Friday, May 29, 2015

Stick & Stones #26



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25]

Di saat kaki Amily melangkah masuk ke sebuah butik, kedengaran suara marah seorang wanita. 

“You tahu tak I ni customer VIP kat sini!” lantang suara wanita berbaju merah. Ditangan wanita ada sehelai baju berwarna hitam.

“Tapi Puan…” staff butik itu bersuara dengan rasa takut. Gerun menghadap pelanggan yang berperangai sedemikian. 

“Datin! Panggil I Datin!” Wanita berbaju merah itu meninggikan suara. 

“Datin…” Staff yang memakai tag nama Dahlia membetulkan sebutannya. ““Kami tak boleh tukarkan baju ini kalau tiada resit belian ditunjukkan.”

Wanita berbaju merah itu mendengus berang. Wajahnya terlampau bengis, membuatkan Dahlia makin bertambah gerun. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia mengamuk tapi etikanya sebagai pekerja tidak membenarkan dia meninggikan suara pada pelanggan. 

“Resit?” Sekali lagi nada wanita berbaju merah yang gelarkan dirinya Datin ditinggikan. “You tahu tak I ni siapa? I ni VIP. Bos you pun kenal I.” Matanya dijegilkan pada staff di hadapannya ini.

Amily geleng kepala memerhati situasi dihadapannya. Penuh drama! Kakinya melangkah ke arah wanita kaunter, dimana wanita berbaju merah dan staff itu berada. “What is going on?”

Wanita berbaju merah memandang Amily dengan sinis. Siapa entah wanita ini? Dipandang Amily dari atas hingga bawah sebelum kembali memandang wajah Amily. Cantik seperti model!

“What exactly going on here?” Soal Amily pada staff di kaunter. 

“Puan…” Gadis di kaunter menundukkan wajahnya. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan majikannya. Risau kalau wanita cantik di hadapannya ini akan mengamuk lebih teruk dari pelanggan berbaju merah tadi.

Amily memandang pula Dahlia yang masih menundukkan wajahnya apabila soalannya tidak berjawab. Dia kemudian memandang pelanggan berbaju merah itu. 

“You ni siapa?” belum sempat Amily mengeluarkan soalan, wanita yang menggelarkan dirinya sudah mengeluarkan soalan padanya. 

“I’m their boss,” balas Amily sedikit angkuh sambil matanya memandang kedua-dua staffnya. 

“Hah baguslah!” Wanita berbaju merah itu bersuara. “Staff you rude.”

“Definisikan maksud staff I biadap.”

Wanita berbaju merah telan air liur. Sedikit terkesima dengan ayat wanita cantik di hadapannya. Ingatkan wanita di hadapannya akan terus memarahi staffnya namun tidak. “I nak tukar saiz tapi staff you minta I tunjukkan resit.”

“She is doing the right thing.” Amily bersuara. “That’s our company protocol.”

“What?” Wanita berbaju merah itu sedikit bengang.

“So, you kena tunjukkan resit you dulu before minta nak tukar saiz.”

“I tak bawa.”

Amily angguk. “Bila you cakap you beli baju ini?” Mata Amily memandang kain baju di tangan wanita itu.

“Last week.”

Sekali lagi Amily angguk. Dia pandang kedua-dua staffnya. “Maybe you can show your membership card?”

“Kenapa dengan membership card?” Wanita berbaju merah itu bingung.

“You cakap you customer VIP right?”

Wanita berbaju merah itu menganggukkan kepala. 

“We can trace your purchase from there. Give me your membership card, staff I akan scan card itu.”

“I tak bawa itu juga.”

Amily senyum sinis. “Then, give me your identification number. We can trace your purchase from it too.”

Wanita berbaju merah itu telah air liur. Dia mula telan air liur. “You don’t believe me, isn’t it?” Dia sudah tidak mula sabar.

Amily tarik senyum senget. Dia pandang Dahlia. “Dahlia, you bawa code yang sama customer ni pegang according to her size.”

Dahlia angguk sebelum menghilangkan ke bilik stor. Beberapa minit kemudian, Dahlia menyerahkan sehelai baju pada Amily. 

Amily memandang wanita berbaju merah di hadapanya dengan senyuman sinis. “Di tangan I adalah size yang puan nak.”

“It’s Datin,” ucap wanita berbaju merah itu dengan bengang.

Amily tarik senyuman senget. “Then, you boleh bagi I your identification number?”

Wanita itu telan air liur. 

