Sunday, May 10, 2015

Stick & Stones #8



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7]


Encik Kamarul dan Puan Julia memandang anak lelakinya tanpa berkelip mata. Inilah yang mereka takutkan. Baru saja semalam besan mereka menyampaikan cerita itu. Ingatkan bakal menantu mereka terkena gangguan emosi dek majlis ini… tapi rupa-rupanya apa yang keluar dari mulut Adam telah mencapai kata sepakat.

“What kind of marriage is that, Adam? You get married tapi tak tinggal sebumbung dengan isteri kamu. Apa ni Adam?” marah Encik Kamarul.

Adam telan air liur. Dia tidak pendulikan soalan Daddynya. By hook or by crook, Daddy dan Mommy harus bersetuju dengan cadangan mereka. Cadangannya dan Amily. Wanita itu yang mula-mula memberikan cadangan yang tidak masuk akal itu. Tapi dia bersetuju saja. Sebab itu saja cara untuk selamatkan Casa Holdings dari jatuh ke tangan orang yang tidak layak. Walau apa jua sekalipun, dia tak akan benarkan Zachary berada dalam syarikat itu. 

“Dan apa yang Amily akan fikirkan kalau dia tahu ini?” Puan Julia bersuara pula. Dia harap dia tidak salah dengar. Semalam dari bakal besannya, ini pula dari anak keduanya. Entah siapa yang keluarkan cadangan ini. Tentu Adam. Dan Amily terpaksa bersetuju saja. 

Adam senyum sini. “It’s all Amily’s idea. Dia yang cadangkan semua ini.”

Encik Kamarul dan Puan Julia telan air liur. Amily? Bakal menantu mereka? Tak mungkin!

“She might be effected by you. That’s why she made that decision, right Adam?” Puan Julia tidak mahu percaya. 

Adam jungkit bahu. 

“Adam… tell us the truth. You just create it, right? So that both of us will change our mind about your wedding?”

“Jadi, Daddy akan batalkan perkahwinan kami?”

Encik Kamarul telan air liur. Isterinya memandangnya. Jika batalkan perkahwinan mereka, ibarat dia akan kehilangan perniagaan yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dan Puan Julia, mungkin harapannya untuk bermenantukan Amily musnah. 

“Or Daddy tetap mahu serahkan Casa Holdings pada Zack?”

Puan Julia memandang suaminya. Meminta penjelasan tentang ayat yang keluar dari mulut Adam.

“You ugut anak kita dengan mahu serahkan Casa Holdings pada Zack? I can’t believe this!”

Encik Kamarul telan air liur. Dikerling Adam dengan rasa bengang. Kalau iya pun mahu ugutnya, tak perlulah gunakan Zachary sebagai alasan. 

“You tahu betapa I tak suka pada Nellyana. And now you nak bagi Casa Holdings pada anak dia?” Marah Puan Julia. Dari dulu lagi dia tak suka pada Nellyana. Bukanlah dia benci pada anak saudaranya itu, tapi sikap Nellyana yang angkuh kadangkala membuatkan dia hilang sabar. Dan dia pasti, jika Zachary mengambil alih syarikat milik suaminya itu, sah-sah hidung Nellyana akan makin tinggi. 

Encik Kamarul mula tidak selesa dengan soalan yang keluar dari mulut isterinya. Bukannya dia benar-benar maksudkan tentang mahu serahkan syarikat yang diusahakannya kepada anak saudaranya itu. Ia hanyalah sebagai ugutan untuk Adam bersetuju berkahwin dengan Amily. 

“Zack ada share dalam Casa Holdings. After all he’s qualified for that position too.”

Puan Julia mendengus. Walau apa jua, dia akan bangkang sehabis mungkin kalau betullah Zachary mengambil alih tempat yang sepatutnya menjadi milik Adam.

“Lagipun, you jugak yang cakap, do anything as long as Adam setuju kahwin dengan Amily,” tambah Encik Kamarul.

Puan Julia telan air liur. Dia lupa itu.

Adam senyum sinis melihat Daddy dan Mommya berselisih faham. Bukanlah dia mengharapkan kedua-dua ibu bapanya akan bergaduh besar sehingga bercerai, cuma itu adalah satu peluang yang harus dia gunakan untuk cadangan Amily yang tak masuk akal itu dipersetujui.

“So, both of you gonna agree with my suggestion?”

Puan Marisaa dan Encik Kamarul memandang Adam. Hampir lupa mereka tentang Adam dan cadangannya yang tidak masuk akal itu. 

“It’s still nonsense, Adam!” Encik Kamarul berkata dengan tegas.

Adam jungkit bahu. 

“But it still memenuhi syarat-syarat yang Daddy dan Mommy nak, bukan?”

Encik Kamarul dan Puan Julia telan air liur. 

