Sunday, May 31, 2015

Stick & Stones #28



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27]

Tombol pintu dipulas. Amily melangkah masuk. Senyuman senget diukir saat matanya melihat pasangan lelaki dan perempuan dalam posisi yang begitu menarik diatas sofa. Lelaki yang dikenalinya memandangnya dengan riak cuak, manakala wanita yang tidak dikenalinya, cepat-cepat membetulkan bajunya yang mendedahkan bahagian tubuh atasnya.

“Opsss…” Amily berpura-pura terperanjat padahal dia sudah jangka ini yang akan berlaku setiap kali dia mengunjungi lelaki itu. 

“Amily…” Zachary bersuara, cuba menutup rasa cemas yang melanda dirinya saat ini. Wanita berambut merah disebelahnya dijeling sekilas lalu, memberi isyarat supaya diam sebelum dia meluru ke arah Amily. “What makes you come here?”

Amily senyum. “You cakap I boleh datang sini bila-bila masa. You even bagi I kunci apartment you.”

“At least, you patut bagitahu I you nak datang.”

“Sorry for interrupting. You may continue apa yang you nak buat tadi.”

Zachary mengeluh.

“You ni siapa?” Tiba-tiba kedengaran suara wanita berambut merah seperti Ginny Weasley itu. Dia pandang Amily dari atas sampai bawah. Cantik dan dia tidak menyukainya.

Amily tarik senyum senget. “I’m one of his ex-girlfriend. But the special one.”

“Kalau ex-girlfriend, tak ada yang special.” Ucap Deanne dengan sinis.

Amily senyum. Matanya memandang Zachary yang sedang menjeling wanita berambut merah itu. Mungkin berang dengan ayat yang didengarnya sebentar tadi.

“One day, you akan jadi macam I dan all those girls that he had left.” Amily memandang wanita tidak dikenalinya itu dengan sinis.

Zachary telan air liur. Risau kalau Amily dan Deanne akan bergaduh. Risau jika Deanne akan meluru ke arah Amily dan cuba untuk mencederakan wanita kesayangannya itu. Bukannya dia tidak tahu perangai Deanne yang kuat cemburu dan cepat mengamuk. Tapi dia, walau apa apa pun akan menyebelahi Amily. Dia sayang wanita itu bukan Deanne. Deanne hanyalah tempatnya melempiaskan nafsu sepertimana bekas bekas kekasihnya yang terdahulu kecuali Amily. 

Hanya disebabkan kecurangannya, Amily tawar hati padanya. Tapi mereka masih bersahabat baik walaupun dia mengharapkan Amily akan kembali ke sisinya. 

“I datang semula,” Amily bersuara lagi sambil matanya memandang Zachary. Baru sahaja dia memulakan langkah pertama ke arah pintu, tubuhnya telah ditarik oleh Zachary.

“Deanne dah nak beredar.” Zachary bersuara sambil matanya menjeling Deanne. 

Deanne tunjuk riak tidak puas hati. Dia tak akan beredar. Zachary miliknya bukan milik wanita yang bernama Amily itu! “I tak nak!” Deanne peluk tubuh. 

Zachary mengeluh. Dia mahu marah Deanne. Tapi dia tidak boleh lakukan itu di hadapan Amily. Sah-sah wanita itu akan berfikir yang bukan-bukan. Melihat senyuman Amily sudah cukup mengambarkan apa yang sedang difikirkan oleh wanita itu.

“I datang semula. You sambung apa yang you nak buat tadi.” Amily bersuara.

“Amily…” belum sempat Zachary menghabiskan ayatnya, Amily telah melangkah keluar. Zachary mengeluh kecewa. Matanya merenung Deanne dengan rasa sedikit bengang.

“What?” Deanne tinggikan suara. “Bukan salah I, kalau dia balik pun. After all, dia cuma ex girlfriend you je,” ucap Deanne tanpa rasa bersalah.

