Friday, May 8, 2015

Stick & Stones #6



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4] [#5]

“Adam…” Delaila bersuara tatkala mereka melangkah masuk ke dalam lif.

“What?” Adam memandang Delaila. Mindanya saat ini tidak boleh berfikir. Masih lagi ayat yang keluar dari mulut Amily itu berputar di mindanya. Amily sedar atau tidak apa yang dia cadangkan itu?

Delaila tarik nafas. Tidak tahu sama ada bagaimana dia mahu jelaskan hal sebenar. “Sebenarnya… kereta I… “ Delaila cuba susun ayat. “Bukan Amily dalangnya. Orang Jeff baru call tadi, dia cakap pesalah tu dah serah diri. It’s someone from my past. My ex-boyfriend.”

Adam mengeluh. Punggung dilabuhkan ke lantai lif. Delaila yang dari tadi memerhatikan Adam hanya senyum kelat saja. 

“Apa yang I harus buat, Laila?” Mata Adam memandang skrin di atas. Perlahan-lahan angka di skrin itu berkurang dari 1 tingkat kepada 1 tingkat.

“I tak tahu Adam. It’s your life.” Delaila bersimpati dengan Adam. “You cakap you tak nak company ayah you jatuh ke tangan sepupu you. Dan itu hanya boleh dilakukan kalau you setuju kahwin dengan Amily…”

Adam mengeluh lagi. 

“Dan Maya… I rasa, whatever you do, you won’t get her again. She told you everything.”

“Tapi hidup I akan hancur dengan berkahwin dengan perempuan jalang tu..”

Delaila mengeluh. Dia tahu itu. Siapa yang mahu hidupnya hancur dengan berkahwin seseorang yang tak dicintai. Dia juga terkejut dengan cadangan Amily tadi. Sangkaannya selama ini, sebab Amily tak mahu batalkan perkahwinannya dengan Adam adalah disebabkan duit dan juga disebabkan gadis itu mencintai Adam. Namun sangkaannya hanya separuh saja betul.

Tidak menyangka Amily juga terbeban dengan perkahwinan mereka. Dia dapat rasakan betapa tertekannya Amily dengan semua ini. Entah Adam sedar atau tidak, mata Amily hampir saja basah tapi wanita itu cepat-cepat sembunyikannya. Tiba-tiba saja dia simpati pada Amily.

“Kita akan ikut Plan B.” Tiba-tiba Adam bersuara lagi.

“Plan B?” Delailah kerut dahi. 

“Find another girl and get marry to her.”

“Adam!” jerit Delailah. Berang betul dengan Adam. Tiada jalan penyelesaian lain ke? “And you want to destroy your life again?”

“That’s better than marry that bitch, Laila,” Adam bengang. Kenapa semua mahu dia berkahwin dengan Amily? Kenapa?

Delaila diam. “Running away won’t solve our problem.”

Adam mendengus. “So?” Adam pandang Delaila. “You nak suruh I kahwin dengan Amily? And try and error how is that having life with her? Macam tu?”

Delaila telan air liur. “Itu lagi better kalau you pilih mana-mana perempuan dan kahwin dengan dia.”

Adam mendengus sekali lagi. Dia tahu dia bertindak terburu-buru. Tapi dia, walau macam mana sekalipun, tak mahu berkahwin dengan Amily. Tidak walau Amily hanya seorang saja wanita di atas muka bumi ini.

“In my opinion, it’s better kalau you setuju saja dengan cadangan Amily.” Delaila bersuara lagi. 

Adam pandang Delaila. Dia salah dengar kah? Delaila berada di pihak Amily?

“I thought you were on my side, Laila.”

“I am.”

“Then?”

Delaila telan air liur. Takkan lah dia mahu jelaskan apa yang dia rasakan itu. Dia yakin ayat yang Amily sebut punya makna yang mendalam. 

“She said all you have to do is marry her. You have your own life and she has hers.”

Adam telan air liur. Sepertinya dia baru saja tersedar ayat Amily. Tapi benarkah apa yang diandaikannya. Adam pandang Delaila, minta kesahihan.

“Lagi baik kalau you tanya dia sendiri. What she mean by that..”

Adam mengeluh lagi. perlu lagi menghadap wajah Amily yang tersangat tidak disukainya itu.



Reenapple: Apa yang Amily sedang rancangkan sebenarnya?


8 comments:

  1. So mystery. Snang2 bgi je la adam kawin dengan amily.

    ReplyDelete
  2. complicated gila crita kau ni.. haih
    aku still tak boleh fikir apa yg berlaku next,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak tahu apa yang aku akan tulis selepas itu. Ahaa

      Delete
  3. rasa mc Delaila tu ada muslihat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm,.. Delaila tak bersalah jangan salah dia. Hehehe

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.