“Besides, both of you… just ask me to marry her, did not mention about us living together as husband and wife.”

Encik Kamarul mendengus. Pandai betul Adam mencari alasan. “Kalau macam tu, lebih baik kamu berdua tidak berlahwin.”

Adam senyum. “That’s a good idea, tapi Daddy sanggup hilang keuntungan bernilai berjuta-juta?”

Encik Kamarul telan air liur. Dia memandang isterinya.

“Atau Mommy sanggup biarkan harapan Mommy untuk bermenantukan Amily hancur?”

Puan Julia menjeling tajam anak keduanya itu. 

“You are gonna destroy her, Adam.”


Adam geleng. “It’s her idea actually. Mommy boleh tanya bakal menantu kesayangan mommy itu.”

Puan Julia mengeluh. Dia memandang suaminya. Lelaki itu geleng kepala, memberi isyarat supaya mendiamkan diri. 

“By the way, Amily will be here in any minutes.” Tambah Adam lagi sambil matanya mengerling jam di tangannya. 

Sekali lagi kedua-dua Encik Kamarul dan Puan Julia telan air liur. Harapnya Adam tidak berkata benar. Tapi harapan mereka musnah apabila beberapa ketika kemudian, pembantu rumah mereka memaklumkan kehadiran Amily. Mereka saling berpandangan sesama sendiri saat Amily tiba di ruang tamu, mengambil tempat sebelah Adam.

“Are you ready?” Adam pandang Amily.

Amily tarik nafas. Air liur ditelan berkali-kali. Perlahan-lahan kepala diangguk. 

“Kalau Mommy dan Daddy tak nak percaya apa yang Adam bagitahu tadi, you can ask her. Amily already here.”

“Apa yang Adam bagitau…”belum sempat Puan Julia menghabiskan ayatnya, Amily telah mencelah.

“It’s right, Mommy, Daddy.” Ucap Amily dengan penuh yakin. Cuba sembunyikan apa yang dirasanya saat ini. Penat sebenarnya mengulang hal yang sama. Sudahlah 3 hari Mama dan Papa asyik bertanyakan tentang hal itu. Menanyakan sama ada dia punya masalah sehinggakan terpaksa membuat cadangan sebegitu. Tentunya ibu bapanya juga tidak setuju dan kelihatan terkejut dengan cadangannya. Atau lebih tepat ugutannya sekiranya mahu dia tetap berkahwin dengan Adam itu. 

“I told ya.” 

Puan Julia mendengus. Dia beralih tempat ke sebelah Amily. Memegang erat tangan bakal menantunya. Mengharapkan Amily akan menarik semula kata-kata tadi. Atau menukar untuk menafikan apa yang didengar dari mulut Adam tadi. 

“But why dear?”

Amily pandang Adam. “Sebab bukan kami yang mahukan perkahwinan ini. It’s both of you. Papa dan Mama. Bukan kami.”

Puan Julia senyum kelat. Apa yang dikatakan Amily adalah benar. Dipandang suaminya, lelaki itu menunjukkan riak yang sama.

Encik Kamarul mengeluh. Dia juga setuju. Kerana sikap tamaknya dan sahabatnya, anak anak menjadi mangsa. 

“And plus, we don’t love each together,” Adam menyampuk.

“Adam!” Puan Julia menegur. Risau kalau Amily berkecil hati. 

“Yes, it is,” balas Amily tenang. 

“So, Mommy dan Daddy fikir baik-baik. Sebab ini semua untuk kepentingan syarikat. Dan sebagai hasilnya, semua orang bahagia,” ucap Adam lagi.

Amily diam. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. Dia cuma watak sampingan saja saat itu, sebagaimana Adam adalah watak sampingan saat dia lontarkan cadangannya yang tidak masuk akal itu pada Papa and Mama.

Puan Marisaa pandang suaminya. Encik Kamarul diam. Tidak tahu apa yang harus diucapkannya. Apa yang dikatakan Adam ada benarnya. Semua ada keuntungan masing-masing dan tak ada sesiapa rugi jika mereka ikut cadangan Adam dan Amily itu. 

Bakal besannya semalam juga mengatakan hal yang sama. Apa yang Adam dan Amily beritahu. Apa yang harus mereka lakukan? Bersetuju atau tidak?


Reenapple: Harap perkahwinan tak jadi. Harap Adam kahwin dengan orang lain. Harap sangat



6 comments:

  1. Kena jadi jugak perkahwinan diorang. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wait n see. Tapi harap Adam kahwin dengan orang lain.

      Delete
  2. amily nie mystery lah...hrap deorang kahwin...hehe
    -lisa-

    ReplyDelete
  3. Harap depa kawin lah. Mcm mna lah pndapat pnulis bercanggah dgn cerita? Tak pham eden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pendapat penulis yg bercanggah itu muncul selepas menulis. Hurmmm.

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.