Saturday, May 9, 2015

Stick & Stones #7



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4[#5] [#6]

Adam tarik nafas. Dia sebenarnya berdebar. Dan juga tidak rela dengan apa yang akan berlaku nanti. Tertnaya-tanya sama ada dia membuat keputusan yang betul untuk apa yang akan dia buat nanti? iPhone 6 nya dipandang kosong. Mahu atau tidak mendail nombor Amily?

Untuk hal sejujurnya, dia baru saja mendapat nombor peribadi tunangnya dari pembantu peribadinya. Nasib baik Daniel menyimpan semua hal berkaitan dengannya walau dia pasti hal berkaitan Amily tidak patut ada dalam fail Daniel. 

Setelah menarik nafas sedalam yang mungkin, jarinya ligat mendail nombor Amily. Kedengaran bunyi deringan, Adam berdebar. Beberapa seketika panggilannya berjawab.

“Hello…” kedengaran suara lelaki. Adam kerut dahi. Daniel salah beri nombor kah??

“Amily?”

“You want to speak with Amily?” Lelaki itu bersuara. “Wait a second.”

Adam telan air liur. Kedengaran di hujung talian lelaki itu sedang mengejutkan seseorang. Dan beberapa saat selepas itu telefon bertukar tangan.

“Hellooo…” kedengaran suara wanita. Sepertinya wanita itu baru saja terjaga dari tidur.

“Amily?”

“Who is this?”

“Adam.”

“Adam who?”

Adam mengeluh. Sah, Amily dalam keadaan mamai. “Adam… your fianc√©.” Segan sebenarnya untuk perkenalkan diri sebegitu.

Talian sunyi sebentar sebelum kedengaran suara wanita. Kali ini suara Amily kedengaran segar. 

“You gotta be kidding me. How on earth you have this number?”

Adam senyum sinis. “Is not that hard to get your personal number.”

“You nak apa?”

“Can we meet?”

“For what?”

Adam tarik nafas. “Ada hal you dan I perlu bincangkan.”

“Nak bincang hal apa?”

“I nak jumpa you petang ni, around 3 pm. Make sure you available at that time.” Adam bersuara tanpa menjawab soalan Amily. 

“What?” Amily hampir menjerit saja di hujung talian.

“I akan text you alamat tempat kita akan jumpa nanti. Bye.” Talian dimatikan. Adam menarik nafas lega. Harapnya perbincangan mereka nanti berjalan seperti diharapkannya.


***************************


Amily menanti kelibat Adam dengan sabar. 5 minit telah berlalu dari waktu yang dijanjikan. Jujur, dia paling tidak suka menunggu. Dan kalau benar dia mahu menunggu, 10 minit sudah memadai. Tertanya-tanya sama ada Adam hanya mengenakannya?

Jus Epal di hadapannya dihirup dengan tidak sabar sambil matanya mengerling jam tangan di pergelangan tangan. Cukup 10 minit dia menanti Adam, dia akan beredar. Dia tekad!

Baru saja Amily mengutuk Adam, kelibat lelaki itu sudah muncul di hadapannya. Amily pamer riak tidak puas hati dengan kelewatan Adam.

“I tak suka menunggu,” ucap Amily saat Adam melabuhkan punggung di hadapannya.

Adam tarik nafas. “I pun tak suka buat orang menunggu. I lambat sebab cari parking tadi,” balas Adam sinis sebelum memanggil pelayan.

Amily senyum sinis, memandang lelaki di hadapannya. “I ingatkan you akan bawa kawan perempuan you juga ke dating kita ni.” Amily bersuara lagi seusai pelayan beredar. 

Adam mendengus. Menyampah! “This is not a dating.”

“Before we gonna discuss anything that you want,” Amily bersuara, memandang Adam. “… you owe me an apology.”

Adam mengeluh. Dia lupa itu. “I’m sorry for what happen that day.” Ucap Adam dengan berat hati. Dia sebenarnya sedikit pun tidak menyesal salah faham pada Amily. 

Amily senyum sinis. “I might dislike Delaila, but I won’t hurt her. Even I have that intention.”

Adam ketap gigi. “Proceed kepada tujuan kita berjumpa,” balas Adam. Malas mahu melayan ayat Amily yang menyakitkan hatinya. Lagi dia marah, lagi gembira Amily. 

“Okay, then. jadi, kenapa you nak jumpa I?”

Adam tarik nafas pula. Tidak tahu apa yang difikirkan tentang maksud tersirat ayat Amily beberapa hari lalu adalah benar atau tidak. Harapnya adalah benar. Kalau tidak, dia sememangnya membazirkan masanya, bertemu perempuan angkuh ini. 

“It’s the thing you said a few days ago.”

“Which one?” Amily berpura-pura tidak ingat.

Adam memandang Amily. Dia pasti Amily ingat apa yang disebutnya beberapa hari lalu. Bukan dia tidak tahu helah gadis ini. Licik dan kejam!

Are you having amnesia?” sindir Adam.

Sekali lagi Amily senyum sinis. “You are not that stupid after all.”

Adam mendengus. “I tak nak kita bazirkan masa kita dengan benda yang tiada kaitan. Let’s get straight to the point.”

Amily angguk. Tubuhnya ke hadapan sedikit, memandang Adam dengan pandangan serius. 

“I nak tahu exactly apa yang you fikir tentang our marriage soon to be,” Adam bersuara lagi.

Amily senyum. “It’s the same thing you are thinking right now.”

