Monday, May 11, 2015

Stick & Stones #9



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8]


Jeffri mengukirkan senyuman pada sahabatnya sebelum berjabat erat tangan Adam. “Congratulations bro!”

Adam mengukirkan senyuman kelat. “Mana Laila?”

Jeffri jungkit bahu. Tidak tahu pula ke mana tunangnya pergi. “Maybe she is in toilet.”

Adam angguk. 

“How you feel?” Soal Jeffri lagi. Sengaja melontarkan soalan tersebut. Bukannya dia tidak tahu apa yang berlaku pada Adam dan Amily. 

Adam mengeluh. “Kalaulah kau faham perasaan aku sekarang ini.” 

“Maksud kau berdebar nak facing malam pertama kau?” usik Jeffri. 

Adam ketawa kecil. Bahu Jeffri ditumbuk malas. Jeffri ketawa. 

“Aku nampak Maya dan Edrian.” 

Adam angguk dengan senyuman kelat. Dia tahu itu. Maya dan Edrian sudah datang bertemu dengannya tadi sebelum mereka menjamu selera. Walau dia sedikit kecewa dengan ucapan tahniah Maya. 

“Aku ingatkan kau tak akan jemput diorang.” 

“They are still my friends,” balas Adam malas. 

Jeffri angguk. Dia perhatikan keadaan sekeliling. “Your wife is pretty.” 

Adam senyum. Dia tahu itu. Dan Jeffri bukan orang pertama yang lontarkan pujian pada Amily. “Maybe you should say that to her by your self.” 

“Should I?” Jeffri kerut dahi. “But she seems having fun talking to Zack for now.”

“She’s what?” Adam menoleh ke arah tempat Amily berdiri. Benar apa yang dikatakan Jeffri, Amily sedang berbual mesra dengan sepupunya itu. “How on earth they know each other?” 

Jeffri jungkit bahu. “I wish I could tell you that. Tapi Amily seems more comfortable with Zack dari kau, Adam.” 

Adam tarik nafas. Jujur, dia tidak suka Amily mendekati Zack. Bukan sebab dia cemburu tapi dia paling tidak suka orang yang dikenalinya mendekati orang yang tidak disukainya. Lagi-lagi Amily, walaupun wanita itu langsung tidak dicintainya. 

“Jealous?” usik Jeffri. 

“Never.” Balas Adam dingin. Dia hanya perhatikan saja Amily dan Zachary berbual dengan mesra. Kalau diikutkan mahu saja dia menarik Amily jauh dari Zachary. 

“Hey…” kedengaran suara Delaila. Dia memandang Jeffri sebelum memandang Adam yang asyik memerhatikan Amily dan Zachary dari jauh. “Something happened?” 

“Adam is jealous,”balas Jeffri. 

“I’m not jealous, Jeff,” Adam sedikit bengang. 

Jeffri ketawa kecil. Delalilah hanya senyum. 

“But diorang dari tadi berbual. Like they have known for many years.” Jeffri bersuara lagi. 

Delailah jeling tunangnya. Tidak patut Jeffri keluarkan ayat sedemikian. Sah-sah Adam sedang berfikir yang bukan-bukan. 

Adam mengeluh. “Excuse me.” Ucap Adam sebelum melangkah ke arah Amily dan Zachary. 

“Adam… hey,” sapa Zachary tidak ikhlas saat terpandangkan sepupunya itu. 

Amily hanya berlagak tidak sedar akan kewujudan Adam. 

Hey…” balas Adam dengan senyuman palsu. Dia pandang Amily tapi wanita itu hanya tidak endah dengannya. 

By the way, aku harap tak terlewat nak ucap tahniah pada kau,” Zachary hulurkan tangan pada Adam. 

Dengan tidak ikhlas Adam berjabat tangan dengan Zachary. 

Zachary hanya senyum sinis. Dia tahu Adam hanya berlakon saja. 

“So, kau dan Amily kenal each other?” Soal Adam tanpa membuang masa. 

