Thursday, May 7, 2015

Stick & Stones #5



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4]

Adam bergegas ke balai polis saat menerima panggilan dari Jeffri. Hatinya sedikit cuak mendengar kemalangan yang menimpa Delailah. Nafasnya turun naik saat dia melihat Delailah bersama Jeffri. 

“Hey…” Adam bersuara sambil cuba untuk mengembalikan pernafasannya. 

Jeffri senyum kelat. Dia pandang tunangnya yang hanya tersenyum hambar. Dia tahu Delailah masih lagi trauma dengan apa yang terjadi. 

“You okay?” Soal Adam pada Delailah. Kelihatan di wajah Delailah ada tampalan plaster di pipi gadis itu. Adam telan air liur. Dia pandang Jeffri pula. “What’s exactly happen?”

Jeffri mengeluh. “Aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Waktu Laila nak keluar dari parking lot, tiba-tiba je ada orang pecahkan cermin kereta.” 

Delailah diam. Dia masih dihimpit trauma apa yang berlaku tadi. 

“By who?”

“Yang tu aku sedang siasat. Nasib baik ada CCTV kat situ. Mungkin boleh dapat klu kat situ.”

“That person cuma pecahkan cermin kereta Laila je?” Soal Adam tidak puas hati. Tidak puas hati dengan penjelasan Adam.

Jeffri angguk. Adam memandang Delaila. 

“Adam…” Jeffri bersuara. “Tell nobody about this. Family Laila pun tak tahu tentang ini.”

Adam angguk. Delaila masih mendiamkan diri. 

“Kau hantarkan dia balik? Syif aku belum habis lagi. Dan aku nak siasat kes ini,” Jeffri bersuara lagi. 

Sekali lagi pandangan Adam pada Delaila. Wanita mengangguk lemah. 

“Orang aku akan iringi korang. And akan awasi di luar rumah Laila sehingga kes ini selesai.” Jeffri menambah lagi.

Adam angguk. “Let’s go, Laila,” Adam membantu Laila bangun. Setelah berjabat tangan dengan Jeffri, Adam dan Delaila melangkah keluar dari balai polis.

Di luar balai polis, seseorang sedang mengukirkan senyuman sinis tatkala menyedari kelibat Laila yang pucat. Niatnya untuk menakutkan Delaila tercapai. 

************************


Tiga hari kemudian….

“So, how’s the case?” Soal Adam pada Jeffri tatkala mereka berkumpul untuk makan tengahari.

Jeffri tarik nafas sebelum memandang Delaila. Wanita itu menganggukkan kepala. 

“Dari penyiasatan yang aku jalankan, seems that apa yang berlaku pada Laila telah diaturkan.”

“And?” Adam tidak berpuas hati. 

“WE found the culprit.”

“Who?” Soal Adam dengan rasa ingin tahu. 

“A teenager. Boy. He said somepone pay him to do that.”

Adam telan air liur. “Dia bagitahu siapa tak?”

Jeffri geleng. “Dia tak bagitahu. Dia cakap kalau dia bagitahu sekalipun, tak ada apa-apa yang boleh aku buat. Dia tak pernah jumpa orang yang suruh dia lakukan kerja itu.

Adam kerut dahi. “Jadi, macam mana dia berhubung dengan someone tu?”

Jeffri jungkit bahu. “Budak lelaki itu cuma cakap, dia dapat call from someone dan mintak dia lakukan sesuatu. Untuk itu dia akan dibayar RM2000.”

“He got the money? Kau check akaun bank budak tu? Siasat dari mana datangnya duit itu. I think you will find the real culprit from there.”

“Unfortunately, budak tu tak ada akaun bank. Duit RM2000 itu dibayar cash ke rumah dia. Mak dia cakap dia terima satu beg yang mengandungi duit itu.”

Adam mengeluh. “The call?”

JEffri mengeluh. “Aku dah check nombor tu. Not in service.”

“Semuanya dah dirancang, Adam,” Delaila bersuara. 

Adam kerut dahi. Cuba berfikir sesuatu. Cuba mencari perkaitan apa yang berlaku pada Delaila. Dia pandang Delaila sebelum memandang Jeffri. “I think I know who’s the real culprit.”

Delailah dan Jeffri memandang satu sama lain. “Who?” Soal kedua dua dengan serentak.

Adam senyum sinis. Dia pasti apa yang difikirkannya tepat. “It’s okay, Laila. I will talk to her.” Adam bangun. 

“Her??” Soal Delailah dengan riak terkejut. Takkanlah Adam maksudkan Amily? “I don’t think it’s her.”

“You don’t know her.” Ucap Adam sebelum beredar. Mindanya memikirkan satu destinasi saja. 

Delaila telan air liur. Harapnya tiada yang buruk berlaku. 

****************************


Amily sedang berbincang dengan dua orang pekerjanya saat tiba-tiba saja daun pintu terkuak. Dia memandang kosong gerangan yang melangkah masuk tanpa kebenaran itu. 

“Cik Amily…” kedengaran suara setiausaha Amily di belakang Adam. “I said you are busy but he insists wanna meet you.” Balas Wendy dengan rasa takut.