“I cuma perlu kahwin dengan you saja, bukan?”

Amily angguk.

“Our life after that?” Soal Adam lagi. 

“We will have our own life.”

“Means?”

Amily tarik nafas. Dia tahu apa yang akan dikatakannya ini adalah sesuatu yang gila. Tapi itu saja caranya. 

“Look! Apa yang you perlu buat hanya kahwin dengan I saja. Selepas majlis, kita akan hidup dengan cara masing-masing. I tak rasa you nak tinggal sebumbung dengan I, bukan?”

Adam telan air liur. Benarlah apa yang difikirkan sebelum ini. Cara Amily adalah gila.

“What kind of marriage is that?”

“So, you nak tinggal sebumbung dengan I? Perlu tak kita mula carikan rumah?” soal Amily sinis.

Adam mendengus. Gurauan Amily tidak kelakar baginya. “This is crazy!”

Amily jungkit bahu. “It is. But that’s the only way. Family kita dapat apa yang mereka mahu dan kita akan dapat apa yang kita mahu.”

“They wouldn’t agree with this,” ucap Adam keras. Tentunya ada cara lain selain cadangan gila Amily ini. 

“Mereka terpaksa setuju. They have to. Or else mereka yang akan rugi. Lagipun, apa yang mereka mahukan hanyalah sebuah perkahwinan. We still give them one but with our way.”

Adam memeluk tubuh. Ada benar apa yang dikatakan gadis di hadapannya tapi ia masih sesuatu yang gila.

“So?” Amily bersuara lagi. Menanti jawapan Adam. 

“But how we are gonna convince them? We get married but living separately? They wouldn’t agree with this.”

“They have to. You tahu nilai bisnes mereka sekiranya perkahwinan kita terjadi?”

Adam angguk. “It’s millions.”

“So, tiada masalah bukan? You convince parent you, I convince parents I. Apa apa yang berlaku selepas itu, I akan tanggung.”

Adam telan air liur. Sepertinya dia menyusahkan Amily saja. Bukan dia saja yang tidak mahu perkahwinan itu, Amily juga. Tidak elok untuk membiarkan Amily saja yang menanggung kesalahan.

“For how long we are gonna do this? Living separately?”Soal Adam

“Did you mean for how long we are gonna get married?”

Adam telan air liur sekali lagi. Tidak pula dia fikirkan tentang jangka masa perkahwinan tidak relanya itu. 

“You nak I buatkan kontrak tentang ini?” Cadang Amily lagi. Dia telah fikirkan dengan mendalam tentang cadangannya yang gila itu. Apa yang Adam perlu lakukan hanyalah tuturkan kata setuju saja. 

Adam tarik nafas. Otak Amily tersangat gila. Entah apa lagi yang difikirkan gadis itu. 

“Tak perlu.”

Amily kerut dahi. “Why?”

Adam mendekatkan tubuhnya, memandang Amily. “Let it be for a while. If anything, I akan bagitahu you.”

Amily kerut dahi lagi. Tidak memahami ayat Adam. “Jangan bagitahu I yang kita mahu menjadi suami isteri seumur hidup kita?”

Adam diam. Tiada jawapan pada soalan Amily. “I don’t have any idea for how long we gonna married. But untuk sementara waktu, kita ikut cara you. Bila kita akan bercerai, kita akan bincangkan semula.”

Amily angguk. Walau dia separuh setuju saja dengan apa yang dikatakan Adam. Harapnya lelaki itu akan meletakkan jangka masa pada perkahwinan mereka. Lagi singkat, lagi dia gembira. 

“Boleh I tanya sesuatu?” Soal Adam lagi.

“What?”

“I dapat jadi CEO melalui perkahwinan ni, family kita dapat keuntungan dari bisnes mereka, tapi apa yang you dapat?”

Amily senyum sinis. “It will be my secret.”

Adam mengeluh. 

“Then we are done, right?” Amily bersuara lagi.

Adam tarik nafas sebelum kepala diangguk. “This is a deal, right?”

Amily angguk. 

“Bila kita akan bagitahu parents kita rancangan kita ini?” 

“It’s my plan, not our.” Amily membetulkan ayat Adam.

Adam mengeluh. Amily sememangnya berani untuk mengambil risiko seorang diri. 

“As soon as possible. I boleh bagitahu parent I selepas meeting kita ini,” tambah Amily lagi.

Adam angguk.

“Anything, just tell me.” Ucap Amily lagi sebelum bangun. 

“I akan bayar untuk minuman you,” ujar Adam sambil matanya memandang Jus Epal Amily di atas meja.

“Thanks and bye.” Sejurus ucapkan itu, Amily beredar. Dan Adam masih di situ, memikirkan tentang apa yang dibincangkan dengan Amily sebentar tadi. Dan bagaimana dia mahu beritahu Mommy dan Daddy tentang ini?



Reenapple: Amily is so soo.... urmm tak tahu nak cakap apa. Speechless



10 comments:

  1. i've always waiting for your stories... and, the waiting is worth it!!! :)

    ReplyDelete
  2. Okey apa Amily nih. Takdelah jahat sngt pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi Adam, Amily itu jahat. Hurm

      Delete
  3. Replies
    1. She's full of secret. Heheh *senyum jahat*

      Delete
  4. Amily is so like Zara..Somehow i think i fall in love with her character..

    ReplyDelete
  5. full of mystery lah si amily nie...
    cerita makin menarik... :)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.