Zachary angguk. “She’s my junior masa belajar kat Melbourne dulu.” 

Adam angguk. “I didn’t know that sweetie,” Adam pandang Amily. 

Amily tunjuk riak jengkel. “You never told me that Zack is your cousin.” 

Adam mengeluh. Dia pandang Zachary. “Well Zack, excuse us.” Dia kemudian tarik tangan Amily ke satu sudut di dewan hotel itu. 

Amily merentap tangan dari pegangan Adam. “You nak apa?” 

Adam tarik nafas. “I tak nak you rapat dengan Zack.” 

“It’s none of your business. I nak rapat dengan siapa, I don’t need your permission.”

Adam mendengus. 

“It’s my business bila you libatkan diri dengan orang yang I kenal.” 

Amily senyum sinis. “I kenal Zack dulu dari you.” 

“Tapi you kahwin dengan I.” Adam tidak mahu mengalah. 

“Then? You nak I buat apa?” Soal Amily dingin. 

“Just stay away from Zack.” 

Amily tujuk riak jengkel. “Whatever.” Amily mahu beredar tapi Adam kembali merentapnya, membuatkan dia sekali lagi menghadap lelaki itu. “That’s awful!” 

Adam mendengus. “I tahu kita kahwin bersebab dan love is not that reason. But whatever it is, stay away from Zack.” 

“Itu hal you dengan dia. Jangan libatkan I.” AMily bengang. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia melayangkan satu tumbukan tepat ke muka Adam, tapi disebabkan dia sedar di mana mereka berada sekarang ini, dia tahan saja amarahnya. 

“What’s going on here?” Tiba-tiba kedengaran suara lelaki. 

Amily dan Adam menoleh, kelihatan Encik Kamarul dan Puan Julia memandang mereka dengan rasa risau. 

“Nothing, Daddy. Adam tengah bincangkan sesuatu dengan Amily,” Adam berbohong. 

Amily diam. 

“Jadi, apa yang kamu berdua bincangkan?” Soal Encik Kamarul tidak berpuas hati. 

Adam telan air liur. Takkan mahu diberitahu hal sebenar? Dia dan Amily saling memandang satu sama lain. 

“We were discussing about our honeymoon,” Amily bersuara. 

“Seriously?” Soal Puan Julia riang. Ini berita gembira. 

Adam jeling Amily. Pandai betul Amily cipta alasan. 

“So, Adam dan Amily dah decide nak pergi mana?” Soal Puan Julia lagi. Harapnya anak dan menantunya betul-betul mahu pergi berbulan madu. Dan harapnya rancangan tidak masuk akal anak dan menantunya selepas berkahwin itu dibatalkan. 

Encik Kamarul tidak mahu percaya. Dia pasti dia baru saja melihat anak dan menantunya bertekak tadi. 

“Kami tak decide lagi. But soon we decide that, we will inform both of you,” balas Adam. Dia menjeling Amily. Sakit hati dengan pembohongan Amily. 

Amily senyum palsu. Dia pasti Adam sedang sakit hati dengannya. 

“Well, excuse us, we need to greet some guest,” ucap Adam sebelum menarik tangan Amily ke tengah tengah dewan. 

Encik Kamarul dan Puan Julia memandang saja gelagat pengantin baru itu. Dia dapat lihat wajah tidak puas hati Amily dan Adam sebelum masing-masing membawa diri ke arah yang berlainan. 

“They just fake it, isn’t it?” Soal Puan Julia, sedikit kecewa dengan apa yang dilihatnya. 

Encik Kamarul mengeluh. “We will try fix this.” 

Puan Julia senyum kelat. Sungguh dia terkilan dengan tindakan anak lelakinya. Bukan dia saja, anak sulungnya, Arissa juga bengang dengan Adam. Adam ingat perkahwinan ini hal main-main. Puas sudah Arissa mengamuk pada anak lelakinya tapi semuanya ibarat mencurah ke daun keladi. Adam tetap dengan keputusannya. 

