Wednesday, May 27, 2015

Stick & Stones #24




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23]

Seorang lelaki mengukirkan senyuman saat terlihat kelibat wanita yang dikenalinya. Dari tadi lagi dia menunggu wanita itu. Dan mengikut perkiraannya, sudah berbulan-bulan lamanya dia mengekori wanita itu Berbulan-bulan juga lah dia mengupah orang untuk menghendap wanita itu. Apa yang wanita itu lakukan. Tapi dia tidak boleh mendekati wanita itu disebabkan wanita itu akan selalu ditemani oleh seorang lelaki yang berbadan tegap. 

Dan malam ini dia punya peluang untuk mendekati wanita itu. Lega dan gembira betul bila melihat wanita itu keseorangan di kawasan parkir. Atau perempuan itu bodoh berjalan seorang diri di kawasan parkir yang gelap ini?

Tanpa membuang masa, dia menghayunkan ke arah wanita itu yang sedang berjalan kearah keretanya.

“Hai sayang…” Dia mengukirkan senyuman melihat riak terkejut wanita itu.

“You! Apa yang you buat kat sini?” Soal Delaila dengan riak terkejut. Tak mungkin di hadapannya ini adalah Ken, bekas teman lelakinya yang gila itu. Bukan kah lelaki itu sedang meringkuk di penjara?

“Miss me honey?” Kyle mengukirkan senyuman sinis.

“You were in jail…” 

Kyle geleng. “Boyfriend baru you tak bagitahu hal sebenar yang I digugurkan dari kesalahan yang I sendiri mengaku?”

Delailah telan air liur. Jeff tidak pula beritahunya ini. “Apa yang you nak?”

Kyle senyum. Tangannya cuba menyentuh pipi Delaila tapi wanita itu menepis. “I rindu you. Don’t you miss me?”

Delailah mendengus. “I tak rindu orang yang lukakan hati I.”

Kyle senyum. Tentunya Delailah masih tidak pula apa yang berlaku setahun yang lepas. “I tahu apa yang I buat ni salah. But I dah tinggalkan dia untuk bersama you semula.”:

“I dah bahagia dengan hidup I. I dah tak perlukan you.”

Kyle ketawa. “You have changed a lot. Did I hurt you so much, sayang?”

Delailah diam. Dia sebenarnya gerun. Ini bukan kali pertama Kyle mengacau hidupnya. Tapi berkali kali sejak beberapa bulan yang lalu. Dan insiden cermin keretanya dipecahkan oleh Kyle yang mana lelaki itu mengupah seorang budak muda untuk lakukan membuatkan dia makin bertambah gerun dengan lelaki itu. Entah bila Kyle menjadi seorang yang tahu menggunakan keganasan.

“I nak you semula.

Delailah geleng. Dia takkan kembali ke sisi lelaki itu. Jeffri sudah memadai baginya walaupun tidak sekaya Ken. “I takkan kembali ke sisi you.”

Kyle senyum. Tapi senyumannya menggerunkan lagi Delailah. “I boleh bagi you semua yang you nak. Cakap je apa yang you nak.”

Sekali lagi Delailah geleng.

Kyle mendengus. Dia akhirnya mencapai lengan Delailah. Cuba untuk mengheret Delaila ke keretanya tapi wanita itu meronta minta dilepaskan. Belum sempat Delailah menjerit, Kyle telah menekup mulut wanita itu. 

Delailah masih lagi cuba meronta. Namun semuanya sia-sia saja. Sudahlah tiada sesiapa pun yang melalui kawasan parkir. Hatinya sudah dihimpit keresahan. Kyle tentu mahu lakukan yang bukan-bukan padanya. Hatinya mengharapkan akan ada seseorang muncul menyelamatnya.

“Hey!” tiba-tiba kedengaran suara wanita. 

Kyle menoleh. Kelibat seorang wanita sedang memandangnya. Di sisi wanita itu ada seorang lelaki berbadan sasa. Belum sempat dia lakukan apa-apa lelaki itu telah meluru ke arahnya dan melayangkan satu tumbukan di mukanya. Kyle terpelanting dan Delailah terlepas dari pegangannya. 

Belum sempat tumbukan kedua hinggap di mukanya sekali lagi, Kyle menendang perut lelaki itu sehingga membuatkan lelaki itu rebah. Dia senyum sinis sebelum dia meluru ke arah lelaki itu dan memberi tumbukan ke muka lelaki itu Padan muka! Itulah siapa suruh masuk campur halnya. Dia sempat mengerling ke arah wanita yang berlari ke arah Delailah yang kelihatan tergaman. 

