Tuesday, May 26, 2015

Stick & Stones #23



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22]

Amily sedang asyik menonton televisyen saat kedengaran bunyi deringan dari iPhone 6 miliknya. Tertera nama Abigail di skrin.

“Hello.” Amily bersuara saat jarinya ditekapkan ke skrin. 

“I dengan Adam sekarang ni,” kedengaran suara Abigail seperti berbisik. 

“What?” Amily sedikit terkejut. Buat apa Abby bersama Adam?

“He texted me, asking want to meet me.”

Amily mengeluh. “You kat mana sekarang ni?”

Belum sempat Abigail menjawab soalan Amily, kedengaran ketukan pintu di hujung talian. 

“Nanti I text you alamat hotel I berada sekarang ni.” Abigail menamatkan talian.

Amily telan air liur. Belum sempat dia menghubungi Abigail, wanita itu telah menghantar satu mesej yang mengandungi alamat hotel. 

Room 215, Hotel Hilton.


-Abigail-
Sekali lagi Amily telan air liur. Dia cuba menghubungi Abigail semula tapi wanita itu telah menutup telefonnya. Amily dihimpit rasa risau. Patut atau tidak dia ketempat Abigail sekarang ini? Nada suara Abigail tadi kelihatan seperti dalam ketakutan. 

Akhirnya Amily bangun dan melangkah ke biliknya untuk menyalin pakaian. Walau macam mana sekalipun dia harus menyelamatkan Abigail.

************************

Hampir 1 jam meredah kesesakan lalulintas, Amily akhirnya tiba di hadapan Hotel Hilton. Dia melangkah masuk ke lobi utama seusai kereta Mazda Cx5 miliknya diparkir di kawasan yang disediakan. Kakinya terus saja melangkah ke arah lif dan menekan butang tingkat 2.

Setibanya di tingkat 2, dia mencari bilik bernombor 15. Hampir 10 minit mencari, akhirnya dia ketemui juga pintu bernombor 15. Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum tangannya laju saja mengetuk pintu. 1 ketukan masih lagi belum ada respon, kali kedua ketukan, sama juga. Dan Amily mengambil keputusan untuk beredar saja. Tapi belum sempat dia memulakan langkahnya, pintu terbuka. Kelibat Abigail memandangnya dengan sayu. Tanpa sepatah kata, wanita itu memeluknya erat. Amily melangkah masuk. Air liur ditelan saat melihat keadaan katil yang berselerak. 

“Did something happened?” Soal Amily tenang.

Abigail mengeluh. Dia melabuhkan punggung di sofa. 

“Where is he?”

Abigail diam lagi. Dan tiba-tiba saja pintu bilik air terbuka. Adam melangkah keluar dengan lengkap berpakaian. Lelaki itu mengukirkan senyuman sinis.

“It took long enough for you to come, Amily.” 

Amily diam. Dia pandang Abigail dan Adam bergilir-gilir sebelum mengukirkan senyuman sinis. Kali ini dia kalah. Dia telah masuk perangkap Adam. “Seem you got me, Adam.”


Abigail telan air liur. Dia pandang Amily. “I’m sorry.”

Amily senyum sinis. Dia mengambil tempat di katil. “So, did both of you enjoying your time?”

Adam diam tidak memberi respon ayat Amily. Matanya memandang Abigail. 

“I tahu you nak marah tapi lagi baik you marah I. She has nothing to with this. It’s all my plan.”

Adam mendengus. “Lisa, would you leave Amily and I alone?”

Abigail telan air liur. 

It’s okay. Just leave,” ucap Amily tenang pada Abigail. 

Abigail angguk lemah. Jujur, hatinya merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Akhirnya dia melangkah keluar. Seusai kelibat Abigail hilang di balik pintu, Adam terus saja mengunci pintu sebelum mengambil tempat di sofa, menghadap Amily Katrina.

Amily tersenyum sinis pada Adam. Nampaknya lelaki itu benar-benar marah. “You seems so mad, sayang.”

“What exactly happened that night, Amily?” Soal Adam dengan nada suaranya dikawal. Tidak mahu mengamuk sesuka hati. Sakit hati juga bila tahu yang Lisa itu adalah konco Amily Katrina. Wanita di hadapannya sengaja mencari pasal dengannya.

AMily senyum sinis. 

“Apa perkara terakhir yang you ingat?”

Adam telan air liur. Mana mungkin dia akan beritahu hal sebenar. Itu adalah sesuatu yang memalukannya. Yang mencalar keegoannya.

Amily senyum sinis lagi melihat wajah kelat Adam. “Biar I bagi klu pada you. Apa yang you ingat itu adalah hal sebenarnya yang berlaku.”

“Jadi, kita betul buat itu?” Soal Adam bengang.

“Do what?” Amily sengaja berlagak tidak memahami soalan Adam.