“Don’t tell me, you tak ingat your identification number? Are you really a Datin?” Soal Amily dengan sinis. 

Wanita berbaju merah sudah mula tunjuk riak cuak.

Amily senyum sinis. Dia pasti wanita tua di hadapannya menipu. Tangannya merampas kain baju di tangan wanita itu. Dibandingkan kedua-dua kain yang berada di tangannya. “One of this clothes is a fake one. Do you know which one, Datin?”

Sekali lagi wanita berbaju merah telan air liur. Bagaimana wanita cantik di hadapannya tahu? “You nak cakap I penipu? I ni Datin! Buat apa I nak menipu?” Dia berpura-pura marah walhal dia cuak.

Amily senyum sinis pada wanita di hadapannya. “I don’t care whether you are Datin or not. Once you made chaos in my store, you will get it from me. And I believe you are not Datin at all.”

Wanita berbaju merah itu mendengus. “I tak akan datang ke butik ni lagi! Service tersangat buruk! I akan buat laporan pada pihak pengurusan bangunan ini.”

“You are talking to the right person.”

“What?” Wanita itu kerut dahi.

“I pemilik butik dan bangunan ini,” ucap Amily dengan senyuman sinis.

Wanita itu mengeluh risau. Nampaknya dia tak boleh berbohong lagi.

“You better leave before I panggil polis.” Amily bersuara lagi. “And plus di sini ada CCTV. I bet dah cukup untuk buat laporan yang you ni adalah penipu.

Tanpa membuang masa, wanita berbaju merah itu terus melangkah keluar dari butik. Amily menoleh semula kearah staffnya. “Simpan ini semula.” Dihulurkan kain baju yang aslii kepada Dahlia. Dia kemudian memandang Suzie di belakangnya. “Make sure you buat laporan polis tentang itu.”

Suzie angguk, memahami arahan yang diberikan. Dia mencatat sesuatu di dalam diarinya. 

“Puan… datang sini…” Gadis di kaunter bersuara. Dari tadi dia mahu bertanya tentang tujuan kedatangan majikannya ini tapi tidak berani mengeluarkan soalan. Akhirnya ayatnya dibiarkan tergantung.

“I nak jumpa your manager.”

“Miss Kim keluar lunch.”

Amily mengerling jam tangannya. Sudah pukul 12.30 tengahari. “Dia rehat pukul 12?”

Gadis di kaunter menganggukkan kepalanya. “Nanti saya bagitahu Miss Kim yang Puan datang.”

Amily angguk. “Suruh dia jumpa saya pukul 3 nanti di tingkat atas.” Seusai mengucapkan ayat itu, Amily melangkah keluar. 

Langkah pertama terhenti saat dia terpandangkan susuk tubuh lelaki di luar butik. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya tapi dia tidak membalas. 

“You buat apa kat sini?” Amily mengeluarkan soalan. Dia mengukirkan senyuman pada Daniel di sebelah Adam. 

“I nak beli sesuatu untuk Mommy. Her birthday is coming soon.”

“When?” Amily kerut dahi. Bukankah hari jadi ibu mertuanya adalah bulan hadapan? Kenapa perlu membeli belah awal? Atau Suzie salah maklumkan padanya.

Next month.” Balas Adam ringkas.

Amily angguk tanda faham. Adam nampaknya jenis yang akan membuat persedian awal.“Have something in your mind? I boleh tolong you dapatkan diskaun.”

Adam senyum senget. Tahulah Amily Katrina pemilik pusat membeli belah ini tapi dia tidak perlukan diskaun. “I tak perlukan diskaun untuk membeli hadiah hari jadi Mommy.”

Amily senyum sinis. “Well, enjoy your shopping.” Amily menyarungkan semula kaca mata hitamnya sebelum memulakan langkah. Baru saja dia memulakan langkah, Adam kembali bersuara, membuatkan langkahnya terhenti sekali lagi.

“You nak teman I shopping?”

Amily memandang Adam dengan dahi berkerut. Aneh. Bukankah Adam Joshua tidak suka menghabiskan masa bersamanya? Ini pula mahu dia teman lelaki itu membeli belah. Aneh!

Daniel di sebelah Adam hanya mengukirkan senyuman. 

Amily memandang Suzie di sebelahnya. “Apa appointment I selepas ini?”

“Puan Amily ada appointment dengan Miss Kim pukul 3 nanti.”

Amily angguk sebelum matanya memandang Adam. “Sure.”

