Sunday, May 24, 2015

Stick & Stones #21



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20]

Delailah mengukirkan senyuman tatkala kelibat yang ditunggunya tiba. 

“Hai Laila.” Sapa Adam sebelum mengambil tempat berhadapan sahabatnya itu.

Delailah membalas senyuman. Cappucino di hadapannya dihirup sebelum dia kembali memandang Adam Joshua di hadapannya. 

“So, apa yang buatkan you nak jumpa I hari ini? Something happened?” Adam memulakan perbualan.

Delaila senyum lagi. Bahunya dijungkit. “It’s nothing. I dah lama tak jumpa you.”

“Do you miss me?” usik Adam.

Delaila senyum saja dengan usikan Adam. Sudah lama dia tidak mendengar ketawa Adam. Dan juga usikan lelaki itu. “So, how’s your life?”

Adam angguk kepala. “It’s been great.”

“And Amily?”

Adam kerut dahi. Dan sedikit tidak selesa setiap kali nama Amily keluar dari mulut sahabatnya. “Kenapa you tanya pasal dia?”

Delaila senyum sambil jungkit bahu. “How is it working with her?” Soal Delaila. Kali terakhir yang dia tahu tentang Amily dari mulut Adam, adalah mengenai kerjasama diantara Casa Holdings dengan MZix Holdings. Dan pasangan suami isteri terpaksa bekerjasama.

Adam mendengus. Sedikit tidak senang dengan soalan yang keluar dari mulut Delailah. Keseluruhannya, memang tak ada masalah bekerjasama dengan Amily tapi dia, walau macam mana sekalipun masih tidak menyukai wanita itu. Dan nasib baik dia mampu bersikap professional, tidak mencampur adukkan hal kerja dan hal peribadi.

“Adam?” Delaila bersuara lagi. 

Adam tersentak. “Tak ada apa-apa yang istimewa untuk ceritakan tentang itu, Laila.”

Delaila senyum. “Adakah I akan dengar any good news tentang you dan dia?” Sengaja Delaila mengusik Adam.

Adam tunjuk riak tidak puas hati. “Itu tak akan pernah terjadi, Laila.”

Delaila jungkit bahu. Dia tak akan percaya itu. Amily ada satu magnet yang mampu membuatkan mana-mana lelaki akan pandang wanita itu berkali-kali. Dan dia pasti Adam, sooner or later akan tergolong dalam lelaki itu. 

“You sendiri tahu kenapa parents you mahukan you dan Amily bekerjasama dala projek syarikat you, bukan?”

Adam telan air liur. Dia tahu itu. Daddy dan Mommy sedang cuba sedaya upaya untuk memulihkan hubungan dia dan Amily. Tapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Baik dia, mahupun Amily langsung tidak ada inisiatif untuk memperbaiki perkahwinan mereka. Mungkin saja dia. Entah, Adam malas ambil tahu. Itu semua tidak penting baginya. 

“Everytime kita jumpa, you akan tanya tentang dia. Kenapa you nak spoil kan mood I Laila?” Soal Adam dalam nada tidak puas hati.

Delaila ketawa kecil. Kelakar pula melihat reaksi Adam Joshua sekarang ini. “I’m just asking, Adam. Don’t take it seriously.”

Adam mengeluh. 

“And by the way, I ada jumpa Amily last month.”

Adam kerut dahi. “Buat apa you nak jumpa dia?”

“Ia hal berkaitan kerja. Bos I suruh wawancara dia.”

“For what?”

Delaila geleng. Sah, Adam tidak tahu langsung tentang isterinya. “You tahu tak Amily tu siapa?”

“Who?”

“She is named for Top Ten Young And Succesful Women in this country.”

“So?” Adam jungkit kening. “Is that something that I should be proud of?”

Delaila geleng. “Kalau I jadi you, I akan rasa bangga.”

Adam tunjuk reaksi sinis. jujur, dia tidak rasa bangga pun tentang apa yang didengarnya sebentar tadi. “Hal dia, bukan hal I, Laila.”

Sekali lagi Delaila geleng kepala. Adam Joshua tidak pernah berubah. Masih ego dan keras kepala seperti dahulu. Belum sempat dia bersuara, tiba-tiba saja kedengaran suara wanita. Delaila kerut dahi. Tertanya-tanya siapa wanita di hadapannya ini.

“Hey… it’s really you.” Sapa Lisa dengan riang.

Adam telan air liur. Kecil betul dunia ni. Ingatkan dia tak akan bertemu lagi wanita ini. Walaupun Lisa asyik menghantar mesej dan menghubunginya, dia sedikitpun tidak pernah mahu memberi respon.

“It’s been a long time, isn’t it.” Lisa mengambil tempat di sebelah Adam tanpa menghiraukan pandangan Delailah. “I cari you kat night club but you never been there after that.”

