Tuesday, May 5, 2015

Stick & Stones #3



[Prolog] [#1] [#2]

Adam memandang wanita di hadapannya. Wajah inilah yang dirinduinya selama ini. Wajah inilah yang mengguris hatinya, membuatkan dia tak mahu lagi teruskan hidup. Atau dalam erti kata lain, salah satu sebab mengapa dia tidak mahu hidup lagi. 

“I ingatkan you tak mahu datang.” Maya bersuara dengan mesra. Walau dia sedikit gementar berhadapan dengan lelaki yang pernah dicintainya dulu, walau apa sekalipun, dia harus menjernihkan semula keadaan. Ini semua salahnya. 

Adam diam. Berlagak tidak mendengar ayat Maya. Dia sebenarnya tidak tahu sama ada mahu munculkan diri atau tidak tapi mengingatkan kembali nota Maya yang diselit di pintu apartmennya pagi tadi, yang mengatakan mahu menantinya sehingga restoran tutup, dia munculkan diri. Tak mahu membuatkan Maya menantinya. Rupanya dia masih sayangkan Maya. 

“I…I got your flower. It’s beautiful. Really. Macam mana you dapat ros hijau itu?”

Adam diam lagi. 

Maya mengeluh. “Adam… sampai bila you nak berdiam diri macam ni?”

Adam tarik nafas. Matanya memandang Maya. Pandangan yang penuh dengan rasa cinta tapi Maya tak sedar itu. Maya langsung tidak mahu memandangnya seperti dulu lagi. 

“I tahu I bersalah… tapi lihat you keadaan macam ni, you buat I makin rasa bersalah..” terang Maya lagi.

Adam mengeluh. “Kenapa Maya? Kenapa? Apa salah I? Kenapa mesti Edrian?”

Maya tunduk. Tidak tahu bagaimana dia harus mulakan penjelasannya.

“Edrian… he was there when I need you most…”

Adam telan air liur. Dia tahu fakta itu. Sejak bermulanya kisah Zack punya peluang untuk mendapatkan kedudukan tertinggi dalam Casa Holdings, dia banyak mengabaikan wanita yang dicintainya itu. 

“You have changed lot. Sejak Zachary masuk berkerja di Casa, you banyak berubah. You became a workhalic. I rasa tak dihargai. I rasa I bazirkan masa I menanti you..” Maya jujur. 

Adam mengeluh. Dia tahu itu. Dia rasa tercabar dengan Zachary yang tidak pernah disukainya itu. Kadang-kadang dia rasakan Daddy mengunkit perihal Zachary hanya untuk menakut-nakutkannya saja. 

“I’m sorry…”

Maya senyum kelat. 

“Tapi kenapa perlu Edrian? My own bestfriend, Maya. Why?” Soal Adam lagi.

Maya mengeluh. Bibir digigit sebelum dia kembali bersuara. “He was there when I need you. Bila Mama I meninggal, he was there for me. Dia gantikan tempat you.”

Adam mengeluh lagi. penyesalannya makin bertambah. Dia patut berada di sisi gadis itu saat Maya berada dalam kesusahan tapi disebabkan sifatnya yang pentingkan diri sendiri itu, dia terlepas peluang itu. 

“But I still love you.”

Maya senyum hambar. Tidak tahu bagaimana dia mahu membalas kata-kata Adam ini. “You are gonna get married soon.”

“PErkahwinan I akan dibatalkan serta merta kalau you kembali ke sisi I.” Adam tak mahu mengaku kalah.

“You tahu I tak akan kembali ke sisi you lagi. We could remain as friends. Best friends like before.”

Adam geleng. Dia tak akan terima apa yang keluar dari mulut Maya sebentar tadi. 

“Dan you nak suruh I kahwin dengan perempuan tu?”

“She’s not that bad, Adam.” Maya cuba mempertahankan Amily. Walau dia tidak begitu mengenali Amily, tunang Adam, dia pasti gadis itu tidak sejahat yang dikatakan Adam. 

“You don’t know her, Maya.”

“Tapi parents you dah pilih dia.”

“They choose you at the beginning, before you…”

Maya mengeluh. Dia tahu kesalahannya. Mensia-siakan peluang yang diberi oleh ibu bapa Adam. Dia tahu, dia mungkin disayangi keluarga Adam jikalau kisah kecurangannya tidak tersebar.

“Dan mereka akan tetap benarkan you pilih I lagi selepas apa yang I dah buat pada you? They will agree with it?”

“I akan lindungi you.” 

Maya geleng. 

Everything will be fine after that. I’m very sure they will understand you.” Tambah Adam lagi.

“Dan Edrian, what about him? You nak minta I tinggalkan dia macam tu saja?”