Dan sekali lagi tumbukan hinggap di muka Kyle. Dan lagilah Kyle mahu membalas tumbukan pada lelaki tak guna itu. Pengacau betul! Habis segala rancangannya musnah. Tapi baru saja satu tumbukan, lelaki itu telah menendang perutnya membuatkan dia rebah. Satu tumbukan dilayangkan ke arah wajahnya. Bukan sekali, berkali-kali dan akhirnya dia tertewas. 

Delailah yang dari tadi mendiamkan diri hanya mampu memerhatikan saja Kyle tewas di tangan lelaki asing yang tidak dikenalinya itu. Hatinya sedikit lega. 

“You okay?” Kedengaran suara wanita,

Delailah menoleh. Hampir-hampir lupa pada Amily. Walaupun dia tidak tahu bagaimana Amily boleh berada di tempat bekerjanya sekurangnya dia lega dengan kehadiran wanita itu.

********************



Delaila memandang Amily yang kelihatan tenang menghirup kopi. Rasa cemas yang dihadapinya tadi hampir hilang.

“Thanks for saving me,” ucap Delaila ikhlas. 

Cawan kopi di tangannya diletakkan kembali ke piring. “You’re welcome.”

“Sorry for asking tapi kenapa you ada kat office…” belum sempat Delailah menghabiskan ayatnya, Amily telah mencelah.

“I ada appointment dengan bos you kat restoran yang berdekatan.”

Delaila angguk sebelum mengeluh. Macaroon di hadapannya dipandang sepi. Begitu juga cawan kopi di hadapannya. Tidak menyangka Kyle tergamak mahu menyusahkan hidupnya lagi. Sepatutnya dia dengar saja nasihat Jeff hari itu. 

“Coffee will helps you feel better.” Amily bersuara lagi . Matanya memandang gadis bertubuh kecil di hadapannya. Dari tadi mendiamkan diri. Adakah gadis itu segan dengannya?

“Atau you tak suka minum dengan I?” 

Delailah terus geleng kepala. Serba salah dibuatnya apabila mendengar soalan Amily. Amily sudah tentu berfikir yang bukan-bukan tentang diamnya ini.

“Tak. Bukan.” Delalilah menyusun ayat. “I cuma…”

“Terganggu dengan apa yang berlaku tadi?” Amily mencelah.

Dalilah angguk kepala. “That guy is my ex-boyfriend. I tak sangka dia akan cari dan menyusahkan hidup I lagi.”

“Adakah tunang you tahu hal ini?”

Sekali lagi Delailah angguk. “Jeff tahu. Dia mintak I bagitahu dia kalau Kyle hubungi I lagi.”

“Kyle?” Amily hairan.

“My ex-boyfriend.”
Amily angguk kepala. “Jadi, apa yang buatkan you dan dia berpisah?”Soalan itu terpacul keluar dari mulut Amily tanpa dipinta. 

Delaila mengeluh. Dia sebenarnya tidak mahu ingat itu. 

“Kalau you tak nak cerita, it’s okay. That question randomly came out from my mouth. I cuma rasa you nak bercakap tentang tu tapi you tak tahu dari mana you nak mulakan.”

Delailah angguk lemah. Amily tahu apa yang bersarang dalam hatinya. “Kyle curang pada I. dengan perempuan yang dia kata adalah sepupunya. That story happen 3 years ago.”

“Dan kenapa dia cari you lagi?”

“He said he feel guilty for everything that happened 3 years ago. Dia nak I kembali ke sisi dia semula.”

“Dia tahu you dah bertunang?”

Delaila angguk. 

“Honestly speaking, I rasa Jeff is much more better than him. Apa yang buatkan you suka lelaki itu?”

Delaila jungkit bahu. Dia bersetuju dengan kenyataan Amily yang tunangnya adalah seratus kali baik daripadan Kyle. “I was young and immature at that time. Semuanya kelihatan sempurna walaupun pada zahirnya tidak. You tahu bukan cinta buatkan kita buta?”

Amily senyum sinis. Dia menghirup kembali kopi di hadapannya sebelum meletakkan kembali cawan itu. Soalan Delailah itu dibiarkan saja tanpa jawapan.

“By the way…” Delailah bersuara lagi. “I tahu ini mungkin dah lama tapi I nak minta maaf dari you.”

“For what?” Amily kerut dahi. 

“Adam pernah tuduh you cuba untuk bunuh I dulu.” Delaila tunduk. Segan sebenarnya. “Semua yang berlaku adalah disebabkan Kyle.”

Amily senyum sinis. “I tahu.”

Delaila pandang Amily. Amily tahu? Jadi, mengapa Amily tidak marahnya saja tahun lepas? “You tahu?”

Amily angguk.

“How?”

“Ada banyak cara untuk I tahu apa yang sepatutnya I tahu. And that’s including everything that is related with Adam.”

Delailah telan air liur. “Adam dan I cuma kawan saja. Not more than that.”

