Monday, May 25, 2015

Stick & Stones #22



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21]

Adam mengukirkan senyuman tatkala kelibat Delailah muncul di hadapannya. “What’s up babe?”

Delailah mengukirkan senyuman sambil mengambil tempat berhadapan lelaki itu. “Jeff said hi to you. Dia tak dapat datang. Ada case apa entah.” Ucap Delaila sedikit kecewa. 

Adam angguk. Tahu sangat kerja Jeffri sebagai anggota polis yang cutinya tidak tentu masa. “Dia tengah handle kes apa sekarang ni?”

Delailah jungkit bahu. Yang sejujurnya dia tidak mahu ingat. Kecil hati dengan tunang kesayangannya itu. 

“So, kenapa you nak jumpa I, Laila?”

Delaila senyum lagi. “I nak serahkan sesuatu pada you.”

“Is that your wedding invitation?”

Delailah ketawa kecil. Dia geleng. 

“Then?” Adam kerut dahi. 

Delailah mengeluarkan satu majalah dari beg satchel nya sebelum menyerahkan pada Adam.

“What is this?” Sekali lagi Adam kerut dahi sambil matanya memandang majalah di hadapannya. Terpampang gambar Amily di muka hadapan. Kelihatan cantik dan anggun. Tapi dia tahu itu adalah gambar edit. 

“Did I told you yang I interview Amily a few weeks ago?”

Adam angguk. “I know about that. Tapi kenapa you nak bagitahu I semua ini? Hal dia bukan hal I, Laila.”

Delaila mengeluh. “I just thought you might want to have a copy of it. She is your wife.”

“For what? Supaya I boleh bagi pada dia? You patut bagi sendiri pada dia, Laila.”

Delaila geleng kepala. “Well, maybe you should read it. Mungkin dari situ you boleh kenal dia?”

“Sebagai contoh?”

Delaila senyum. “Her hobby. Her dreams.”

“Tak ada kaitan dengan I, Laila.”

Delaila mengeluh. Susah betul nak ubah persepsi Adam terhadap Amily Katrina. Amily bukanlah jahat sangat. Wanita itu cuma cold-heartless person dan pentingkan diri sendiri. “Kalau you dah cakap macam tu, tak apalah. But I nak you baca tentang dia. She’s not that bad.”

“Sejak bila you on her side?”

Delaila ketap gigi. Nasib baik mereka berada di tempat awam sekarang ni. Kalau tak, memang dah lama dia simbah jus oren ke muka Adam Joshua ini. Degil!

Nonetheless Laila, apa saja yang dia bagitahu you waktu interview itu, she might fake it. Bukannya susah nak berlakon dan bercakap perkara baik tentang diri sendiri.”

Delailah jeling Adam. Bengang! “Mungkin you patut baca tentang apa yang dia cakap tentang you?”

“What?” Adam kerut dahi. Matanya memandang Delaila, meminta penjelasan. Namun kosong, sahabatnya itu hanya mendiamkan diri. 

“I have to go. I dah janji dengan Mak I yang I akan jumpa dia nanti.” Delaila bangun. 

Belum sempat Adam bersuara, Delaila telah meninggalkannya seorang diri. Adam mengeluh. Black Coffee di hadapannya dihirup sambil matanya memerhatikan majalah di hadapannya. Mahu atau tidak dia membelek majalah itu?

Akhirnya dia mencapai majalah itu dan membeleknya. Satu persatu ayat tentang Amily dibacanya. 10 minit membaca tentang Amily, Adam kembali meletakkan majalah itu ke meja. Dia senyum sambil kepala digeleng. Agak aneh dia mahu mengambil tahu tentang Amily Katrina ini. 

Tapi dia pasti apa yang tertulis di majalah itu tentang Amily semuanya olok olok sahaja. Amily seorang yang licik dan pandai berbohong. Suami punya ciri lelaki idaman? Yelah sangat! Tentulah, wanit itu hanya berkahwin dengannya disebabkan harta. Dia pasti, kalau dia bukan pewaris Casa Holdings, tentu Amily akan pandangnya dengan sebelah mata sahaja.