Adam angguk. “You kenal I before dia, Maya.”

Maya mengeluh lagi. Perbincangan ini tak akan ke mana. Adam tetap dengan keras kepalanya dan dia tetap dengan keputusannya. 

“My decision still same, Adam.”

“So do I, Maya.”

Maya senyum hambar. Disebabkan sikap keras kepala Adam itulah, membuatkan dia terpaut pada lelaki itu. Tiba-tiba saja dia teringatkan waktu Adam menguratnya dulu. Jika Adam tidak putus asa dengannya dulu, mereka takkan menjadi pasangan kekasih.

Keluhan dilepaskannya pula. Maya cepat-cepat tersedar. Dia tak mahu hidup dalam masa lalu. Masa lalu tak mungkin dapat berputar kembali. 

“Everything has change, Adam.”

“Cinta I pada you tak pernah berubah. I still love you.”

“So do with Edrian,” balas Maya.

“You sanggup tinggalkan I untuk Edrian?”

Maya mengeluh. Soalan yang sukar untuk dijawab. 

“Adam…” kedengaran suara lelaki di belakang Adam. Adam menoleh. Dia mendengus. Matanya kemudian kembali pada Maya. Gadis itu mengukirkan senyuman saat Edrian mengambil tempat bersebelahannya.

“Apa yang kau buat kat sini?” soal Adam kasar pada sahabatnya. Ah, tidak. Bekas sahabatnya. Saat dia mengetahui kecurangan Maya dan pengkhianatan lelaki di hadapannya ini, Edrian bukan lagi sahabat baiknya. 

Edrian tersenyum kelat. “Aku rasa aku tak patut biarkan Maya hadapinya seorang diri. Ini salah aku juga. Kalau kau nak marah Maya, marah aku. It’s all my fault.”

Adam mengalihkan muka. Tangan dikepal. Diikutkan hati lelakinya, mahu saja dia memberi satu tumbukan tepat ke muka kacak Edrian, tapi… disebabkan mereka berada di khalayak ramai, dia tahankan saja amarahnya itu.

“Adam..” Maya kembali bersuara. Niat dia mengajak Edrian turut serta dalam perjumpaan ini adalah untuk menjernihkan semula persahabatan mereka. Harapnya tiada pergaduhan berlaku. 

Adam kembali memandang Maya sebelum dia memandang Edrian di sisi gadis itu selang seli. 

“Aku percayakan kau, Ed. But this what I got?” 

Edrian tundukkan wajahnya dengan rasa bersalah. Dia tahu salahnya. Dia sepatutnya tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh sahabatnya tapi semuanya berada di luar kawalan. Jatuh cinta pada teman wanita sahabat sendiri diluar kawalannya. 

“It’s not Edrian fault. I yang bersalah. I yang luahkan pada dia yang I dah mula sukakan dia lebih dari seorang kawan.”

Adam mendengus. Dia tidak mahu percaya itu. Dia pasti Edrian yang menggoda Maya dahulu.

“Maya… don’t.” pinta Edrian.

Maya geleng. “No, Ed! I kena bagitahu Adam hal yang sebenar. I tak nak dia salahkan you till the end. You tak bersalah. I!”

“Maya…” tegur Edrian. Dia tak mahu Maya ceritakan hal sebenar. Lagi baik dia yang dipersalahkan Adam.

“What’s exactly going on here?” Adam tidak memahami situasi yang berlaku di hadapannya.

Kedua-dua Maya dan Edrian memandang Adam. 

“Adam… please. Jangan salahkan Ed. He has nothing to do with this.” Ucap Maya risau. Wajah gadis itu kelihatan mahu menangis. “Ini semua salah I.”

Dahi Adam berkerut. “Apa yang you maksudkan ni, Maya?”

Maya telan air liur. “It’s my fault, Adam. Not Edrian. I yang luahkan dulu yang I suka dia more than a friend.

Adam kelu. Tidak tahu apa yang harus dia katakan. Rasa marah pada Edrian tadi hilang entah kemana setelah mendengar pengakuan Maya.

You gotta be kidding me, right?

Maya geleng. “I like him first before I meet you. Waktu kita belajar di England dulu. I tak tahu nama dia, but I made him as my crush.” Maya memulakan penceritaanya. “Dan bila I tahu dia kawan baik you, I just… I should forget him for I already have you. And I did that.”

Adam telan air liur. Harapnya apa yang didengarnya tadi hanyalah mimpi saja. 

“Tapi…” Maya bersuara lagi. “Bila I rasa you dah banyak berubah, I rasa you ‘jauh’ sangat dari I, Edrian is there when I need you.”

Adam mengeluh. Dia tahu kesilapannya yang paling besar adalah tidak bersama Maya saat gadis itu memerlukan seseorang setelah kematian ibunya.

