Wednesday, May 6, 2015

Stick & Stones #4


[Prolog] [#1] [#2] [#3]


“So, how’s the meeting that day? Everything turns well?” Delailah bersuara, memulakan perbualan. Nasib baik dia tiada kerja di hujung minggu ini. Boleh lah dia melawat sahabatnya ini, menanyakan perkembangan terkini. Risau juga dengan diam Adam. Manalah tahu jikalau sesuatu yang buruk berlaku dan Adam akan bertindak bodoh sekali lagi. 

Adam diam. Dia asyik dengan niatnya yang mahu membuatkan minuman untuk Delailah. Mungkin dia sedikit terganggu dengan soalan Delailah. 

Delailah pandang lelaki di hadapannya. Wajah murung Adam sudah menjawab segala persoalannya.

“Adam…” Sekali lagi Delaila bersuara. Risau pula melihat wajah murung Adam. Risau jika Adam akan bertindak bodoh lagi. 

“I’m fine Laila…” balas Adam lemah. Dia ukirkan senyuman hambar pada sahabatnya seusai meletakkan mug coklat di hadapan Delaila. 

Delaila mengeluh. Dia tahu bukan itu yang benar-benar berlaku. Dia diam saja tatkala Adam mengambil tempat berhadapannya. Lelaki itu asyik memandang mug di tangannya sambil melepaskan keluhan. Delaila tahu apa yang membuatkan Adam mengeluh. Tentu berlaku sesuatu yang buruk ketika perjumpaan lelaki itu dengan Maya. 

“Ed was there too…” Adam tiba-tiba bersuara. Matanya masih lagi menghadap minuman coklat di hadapannya. 

Delaila telan air liur. Tapi dia tidak mahu bersuara. Dia mahu Adam yang bersuara, meneruskan penceritaannya. 

“She said she’s been fall in love with Edrian before meet me. She said Edrian is her crush…” Adam bersuara lagi.

Delaila senyum kelat. Dia mungkin tahu itu. Pandangan Maya pada Edrian dulu seperti punya makna. Tapi dia abaikan saja sebab mungkin saja dia berfikiran yang bukan-bukan. Lagipun waktu itu, Maya dan Adam are such a happy couple. 

Dia cakap I dah berubah. Banyak berubah, Laila. Am I?” Kali ini Adam memandang Delaila. 

Delaila telan air liur. “People are never changes, Adam. They just stop being people that we want.”

Adam angguk sebelum melepaskan keluhan. “Tapi dengan apa yang dia cakap, I just realize I memang dah berubah. I’m stop being her Adam anymore since I start working at Casa Holding.”

Delaila senyum kelat. “Don’t blame yourself, Adam.”

“But, that’s my fault, Laila. I tak berada di sisi Maya when she needs me the most. I tak berada di sisi dia waktu dia kehilangan orang yang paling dia sayang.”

Delaila senyum kelat lagi. “It’s not your fault too, Adam. You also were facing your own crisis at that time.” Delaila cuba pujuk sahabatnya. Bukan salah Adam juga jika tak berada di sisi Maya waktu wanita itu kehilangan ibunya. Adam juga turut kehilangan datuknya waktu itu. Diantara Maya dan keluarganya, sah-sah Adam akan utamakan keluarganya terlebih dahulu. 

Adam mengeluh sekali lagi. “I love her that much. I can’t stand seeing her with another guy, Laila. Not especially Edrian.”

Delaila tarik nafas. Dia tahu kesengsaraan Adam. 

“Why it has to be Edrian?” Sekali lagi Adam bersuara. 

“There are things that beyond our control, Adam.”

Adam mengeluh. Dia menyesal. “How I’m supposed to do right now?”

Delaila senyum kelat. Dia tiada jawapan untuk soalan Adam. 

“I won’t marry that bitch…”

“And, how you are gonna do that, Adam?” Soal Delaila. Dia pasti walau macam mana sekalipun, Adam akan terpaksa berkahwin dengan Amily jikalau lelaki itu benar-benar mahukan Casa Holdings menjadi miliknya. 

Adam pandang Delaila. Dia senyum. “I will find another girl. And marry her.”

“Adam… don’t do stupid things!”marah Delaila. Sedikit terkejut dengan ayat Adam. Sedar atau tidak Adam ini?”

“It’s not stupid Laila. Itu lagi better dari berkahwin dengan perempuan tu. I hate her!”

“And how you gonna find another girl? You can’t pick any girl you meet and ask her to marry you.”

“I was about to do that.”

“That’s pathetic, Adam.” Delaila berang. 

Adam senyum sinis lagi. “It’s not kalau ia semuanya sebab duit.”