Adam senyum kelat. Dia pandang Delailah. Sahabatnya itu sedang memandangnya, meminta penjelasan. “I was been very busy lately.”

Lisa angguk dengan senyuman. “I see. But today, you are free, right?

Adam telan air liur. Tidak tahu sama ada mahu iyakan atau nafi sahaja. Dia tidak selesa dengan pandangan Delailah. Harapnya Delaila tidak berfikir yang bukan-bukan tentangnya. “A little.”

Lisa senyum lebar. “That’s great! Can I come to your house?

Delailah yang dari tadi memerhatikan saja wanita yang tidak dikenalinya itu berbual dengan Adam berdehem. 

“Oh, forgive me. I tak sedar you,” ucap Lisa dengan senyuman. Dia menghulurkan tangannya pada Delailah. “I’m Lisa, Adam’s girlfriend.”

Adam telan air liur lagi. Sesuka hati je perempuan di hadapannya mahu mengaku sebagai teman wanitanya. Nasib baik kau perempuan cantik. 

“Girlfriend huh?” Delailah jeling Adam. Adam dari tadi mendiamkan diri. Tentu lelaki itu sedang rahsiakan sesuatu.

Adam tunjuk reaksi kelat.

Lisa angguk. “And your name?”

“I Laila. Adam bestfriend.”

Adam mengeluh. Mengapa Delailah tidak mengaku saja dia adalah teman wanitanya. Tentu itu akan membuatkan Lisa berhenti dari menganggunya. 

“Oh.” Lisa senyum sebelum kembali memandang Adam di sebelahnya. “So, can I come to your house tonight? There will be lots of thing we can do.”

Adam tunjuk reaksi kelat. “I can’t do that.”

“I miss you since that night.”

Delailah kerut dahi. Masih cuba menghadamkan ayat Lisa yang baru didengarnya tadi. 

Adam mengeluh lagi. parah ini. Sah-sah Delaila sudah berfikir yang bukan-bukan tentangnya. 

“I akan ada kat the same night club tonight. So, I akan jumpa you nanti?” Lisa bangun, tanpa mengesyaki apa-apa.

Nak tak nak Adam terpaksa angguk kepala. “Sure. See you there.”

Lisa senyum lagi. “I see you there.” Lisa beredar.

Adam menghela nafas lega. 

“So, you nak bagitahu I hal sebenarnya?”

Adam telan air liur. Mahu atau tak jelaskan hal sebenar pada Delailah? “Promise me, you won’t mad or tell anyone about whatever I’m gonna tell you after this.”

Delailah kerut dahi. Sepertinya apa yang bakal keluar dari mulut Adam adalah rahsia besar lelaki itu. Delailah angguk kepala.

Adam tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan ceritanya. 15 minit bercerita, dia memandang Delailah yang sedikit terkejut dengan pengakuannya. 

“You gotta be kidding, Adam.”

Adam geleng lemah. “I’m not, Laila. That’s what exactly happened.”

“Did Amily know about this?”

“I rasa dia tak ada hak untuk tahu.

Delailah mendengus. Tiba-tiba dia mahu marah Adam. “She’s still your wife no matter how much you hate her.”

Adam mengeluh. Dia tahu itu. “Mungkin kalau dia tahu hal ini, she and I might get divorced.”

Delaila geleng.”But then… you cakap malam tu, you jumpa Amily kat kelab malam. And how on earth you ended up on bed with this Lisa, naked?”

Adam telan air liur. “I syak Amily put something in my drinks.”

“Dan tiba-tiba saja you dan Lisa ni buat… itu?”

Adam jungkit bahu. Memang benar perkara terakhir yang dia ingat adalah dia dan Amily bercumbuan tapi bila difikirkan semula, mungkin saja dia bermimpi saja. 

“Adam?” Delaila bersuara lagi.

“You won’t tell anyone right?”

Delaila mendengus. “Make sure that Lisa know that you are a married man, Adam. I tak nak terlibat dalam kecurangan you.”

Adam ketawa kecil. Kelakar pula mendengar ayat Delailah. “Tak ada siapa yang curang, Laila. Amily dan I tak cinta satu sama lain. And plus, that Amily juga ada affair dengan lelaki lain.”

Delaila jeling. Tidak puas hati dengan ayat Adam. Kalau lelaki itu masih belum berkahwin, mungkin dia boleh terima hubungan Adam dan Lisa itu. Memang benar Adam dan Amily tidak cinta satu sama lain. Tapi dia tetap tidak boleh terima jika Adam yang telah berkahwin itu punya hubungan sulit dengan perempuan lain. Dia pantang dengan lelaki curang.

Adam tunduk. Tiba-tiba saja dia gerun dengan jelingan Delaila. “I will let her know that. I will let Lisa know the truth,” balas Adam dengan rasa takut.