Amily senyum sinis lagi. “For how long you have been his friend?”

“Almost 10 years.”

Amily angguk. “You pasti you tak ada perasaan pada Adam lebih dari seorang kawan?”

Delailah telan air lagi. Cuak sebenarnya. Mengapa Amily tiba-tiba saja mengeluarkan soalan itu? Wanita itu tahu sesuatu kah? “Adam dan I cuma kawan saja.” Kali dia keluarkan ayat itu dengan rasa tidak yakin.

“Are you sure?”

Cuak Delailah makin bertambah. “Apa jua yang you dengar, itu semua hal dulu.”

“Jadi you admit yang you pernah ada perasaan pada Adam?”

Delailah mengeluh. “I was immature at that time. Tapi apa jua yang I buat waktu itu, Adam tak akan sukakan I. Maya already has his heart.”

“That must be really hurt,” ucap Amily tanpa perasaan.

Sekali lagi Delailah mengeluh. “Tapi I dah bahagia dengan keadaan sekarang. I dah ada Jeff. Jeff mungkin tak sempurna seperti Adam but I love Jeff.”

Amily kaku, tidak memberi respon pada ayat Delailah. “So, kalau I bagi you peluang untuk tawan hati Adam, you tak nak lakukan itu?

Delailah kerut dahi. Kepala digeleng. Kenapa dengan Amily ini? Wanita itu menakutkannya saja. “He’s married to you.”

“But he didn’t love me.”

Delailah senyum. “I believe he someday gonna fall in love with you.”

Amily senyum senget. “Atas bukti apa you cakap macam tu?”

Delailah senyum lagi. Matanya memandang Amily. Amily Katrina bukanlah tidak cantik. Mungkin bagi Adam, Maya lebih sempurna dari Amily tapi baginya, Amily juga tiada cacat celanya. “I don’t know but I believe he… someday gonna fall in love with you.”

Amily ketawa sinis. “I don’t think that will happen.”

“Why?” Delailah kerut dahi.

“For him, I’m a bitch. He won’t love a bitch like me.”

“But…” Delailah mahu bersuara tapi Amily memotong niatnya. 

“You cakap you dah kenal lama Adam. Jadi, you tentu tahu perangai Adam, bukan? When he hates someone, it will be like forever.”

Delailah telan air liur. Apa yang baru saja keluar dari mulut Amily adalah satu fakta. “Jadi, you boleh buatkan dia jatuh cinta pada you.”

Ayat Delailah itu disambut dengan gelak kecil dari Amily. Itu bukan kali pertama dia dengar ayat itu. Kakak iparnya akan menuturkan ayat yang sama setiap kali mereka bertemu. “I tak ada keinginan langsung untuk dapatkan cinta dia, Laila. Dan I percaya Adam dah ceritakan you semuanya kenapa I mahu kahwin dengan dia, bukan?”

Delailah angguk lemah. “But…” belum sempat dia menyudahkan ayatnya, Amily sekali lagi membatalkan niatnya. 

“It’s already late,” Amily memandang jam di pergelangan tangannya. Dan kebetulan Bryan telah tiba di sisinya. Lelaki itu membisikkan sesuatu padanya. Amily kemudian memandang Delailah dengan senyuman. 

“You dah boleh hidup tenang selepas ini. Your ex boyfriend tak akan ganggu you lagi.”

Delailah kerut dahi. “Maksud you?”

“I dah upah orang bunuh dia.”

“You what?” Delailah sedikit terkejut.

“You hear me. Whoever distracting your life, you should vanish him or her from your life.”

“But murdering is illegal!” Delailah hampir saja menjerit. 

Amily senyum sinis. “I was joking. Dia kat balai polis sekarang ini. Mungkin akan berada di penjara seumur hidupnya. Itu bergantung pada kebolehan peguamnya.”

Delailah tarik nafas lega. Jujur, lawak Amily langsung tidak kelakar. Hampir saja membuatnya terkena serangan sakit jantung.

“Bryan akan hantar you balik.” Amily bersuara lagi. 

“Dan you?”

“Zack akan datang ambil I nanti.”

Delailah telan air liur. Jadinya benarlah apa yang dikatakan oleh Adam tentang hubungan Zachary dan Amily.

“Go. It’s late.” Arah Amily.

Delailah bangun.Selepas mengucapkan terima kasih sekali lagi, dia beredar bersama-sama Bryan, meninggalkan Amily seorang diri.

Dan Amily mengukirkan senyuman sinis. Dia mengimbau kembali ayat Delailah tadi. Adam akan jatuh cinta dengannya? Mungkin. Dan mungkin tidak. Dia mahu tunggu dan lihat saja.



Reenapple: Somehow setuju dengan Delaila yang Adam akan jatuh cinta dengan Amily satu hari nanti.Ekhem


7 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.