Saturday, May 23, 2015

Stick & Stones #20



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19]

Adam memerhatikan keadaan di kelab malam sebelum matanya terpaku pada susuk tubuh yang dikenalinya. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah wanita yang sedang asyik berbual mesra dengan seorang lelaki. 

“Adam?” Soal Amily sedikit terkejut. Dia pandang lelaki di hadapannya dengan riak tidak selesa. 

“Hai. Surprise?” Sapa Adam dengan sinis. Matanya menjeling pulak lelaki yang berkongsi meja dengan Amily. “And who is this?”

“This is Lex.” Amily memperkenalkan lelaki di hadapanya pada Adam. 

“Hai.” Lex menghulurkan tangan pada Adam tapi Adam tidak menghiraukannya. Mak aih sombongnya lelaki ini. 

“So, where is Zack?” Adam memerhatikan keadaan sekeliling, mengharapkan dia akan menemui kelibat Zachary Davis.

“Bukan ke you hantar Zack ke Singapore for a few days?” Amily memeluk tubuhnya, memandang Adam.

Adam telan air liur. Dia lupa itu. Matanya memandang Lex di hadapannya. “Lex, would you mind leave us alone?”

Lex kerut dahi. Sudahlah sombong dengannya, ini pula biadap pula. Apa kena dengan lelaki ini? “Who the hell are you, asking me to leave?”

Adam tarik senyum sinis. Dia memandang Amily dan Lex bergilir-gilir. “Amily tak bagitahu kau yang dia dah kahwin?”

Lex tunjuk riak terkejut. Dia pandang Amily. Wanita itu hanya berlagak tenang saja. “Amily… is it true yang you…” belum sempat Lex habiskan ayatnya, Amily telah anggukkan kepalanya. “Tapi you tak pernah bagitahu I selama ini.”

Amily senyum sinis. “It doesn’t matter to you or to me, or to him.” Amily jeling Adam. 

“Jadi, aku rasa kau dah boleh berambus?” Soal Adam kasar.

Lex mengeluh sebelum bangun dan hilang di tengah tengah manusia yang rancak menari. 

Adam mengambil tempat Lex tadi. Dia memandang Amily yang berlagak tenang. 

“How on earth you tahu I kat sini?”

“Ada banyak cara untuk I tahu you kat mana.”

Amily senyum sinis. “Apa jua yang I buat, tak ada kaitan dengan you, Adam. Jadi, you dah boleh suruh orang you berhenti awasi I.” Amily sedikit bengang. Memanglah siapa yang tidak bengang dengan perilaku Adam. Lelaki itu memungkiri janji!

Adam telan air liur. Tak ada apa yang dia boleh sembunyikan dari Amily. “I’m afraid…” belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Amily bersuara lagi.

“You are afraid if Zack and I are planning something against you?”

“Is that the truth?”

Amily tarik senyum senget. “You cemburu?”

“Never.”

Amily mencebik. Dia bangun. Adam Joshua dipandanganya. “Would you like anything?”

“I don’t drink.”

“Okay then. You tunggu I kat sini. I bawakkan minuman untuk you.”

Adam mahu bersuara tapi belum sempat dia lakukan itu, Amily telah menghilangkan diri ke kaunter minuman yang tidak jauh dari meja mereka. Adam mengeluh. Matanya kembali memerhatikan keadaan sekeliling. Muda-mudi sedang merancak menari megikut rentak muzik yang kedengaran. Salah satu sebab kenapa dia tidak gemar Amily adalah sikap liar wanita itu.

Kali pertama dia bertemu Amily Katrina adalah di satu cafe di luar negara, tatkala dia sedang bercuti bersama Maya. Waktu itu dia sedang menanti Maya dan dia terlihat kelibat Amily bersama buku dan secawan kopi pagi itu. Bukanlah dia jatuh cinta pandang pertama pada wanita itu tapi gerak geri wanita itu menarik perhatiannya. Jarang benar dia bertemu wanita dan buku di zaman yang canggih ini. Dan wanita berambut pendek seperti Victoria Beckham itu langsung tidak menyedari dirinya diperhatikan.

Dia perhatikan saja kelibat Amily Katrina dengan bukunya sehingga kelibat Maya muncul. Kebetulan ketika itu, seorang lelaki tiba, mengambil tempat berhadapan Amily. Dia lihat Amily tersenyum mesra melayan lelaki itu.

Tapi apa yang membuatkan dia tidak mengemari Amily? Apa yang membuatkan dia benci pada Amily? Entah. Dia sendiri tidak tahu. Tapi dia pasti Amily Katrina yang menjadi isterinya sekarang ini bukan lagi wanita yang sama yang pernah dia jumpa 6 tahun yang lepas di Itali. Wanita yang dijumpainya dulu penuh dengan senyuman di bibir tapi Amily Katrina ini susah betul untuk senyum. Dan kalau wanita itu senyum sekalipun, Adam tahu itu adalah senyuman sinis. 

Mungkin saja dia tersalah lihat orang ketika itu. Ah, apa-apa pun siapa Amily Katrina di waktu dulu dan sekarang bukan urusannya. 

“Hai sayang…” suara Amily mematikan lamunan Adam. 

Adam mendengus. Dia perhatikan saja satu gelas diletakkan di hadapannya. Dia kemudian pandang Amily. 

“I don’t drink, Amily.”

Amily jungkit bahu. “It’s just a coke.”

Adam geleng. Dia tak akan percaya. 

“Well, kalau you tak nak minum, it’s okay. I tak nak paksa you.” Ucap Amily tenang sebelum meneguk minuman di hadapannya. 