“You nak offer duit to any girl yang sanggup kahwin dengan you?”

Adam angguk. “You ada suggestion?”

Delaila mendengus. Cadangan Adam memang tidak masuk akal. Walaupun itu mungkin saja pilihan yang ada tapi dia tetap tak akan bersetuju. “You nak biarkan hidup you hancur di tangan perempuan yang you sendiri tak kenal?”

Adam jungkit bahu. “That’s better than marry that bitch, Laila.”

“Why you hate her so much, Adam?” Soal Delaila. Dia dari dulu lagi mahu bertanya Adam tentang ini. Tertanya-tanya kenapa Adam terlampaukan benci Amily? Jika benar mereka berdua baru mengenali satu sama lain, kenapa benci Adam pada wanita itu seperti mengharapkan dapat membunuh Amily dengan kebenciannya.

Adam telan air liur. Dia tiada jawapan untuk soalan Delailah. Sebab mengapa dia benci Amily, dia sendiri tidak dapat pastikan sebabnya. Adakah disebabkan dia benci wanita itu hanya kerana Daddy mengugut akan melucutkan jawatan jika tidak berkahwin dengan Amily? Atau dia sememangnya tidak suka Amily pada saat pertama kali bertentang mata?

“Maybe it’s hate on first sight.”

Delailah geleng. Dia tidak mahu percaya tapi jika wujud cinta pandang pertama, sudah tentu wujud benci pandang pertama. 

“You can’t hate people for no reason, Adam.”

Adam jungkit bahu. Dia sememangnya tiada jawapan pada soalan Delailah. 

Dan tiba-tba kedengaran bunyi loceng. Adam dan Delailah saling berpandang pada satu sama lain. 

“Are you waiting for someome?” Soal Delailah.

Adam geleng. “I cuma tunggu you je.” Adam jungkit bahu. Mana dia menanti sesiapa pun. 

“I bukakan pintu,” ucap Delailah sebelum melangkah ke arah pintu. Dia telan air liur saat melihat gerangan di pintu. 

“Can I come in?” Soal Amily tenang. Dia sedikit pun tidak terkejut melihat kelibat wanita di hadapannya. 

Delailah diam. Dia menoleh ke arah Adam yang sedang melangkah ke arahnya. Tidak tahu bagaimana dia mahu jelaskan pada Adam.

Adam telan air liur. Sedikit terkejut dengan kehadiran Amily. Tertanya-tanya apa tujuan Amily muncul di apartmennya tika ini. 

Tanpa menunggu jawapan, Amily melangkah masuk. Dia tersenyum sinis pada Adam. Sah-sah lelaki itu sakit hati dengannya. 

How on earth you know this place?”

Amily senyum sinis lagi. “I tanya Mommy you. She gave me this address,” balas Amily selamba sambil dia membelek kukunya. 

Adam mendengus. 

“Mungkin kawan you dah boleh beredar, perhaps?” Amily bersuara lagi. Matanya memandang Delaila yang baru saja menutup pintu. 

Delaila telan air liur. Dia pandang Adam. Dia mahu beredar tapi gelengan Adam mematikan niatnya. 

“She will stay here!” ucap Adam tegas.

Amily angguk. “I see.” Amily melangkah ke arah sofa. 

Adam pandang Amily yang mengambil tempat di sofa. Sudahlah datang tidak dipelawa. Sedikit biadap dengan sahabat baiknya. Nasib baik Delaila cool orangnya. Dia dapat rasakan pandangan yang angkuh dari Amily. 

“Kenapa you datang sini?”

Amily diam. matanya masih memandang Delailah. Kata gadis bertubuh kecil itu, dia adalah sahabat lelaki itu. Entah benar atau tidak. Entah-entah sebab gadis ini, Maya tinggalkan Adam untuk bersama Edrian. 

“I just wanna know how’re you doing.”

“I’m fine thank you. You may leave now…”

Amily senyum sinis. “You yang suruh I jumpa you bila I ada masa right? You even hantarkan best friend you ni ke office I just only to discuss about our marriage? Bagitahu yang you suruh I batalkan perkahwinan kita?”

Delaila mahu bersuara tapi dia tidak tahu apa yang harus dia katakan. Nampaknya dia langkah kiri hari ini. Tak sepatutnya dia datang jumpa Adam saat ini. Atau dia sepatutnya beredar saja bila melihat Amily di muka pintu.

“Are you sure yang Delailah ni not more than your best friend? Perhaps she’s the reason Maya left you?”