Adam mengukirkan senyuman. Daniel dipandangnya memberi isyarat. Daniel angguk. “If anything, call me.” Ucap Daniel sebelum berlalu pergi. Begitu juga Suzie.

Sekali lagi Adam mengukirkan senyuman. “We have lunch first?” ucapnya sambil mengerling jam di pergelangan tangannya. 

Amily angguk kepala.

“Let’s go.” Arah Adam sebelum memulakan langkah. Amily hanya menuruti langkah lelaki dari belakangnya. Jujur, dia dihimpit rasa aneh dengan perlakuan Adam tapi dia layankan saja. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam memerhati keadaan sekeliling restoran di hadapannya. Kelihatan mewah dan elegan. Matanya kemudian memerhatikan Amily yang asyik dengan telefon bimbitnya sementara menanti menu yang dipesan tiba. Sah-sah isterinya itu sedang ‘berborak’ dengan Zachary. Masih teringat ayat Zachary tadi.

“So, how’s your marriage life? Bila kau dan Amily nak bercerai?”

Nasib baik waktu itu, Daddy dan Uncle Qie, ayah Zachary ada tadi. Kalau tak dah lama dia belasah Zachary Davis sampai mati. Dia kembali memandang Amily yang masih dengan telefon pintarnya.

"I like your attitude towards someone a few minutes ago." Adam memulakan perbualan.

Amily kerut dahi, Dia salah dengarkah? Adam sedang memujinya?

"I ingatkan you adalah someone yang tak ada hati dan perasaan," tambah Adam lagi.

Amily tarik senyum senget."Sebelum you nak suruh orang hormatkan you, learn to respect other people first. I buat apa yang patut. She's a liar."

Adam angguk kepala. Beretuju dengan Amily. Jujur, dia perhatikan saja kejadian di butik tadi. Walaupun pada permulaannya dia langsung tidak sedar kewujudan Amily tapi apa yang berlaku tadi, dia boleh sifatkan sesuatu yang professional walaupun Amily hanya menunjukkan sifatnya yang sebenar.

“So…” Amily kembali bersuara. Matanya memandang Adam. “Apa mimpi you sampai nak ajak I lunch sekali dengan you?”

Adam diam. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dengan dia hari ini. Apa yang dia tahu dia cuma mahu membeli hadiah hari jadi untuk Puan Julia saja.

“Atau you mahu sesuatu dari I?” Amily bersuara lagi, dengan senyuman menggoda.

Adam mendengus. “Keep dreaming, Amily.”

Amily ketawa kecil. “I thought you hate me and want to get revenge on me, Adam.”

“I am. Tapi permainan tidak akan seronok once you know what I’m doing.” 

Amily senyum. “I will look forward to it, soon.” Ucap Amily tenang. 

Beberapa seketika kemudian, pelayan membawakan pesanan mereka. Amily yang dari tadi lapar, terus saja menikmati makanannya tanpa menunggu Adam. Begitu juga Adam. Tapi sekali sekala dia akan memerhatikan Amily. 

“You memang suka datang makan kat sini?” Adam bersuara, memulakan perbualan. Tidak selesa dengan sunyi yang melanda mereka berdua.

Amily berhenti mengunyah. Matanya memandang Adam. Kepalanya digeleng. “I prefer fast foof restoran more than fancy restaurant.”

Adam kerut dahi. “Jadi, kenapa you ajak I datang sini?” Adam hairan. Tadi dia tanya Amily tentang lokasi makan tengahari mereka, dan Amily memberitahu mahu datang ke sini.

“Kalau I cakap I nak makan McD, KFC, Subway, I bet you tentu tak mahu datang ke situ.”

“I’m not a picky eater.”

“Is it?”

Adam tidak menjawab soalan Amily. “McD contain lots of calories in their food. You tak takut gemuk?”

Amily ketawa kecil. “I pergi gim.”

Adam angguk. Itu menjelaskan kenapa badan Amily seperti model. Walaupun wanita itu tidak menjaga pemakanannya sangat tapi penjagaan berat badan mungkin suatu perkara yang dititikberatkan. Berbeza dengan Maya, wanita itu sudahlah seorang yang cerewet tentang makanan dan terlalu obsess dengan berat badannya. Dia masih ingat jeritan Maya saat berat badannya bertambah satu kilogram.

“so, you dah fikir apa yang you nak bagi pada Mommy?”

Adam jungkit bahu. “I have no idea.”

