Saturday, May 30, 2015

Stick & Stones #27



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26]


Di saat Audi R5 diparkir di hadapan hotel murah, Amily terus melangkah keluar tanpa menunggu Adam. Dia memandang keadaan sekeliling. Hotel murah dan kawasan yang agak sunyi. Tertanya-tanya kenapa Lydia berada di sini. 

“Lydia kat sini?” Soal Adam hairan. Dari tadi dia mengeluarkan soalan pada Amily tentang keberadaan adik iparnya tapi wanita itu langsung tidak mahu menjawab soalannya. Dan dia akhirnya hanya meneruskan pemanduan mengikut arahan Amily.

Soalan Adam, Amily tidak hiraukan. Kakinya melangkah masuk ke dalam hotel murah yang buruk itu. Disaat dia tiba di lobi, kelihatan ada seorang wanita bermekap tebal mengukirkan senyuman pada mereka.

“Selamat datang!” sapa wanita berambut seperti sarang tebuan dan bermekap tebal itu dengan senyuman. 

Amily tidak hiraukan sapaan wanita itu. 

“Nak tempah bilik?” Soal wanita itu. 

“Bilik 105 kat mana?” Soal Amily tanpa menghiraukan soalan wanita di kaunter tu.

Wanita berambut seperti sarang tebuan memandang Amily dengan terpinga-pinga. Hairan dengan soalan wanita cantik di hadapannya. Dia perhatikan lelaki kacak di belakang wanita itu. Lelaki itu hanya memandangnya dengan wajah kosong. 

“I tanya you, miss.” Amily bersuara lagi.

“Ah ya…” Wanita itu tersedar. Inilah padahnya bila lelaki kacak berada di hadapannya. “Bilik itu berada di tingkat satu. Cik naik tangga itu dan jalan sikit, akan nampak bilik 105 tu. Tapi cik dan teman lelaki cik ni nak bilik tak? Bilik 105 tu dah ada orang.”

Amily menoleh ke arah Adam. “Would you want a night here?”

Adam kerut dahi. 

“Condom juga disediakan,” tambah wanita bermekap tebal.

Adam ketap gigi. Sakit hati pula dengan apa yang difikirkan oleh Amily. Belum sempat dia memarahi wanita itu, Amily telah menaiki tangga yang berada tidak jauh darinya. Dia akhirnya menuruti langkah isterinya dengan tidak rela. 

Tidak sampai 5 minit, Amily telah berada di hadapan pintu bernombor 105. Belum sempat dia mengetuk, pintu telah terbuka. Kelibat Lydia memandangnya dengan riak terkejut sebelum memeluk eratnya. “Kakak! You are my life savier.” Jerit Lydia dengan nada yang hampir menangis.

Amily dan Adam melangkah masuk ke bilik kecil dan tidak selesa itu. Mujur saja ada aircond, jadi bilik itu tidak panas. Tapi tidak sepanas hati Amily Katrina. 

“What is this place, Lydia? I thought you were hang out with your friend.” Amily memandang Lydia dengan rasa bengang sedikit. 

Lydia telan air liur. Wajah kakak dan abang iparnya dipandang dengan rasa takut. Sah-sah kakak kesayangannya akan mengamuk jika dia beritahu hal sebenar.

“Lydia akan ceritakan semuanya pada kakak tapi kita keluar dari tempat ni sebelum dia balik? Please.”

Amily kerut dahi. Dia? Siapa dia yang Lydia maksudkan ini? Kepala diangguk sambil matanya memerhatikan saja Lydia mencapai barangnya. Amily menoleh ke arah Adam. Sah-sah lelaki out juga sepertinya, tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily memandang Lydia yang baru saja mengambil tempat di sofa seusai mereka selamat tiba di apartmennya. Apa yang dia mahukan sekarang adalah penjelasan dari adik kesayangannya ini. Memanglah Lydia mahu jelaskan ketika dalam perjalanan pulang tadi, tapi dia tidak mahu mendengar. Dia tak mahu menganggu pemanduan Adam.

“Now, explain to me, Lydia Damia. What’s exactly happening right now? Apa yang Lydia buat di hotel murah? Did you really hangout with Michelle today?” 

Lydia telan air liur mendengar soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut kakak kesayangannya ini. Dia pasti apa yang bakal dijelaskan nanti bakal mengundang kemarahan Amily Katrina ini. Dipandang abang iparnya yang berada di belakang kakaknya. Lelaki itu menganggukkan kepala padanya, memberi isyarat lelaki itu berada di pihaknya walau apa sekalipun.