Akhirnya tangan diangkat, memanggil pelayan. Seusai membayar harga minuman, dia bangun tapi belum sempat langkah dimulakan, dia terpandangkan kelibat seseorang yang dikenalinya. Lisa!

Tapi Adam tidak ambil penduli. Penduli apa dia dan Lisa. Sah-sah Lisa tidak sedar akan kelibatnya. Kalau gadis itu sedar, sah-sah akan menuju ke arahnya. Baru saja dia mulakan satu langkah, kelibat seorang wanita berkaca mata hitam tiba di meja Lisa. Adam telan air liur. Dia tahu susuk tubuh itu milik siapa. Amily Katrina!

Dia telan air liur. Jadinya, Amily dan Lisa saling mengenali? Apa agaknya yang kedua dua orang wanita itu mahu bualkan? Adam sarungkan cermin mata hitamnya sebelum melangkah ke arah meja di belakang Amily. Dia pasti penyamarannya tidak akan disedari oleh Amily. 

**************************


“So, how is it?” kedengaran suara Amily.

Abigail mengukirkan senyuman. “It turns different from what you had expect.”

Amily kerut dahi tidak memahami ayat wanita di hadapannya. “Maksud you?”

Abigail senyum lagi. “He confess to me that he is a married man.”

Amily tarik senyum senget. “Gotta be kidding!”

Abigail geleng. “That’s the truth, dear.”

“Dan dia sedikit pun tak ambil peluang ke atas you?”

Abigail geleng lagi. “I told you what exactly happened at hotel room. Your husband seems a little bit blur.”

Amily senyum. 

“Dan dia sedikitpun tak pernah balas mesej mesej I.” tambah Abigail lagi. “At least you know that he’s loyal to you.” 

Amily senyum senget. Setia? Adam? Dia tak penduli pun semua itu. Kopi di hadapannya dihirup dengan tenang.

“Lepas ni, you nak buat apa lagi?” Soal Abigail sambil matanya memandang wanita cantik di hadapannya. Aneh dan hairan kenapa Amily sanggup melayan suaminya sedemikian.

Amily jungkit bahu sambil matanya membelek kukunya yang baru saja diwarnakan peach pagi tadi. “You ada idea?”Amily pandang Abigail.

Abigail geleng. “I cuma ikut arahan you saja, Amily.

“Kalau I perlukan you lagi, I will inform you.”

Abigail angguk. Dia menghirup Jus Strawberry di hadapannya. 

Before I forget..” Amily bersuara lagi sebelum mengeluarkan sampul surat berwarna coklat sebelum menyerahkan pada Abigail. “Your payment.”

Abigail senyum lebar sebelum membelek kepingan wang dalam sampul surat itu. “It’s too much.”

“It’s what we had deal.”

Abigail angguk. “Tapi I tak kisah pun duit you, Amily. All I want to do is repay you. You dah banyak tolong I.” Tangan Abigail memegang tangan Amily tapi Amily menarik tangannya dari disentuh Abigail.

“Abby, we have talked about this.”

Abigail mengeluh.

“I see you again.” Amily bangun sebelum diikuti oleh Abigail. Seusai membayar harga minuman, kedua-dua wanita itu beredar.

Adam yang dari tadi mendengar perbualan Amily dan Lisa hanya mampu menahan geram saja. Tangan dikepal ibarat mahu melayangkan tumbukan ke muka Amily saat mengetahui hal sebenar. Dia akan cari jalan untuk balas dendam. Dan akan membuatkan Amily menyesal seumur hidup. Dia pasti akan lakukan itu!



Reenapple: Agaknya apa yang Adam akan buat??



7 comments:

  1. Rasa mcm amily ni dy syg dkt adam..bila lah dy org ni nak berbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga. Penulis pun tak faham juga Amily ini.

      Delete
  2. Adam akan buat Amily jatuh cinta dgn dia?

    ReplyDelete
  3. Hmm. Saling balas membalas. It will be a nice game. Adam nmpak scary bila jahat.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.