“Last year, you bagi apa?”

“A holiday vacation to Paris.”

Amily angguk. “So, tahun ini kita nak share beli hadiah untuk Mommy?”

Adam telan air liur. Nampaknya itu saja dia dan Amily harus buat. Takkanlah mahu beri hadiah secara berasingan. Nanti makin kecil hati Puan Julia itu. Dia mengeluh. “I rasa itu saja yang kita harus buat. I risau kalau kita bagi hadiah berasingan, Mommy akan kecil hati.”

“Sayang juga you pada Mommy you,” ucap Amily selamba.

Adam diam. Dia dapat rasakan ayat Amily itu seperti satu sindiran. “She’s the only mother that I have.”

“That’s good for her to have an obedient son like you.” 

Adam tarik senyum senget. “Kalau I ni anak derhaka, I tak kahwin dengan you. I kahwin dengan you pun sebab Mommy only.”

“And also sebab you tak nak jawatan you dirampas oleh Zack.” Sengaja Amily berkata sedemikian. 

Adam senyum sinis. “How is it between you dan Zack?”

Amily pandang Adam. Hairan dengan soalan yang keluar dari mulut lelaki itu. “We’re doing fine.”

“Dah berapa lama you dan dia berhubungan?”

“Lebih dari I kenal you,” balas Amily tenang. Dia mengukirkan senyuman sinis.

“How does he felt when he know about your marriage?” Soal Adam lagi.

“I tak pernah bagitahu dia pun yang I akan berkahwin dengan sepupunya. He knows it when he attend our wedding.”

“Why? You risau kalau dia kecewa?”

“He will be fine. Dia tak akan bunuh diri even I pilih orang lain,” balas Amily dengan sinis. 

Adam mendengus. Tahu sangat Amily sedang menyindirnya. “Let’s talk about something else.”

“Okay. I dah dapat idea apa yang kita harus bagi pada Mommy. “But that takes time to create that.” Tambah Amily lagi. 

“Which is?” Adam kerut dahi.

Amily senyum. “A grandchild.”

Hampir saja Adam tersedak mendengar ayat Amily Katrina. “Are you out of your mind?”

Amily geleng dengan senyuman. “I rasa itu hadiah yang akan menggembirakan Mommy nanti.”

“For your information, Along sekarang tengah mengandung.”

“Owh…” Amily berpura-pura lupa. “I just thought we should make one.”

“In your dream only, Amily.” Adam bengang.

Amily ketawa kecil. 

Adam ketap gigi. Berang juga dengan ayat Amily. 

“Jadi, apa yang you nak beli untuk Mommy?”

“I will think about it. And I will put our name.”

“Atau you nak I belikan?”

“I lagi tahu taste Mommy macam mana.”

“Tapi Mommy sayang I lagi dari you.”

Adam mendengus. Tidak puas hati dengan ayat Amily. “She’s my mother, not your mother.”

Amily tarik nafas. Sedikit terkesima dengan ayat Adam. “Well then, ikut suka hati you. I dah bagi cadangan tapi you tolak.”

“Cadangan you tak masuk akal, Amily,” balas Adam dengan berang.

Amily senyum. “Well, up to you. After all, she’s your Mommy not my Mommy.”Baru saja Amily kembali mengunyah, kedengaran bunyi deringan telefonnya. Nama Lydia tertera di skrin. 

"Yes, Lydia." Amily menjawab panggilan. 

"Kakak... tolong selamatkan Lydia." kedengaran suara cemas Lydia di hujung talian.

"What? Lydia kat mana?" Soal Amily seikit cemas.

Adam mengerutkan dahi. Tertanya-tanya kenapa dengan adik iparnya.  Beberapa saat kemudian, Amily bangun. 

"I have to go." ucap Amily sedikit cemas. 

"What happened?" Soal Adam hairan.

Amily jungkit bahu. "I rasa something bad is happening to Lydia. I nak pergi ambil dia."

"I pergi sama." Adam bangun sambil tangannya memanggil pelayan. Amily mengangguk. Seusai membuat pembayaran, masing-masing bergegas ke kawasan parkir. Amily kelihatan cemas. 

Tanpa disedari, gerak geri Amily dan Adam diperhatikan dari tadi lagi. Zachary mengenggam erat tangannya.Kalau boleh dia mahu melayangkan saja tumbukannya pada Adam. Ya, dia cemburu melihat Amily dan sepupunya itu. Amily harus menjadi miliknya semula!




6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.