DIA bagi pada kau."

"Aku tahu tak mudah untuk sabarkan hati sendiri. Tak mudah untuk sabarkan diri yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak mudah. Tapi tak susah untuk kita terus percaya takdir DIA, bukan?"

Dia diam lagi dan lagi.

"Everybody has their own path, their own destination and their own task. But we all have the same goal. Keep survive and believe in God."

Dia diam...

"So, you can stop blaming yourself."

Perbualan kami terhenti di situ.



6 comments:

  1. Thumbs up! :)
    La yukallifullahu nafsan illa wus'aha~
    Allah masih simpan lagi hadiah untuk ujian tu..
    Moga dikurniakan kesabaran~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, semoga dia dikurniakan kesabarab

      Delete
  2. aku masih salahkan diri aku.

    dengan ujian yang menimpa aku.

    entah la...

    ReplyDelete
  3. rileks2 je bila ditimpa dugaan... ada sebabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Everything happens for reasons.

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.