Thursday, May 28, 2015

Stick & Stones #25



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24]

Adam memulas tombol pintu biliknya. Malam ini dia ada makan malam bersama keluarganya. Arahan Daddy yang mahu dia makan malam di sini. Dan nak tak nak dia terpaksa turuti saja walaupun dia sebenarnya tidak mahu. Saat dia melangkah masuk matanya terpandang kelibat wanita yang cukup dikenalinya. Wanita itu sedang meniarap di atas katilnya dengan tenang. 

“Apa yang you buat kat sini?” Soal Adam sedikit terkejut. Sedikit berang dan sedikit hairan. Hairan dengan kelibat Amily Katrina dibiliknya. 

Amily mendongak, memandang Adam dengan senyuman. “Hai, sayang.”

Adam mendengus. “Apa yang you buat kat sini?” Soal Adam sekali lagi. Kali ini dengan nada tidak puas hati.

Mommy ajak I makan malam kat sini.”

“I don’t care about that. What I meant now is, apa yang you buat kat bilik I?”

Amily jungkit bahu. “Mommy suruh I rehat kat sini sementara menunggu makan malam siap.”

“Tapi you tak ada hak untuk selongkar barang I.” Adam memandang album albumnya yang berselerakan di atas katil.

Amily senyum. “Mommy yang bagi pada I.”

Adam mengeluh. Mommy ni…

“By the way, you look cute when you were a baby. I bet anak kita nanti tentu comel macam you.” Jari Amily menunjukkan ke arah satu gambar kanak-kanak lelaki.

Adam tarik senyum senget. “Takkan pernah ada perkataan anak kita. You tak layak untuk jadi ibu pada anak I.”

“Okay then. I pun tak nak mengandung. Tapi kalau betul ada anak kita nanti, bukan kah itu satu bonus?”

Adam kerut dahi. Tidak memahami ayat Amily.

“Bonus pada you sebab you tentu tak akan mahu ceraikan I.” Amily bersuara lagi. “So, you dah fikirkan cara untuk balas dendam pada I?”

Adam mengeluh kasar. Akhirnya dia berlalu ke bilik air. Malas untuk melayan Amily Katrina itu. Makin dilayannya, makin bertambah sakit hatinya. 

Amily mengukirkan senyuman sebelum kembali membelek album di hadapannya. Kadang-kadang dia akan senyum sendirian apabila melihat gambar kanak-kanak Adam yang comel itu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


15 minit kemudian, Adam melangkah keluar dari bilik air dengan berpakaian. Matanya memandang Amily yang kini lena di katilnya. Adam tarik senyum senget melihat keadaan Amily. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah katil sebelum melabuhkan punggung di hujung katil. Matanya memerhati Amily Katrina yang masih lagi lena. Dia mengukirkan senyuman senget melihat keadaan Amily. Wlau macam mana sekalipun, dia terpaksa akui Amily punya kecantikan semulajadi. Waktu tidur pun masih kelihatan cantik.

Perlahan-lahan tangannya mengusap pipi Amily. Lembut dan membuatkannya senang.

Eh kejap! Apa yang dia sedang buat ini? Adam melarikan tangannya dari pipi Amily. Entah kenapa dengannya hari ini.

Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu. Adam bangun dengan malas sambil kakinya melangkah ke arah pintu. 

“What?” Soal Adam tatkala melihat kelibat Airil di pintu. 

Airil sengih sambil mengintai bilik abangnya. Kakak iparnya kelihatan lena di katil. “Abang sibuk ke?”

“Why?” Adam kerut dahi. 

“Manalah tahu Ril ganggu masa Abang dan Kak Amily nak bermanja-manja.” Usik Airil.

Adam jeling adiknya. Nasib baik hari ini mood dia baik. “Kau nak apa?”

Airill sengih lagi. “Dinner dah siap. Mommy suruh turun makan.”

“Okay.” Balas Adam dingin.

“Tapi kalau abang dan Kak Amily tak nak turun makan pun tak apa. Nanti Rill bagitahu yang both of you is busy doing something.” Tambah Airil lagi.