“Lydia…” Lydia bersuara. Otaknya cuba menyusun ayat yang akan menjadi penjelasan pada apa yang berlaku tadi. “Lydia tak keluar dengan Michelle sebenarnya.”

Amily berpeluk tubuh. Wajah adik kesayangan itu dipandang tanpa reaksi. “Then?”

“I know this guy on this social site. He seems nice and good looking also.”

“For how long you know him?”

“A month.”

“So, sebulan kenal, Lydia terus ikut dia ke hotel?” 

Lydia geleng. “Lydia tak expect yang dia akan buat macam tu.”

“Something already happened?”

Lydia geleng kepala dengan laju. “No.”

Amily mengeluh lega. Tidak tahu apa yang dia harus beritahu Papa dan Mama jika berlaku sesuatu pada anak bongsu mereka. “That’s good to hear that. Sekarang, kakak nak Lydia pergi mandi dan berehat. You sleep here tonight until Mama dan Papa pulang dari UK.”

Lydia kerut dahi. Hairan dengan sikap kakaknya. “That’s it?” Soalnya hairan sambil matanya memandang Amily.

“What are you expecting, Lydia?”

Lydia mengeluh. “Lydia ingat kakak akan marah.”

Amily diam seketika. “Just go get a bath, Lydia.” Arah Amily tanpa mempendulikan ayat Lydia.

Lydia mengeluh sebelum bangun dan melangkah ke arah bilik tidur Amily. Kakak kesayangannya memang seorang yang tidak punya perasaan. Dia rasa lagi baik Amily mengamuk padanya dari berlagak tiada apa yang berlaku. 

Adam yang memandang situasi itu hanya mampu menggelengkan kepala. Amily memang seorang wanita yang tidak punya perasaan. Kalau dia ditempat Amily, sah-sah dia akan mengamuk pada Lydia tapi isterinya itu tidak lakukan itu. 

“I rasa you dah boleh balik,” Amily bersuara lagi sambil matanya memandang Adam.

Adam kerut dahi. 

“Everything is over. Thanks for the help,” tambah Amily lagi. “You may leave now.”

“You halau I?” 

Amily memandang Adam dengan hairan. “You nak tidur sini?

Adam angguk.

Amily senyum sinis. 

“I’m damn tired.” Adam berkata jujur. Memandu selama 4 jam benar benar memenatkannya. 

“I akan suruh Bryan hantarkan you.”

“Don’t need for that.”

Amily kerut dahi. 

“I akan bermalam kat sini.”

“I thought you hate spending time with me.”

“I am. Tapi sekarang I lebih pentingkan keselamatan Lydia. That guy might coming find her again.”

Amily senyum senget. “I dah suruh Bryan uruskan hal itu.”

Giliran Adam pula kerut dahi. 

“Dan lelaki itu tak mungkin akan dapat masuk bangunan ini dengan sewenangnya. Bangunan ini dikawal ketat.” Tambah Amily lagi.

“Tapi I tetap mahu tidur di sini.”

“Well then, ikut suka hati you. Bilik tamu ada di sebelah kiri lorong itu.” Ucap Amily sebelum menghilangkan diri ke biliknya.

Adam mengeluh. Akhirnya kakinya melangkah ke arah bilik yang ditunjukkan Amily sebentar tadi. Dia memandang keadaan bilik tamu. Kemas dan bersih. Beberapa seketika kemudian, kedengaran ketukan di pintu. Adam melangkah ke arah pintu. Kelibat Amily berada di muka pintu sambil tangannya menyerahkan dua persalinan baju lelaki. 

“I think you need some clothes.”

“You have men’s clothes?” Adam hairan.

Amily tarik senyum senget. “It belongs to Bryan. I tak pasti sama ada saiz dia sama atau tidak but itu lagi better dari tiada.”

Adam mengeluh sebelum mengambil baju dari tangan Amily. 

“Ada berus gigi yang belum diguna dalam kabinet di bilik air.” Tambah Amily lagi sebelum kembali melangkah ke bilik tidurnya. 

Adam mengeluh. Tidak tahu apa yang dilakukannya ini betul atau tidak.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Lydia mengukirkan senyuman saat melihat kelibat abang iparnya di ruang makan. “Morning, Abang.”

Adam memgukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di meja makan. “Mana Kakak?” 