“You know what I’m saying.”

Amily senyum sinis. “Sayang, the last thing that I remember is we kissed, and kissed and kissed.”

Adam telan air liur. Jadi perkara terakhir yang Amily ingat adalah sama dengannya. “There’s nothing happened?”

Amily geleng. “We just kissed only. And you fall to sleep in the middle of ‘the warming up’. The next morning I sedar, I masih lagi berpakaian.”

Adam merenung tajam Amily. Mengharapkan wanita itu berkata benar. “But there’s no single cloth on my body.”

Amily ketawa kecil. “Don’t you get it? I take off all your clothes.”

“You… what?” Adam berang.

“I really did that. You really have a sexy body.”

Adam telan air liur. “You are so disgusting!”

Amily ketawa lagi. 

Adam mendengus berang. “And one more question. Did you put something in my drink?”

Amily angguk dengan senyuman sinis. “I put a pill of drug in your drinks.”

Adam kepal tangannya. Nasib baik Amily tu perempuan, kalau tak dah lama dia tumbuk wanita itu sampai dia rasa puas. “You really a bitch, Amily.”

Amily diam sambil ukirkan senyuman.

“Kalaulah I tahu ini semua kerja gila you, I sepatutnya ambil kesempatan atas Lisa.”

“It’s Abby not Lisa,” Amily bersuara.

Adam mengeluh kasar. 

“Kalau..” Amily mengajuk ayat Adam. “Tapi you tak tahu semua itu. Dan you tahu sekalipun you tak lakukan itu, ambil kesempatan atas Abby. You even bagitahu dia hal sebenar yang you dah kahwin.”

Adam telan air liur. Menyesal juga berlaku jujur pada wnaita bernama Lisa atau Abby atau apa-apa saja lah.

“And plus dia bukannya berminat pada you pun.” Tambah Amily lagi.

“Kalau I offer dia duit sepertimana you buat, itu tak akan ada masalah.”

Senyuman sinis Amily dimatikan. “Dia tak akan berminat pada you.”

“Why not? I am a good looking guy.”

“Unfortunately Abigail is a homosexual.”

“What?” Adam sedikit terkejut. Biar betul Amily ini?

“You heard me. She is lesbian.”

Adam geleng kepala. Amily Katrina sememangnya gila. “Kenapa you buat semua ini?”

Amily senyum sinis lagi. Dia sebenarnya tiada jawapan kenapa dia lakukan apa yang dia lakukan beberapa minggu yang lepas. Yang dia tahu, tatkala dia sedar dan lihat Adam tidak berbaju sedang berbaring di sebelahnya, di saat itulah dia punya idea gila itu. “I’m sorry. I don’t have answer for that. I just like…” Amily senyum. “… teasing you.”

“You are a bitch!” jerit Adam lagi.

Amily ketawa kecil. “Call me anything that you want, Adam tapi you tak boleh ubah apa yang dah jadi.”

“I akan ceraikan you.”

Sekali lagi Amily keluarkan ketawa. Ketawa yang menyakitkan hati bagi Adam. “Kalau you nak ceraikan I, you tak perlu rancangkan semua ini. You akan terus mintak peguam you hantar surat penceraian pada I pada hari yang sama you tahu hal sebenar.”

Adam telan air liur. Ada benar jugak apa yang Amily katakan itu. Kenapa dia tidak lakukan itu dari dulu lagi? Oh, dia lupa, dia mahu balas dendam dahulu. “I akan balas dendam.”

“Then do it now. But what kind of revenge you want to do on me?”

Adam telan air liur. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Amily. 

“Dan I tak rasa you nak rogol I cause you hate a bitch like me.”

Adam telan air liur. Rogol? Kasar sangat ayat Amily. Apa Amily ingat dia lelaki macam mana? “You dah terlalu jijik untuk I sentuh you, Amily.”

Amily ketawa. “You tak nak sentuh I tapi you nak balas dendam. I dah bagi suggestion untuk you.”

Adam mendengus. “Ada banyak cara lain untuk I balas dendam Amily. Dan tak semestinya I harus sentuh you untuk balas dendam.”

“Then apa yang you nak buat?”

Adam tarik senyum senget. “Tak semestinya I perlu sentuh you untuk balas dendam, bukan?”

Amily senyum sinis. “Well, I akan tunggu balas dendam you tu dengan tenang.” Amily bangun. Tanpa mengucapkan sepatah kata selepas itu, dia melangkah keluar.

Dan Adam mengeluh bernada kecewa. Jujur, dia tidak tahu sampai bila dia harus bersabar dengan perkahwinannya ini. Dan dia juga tidak tahu bagaimana dia harus balas dendam pada Amily Katrina itu.


Reenapple: Balas dendam bermula. I guess I'm on Adam's side. Hiks :D



8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.