“If only there is time I berkeras dengan Adam tentang ini,” ucap Encik Kamarul kecewa. 

Puan Julia senyum kelat. “Whatever it is, dear, semuanya dah terlambat. Sekurangnya you dapat apa yang you nak.” Seusai ucapkan itu, Puan Julia beredar, melayan tetamu yang hadir, meninggalkan suaminya/. Sendirian. Membiarkan lelaki itu dihimpit rasa bersalah yang teramat. 

**********************

Amily memerhatikan cincin di jari manisnya. Cincin emas putih bertatahkan permata biru kelihatan anggun di jarinya. Itu kata mereka-mereka yang tidak tahu perihal sebenar. Katanya mereka, dia dan Adam kelihatan sepadan. Katanya mereka, dia bertuah dapat berkahwin dengan Adam. 

Amily senyum sinis apabila mengingatkan kata-kata mereka itu. Manusia memang terkenal dengan lumrah, menilai sesuatu dari luaran. Tak sedarkah mereka yang segala senyuman dan kemesraan diantara dia dan Adam hanyalah lakonan saja. 

Diperhatikan sekali lagi cincin permata biru itu. Katanya ibu mertuanya, cincin itu dipilih dan direka sendiri oleh Adam. Entah betul atau tidak. Penduli apa dia. Mereka hanya suami isteri mengikut undang-undang. 

Cincin di jarinya ditanggalkan. Tiada guna dia masih memakai cincin itu. Entah. Kata mereka, cincin perkahwinan adalah lambang cinta. Tapi disaat cincin itu disarungkan ke jarinya, hanya kosong saja yang boleh digunakan untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. 

Dibelek cincin itu sebelum dia telan air liur. Ada ukiran A&A di lingkaran bahagian dalam cincin itu. Apa maksud itu? Takkan itu nama dia dan Adam? 

“You belek apa?” kedengaran suara lelaki. 

Amily menoleh. Adam sedang berdiri di muka pintu. Bila entah lelaki itu melangkah masuk, dia tidak sedar. 

“What’s wrong with the ring?” soal Adam lagi. Niatnya untuk bercakap tentang Zachary dengan Amily hilang saat terpandangkan wanita itu. Hairan dengan gerak geri Amily. Dari tadi dia perhatikan Amily. Wanita itu langsung tidak menyedari kehadirannya. Khusyuk sangat isteri ini. 

Isteri? 

Untuk hal sebenar, Adam masih tidak percaya dia sudah bergelar suami kepada wanita yang tidak pernah disukainya. Tidak dari saat mata mereka bertemu. Dan usahanya memujuk Amily batalkan perkahwinan mereka hanyalah sia-sia saja. Sebab sekarang ini dia bersetuju untuk ikut cadangan Amily. Walaupun tidak masuk akal, tapi sekurangnya memberinya keuntungan. Begitu juga dengan keluarga mereka. Tapi mengingtkan insiden tadi, dia harap tiada hubungan yang istimewa di antara Amily dan Zachary. 

“Ada ukiran di cincin ni.” Amily angkat cincin, menunjukkan kepada Adam. 

Adam senyum sinis. “I supposedly melamar Maya with that ring. Another A is her second name, Maya Ariana. Tapi disebabkan saiz jari you dan dia sama, so I just recycle that.” 

Amily angguk. Betullah, buat apa Adam mahu ukirkan namanya di atas cincin perkahwinan mereka. Bagi Adam, dia tiada kepentingan dalam hidup lelaki itu. 

“Then, you patut bagi pada Maya tadi,” sindir Amily. 

“You kecewa?” soal Adam sinis. 

“Instead I yang kecewa, it’s better you yang kecewa. You tak dapat kahwin dengan Maya dan terpaksa kahwin dengan I, isn’t it? Kecewa itu lebih sesuai ditujukan pada you.” 

Adam mendengus. Sakit hati pula mendengar balasan Amily. “Our marriage is temporary only!” 

“For how long?” Amily berpeluk tubuh. 