“Well cakap lah macam tu. Abang sibuk.” Balas Adam dingin sebelm menutup pintu. Reaksi adiknya selepas itu, dia malas ambil tahu. kakinya kemudian melangkah ke arah katil. Dan Amily Katrina masih lagi lena di katil. Sedikit pun tak terjaga. Letih sangatkah wanita itu?

“Amily…” bahu wanita itu digoncang lembut. Adam tarik nafas apabila Amily bergerak sedikit. 

Amily buka mata. Dia bangun dengan malas. Matanya digosok sebelum memandang Adam di hadapannya. “What?” Nadanya sedikit kedengaran kasar. Marah apabila tidurnya diganggu. 

“Dinner.” Balas Adam ringkas. Tanpa menunggu Amily, dia terus melangkah keluar dari bilik. 

Amily mengeluh. Dia turun dari katil dengan malas sebelum kakinya melangkah ke bilik air. 

10 minit kemudian, Amily Katrina telah berada di meja makan bersama-sama ahli keluarga Encik Kamarul yang lain. Dia mengambil tempat di sebelah iu mertuanya manakala Adam d sebelah adik lelakinya dan Encik Kamarul, seperti biasa, sebagai ketua keluarga, berada di tempat yang sepatutnya. 

Selesai makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu sambil menjamu pencuci mulut. Yang bersuara hanyalah Encik Kamarul yang sekali sekala akan bertanyakan tentang hal kerja pada Adam. Dan Puan Julia akan tunjukkan muka tidak puas hati apabila isu kerja dibangkit ketika sedang menjamu selera. Wanita itu memandang menantunya. Lagi baik berbual dengan Amily dari mendengar perihal kerja Casa Holding. Airil pula awal-awal sudah ke bilik, mahu siapkan tugasan.

“Amily tidur sini malam ni, nak tak?” Soal Puan Julia tanpa menghiraukan suami dan anak-anaknya yang sedang berbual.

Amily berhenti mengunyah epal dalam mulutnya. Manakala Adam yang sedang berbual dengan ayahnya terus memandang Amily. Dia mengharapkan wanita itu akan memberi seribu satu alasan untuk menolak permintaan Mommy.

“Sure Mommy. Why not.” Balas Amily dengan senyuman. Pandangan Adam langsung dia tidak hiraukan. Dia tahu lelaki itu sah-sah sedang bengang dengannya tapi apa dia penduli.

“I’m not gonna agree with that, Mommy.”Adam bersuara. Matanya memandang Amily Katrina yang sedang tersenyum sinis padanya. Dia pasti wanita itu sedang rancang sesuatu dan dia tak akan masuk perangkap lagi.

“Adam….” Tegur Encik Kamarul. Dia dan isterinya saling memandang satu sama lain. Risau jika perbalahan akan berlaku. Bukan dia tidak tahu perangai anak lelakinya ini. 

“Adam tak nak dia kat sini,” Adam bersuara lagi. 

“Why not Adam? She’s your wife,” Puan Julis menyebelahi menantunya. Dia langsung tidak memahami anak lelakinya ini. Mengapa Adam tersangat tidak menyukai Amily? Bukannya Amily menjadi penyebab kepada kecurangan Maya, bekas kekasih Adam dulu.

Adam mengeluh kasar. Dia memandang Encik kamarul yang dia tahu tak akan menyebelahinya. Sah sah Daddy berada di pihak Amily. “I don’t like her.”

“And I don’t like you either, Adam,’ balas Amily selamba.

Adam ketap gigi manakala Encik kamarul dan Puan Julia sudah mula menunjukkan riak cuak. “Jadi, tak ada sebab kenapa you patut berada di sini.”

Amily senyum sinis. “Mommy yang ajak I, bukan you. I nak jaga hati Mommy, bukan jaga hati you. I tak penduli sama ada you suka I atau tak. I don’t give a damn about you, Adam.” Amily bersuara tanpa mempendulikan ayah dan ibu mertuanya. 

“You!” Nada Adam ditinggikan. Matanya merenung tajam Amily Katrina. Kalau bukan Mommy dan Daddy ada di hadapannya sekarang, dah lama dia cekik Amily Katrina sehingga mati. Sudahlah hal Lisa hari tu dia belum balas dendam lagi. 