Adam pandang Amily. “Do you remember our first meeting?” Tiba-tiba saja dia keluarkan soalan itu.

Amily memandang Adam. Hairan dengan soalan lelaki itu. “Pada waktu makan malam pertama I sebagai tunang you, bukan?”

Adam senyum sinis. Sah-sah Amily tidak tahu tentang insiden di Itali dulu. “You memang tak ingat bukan?”

Amily kerut dahi. “I tak pernah lupa mana-mana lelaki yang I pernah jumpa.”

Adam diam. Dia malas untuk ceritakan hal sebenar. 

“But then, you tak nak minum?” Sekali lagi Amily mengeluarkan soalan. 

Adam mengeluh. “I told you, I don’t drink.”

“It’s just a coke. Taste it.”

Adam mengeluh lega. Gelas di hadapannya dicapai. Dia hidu sedikit sebelum meneguk sedikit.

“So? It’s a coke, right?”

Adam diam. Dia akhirnya meneguk semula minuman itu sehingga gelas di tangannya kosong.

Amily mengukirkan senyuman.Jeratnya mengena!

$$$$$$$$$$$$$$$$


Adam buka mata. Tangannya mengurut dahi. Kepalanya sakit. Dia bangun sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling. Ini bukan pemandangan biliknya. Pemandangan di hadapannya ini seperti bilik di hotel. Dia berada di hotel.

Adam memandang pula tubuhnya. Tubuhnya itu hanya ditutupi selimut saja. Dan disebalik selimut itu adalah tubuhnya tanpa seurat benang. Dia telan air liur saat terpandangkan baju wanita dan baju miliknya bertaburan di atas lantai. Dia cuba mengingati kejadian semalam, tiba-tiba saja dia cuak. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia dan Amily bercumbuan. Rakus dan mungkin dalam keadaan separa sedar. Entah, dia tidak ingat itu sepenuhnya. Semuanya samar-samar saja. 

Dan dia pasti Amily ada memasukkan sesuatu dalam minumannya. Sesuatu yang membuatkan dia melakukan sesuatu tanpa sedar.

Disentuh bibirnya sebelum matanya kembali memandang tubuh bogelnya. Air liur ditelan sekali lagi. Adakah dia dan Amily… argh tidak! Tak mungkin dia dan Amily… Adam geleng kepala. Dia tak mahu terima kenyataan itu. Tak mahu!

Belum sempat dia turun dari katil, tiba-tiba saja pintu bilik air terbuka. Adam telan air liur apabila terpandangkan wanita yang hanya memakai jubah tuala itu. Dia kerut dahi. Tertanya-tanya siapa wanita ini?

Wanita itu mengukirkan senyuman. “Morning.” 

Adam telan air liur. Mengapa wanita itu berada di bilik hotel yang sama dengannya? Mana Amily? Bukankah semalam dia bersama Amily? “Who are you?” 

“I’m Lisa.” Wanita itu memperkenalkan diri dengan senyuman.

Adam kerut dahi. “How on earth you are here?”

Lisa ketawa kecil. Dia mengambil tempat di katil, dekat dengan Adam. “Don’t you remember last night?”

Adam telan air liur. Jadinya, dia tidak bersama Amily semalam? Tapi bagaimana pula dengan perkara terakhir yang dia ingat? Adakah itu semuanya mimpi sahaja?

“You were drunk last night.” Lisa bersuara lagi. “And we had sex. It was a great moment.”

Adam telan air liur. Dia tak mahu percaya itu. Tapi keadaannya sekarang memadankan apa yang diberitahu wanita itu. Dia pandang wanita berambut perang di hadapannya. 

“Are you okay?” Soal Lisa lagi. Sedikit risau dengan lelaki di hadapannya. Diam dari tadi.

Adam angguk lemah. 

“Apa kata you mandi dulu? After that we will have breakfast.” Cadang Lisa sebelum menghulurkan tuala kepada Adam.

Adam menyambut tuala dengan rasa berat hati. Dia turun katil dan melangkah ke arah bilik air dengan rasa bersalah. Kali ini dia mati. Mati dia kalau Daddy dan Mommy tahu hal ini. 

Setelah 30 minit cuba menenangkan diri dalam bilik air, Adam melangkah keluar. Dia perhatikan keadaan sekeliling. Kelibat wanita bernama Lisa sudah tiada. Pakaiannya yang bertaburan di atas lantai tadi, diletakkan ke atas katil. Dan juga sehelai kertas. Sekeping nota sebenarnya. Adam membaca nota itu.

Hey, I have to go. Something happened. But I akan call you lagi. I already have your number. Oh, I took 300 from your purse. 

-Lisa-
Adam mengeluh. Bukan sebab wanita bernama Lisa itu mengambil wangnya tapi dia risau perihal Lisa diketahui oleh keluarganya. Mungkin dia tidak risaukan tentang Amily. Tapi agaknya, apakah respon Amily jika hal ini diketahui wanita itu? Adakah Amily akan meminta cerai? Atau mencederakan Lisa yang tidak bersalah itu? Tapi harapnya andaiannya yang pertama berlaku.



Reenapple:  Apa agaknya respon Amily bila tahu itu?



6 comments:

  1. I bet amily yg plan ni semua..

    ReplyDelete
  2. Ishh. Hmm. Amily is a bad girl. Tak tahu sapa baik,sapa jahat dan cerita nih sebenarnya ke mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. She is. Sometimes jangan risau diorang akan berbaik in the middle of this story.

      Delete
  3. Amily yang upah Lisa tidur dengan Adam.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.