Delaila geleng kepala. Dia bukannya risau tentang betapa sedihnya Amily atau keluarga Adam bila tahu hal ini. Yang dia risaukan adalah reaksi Amily Dari apa yang diceritakan padanya dulu, Amily adalah seorang yang sukar ditafsir. Tiba-tiba saja dia terbayangkan Lisa itu berada dalam keadaan bahaya apabila Amily tahu ini.

********************************



Amily mengambil tempat yang disediakan untuknya di dewan hotel dengan rasa berat hati. Adam yang tersenyum di sebelahnya dia tidak hiraukan. Sekali sekala dia akan tersenyum palsu pada sesiapa yang menyapanya.

“By the way, for how long kita akan berada di event ini. I bosan.”

Adam mengerling isterinya. Ayat Amily, langsung dia tidak penduli. Ayat yang sama Amily Katrina akan keluarkan setiap kali mereka terpaksa menghadiri majlis formal. “I thought you already used to this kind of event.”

Amily tarik senyum senget. “I am. Tapi 30 minit I kat sini dah buat I mengantuk. I am totally exhausted.” Amily jujur. Baru saja petang tadi dia turun dari kapal terbang dan sekarang dia diminta pula menghadiri majlis orang-orang kenamaan bersama Adam.

Then bear it for another 30 minutes,” balas Adam dingin. 

Amily mengeluh. “I harap Zack ada kat sini.” Sengaja Amily keluarkan ayat itu. Sepatutnya mengikut perancangan, Zachary juga akan turut serta dalam majlis ini tapi dibatalkan saat akhir hanya kerana dia mengarahkan sepupunya itu menyelesaikan masalah projek kerja di luar negara itu. Senang hati betul melihat wajah bengang Zachary semalam. 

“I’m sorry, sayang. Zack is so busy with other girls.

Amily jeling Adam. “I nak pergi toilet.” Amily bangun, meninggalkan Adam. 

Adam mengangguk sebelum matanya menghadap telefon bimbit yang baru saja dikeluarkan dari poketnya. 1 WhatssApp dari Lisa. Adam mengeluh. Lisa ni nak apa sebenarnya? Masak dia kalau Amily tahu tentang ini. Ah, penduli apa dia dengan Amily. Mungkin dia harus ambil peluang ini untuk tamatkan saja perkahwinan ini? Gunakan Lisa?

Hai…” Tiba-tiba saja kedengaran suara wanita. Adam telan air liur. How on earth perempuan ni ada kat sini? Masak dia kalau Amily nampak ini. 

“It’s really you! I ingatkan I tersalah orang,” wanita itu bersuara lagi sebelum mengambil tempat di sebelah Adam.

Adam telan air liur. Kecil betul dunia ini. Walau macam mana sekalipun dia cuba mengelak dari bertemu Lisa,dia akan terserempak juga dengan wanita itu.

“Oh, hi.” Sapa Adam dengan tidak ikhlas. “Apa yang you buat kat sini?” Dalam hati Adam, dia berharap sangap Lisa cepat cepat beredar. Dia tak mahu Amily nampak Lisa. 

“I datang temankan kawan I. And you?”

“Same with you.” Adam telan air liur apabila menyedari ayatnya. Ah, pendulikan. Bukannya Lisa atau Amily tahu hal sebenar pun.

“I see.” Lisa angguk. “So… mana kawan you?”

“I pun tak tahu dia kat mana. Maybe in the toilet, perhaps.” Adam senyum dalam hati. Menarik pula menipu ni.

Lisa senyum. “So…” Tangannya menyentuh tangan Adam di atas meja. 

Adam mengerutkan dahi. Hairan dengan bahasa tubuh Lisa. 

After this event I free, you ada nak pergi mana-mana?” Lisa menyudahkan ayatnya. 

Adam telan air liur. Nafas ditarik sedalam yang mungkin sambil matanya memandang Lisa yangs edang tersenyum padanya. Wanita itu cantik. Tapi ayat Delailah hari itu masih lagi tergiang-ngiang di telinga. “Look, I know what had happen between us but I don’t know you and you don’t know me either.”

“Then, let’s get to know each other,” balas Lisa riang.

Adam mengeluh lagi. “That night was a mistake, Lisa.”

Lisa senyum. “You memamg tak ingat apa yang berlaku malam itu, bukan?”

Adam kerut dahi. Jujur, dia langsung tidak ingat tentang kelibat Lisa di kelab malam. Apa yang dia ingat hanyalah dia dan Amily bercumbuan. Takkkan itu hanyalah mimpinya sahaja?

“It’s okay, I ingatkan you semula.” Lisa bersuara lagi. “You datang pada I. We have really great conversations and…”

“And we end up at that hotel?” Adam mencelah.

Lisa angguk dengan senyuman. “You were really good in bed.”