Puan Julia telan air liur. Dia memandang suaminya yang memberi isyarat anggukan kepala padanya. Dia kemudian memandang pula Amily yang kelihatan tenang. “Apa kata Amily pergi berehat dulu? Mommy teman Amily ke tingkat atas?”

Amily senyum sambil angguk. Tanpa menghiraukan renungan Adam, dia menuruti langkah ibu mertuanya ke tingkat atas.

“Adam…” kedengaran suara Encik Kamarul.

Adam mengeluh kecewa. 

“Why you hate Amily so much?” Soal Encik Kamarul.

Adam telan air liur. Dia tiada jawapan pada soalan Daddy. “I dislike her.”

“Because of what?” Encik Kamarul tidak puas hati.

Adam diam.

“She’s not the reason why Maya left you, Adam. You can’t hate Amily because of someone from your past.

It wasn’t like that, Daddy.” Ucap Adam ragu.

“Then? Adam dah benci dia sejak Daddy bagitahu Adam yang Amily adalah tunang Adam.

“Because of her, Maya tak nak kembali ke sisi Adam.”

Encik Kamarul mengeluh. “Jadi Adam nak benci dia atas kesalahan yang dia tak pernah buat?”

Adam mengeluh. Wajahnya diraut dengan tangan. Jujur, Maya bukanlah penyebab utama kenapa dia terlalu membenci Amily Katrina. Dia juga tidak tahu kenapa dia terlalu membenci Amily. Mungkin saja dia benci sisi Amily yang ‘gelap’ itu. 

“Atau Adam nak benci Amily sebab Daddy dan Mommy paksa Adam kahwin dengan dia?” Soal Encik kamarul sekali lagi. 

Adam diam. 

“You do know, I don’t care with who you gonna married with. Daddy tak kisah kalau Adam pilih Maya. But we just want the best for you. And Maya is not the one, Adam. Whatever you do, Maya tak akan kembali ke sisi Adam. Sama ada Adam kahwin atau tidak dengan Amily. She choose someone else, Adam.”

Adam telan air liur. Ayat Daddy seperti menyedarkannya pada sesuatu.

Encik Kamarul bangun, melangkah ke arah anak lelakinya. Bahu Adam ditepuk lembut. “We don’t live in the history, Adam. Look forward to the future, Adam.” Seusai mengucapkan ayat itu, Encik Kamarul berlalu ke tingkat atas, meninggalkan Adam seorang diri.

Adam mengeluh. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily baru saja keluar dari bilik air tatkala Adam melangkah masuk. “Hai, sayang!” Dia mengukirkan senyuman pada lelaki itu tapi lelaki itu bersikap dingin. 

Adam diam, malas untuk melayan Amily. Dia melangkah ke arah sofa sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Dia memerhati saja gerak geri Amily yang sedang mengeringkan rambut panjangnya dengan tuala. Tubuh wanita tersarung pijama sutera yang dia pasti adalah milik Arissa. Mindanya menginbau kembali ayat-ayat Daddy tadi.

Seusai menyapu losyen, Amily melangkah ke arah sofa, mengambil tempat bersebelahan dengan Adam. Lelaki itu kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Senyuman diukir sebelum dia menghembuska satu tiupan ke telinga Adam.

Adam tersedar. Dia menoleh ke kanannya. Entah bila Amily berada di sebelahnya. Dia tidak sedar itu. “Apa yang you buat ni?”

Amily ketawa kecil. Lucu pula melihat wajah marah Adam yang ini. “You yang sedang berangan.”

Adam menjarakkan dirinya dari Amily.

“So, apa yang you tengah fikir? Would mind to share?”

Adam mendengus. “Hal I bukan hal you, Amily.”

Amily senyum sinis. “Thinking about Maya?”

Adam telan air liur. Dia cuak bila nama Maya terkeluar dari mulut Amily. Risau jika Amily lakukan sesuatu pada bekas kekasihnya.

“She seems so happy with your best friend.” Amily bersuara lagi sambil jarinya sedang bermain di lengan Adam.