Everything that happened is beyond our control, Adam,” celah Edrian. “Aku pun tak nak hal ini terjadi tapi aku benar-benar cintakan Maya.” 

“And I love Edrian, Adam.”

Adam pejam mata. Terasa perit untuk dia mendengar kenyataan yang pahit itu. Apa yang dia harus buat jikalau kedua-dua manusia di hadapannya sudah menyatakan rasa cinta pada masing-masing. Menunjukkan bahawasanya cinta Maya bukan lagi untuk dirinya tapi kini pada Edrian.

“Kalau you nak marah, marah I, Adam. Bukan Edrian. Dia tak bersalah,” ucap Maya lagi. Tangannya mengenggam erat tangan Edrian di bawah meja. 

Adam mengeluh. 

“Marah lah kami, Adam. Just get mad. Throw out your anger on us. But aku tak nak kau putuskan persahabatan kita. You are worth as a friend. We don’t want lose you.”

Dan biarkan aku terluka melihat kegembiraan korang berdua?” Mata Adam pada Edrian. 

Adam… you have to accept that we are not meant to each other. You already engaged with Amily.”

“Pertunangan I dan Amily akan terbatal kalau you setuju untuk kembali pada I.” Adam tidak mahu mengalah. 

Maya tarik nafas. Dia sudah kehabisan kata-kata untuk membalas ayat Adam. Dia memandang Edrian, mengharapkan lelaki itu akan berkata sesuatu.

“Amily is not that bad, Adam..” Edrian bersuara.

“Kau tak kenal dia, Ed.” Ucap Adam dengan bengang. Mengapa semua orang mahu berada di pihak Amily? Tiada siapa yang mengenali Amily dengan sebaiknya selain dia.

“Dan kau pasti kau kenal dia dengan mendalam?” balas Edrian. “She might wearing ‘mask’ when with you.”

Adam senyum jengkel. “Kau tak pernah jumpa dia, Ed.”

Edrian senyum sebelum matanya memandang Maya. “Actually I did.”

“How?”

“My mom is her family doctor.”

Then?” soal Adam dengan nada jengkel. Apa jua kebaikan Amily yang keluar dari mulut Edrian, dia tak mahu percaya. 

Yang kau jumpa, mungkin salah satu personality dia.”

“Sejak bila kau jadi pakar pskiatri ni?” sindir Adam.

“I’m a doctor, Adam.”

“But, not a psychiatry doctor.”

“But I learn about it.” Edrian tidak mahu mengaku kalah. 

Adam senyum sinis. “No matter what, I’m not gonna marry her! Amily just another options for me.” 

“Dan kau masih mahu Maya kembali pada sisi kau?” Edrian sedikit bengang. Dia tahu Adam tak akan sewenangnya mengubah keputusannya. Hitam katanya maka hitamlah keputusannya. Tapi dia tak akan lepaskan Maya dengan mudahnya walaupun dihimpit rasa bersalah.

“Kau rasa kau dah menang sebab Maya pilih kau?” Adam bengang.

Edrian mengeluh. “No. Aku tak pernah rasa aku menang. Aku tahu betapa salah apa yang aku buat pada kau sekarang ni. Lihat kau macam ni… I feel guilty.”

“You should feel that,” Adam mencelah.

“Adam… please..” Maya mencelah dengan kurang sabar. “Just grow up!” ucap Maya dengan bengang. “Ada hal yang tak ditakdirkan untuk you. And you have to accept it!”

Adam telan air liur. Sedikit terkesan dengan apa yang didengarnya tadi. Ya, mungkin ia benar Maya tidak ditakdirkan untuknya. Tapi buat apa dia mahu berputus asa jikalau usahanya untuk menambat hati Maya belum tamat lagi?

“I tak nak you dan Edrian bergaduh disebabkan I. I’m just a girl who’s not worth to argue about.”

“You are worth Maya. You are,” balas Adam.

Maya mengeluh. Sedikit terharu dengan ayat Adam. Antara sebab dia jatuh cinta pada Adam, adalah disebabkan sikap lelaki itu yang menghormati perempuan. Keras kepala, degil, ego tapi dalam masa yang sama menghormati perempuan. Rasanya Mommy Adam mendidik lelaki itu dengan sebaiknya. 

Tapi Edrian pun tiada cacat celanya dari Adam cuma Edrian lebih memahami dirinya berbanding Adam. Sedikit kurang ego berbanding Adam. Sedikit kurang keras kepala. Ah, bukannya Maya mahu membandingkan Adam dan Edrian, walau apa sekalipun, hatinya memilih Edrian, bukan lagi Adam. 

“Boleh I tanya sesuatu?” Maya memandang Adam sebelum memandang Edrian. 