“We need to talk!” tegas suara Adam tanpa mempendulikan langsung mata-mata yang memandangnya. Yang dia tahu dia harus bercakap dengan Amily by hook or by crook saat ini.

Amily menghela nafas panjang sebelum memandang dua orang pekerjanya. “Both of you keluar dulu.” Arah Amily.

Dua orang pekerja Amily bangun. Bersiap sedia untuk keluar apabila Wendy bersuara lagi. 

“Do I need to make drinks?”

Amily senyum sinis sebelum bangun dan menyandarkan dirinya ke meja. Tubuhnya dipeluk sambil matanya memandang Adam yang sedang memandangnya dengan rasa bengang. “Would you like a drink, Adam?”

Adam mendengus. 

Amily mencebik. “Then the answer is no.” Amily pandang Wendy. “You tangguhkan semua temu janji I selepas ini.” 

Wendy angguk kepala sebelum melangkah keluar. 

Dan AMily kembali memandang Adam di hadapannya. “Please have a seat,” pelawa Amily pada kerusi kosong di sebelahnya.

Adam diam. Tidak memberi respon pada ayat Amily. “I tak akan lama di sini.”

Amily senyum sinis. “Then, what makes you come here? Kalau you datang nak minta I batalkan perkahwinan tu, I won’t agree. I would never change my mind.”

“I cuma nak beritahu, whatever you trying to do, wouldn’t make me change my mind too.”

“Do what?” Amily hairan. 

Just stop acting. Itu semua kerja you bukan?” Adam mendekatkan langkahnya ke arah Amily. Wanita itu kelihatan tenang saja. Memang tiada hati langsung Amily ini. 

“Maksud you?” Amily tidak memahami. 

Adam senyum sinis. Tidak menyangka gadis di hadapannya licik. Tersangat licik dan kejam. 

“Adakah you berniat mahu bunuh Laila?”

Amily kerut dahi. Apa yang Adam katakan sekarang ini? Sudahlah datang tidak diundang, ini pula mahu menuduhnya yang bukan-bukan.

“Look, otak I tak boleh berfikir. Apa yang you sedang cakapkan ni? Buat apa I nak bunuh Laila?”

Adam mendengus. “You should know, when you start to mess with the people that I love, you are in trouble.”

Amily tarik nafas. Segala ayat yang keluar dari mulut Adam, dia langsung tidak faham. Buat apa dia mahu bunuh Delaila? Adam tentunya sudah salah faham.

“I rasa you dah salah faham.”

“Tak. I ada bukti. Siapa yang tidak suka Laila? Siapa yang fikir bukan-bukan tentang Laila dan I kalau bukan you?” Mata Adam dibesarkan. Nafasnya naik turun menahan marah. 

“Instead cederakan Laila, I rasa lagi baik I cederakan Maya, lagipun berlangsung atau tidak majlis perkahwinan kita ni, semuanya bergantung pada ex-girlfriend you, bukan?” Amily tidak tahu pangkal cerita tuduhan Adam tapi dia rasa ia adalah sesuatu menarik untuk menambah bara di api. 

Adam ketap gigi. Tangannya dikepal sekuat mungkin. Dan entah bagaimana laju saja dia meluru ke arah Amily dan lantas tangannya mencekik sekuat mungkin leher Amily sebelum menolak tubuh gadis itu ke meja.

Amily meronta supaya dirinya dilepaskan. Hampir saja dia mahu hilang nyawa. Dan entah dari mana dia dapat kekuatan mencucuk bahu Adam dengan sebatang pen yang dicapainya di atas meja. Lelaki itu menjerit kesakitan.

“Are you out of mind?” Marah Amily. Digosok lehernya. 

Adam mengusap bahunya. Sakit! Nafasnya naik turun menahan marah. “It’s not me, it’s you who is out of mind. You cederakan Laila!” Jerit Laila.

“What?” 

“You upah orang untuk pecahkan cermin kereta dia. You have intention to kill her, right?

Amily mengeluh kasar. Sah! Adam telah salah faham. Dia mahu bersuara, belum sempat dia berbuat sedemikian, pintu terbuka secara tiba-tiba. Kelihatan wajah Delaila memandang mereka berdua dengan raut cemas.

“Adam…” Nafas Delaila turun naik. Penat dia berlari. Penat juga menjelaskan pada pengawal keselamatan di bawah yang dia terpaksa berjumpa dengan Amily. Penat juga untuk menjelaskan pada setiausaha Amily. Sangkaanya tepat yang Adam bertemu Amily. 

“She’s try to kill you, Laila…” Adam bersuara.

“What?” Delaila terkejut. Dia pandang Amily. Wajah gadis itu kemerahan. Tidak tahu sama ada menahan marah ataupun Adam cuba melakukan sesuatu yang tidak baik pada gadis itu. Dia memilih untuk percaya pada andaiannya yang kedua melihatkan rambut Amily yang tidak rapi itu dan Adam yang memegang bahunya dengan wajah menahan sakit.

Amily tarik nafas. Kali ini dia memang tidak boleh bersabar lagi. 