Zachary mendengus berang. “Just shut up, Deanne!”

Deanne telan air liur. Sedikit gerun dengan nada tinggi Zachary. Dia tahu jika lelaki itu meninggalkannya, dia akan kehilangan segala kemewahan yang ditabur padanya sejak hubungan mereka bermula. Dan dia tak mahu itu terjadi. 

Deanne bangun, melangkah ke arah Zachary dengan senyuman yang menggoda. “Let’s continue what we are supposed to do a while ago.” 

Zachary mengeluh kasar. Jujur, dia sudah tiada mood. Semuanya disebabkan Amily.

“Honey?” Deanne bersuara lagi. Matanya merenung Zachary dengan pandangan menggoda. 

Zachary menarik nafas sebelum merangkul erat tubuh Deanne di hadapannya. Apa-apa pun ‘rezeki’ jangan ditolak. Persetankan tentang Amily. Nantilah, dia pujuk wanita itu. Yang penting dia harus menikmati malam ini. ‘Kesayangannya’ ini sudah tidak sabar untuk melawat tempat ‘kesayangan’ Deanne. 


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily memandang keadaan sekeliling. Bunyi irama muzik di hadapannya langsung tidak menarik perhatiannya. Dia perhatikan saja kumpulan muda mudi menari mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh DJ kelab malam ini. Diteguk sekali lagi minuman di hadapannya. 

“Hai.” Tiba-tiba kedengaran suara lelaki. Amily memandang sekilas lelaki itu sebelum kembali meneguk minuman di hadapannya. Lelaki itu mengambil tempat disebelahnya. 

Amily tarik senyum senget. “Dah puas berseronok dengan Deanne?”

Zachary telan air liur. 

“Cukup ke 2 jam untuk you dan dia?” Amily bersuara lagi.

“Still mad?” Soal Zachary tanpa menghiraukan soalan soalan berbaur amarah Amily.

Amily senyum. Sekali lagi dia meneguk minuman di hadapannya hingga gleas itu kosong. “Why would I? We are over, Zack.”

“But you know I still want you.”

“Really? If you really want me, you takkan curang dengan I, Zack.”

Sekali lagi Zachary telan air liur. “That night was a mistake, Amily.”

“Jadi adakah Deanne pun you nak cakap, it’s a mistake too?” 

“You tahu I masih sayangkan you. I still love you.”

“But I don’t. 

Zachary mengeluh. “Bagi I peluang kedua.”

“I dah kahwin Zack.”

“Then, bercerai.”

Amily geleng. “I won’t do that.”

“You don’t love him, Amily. Kita berdua tahu kenapa you nak kahwin dengan dia. You love his money, not him.”

“You get it wrong, Zack.” Amily memandang Zachary dengan senyuman. “Mungkin betul kata you yang I cuma mahukan duit dia but I’m starting to like him. He’s irresistible.” Jarinya merayap di pipi Zachary yang kacak itu. 

Zachary mendengus. Dia pasti Amily sengaja berkata sedemikian. “Dia tak cintakan you.”

“I don’t care tapi I suka status I sebagai isteri dia. Isteri yang tak pernah dia cintai.” Amily ketawa kecil.

“Amily… stop it!” 

Amily senyum sinis. “You tahu yang I tak akan tinggalkan dia. Losing him means losing everything.”

“I juga ada duit Amily.”

“I don’t give a damn about your money, Zack. I cuma nak duit dia. Just him only.”

“Then get his money dan kembali ke sisi I. I love you regardless who you are.”

Amily tarik nafas. “That’s a good idea. Tapi you bazirkan masa you sebab I takkan kembali ke sisi you.” Amily bangun, meninggalkan Zachary keseorangan diri. 

Zachary mengeluh. Susah betul untuk memujuk Amily Katrina ini. Dia bangun, cuba mengejar Amily yang masih lagi belum hilang dari pandangannya. Tangan wanita itu ditarik ke satu sudut, jauh dari kumpulan manusia di kelab malam itu.