Adam angguk. 

“Adakah disebabkan you tak mahu berkahwin dengan Amily, you decide untuk dapatkan I semula?”

Adam geleng. “I still love you. Dipaksa berkahwin dengan Amily adalah selepas parents I tahu tentang you dan Edrian. They think at my age right now, I should get married. You tahu bukan how they like you that much when I introduced you to them?”

Maya angguk. Dia masih ingat kemesraan keluarga Adam saat pertama kali bertentang mata. Betapa mesra dan ramah layanan Mommy Adam padanya tika itu. Tiba-tiba saja dia dihimpit rasa bersalah.

“I’m sorry, Adam.” Itu saja yang Maya mampu ucapkan. Walau dia tahu perkataan maaf tidak layak dia tuturkan pada Adam. Dia telah hancurkan bukan saja harapan Adam tapi harapan keluarga Adam. 

Adam senyum hambar. 

“It’s nicest thing knowing you. The flower, the handmade cake, semua tu buat I rasa gembira, tahu yang you tak pernah give up dengan I.

“Tapi you dah give up dengan I, bukan?” entah mengapa itu yang terkeluar dari mulut Adam. Otaknya dari tadi cuba menghadam apa yang berlaku saat ini.

Maya dan Edrian senyum hambar. “We’re truly sorry.” Ucap Edrian.

Adam mengeluh. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. Dia ingatkan dengan perjumpaan ini, dia mampu memperoleh Maya semula. Maya akan tinggalkan Edrian untuknya tapi semuanya jauh panggang dari api. Dan seperti dia pula yang tersedar akan sesuatu. Tersedar yang usahanya beberapa bulan yang lalu untuk tawan semula hati Maya sepertinya, membawa dirinya ke pada tujuan yang lain. Dan dia sendiri tidak tahu apa yang dimahukannya saat ini.

“Adam…” Maya kembali bersuara. Risau dengan diam Adam.

Adam masih diam. Matanya memandang kedua-dua Maya dan Edrian selang seli.

“Everything is beyond our control,”tutur Edrian sekali lagi. 

“I dah cuba sehabis baik untuk pertahankan hubungan kita, Maya.” Kali ini mata Adam pada Maya.

“So do I, Adam,” balas Maya lemah. 

“You sanggup biarkan I kahwin dengan perempuan lain?” Soal Adam lagi. Selagi dia masih belum mengaku kalah, dia akan sehabis daya membuatkan Maya kembali padanya. Walau kini dia rasakan semuanya kelihatan kabur.

“Amily is not that bad. I pasti family you lebih sayangkan Amily dari I.”

Adam telan air liur. Apa yang dikatakan oleh Maya itu benar. Kelihatan Amily lebih disayangi oleh Mommy berbanding Maya. Dia boleh lihat dari cara layanan Mommy pada Amily. Tersangat berbeza dibandingkan dengan layanan pada Maya suatu ketika dahulu. 

“I told you. I will protect you.”

Maya mengeluh. Dia memandang Edrian. Harapnya Edrian mampu berkata sesuatu. Dia sudah kehabisan kata-kata.

Adam… ada hal yang bukan dalam kawalan kita. Ada perkara yang tidak ditakdirkan untuk kita. Ada perkara yang kita tak pernah jangka akan berlaku. This is life, Adam. Remember that?”

Adam senyum hambar. Dia ingat ayat itu. Ayat yang pernah dia ucapkan pada Edrian saat kekasih kesayangannya meninggal dunia dalam kemalangan 3 tahun yang lalu. 

I do really hope that the one wearing wedding dress, standing next to me one day is you.”

Maya senyum kelat. Ayat Adam itu buatkan rasa bersalahnya makin tambah. Edrian mengenggam erat tangannya. 

“Adam… we still best friends no matter what.” Mata Edrian pada Maya. Gadis itu mengukirkan senyuman padanya. 

“It just everything has changed…” celah Maya.

Adam tarik nafas. Dan sekarang dia tiada keinginan untuk meneruskan perbualan ini. 

“I see you somewhere, again.” Adam bangun dan beredar. 

Edrian dan Maya mengeluh. Mereka hanya memerhatikan saja kelibat Adam hilang dari pandangan mata. Dan mereka tertanya-tanya sama ada perbualan mereka tadi mampu mengubah keputusan Adam? 

Harapnya YA.



Reenapple: Kesian kat Adam. 


8 comments:

  1. Ksian dkt adam. Tp tah knapa i really hope Adam with Amily.

    ReplyDelete
  2. Kesian kat adam ni...kdg2 hubungan yg dibina atas penderitaan orang lain(hubungan maya dan edrian),biasanya taklah sebahagia yang diimpikan

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.