“Look! I tahu you terbeban dengan semua ni. Tapi bukan you seorang saja yang rasa begitu. I did feel the same.”

Adam senyum sinis. “Sebab tu you cuba nak cederakan Laila? You ingat I akan ikut kemahuan you untuk berkahwin? Never!”

“Adam…” Delaila bersuara tapi belum sempat dia habiskan ayatnya, Adam mencelah.

You jangan masuk campur, Laila. Biar I selesaikan. Ini hal I dengan dia.” Mata Adam ke arah Amily. Pandangan yang tajam.

Delaila angguk walau dia tidak mahu. Harapnya tiada sesuatu yang buruk terjadi.

Amily mengeluh kasar. 

“You such a bitch, Amily.”

Delaila telan air liur. Hairan melihat senyuman sinis Amily. Kalau dia berada di tempat gadis itu, dia akan mengamuk habis-habisan.

“Is that you wanna call me? Is that the reason why you are here? Tuduh I yang bukan-bukan?”

Adam mendengus kasar. Gadis di hadapannya ini memang tiada kesedaran langsung.

“I akan batalkan pertunangan kita.”

Sekali lagi Amily senyum sinis. “Dan biarkan sepupu you ambil alih jawatan yang sepatutnya menjadi milik you?” Sengaja dia keluarkan soalan itu. Dalam hal sebegini, lebih baik menggunakan peluang yang ada sekalipun mengugut lelaki yang hampir saja mahu membunuhnya tadi. Sekurangnya, dia tahu kelemahan lelaki itu saat ini. 

Adam telan air liur. Amily sedang mengugutnya?

“You know nothing.”

“I do know something. Maybe not all, but I do know something,” ucap Amily sinis.

Adam ketap gigi. “I tetap akan batalkan pertunangan kita.” Nampaknya itu saja yang dia harus lakukan. Mungkin dia terpaksa akur saja jawatan COO bukan miliknya. Itu lagi baik dari terpaksa berkahwin dengan perempuan kejam di hadapannya.

“Jadi, you mahu I cederakan Maya pula?”

Delaila telan air liur. Dia tahu Amily tidak maksudkan apa yang dia katakan itu. Itu hanyalah sekadar untuk menaikkan marah Adam saja. Gadis itu kelihatan seronok membuatkan Adam marah.

“You won’t dare!” jerit Adam. Amily tak habis habis mahu mengugutnya. Dia mahu melangkah ke arah Amily, namun ayat Amily selepas itu membatalkan langkahnya. 

“One more step closer, I call security guard,” ugut Amily.

“Adam… let get out of here,” rayu Delaila.

Adam geleng. “No. This all have to be done.” Matanya masih pada Amily.

“I tak akan batalkan pertunangan kita. By hook or by crook, I’m gonna be your wife.

Adam senyum sinis. Berangannya perempuan ni!

“You don’t have the qualification to be my wife.”

“Who cares about it bila yang pilih I adalah family you.”

Adam mengeluh. Amily tahu bagaimana mahu menjawab setiap ayatnya dengan sinis. Dengan ayat yang menyakitkan hatinya.

Amily senyum sinis. Tubuhnya dipeluk. “Look. I tahu kita berdua terbeban dengan pertunangan ni. Tapi ini saja caranya. Untuk selamatkan kedua-dua pihak. You get what you want and I get what I want.”

“Money right?”

Amily angguk dengan senyuman sinis..

“JAdi, you adalah perempuan murahan.”

Amily senyum sinisn lagi. “You boleh panggil I anything that you like, but… I takkan batalkan perkahwinan kita. I tetap dengan keputusan I untuk jadi isteri you.”

“Jangan harap yang I akan berkahwin dengan you. Never!”

Amily senyum sinis. “No matter what, that’s the only way you can do. Atau you sanggup tengok I cederakan Maya pula?”

Adam mahu saja berlari ke arah Amily dan cekik wanita itu sampai mati. Tapi Delailah menghalangngnya. Tangannya dikepal, menahan geram. “Leave Maya alone!”

Amily ketawa kecil. Ketawa yang sedikit menggerunkan Delailah tapi membuatkan Adam sakit hati dengan ketawa itu.

“I don’t love you. And you don’t love me,” ucap Adam bengang. Sakit hati dengar ketawa AMily itu. 

“Who cares about love. All we have to do is get married. And after that live our own life. You have yours, I have mine.”

Adam mendengus. “You’re such a crazy bitch!” 

Amily senyum sinis. “You better leave before I call security.” Ugut Amily. 

Delailah telan air liur. “Adam… let’s go…” Delailah tarik lengan Adam. Tapi lelaki itu masih kaku, memandang Amily dengan bengang. Beberapa seketika dia kemudiannya melangkah keluar. Dengan Delailah mengekorinya di belakang.

Amily menghela nafas panjang. Diurut lehernya yang merah itu sebelum tangannya ligat mendail nombor seseorang.



Reenapple: Kan dah kata Amily jahat. Hurmmm


2 comments:

  1. Tapi aku tak rasa Amily yang upah budak tu pecahkan kereta Delaila. If it wasn't Amily, habis tu siapa yang buat?

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.