“What you’re thinking you’re doing?” Soal Amily tenang. 

“Tinggalkan Adam.” Ucap Zachary sambil merenung mata Amily di hadapannya. Haruman Victoria Secret milik wanita itu menusuk ke hidungnya. Mereka saling berpandangan satu sama lain tiba-tiba saja bibirnya menyentuh bibir Amily. Wanita itu tidak menepis bahkan membalas ciumannya. Lidah bertemu lidah sambil tangannya merangkul erat tubuh Amily. Mereka bercumbuan untuk seketika sebelum Amily menolak tubuhnya.

“That’s all for now.” Amily bersuara.

Zachary telan air liur. Dia mahu lebih lagi. Dia mahu seperti apa yang dia dan Deanne lakukan beberapa jam yang lalu. “Amily…”

Amily tarik senyum senget. Dia menolak tubuh Zachary sebelum kakinya melangkah ke arah parkir. Dan belum sempat dia tiba di keretanya, Zachary sekali lagi menarik tubuhnya.

“It’s okay, Bryan.’ Ucap Amily tatkala kelibat pengawal peribadinya meluru ke arahnya. Dia memandang Zachary dengan senyuman. “I see you again, handsome,” Satu ciuman diberikan pada pipi Zachary sebelum beredar ke arah keretanya sambil diiringi oleh pengawal peribadinya.

Zachary mengeluh dengan rasa sedikit kecewa. Jujur, keinginannya untuk mendapatkan Amily makin membuak-buak.

$$$$$$$$$$

Amily melangkah ke arah pintu dengan malas. Beberapa kali juga dia menguap dalam perjalanan ke pintu utama. Siapa entah yang datang hujung minggu macam ini. Takkanlah Tina? Sah-sah sahabatnya itu tahu jadualnya di hujung minggu ini. Dan tak mungkin Lydia sebab adiknya itu perangai sama dengannya, akan bangun lambat di hujung minggu. 

Daun pintu dibuka, Amily memandang manusia di hadapannya dengan rasa tidak puas hati. Dan juga rasa bengang kerana menganggun waktu tidur berkualitinya. 

“What the hell you are doing?” Amily bengang apabila lelaki yang menekan loceng rumahnya melangkah masuk tanpa dipelawa.

Adam tidak mempendulikan amarah Amily. “Visiting you.” Adam pandang Amily yang masih berpakaian tidur. Sedikit seksi dengan gaun tidur paras paha dan rambut kusut Amily yang disanggul malas. Mujur saja wanita itu memakai seluar pendek warna ungu gelap paras paha kalau tidak, sah-sah dia pun tewas dengan tubuh seksi Amily. Apa-apa pun wanita dihadapannya masih kelihatan seksi.

Amily senyum senget. “What a surprise seeing you here,’ ucap Amily dalam nada jengkel. Dia melabuhkan punggung di sofa. Jujur, dia mengantuk yang teramat. Semalam entah pukul berapa dia pulang ke rumah. Seronok betul bersuka ria di kelab malam.

Adam tarik nafas sebelum mengambil tempat di sofa. “Are you smoking?” Soal Adam apabila terpandangkan satu kotak rokok di atas meja kopi di hadapannya.

Amily buka mata. “Oh. Kalau you nak, ambiklah.”

“I don’t smoking.” Balas Adam dingin. 

“Neither I. That’s belong to Zack.”

“Zack?” Adam hampir saja menjerit. “He’s here?”

Amily angguk lemah. “In my room, sleeping.”

Adam mengeluh. Dia sepatutnya sudah jangkakan ini. “Still seing ex boyfriend?”

Amily pandang Adam. “How’d you know that?”

Adam senyum sinis. “Tak susah untuk I tahu masa silam you.”