Adam mengeluh. Dia pandang Lisa dengan rasa bersalah. “The truth is Lisa…”

Lisa pandang Adam, menanti ayat seterusnya yang keluar dari mulut lelaki itu. 

“I already married.” Adam melepaskan keluhan. Terasa sedikit ringan bebanan yang ditanggungnya. 

“Owh…” Hanya itu saja yang Lisa mampu keluarkan. 

“I didn’t mean to…” Adam bersuara lagi. “But I believe I was drunk that night. And…” Ayatnya tergantung di situ. Tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan.

Lisa tersenyum kelat. “Of course you were drunk last night. So do I. But then…” Lidah Lisa kelu untuk berkata-kata. Dia pandang Adam dengans edikit rasa kecewa. “Maybe I should get back to my friend.” Lisa bangun.

Adam angguk.

“Oh and if you were having problem with your wife and you perlukan someone, you know hot to contact me, right?”

Adam telan air lliur. Ingatkan Lisa sudah berputus asa dengannya, rupanya tidak. Dia hanya tersenyum kelat sebelum memerhatikan kelibat Lisa kembali ke mejanya. Dan beberapa seketika kemudian, kelibat Amily muncul. Adam bersikap biasa, tidak mahu Amily syak yang bukan-bukan. 

By the way…” Amily mula bersuara. “You cakap dengan siapa tadi?” 

Adam telan air liur. Mahu berlaku jujur atau berbohong? Ah, buat apa dia nak berlaku jujur? Amily sah-sah tak ambil kisah. “One of my client.”

“I see. But you dan dia seems so close.” Amily senyum sinis pada Adam.

“Client. Nak tak nak you have to be friendly with them.”

Amily senyum sinis lagi. “Tapi I tak suka cara dia sentuh you.”

Adam kerut dahi. Meminta penjelasan lanjut. “Means?

Amily senyum sebelum mendekatkan diri ke telinga Adam. “I know we didn’t love each other. But I tak suka orang sentuh apa yang jadi milik I.

Adam mengeluh. Dia pandang Amily. “I’m not yours, Amily.”

You have to accept that fact. We get married and belongs to each other.”

Adam senyum jengkel. “You memang tak tahu erti perkahwinan sebenar, bukan?”

Amily jungkit bahu sambil matanya memandang Adam. “Then teach me. Oh no. Show me than.”

Adam diam. Malas untuk ambil penduli ayat Amily. 

***************************************




Tepat jam 12 tengah malam, Amily tiba di hadapan pintu apartmennya. Belum sempat dia membuka pintu, dia kembali menoleh ke belakang, memandang lelaki di belakangnya dengan senyuman menggoda. “Would you like to have a night with me tonight?”

Adam mendengus. “I tak ada keinginan nak sentuh you, Amily.”

Amily senyum sinis. Dia tahu itu. “Tapi kenapa you sanggup hantarkan I sampai depan pintu?”

“Sekarang ni ada banyak kes rogol berlaku sekarang ni,” balas Adam dingin.

“Oh, how sweet you are.” Tangan Amily cuba menyentuh pipi Adam tapi lelaki itu mengalihkan wajahnya. Amily senyum sinis. “Tapi, you tak perlu risaukan I. I ada black belt in martial arts, sayang.”

“But still you are a lady. Kekuatan seorang lelaki tak sama dengan kekuatan you. Ada sepuluh perempuan macam you tak mampu nak kalahkan seorang lelaki.”

Senyuman sinis Amily dimatikan. “Whatever it is, I tahu jaga diri I.”

Adam tarik senyum senget. “Well, kalau you dah cakap macam tu.”

“Good night then.” Balas Amily dingin. 

“But Amily…” Adam bersuara lagi. 

Amily kembali menoleh ke arah Adam. 

“Would you mind if I’m asking you a question?”

“What?”

Adam telan air liur. Tidak tahu sama ada mahu keluarkan soalan yang telah lama bersarang dalam mindanya. Dan dia juga tidak tahu sama ada dia akan percaya atau tidak, apa jua jawapan yang akan keluar dari mulut Amily.

“What exactly happen that night?”

Amily kerut dahi. “What night?”

“At the club.”

Amily jungkit bahu. 

“Means?” Adam tidak puas hati dengan jawapan Amily. 

“You left before me. You hilang after I cakap I nak berbual dengan Lex.”

Adam telan air liur. Jadinya, apa yang Lisa beritahu itu adalah benar. 

Why?” Amily hairan.

“Nothing. Good night.” Adam kemudian melangkah ke arah lif yang baru saja terbuka tanpa menghiraukan Amily. Entah mengapa dia sedikit rasa bersalah pada Lisa. Menyesal berlaku jujur pada wanita itu.


Reenapple: Now Adam in dilemma.




6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.