Adam telan air liur. Dia belum fikirkan tentang itu sebenarnya. “We’re gonna talk about this soon.” 

“When?” 

Adam mendengus. Benci pulak mendengar soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Amily. “Boleh tak kalau you tak tanya soalan yang bukan-bukan?” 

Amily senyum sinis. “Okay then.” Amily bangun, bersiap-siap untuk melangkah ke arah pintu sebelum Adam memanggil namanya. Amily menoleh ke arah Adam. 

“Sebelum I lupa, its better kalau I bagi you ini,” Adam melangkah ke arah laci disebelah katil. Dikeluarkan satu sampul surat berwarna coklat sebelum menyerahkannya kepada Amily. 

“Apa ni?”

“Your flight ticket.”

“For?”

“Our honeymoon?” 

“That isn’t in our plan.” Amily bengang. Mana ada dia berjanji untuk berbulan madu. Mengikut rancangan asal, selepas tamat majlis perkahwinan mereka, mereka berdua akan bercuti selama seminggu di destinasi kegemaran masing-masing. Walhal sebenarnya dia langsung tidak merancang percutiannya. Apa yang dia mahu lakukan adalah berada di apartmennya untuk satu minggu ini. 

Adam senyum sinis. “Tadi you cakap pada Mommy dan Daddy tentang bulan madu kita.” 

Amily diam. Tidak memberi respon pada ayat Adam. 

“Tiket ni ke Paris.” Adam bersuara lagi. 

“Why Paris?”

“You cakap nak pergi Paris,kan?”

“I never said that.” 

Adam senyum. Ini semua idea Delaila. Entah dari mana sahabatnya itu tahu Amily mahu ke Paris. Dan disuruh pembantu peribadinya, membeli tiket penerbangan ke Paris. 

“Just thought it as a gift from me.” 

I don’t need a gift from you,” balas Amily angkuh. 

“You bercakap tentang honeymoon kita tadi…” Adam tidak mampu menghabiskan ayatnya apabila menyedari pandangan tajam Amily. 

“What’s your game, actually?” 

“Nothing. As I said, it’s a gift from me.” Ayat itu disebut dengan nada jengkel. 

“For what?” Amily tidak percaya. 

“I just thought I have to do something for you…” Adam pandang Amily. “Maksud I, you cadangkan idea ni. And I know you dah faced lots of question from our parents about our plan.”

“It’s my plan actually. Dan you dah tolong dengan bersetuju untuk kahwin dengan I. And now we’re done.” 

Adam mencebik. Tahu sangat perangai Amily Katrina ini. “So, you tak nak tiket ini?” 

Amily telan air liur. Dipandang sampul coklat di tangan Adam dan lelaki itu bergilir-gilir. 

“It’s a first class ticket,” Adam bersuara lagi. 

Amily mendengus. Akhirnya dia mengambil sampul coklat ditangan Adam dengan tidak ikhlas. Lelaki itu mengukirkan senyuman sinis tapi dia tidak endah. Ah, rezeki jangan ditolak, bukan? 

Dia bersiap-siap mahu melangkah keluar dari bilik hotel tersebut sebelum soalan Adam mematikan langkahnya. 

“Boleh I tahu kenapa you beria-ia mahu kahwin dengan I?” 

Amily menoleh. Dia diam seketika sebelum bersuara. “The only way untuk selamatkan syarikat Papa is kahwin dengan you.” 

Adam senyum sinis. “So, it all because of money?” 

Amily angguk kepala. “Yes, it’s because of money.” Amily melangkah keluar sejurus ucapkan itu. 

Adam tarik nafas. Sedikit terkilan dengan jawapan Amily. Bukanlah dia mengharapkan Amily mencintainya. Tapi dia belum pernah jumpa wanita seperti Amily. Semua karakter Amily adalah karakter yang dia langsung tidak gemar ada pada seorang wanita.


Reenapple: Apa agaknya akan terjadi pada malam pertama mereka? Ekhem.




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.