“Well, good for you.” Amily senyum. “Make yourself please. I nak sambung tidur.” Ambil bangun. Dia bersiap sedia untuk melangkah ke biliknya sebelum tubuhnya ditarik dengan kasar oleh Adam.

“You nak pergi sambung tidur dengan Zack?”

“Yes. Why?

Adam mendengus. “I’m your husband.”

Amily menguap sebelum mengukirkan senyuman. “You never thought me as your wife, why would I want to think about you as my husband.”

Adam telan air liur. Sedikit terkesima dengan ayat Amily. 

“Now, let me go,” Amily menepis pegangan Adam sebelum melangkah ke biliknya.

Adam mengekori langkah Amily. Saat dia tiba di bilik tidur Amily, dia kerut dahi. Di mana kelibat Zachary? Atau lelaki berada di bilik air?

“Where’s Zack?” Soal Adam.

Amily memanjat katilnya sebelum memandang Adam yang sedang berdiri di hujung katil. “You betul-betul percaya yang Zack ada dengan I sekarang ini?”

“But the cigarette box?” Adam bingung.

“That’s belong to Bryan.”

Adam mendengus. Sekali lagi dia terkena. Dia memandang Amily yang berada di atas katil. “Go prepared.”

“For what?” Amily memeluk tubuh.

“We are going to somewhere.”

“To where?”

You will know it soon.

Amily tarik senyum senget. “I takkan pergi.”

“What?”

“You heard me. I takkan pergi ke mana saja you plan nak bawak I.”

“Why?”

Amily mengeluh. “You sepatutnya beritahu semalam kalau tak I boleh cancelkan semua plan I hari ini. I pun nak spend masa dengan you.”

Adam tunjuk riak jengkel. “Apa plan you hari ini?”

“I have to attend one of my friend;s wedding today.”

“When?”

“At 2 pm.”

Adam angguk. “I pergi dengan you.”

Amily kerut dahi. Hairan dengan apa yang didengarnya. Dia senyum. “Oh sayang, you are so sweet. Tapi I nak tidur dulu. You kejutkan I another 4 hour?” Amily mengerling jam loceng di sebelah katil. Baru pukul 7 pagi. Terlalu awal untuk seorang Amily Katrina bangun. 

Adam angguk sambil matanya memerhati saja gerak geri Amily yang kembali menyambung tidur. Akhirnya dia melangkah keluar selepas menutup pintu dengan perlahan. Di luar pintu, dia mengeluh. Tertanya-tanya apa yang dia harus buat dalam masa 4 jam ini. 

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ‘menyiasat’ rumah Amily. Dia melangkah ke arah pintu pertama yang dilihatnya. Rupanya itu adalah bilik kerja. Dia terpegun seketika saat melihat rak rak buku di dalam bilik itu. Dia mengukirkan senyuman sebelum melangkah ke arah meja kerja. Di meja itu ada satu bingkai gambar Amily dan keluarganya. Dia tersenyum kelat, sedikit terkesima apabila perkahwinannya tiada. Tentulah, dia pun tidak meletakkan gambar perkahwinan, jadi buat apa dia mahu berkecil hati kalau Amily melakukan perkara yang sama.

Tiba-tiba matanya terpandang pada satu buku berwarna coklat. Dicapai buku itu sebelum membelek isi kandungannya. Senyuman lebar terukir di wajahnya. Buku itu mengandungi lukisan wajahnya. Bukan satu, banyak. Dan entah mengapa Adam rasakan dia harus mengenali Amily Katrina dengan lebih mendalam.



7 comments:

  1. Auww..adam..start feelin2 dkt amily ke...hahaD. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin. Tapi Adam tak nak mengaku. Hurmm

      Delete
  2. They start to like each other. Hee I like :D

    ReplyDelete
  3. Adakah Amily pun sukakan Adam?? Woww, hebat.

    ReplyDelete
  4. Euwwww y her kiss zack yaksss ok..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.