Adam kepal tangan. Ayat Amily dari dulu tak pernah berubah. Saat kali pertama dia bertentang mata dengan wanita sehingga ke hari ini. Penuh dengan rasa angkuh. Dia tidak tahu apa yang membuatkan Daddy dan Mommy memilih Amily sebagai bakal menantu mereka. Baginya, Amily tak ada kelebihan langsung. Yang dia nampak pada wanita itu, hanyalah keburukan saja. Penduli apa dia kalau semua orang mengatakan Amily lebih jelita dari Maya. 

“Adam dan I cuma…” belum sempat Delailah habiskan ayatnya, Adam memotong.

“Don’t say a word, Laila.”

Delailah telan air liur sebelum angguk kepala. Matanya memandang Amily dan Adam silih berganti. Wajah Amily sukar dibaca tapi wajah Adam penuh dengan kebencian. 

Amily senyum sinis lagi. Nampaknya apa yang diandaikan selama ini. 

“So, apa yang I assume kan sebelum ini adalah tepat.”

“I dan Adam cuma kawan saja.. That’s all. Kitaorang tak ada apa-apa hubungan.” Entah kenapa Delaila terusan bersuara. Dia rasakan menurut perintah Adam tak akan menyelesaikan masalah. Lelaki itu yang mahu tawan hati Maya, dan dalam masa yang sama mahu dia tolong pujuk Amily untuk batalkan perkahwinannya. Lebih baik berkata benar walau pahit.

Adam mengeluh. Dia dan Amily saling memandang satu sama lain. “You tahu kenapa perkahwinan kita terjadi?”

Amily angguk. “You sepatutnya… akan… berkahwin dengan Maya. But then you found out she’s cheating on you with your own bestfriend. Dan sebab itu parents you minta you kahwin dengan I.”

Adam senyum sinis. kepala diangguk dengan fakta yang keluar dari mulut wanita berambut panjang di hadapannya ini. 

“Jadi, you tahu yang you hanyalah options as my wife. Dan you tentu tahu kalau I dapat tawan hati Maya semula, perkahwinan kita secara automatiknya terbatal. “

Amily angguk kepala. “You dah dapat tawan hati Maya semula? Is she willing to stay with you?”

Delaila pandang Adam. Wajah lelaki itu kelihatan kecewa. Tentu Adam sedang memutar kembali ayat-ayat Maya hari itu. Kenapa dia memilih Edrian lebih dari Adam. 

Amily senyum sinis lagi. Gembira betul dia melihat wajah kecewa Adam. Tentu ada sesuatu memori sedih yang membuatkan lelaki itu berkeadaan sebegitu rupa.

“I tak akan setuju untuk kahwin dengan you. My decision is still not change.”

Amily senyum hambar. Dia tahu itu. Tapi dia juga sedaya upaya untuk memastikan perkahwinannya berjalan. Walau macam mana sekalipun dia harus menjadi isteri Adam itu. 

“So, you nak kahwin dengan Delaila ni?” Mata Amily ke arah Delaila di sebelah Adam. Sedikit meluat dengan kehadiran wanita itu. Penyibuk betul!

“That’s a good idea.”

Delaila telan air liur. Walaupun dia tahu Adam tidak maksudkan apa yang dikatakannya itu tapi dia gerun dengan pandangan Amily terhadapnya. Seperti mahu makan dia je. 

“But then I think you kena deal dengan tunang dia dululah, right Delaila?”

Delaila telan air liur. macam mana Amily tahu dia sudah bertunang?

Adam senyum sinis. Tiada apa yang boleh buatkan dia katakan tidak pada kebolehan Amily. Amily tahu segalanya. 

“Mereka baru bertunang, bukan berkahwin lagi.” Adam tidak mahu mengaku kalah. “Itu lagi better dari berkahwin dengan you.”

Amily tarik nafas. “You masih dengan keputusan you yang you tak akan kahwin dengan I?”

Adam angguk. “My decision still same.”

Amily bangun. “Well then…” Amily pandang Adam. “Keputusan I juga sama.” Dia berjalan ke arah pintu. Delaila mengekori dari belakang. 

“I harap you dapat tawan hati Maya semula.” Ucap Amily sinis sebelum memulas tombol dan melangkah keluar dari apartmen mewah Adam.

Adam kepal tangan. Gelas berdekatan dengannya dicapai sebelum baling ke dinding. Kedengaran bunyi kaca pecah.

Delaila telan air liur. Walau ini bukan kali pertama dia melihat Adam bersikap sedemkikian, tapi dia sedikit gerun, lebih-lebih lagi selepas bertemu Amily. Mindanya tertanya-tanya kenapa Amily tidak mahu membatalkan perkahwinan itu?

Adakah disebabkan duit?

Atau disebabkan cinta?


Reenapple: Agak-agak apa yang akan Amily buat nanti?



6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.