Adam menepis sentuhan Amily.

“Atau you sedang fikirkan tentang Laila?”

“Hal I bukan hal you, Amily,” balas Adam dingin.

Amily mencebik. “She actually had feeling for you years ago before she met Jeff.”

Adam menoleh ke arah Amily. Meminta kepastian ayat yang keluar dari mult wanita itu. “Don’t talk nonsense Amily.” Adam tidak mahu percaya. Dia pasti Amily sengaja mahu memburukkan Delaila.

Amily senyum. “Ask her by yourself.” Amily bangun dan melangkah ke arah katil. 

“What are you doing?” Soal Adam apabila melihat Amily mengambil tempat di bahagian kanan katil.

“I nak tidur.” Balas Amily selamba.

“That’s my bed, Amily.”

“Harta you, harta I juga, Adam.”

Adam mendengus. Dia bangun dan melangkah ke arah katil. Matanya memandang Amily. “I tak nak you tidur sini.”

“JAdi? You nak I tidur di sofa malam ini?” 

“Yes.

Amily geleng. “I won’t do that. I’m a guest, Adam. You shouldn’t treat guest like that.”

“Then you can sleep in guest room.”

Sekali lagi Amily geleng kepala. “I isteri you. Buat apa I nak tidur di bilik tamu? I sepatutnya tidur di sebelah you.

Adam mendengus. “I takkan tidur di sebelah you.”

Amily jungkit bahu. “Ikut suka hati you. Tapi I nak tidur di sini malam ini.”

“Amily!” Adam tidak mampu bersabar.

“Sayang, I penat sangat hari ini. I tidur dulu. Good night!. And jangan lupa tutup lampu.” Amily membaringkan dirinya sebelum menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.

Adam mengeluh berang. Akhirnya dia tutup lampu, mengambil tempat di sebelah Amily. Walau macam mana sekalipun, dia tak akan mengaku kalah kali ini.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam buka mata. Patutlah lengannya terasa berat, rupanya kepala Amily berada di atas lengannya. Dan wanita itu sedang memeluk erat tubuhnya ibarat tubuhnya adalah bantal golek. Adam telan air liur melihat wajah Amily yang begitu dekat dengannya. 

Perlahan-lahan tangannya mengalihkan rambut panjang Amily yang menutup sebahagian matanya. Adam mengukirkan senyuman melihat wajah Amily di hadapannya. Jujur, Amily punya kecantikan semula jadi. Waktu tidur pun dah cantik. Inikan pula bila mengenakan mekap. Sah-sah lagi cantik. Tapi dia lagi suka kecantikan semula jadi berbanding kecantikan palsu disebabkan mekap. 

Adam kembali memejamkan matanya tatkala tubuh Amily bergerak sedikit. Semuanya disebabkan bunyi telefon bimbit Amily yang terletak di sebelah katil. Siapa entah yang call pagi buta macam ini. Menganggu saja ‘aktivitinya’ tadi.

Amily membuka mata sambil tangannya mencapai iPhone miliknya di sebelah katil dengan malas. Butang jawab ditekan dengan rasa malas sebelum kembali memejamkan matanya. “Hello…”

Adam yang berpura-pura tidur cuba mendengar perbualan isterinya.

“Zack… it’s early in the morning right now. I jumpa you nanti lunch okay? Yes baby. I promise.”

Adam telan air liur. Penyibuk betul Zachary Davis ini. Tapi dia masih berpura-pura tidur. 

Amily bangun dengan rasa malas. Telefon diletakkan kembali ke atas meja di sebelah katil. Dia menoleh ke kanan sambil mengukirkan senyuman. Jarinya merayau ke muka Adam. Bermula dari dahi , melalui hidung, kemudian berhenti ke dahi. Dan satu ciuman singgah di pipi Adam Joshua. “Good morning, handsome,” ucap Amily dengan senyuman sebelum turun ke katil. 

Adam kembali membuka mata seusai mendengar pintu bilik air ditutup. Entah mengapa dia mahu mengukirkan senyuman dengan kelakuan Amily padanya tadi.



Reenapple: Harap-harap good news coming soon. Yeay!




8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.