“Kakak dah keluar awal pagi lagi,” jawab Lydia sambil mengambil tempat di ruang makan, berhadapan abang iparnya. 

“Dia pergi mana?”

Lydia jungkit bahu. Jujur, dia memang tidak tahu ke mana kakak kesayangannya pergi. Apa yang dia tahu, di saat dia bangun, ada nota disebelah telefon bimbitnya memaklumkan tentang sarapan dari Amily. 

“Did she seeing someone?” Soal Adam tidak puas hati.

“Maksud abang?” Lydia kerut dahi.

Adam telan air liur. Jujur, dia tiba-tiba teringatkan Zachary. Dia pasti Amily keluar bertemu Zachary. “Lydia, would you mind if I’m asking something?”

Lydia angguk. 

“Lydia kenal Zack?” Soal Adam.

Lydia kerut dahi. Dia hairan tapi dia tetap anggukkan kepala. “Abang maksudkan Abang Zack?”

Adam telan air liur. Jadi, Lydia kenal juga Zachary. “Apa hubungan dia dengan Amily?”

Lydia telan air liur. Tidak tahu sama ada mahu beritahu hal sebenar atau tidak. “Lydia supposedly not to tell this to anyone.” Ucap Lydia dengan rasa takut.

It’s okay. You can tell me.” Adam berharap Lydia akan beritahunya sesuatu mengenai hubungan Amily dan Zachary itu.

“Abang Zack adalah ex boyfriend kakak.”

Adam telan air liur. Sedikit terkejut dengan apa yang didengarnya sekarang ini. “Mereka pernah jalinkan hubungan?”

Lydia angguk. “ Tapi itu sebelum kakak putuskan hubungan mereka.That was story of 5 years ago.

“Kenapa break up?”

“Kakak cakap Abang Zack ada perempuan lain.”

Adam tarik senyum senget. Zachary dan perangai kasanovanya tidak boleh dipisahkan. “But they seems so nice.”

Lydia angguk. “Lydia pun tak tahu sangat. Sebab dulu Lydia pernah tanya kakak tentang hubungan dia dengan Abang Zack. Dan kakak cakap dia dah break up dengan Abang Zack.”

“She must be hurt. Did she cried?”

Lydia geleng. “Kakak tak menangis ataupun marah bila dia cakap Abang Zack ada perempuan lain. Dia macam biasa, macam yang abang tengok semalam. Cold heartless. Dan keesokan Lydia nampak kakak dan Abang Zack baik macam tak ada apa-apa berlaku.”

“Is that means that she still like Zack?”

Lydia geleng. “I don’t think so. Sebelum dia kahwin dengan abang, Lydia pun ingat macam tu, macam diorang dah berbaik semula tapi tak. Bila Papa minta kakak kahwin dengan abang, kakak setuju tanpa sebarang bantahan. I mean, kalau kakak suka Abang Zack lagi, tentu dia akan tak mahu kahwin dengan abang, bukan?”

Adam angguk. Dia mencapi kopi yang baru saja dituang oleh Lydia padanya. Akhirnya dia memahami cerita sebenarnya. Tapi berkemungkinan juga Amily berkahwin dengannya hanya untuk membalas dendam pada Zachary?

“Abang…” Lydia bersuara sambil matanya memandang abang iparnya. 

Adam memandang adik iparnya. 

“Whatever happen last night, can you keep it as a secret?”

Adam senyum sambil angguk kepala. “I will keep it as secret. No one will know about that.”

Lydia senyum. Beruntung dapat abang ipar yang sporting. “Oh, lupa. Jemputlah makan.” Lydia menghulurkan satu pinggan berisikan Spanish Layered Egg pada abang iparnya. 

“Lydia masak?”

Lydia geleng. “Kakak masak.”

Adam kerut dahi. Amily masak? Biar betul. “Amily?”

Lydia angguk. “Kakak pandai masak.”

Adam pandang Lydia. Mengharapkan adik iparnya tidak menipunya. 

“She is, abang. Cooking is her hobby.” Terang Lydia lagi. 

Sekali lagi Adam mengerutkan dahi. Agak sukar untuk mempercayai Amily adalah wanita sedemikian. Sangkaannya dengan perangai Amily seperti itu, wanit itu tidak tahu memasak. Akhirnya dia mengunyah sedikit sarapan di hadapannya. Not bad. Pujinya dalam hati sebelum menikmati sarapan bersama-sama adik iparnya.


Reenapple: Amily ada sisi yang jarang ditunjukkan rupanya.




6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.